Você está na página 1de 7

Pada era gobalisasi perkembangan ekonomi hari ini, pasaran dan persaingan antara syarikat-syarikat jugasemakin menjadi meluas,

ini telah memanfaatkan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli produk yang diingini. Tujuan kajian ini adalah demi mengkaji persepsi dan tingkah laku pengguna dalam membeli sesuatu barang serta mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pembelian produk tersebut, mengenalpasti kesan selepas pembelian dan keinginan membelikan produk tersebut secara berterusan. Kajian ini dijalankan sejak pada hari 4 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013, dan dibahagikan kepada 4 minggu ataupun 4 fasa. Setiap pembelian produk akan direkod dalam diari. Dalam minggu yang pertama (4hb-10hb Mac), pembelian yang dianggapkan konsisten ialah McChicken ( MacDonald), Surat Khabar Sin Chew, dan Roti Gardiner Coklat (jenis Rm0.50). Pembelian McChicken adalah disebabkan perasaan adalah sedap, tempat pemakanan yang bersih, harga yang berpatutan ( RM 5.95, berbanding dengan KFC Rm 11.20), dan kualiti perkhidmatan yang baik. Manakala, saya membeli surat khabar Sin Chew adalah disebabkan ia mempunyai isi kandungan maklumat yang banyak dan muka surat yang lebih tebal berbanding surat khabar jenama yang lain seperti NanYang atau China Press dalan penetapan harga yang sama ( Rm 1.30). Manakala pembelian Roti Gardenia adalah disebabkan jenama terkenal dan hanya ia menjualnya dengan produk Rm 0.60 sekeping. Selain itu, kepuasan pembelian barangan yang atas adalah tinggi disebabkan kualiti produk adalah relatifnya tinggi di atas jangkaan pendahuluan. Tambahan pula, saya lebih mementingkan penetapkan harga sesuatu barang selaras dengan harga yang sesuai dan tempat penjualannya juga dekat di Arked Meranti ( hanya 100meter dari kolej rahman putra), ini memudahkan pembelian menjadi lebih senang dan selesa. Pendek kata, kepuasan saya adalah tinggi terhadap produk-produk tersebut dan saya akan terus menggunakan produk yang disenaraikan di atas secara berterusan.

Dalam minggu kedua ( 11 Mac -17 Mac), pembelian produk yang dianggapkan konsisten adalah Gilette pencukur misai, Softtech Tissues dan minuman Milo. Pemilihan Gilette pencukur misai adalah disebabkan pengalaman dahulu bagi penggunaan pencukur jenama yang lain tidak puas hati dan setiasa melukakan kulit saya, tetapi pencukur Gillete ini berkualiti dan tahan lama. Saya berpendapat hanya separuh puas hati kepada barang tersebut, ini adalah disebabkan, Gillete merupakan produk yang mahal berbanding produk jenama yang lain seperti Gold Star ( Rm 2.00 sebatang). Jika ada peluang, saya ingin membeli pencukur elektronik tetapi harganya telah melebihi bajet yang sedia ada. Manakala Softtech tisu merupakan jenama buatan Malaysia dan ia menjadi penggunaan keperluan harian yang tidak dapat ditinggalkan, saya sentiasa membawa tisu ini ke mana-mana tempat. Softtech tisu merupakan buatan tempatan dan mempunyai wangi, ia telah menarik perhatian saya untuk terus menggunakan produk ini, kerana berbanding dengan produk tisu yang lain, ia relatifnya murah dan kualitinya licin, wangi dan lembut selaras dengan iklan yang dipamerkan dalam TV3. Malah, pembelian minuman milo adalah satu kebiasaan sejak kecil, mengikuti persepsi saya, minuman milo membawa maksud sihat kepada badan kita. Bagi kepuasan kepada produk yang disenaraikan dalam minggu ini, Bagi pembelian Milo, walaupun sudahlah menjadi kebiasaan tetapi harganya semakin naik sampainya Rm 16.00 sekilo, ini telah mengurangkan kepuasan saya kepada produk ini. Oleh itu, saya masih akan terus menggunakan produk ini tetapi memanjangkan tempoh masa pembelian semula seperti dalam hanya dua kali seminggu sahaja dan hanya membeli bungkusan sachet supaya tidak memboros dan jimatkan duit.

