Você está na página 1de 2

Sistem pemakanan

Asimilasi= Proses penggabungan makanan tercerna ke dalam sel dan tisu badan.Sebahagian besar makanan tercerna diangkut oleh vena portal hepar ke hati. berlaku dalam sel yang mana nutrien digunakan untuk membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur.Hati mengawal kuantiti nutrian yang masuk kedalam sistem peredaran darah.Glukosa akan ditukarkan menjadi glikogen dan disimpan dalam hati. Glukosa dioksidakan untuk memebebaskan tanaga melalaui respirsi sel.Glukosa yang berlebihan dalam hati akan bertukar menjadi lipid.Hati mensintesiskan protein plasma dengan menggunakan asid amino.Protein plasma mempunyai pelbagai peranan contohnya dalam pembekuan darah dan pengosmokawalaturan . Hati akan menukarkan asid amino kepada glukosa jika terdapat kekurangan glukosa dan glikogen. Bagi mensintesiskan protoplasma baru dan memperbaiki tisu rosak, perlulah menggunakan asid amino yang memasuki sel. oPendeaminaan ialah proses penguraian asid amino yang berlebihan dalam badan oleh hati . Lipid seperti lemak merupakan sumber tanaga utama badan dan lipid yang berlebihan akan disimpan dalam tisu adipos. Penyahtosikan ialah satu fungsi penting hati.Sel hati menyingkirkan bahan yang berbahaya daripada darah atau menukarkannya menjadi bahan yang kurang toksik.Hasil penyahtoksikan kemudain disingkirkan melalui hempedu atau air kencing. Hati juga bertindak sebagai tapak penyimpanan mineral seperti kuprum,kalium dan besi. Hati juga menyimpan vitamin-vitamin larut lemak seperti vitamin A dan K.

Pencernaan-proses penguraian makanan dari bentuk kompleks ke bentuk yang lebih sederhana dengan bantuan enzim pencernaan. Organ pencernaan pada manusia terdiri atas: 1.Saluran pencernaan; mulut(oral) (esofagus) lambung usus halus usus besar anus. 2.Kelenjar pencernaan; terdiri atas kelenjar ludah (glandula salivaris), kelenjar dinding lambung, pankreas dan hati . Makanan dihancurkan secara mekanikal oleh gigi kepada butir-butir yang lebih kecil supaya jumlah luas permukaan makanan ditambahkan untuk tindakan enzim.Semasa pengunyahan, makanan dicampurkan dengan air liur daripada 3 pasang kelenjar liur, iaitu kelenjar parotid,kelenjar sublingual,kelenjar submandibel. Air liur melembutkan makanan dan menjadikannya lebih mudah ditelan.Air liur mengandungi sejenis enzim, iaitu ptialin @ amilase liur. Enzim ini menghidrolisiskan kanji masak kepada maltosa. Lidah menolong membulatkan gumpalan makanan menjadi bolus dan menolaknya ke arah faring. Semasa menelan, lidah menolak makanan ke belakang mulut dan seterusnya ke esofagus. Lelangit lembut menghalang makanan daripada memasuki rongga nasal. Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis.Peristalsis - penguncupan dan pengenduran beritma yang berlaku di sepanjang salur alimentari. Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster.Asid hidroklorik membunuh kuman di dalam makanan dan enzim renin mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen kepada kasein dan enzim pepsin menghidrolisiskan protein kepada pepton & polipeptida. Penguncupan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan peristalsis membantu mencampuradukkan makanan dengan enzim.Makanan berada di dalam perut selama kira-kira 4 jam. Makanan yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenal sebagai kim. Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan jus pankreas dari pankreas. Hempedu disintesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu disalurkan melalui duktus hempedu ke dalam duodenum apabila diperlukan. Hempedu mengandungi garam hempedu, tetapi tidak mempunyai enzim. Hempedu mengemulsikan lemak Pengemulsian lemak menambahkan jumlah luas permukaannya untuk tindakan enzim.Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus pankreas.Jus pankreas mengandungi 3 jenis enzim.Amilase menghidrolisiskan kanji yang masih belum dihidrolisiskan oleh ptialin dalam rongga mulut kepada maltosa.Tripsin menghidrolisikan pepton dan polipeptida kepada peptida.Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi asid lemak dan gliserol. Sisa makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar.Penyerapan air berlaku di usus besar.