Dalam minggu ketiga ( 18-24 Mac 2013), pembelian produk yang dianggapkan konsisten dalam minggu ini adalah tambahan nilai kredit telefon bimbit Rm 10 (dua kali seminggu), penggunaan produk ini adalah disebabkan minggu ini merupakan perayaan menziarahi kubur nenek moyang, penambahan nilai yang ketara adalah demi menghubungi ahli keluarga demi perayaan ini. Saya mimilih produk Hotlink ini adalah disebabkan pakej Hotlink yang sedia ada ini merupakan pakej edisi kampus, hanya 12sen/minit, dan 1sen/sms. Berbanding dengan produk yang lain seperti Digi dan Celcom, pakej-pakej yang ditawarkan lebih mahal sampainya 36 sen/minut, 10 sen/sms. Saya berasa sangat puas hati disebabkan produk yang kualiti, murah dan senang dibelikan dalam kawasan persekitaran mendorong saya akan terus menggunakkan produk ini. Barang yang seterusnya ialah BRANDS pati ayam, sejenis minuman kesihatan demi menyegarkan otak dan menyihatkan badan. Dalam minggu ini merupakan minggu peperiksaan, saya membeli produk ini secara pertama sekali kerana slogan iklannya essence of brain telah mempengaruhi saya memerlukan produk ini demi belajar. Walau bagaimanapun, perasaannya adalah pahit, ini mengurangkan kepuasan saya terhadap membeli produk ini, tetapi saya akan terus membeli produk ini sekirannya hanya menghampiri minggu pemeriksaan. Produk yang ketiga konsisten dalam minggu ini ialah Faber Castel pencil 2B, saya membeli pencil ini untuk menjawab peperiksaan dan saya memilih produk ini adalah disebabkan warnanya cukup hitam, keras dan tidak mudah patah, serta jenama ini sentiasa berada dalam iklan dan banner. Saya akan terus menggunakan produk ini kerana saya berasa puas hati dengan produk dan kualiti serta menaikkan keyakinan dalam menjawab peperiksaan.

Dalam minggu keempat, pembelian produk yang paling konsisten dalam diari ialah Coklat Fereror Rocher. Produk ini boleh dikategorikan sebagai barang mewah, satu kotak bernilai Rm 42.00. Walaupun produk ini mahal, tetapi saya merasa produk ini sesuai dimakan semasa dalam minggu peperiksaan dan selepas minggu peperiksaan sebagai ganjaran demi mengurangkan tekanan dan menggalakkan saya dapat terus berusaha dalam peperiksaan. Produk ini memberikan kesesoronokkan dan saya dapat mengimbas kembali semasa ibu saudara membelikan untuk saya. Saya akan terus membelikan produk ini disebabkan kepuasan selepas menggunakkan adalah sangat tinggi. Produk yang seterusnya ialah tiket tayangan filem. Dalam minggu ini, saya kerap menyaksikkan tayangan filem di U Mall disebabkan ujian pertengahan semester sudah habis, dan saya berminat membawa kawan-kawan pergi membeli-belah dan menyaksikkan tayangan filem. Saya akan terus membelikan produk ini demi tujuan hiburan secara berterusan dalam masa yang lapang. Dalam minggu ini, saya juga membelikan makanan segera Indomee. Produk ini diimport daripada Indonesia. Saya membelikan produk ini adalah disebabkan dalam Jusco Taman U menawarkan gerai sampel makanan secara percuma. Dan saya sangat suka perasaan ini berdasarkan wangi bawang, dan harganya hanya Rm3.50 dan percuma lagi satu bungkus. Berbanding dengan mee segera yang lain, harganya lebih murah disebabkan barulah memasuki pasaran Malaysia. Oleh itu, strategi promosi dan penurunan harga perlu digunakkan untuk menarik pelanggan. Saya akan terus menggunakkan produk ini kerana sangat puas hati kepada kualiti produk.

Bahagian B Bahagian ini akan menganalisa bahawa teori-teori dan tingkah laku pembelian produk: BRANDS pati ayam ( Subliminial message) Jenama pati ayam ini membawa maksud (BRANDS=brains), ia akan mempengaruhi prima tindak balas bagi individu untuk merasangkan aktiviti emosi dalam otak manusia. Tambahan pula, ia akan menyakinkan individu bahawa mesej dan slogannya sampai iaitu essence of brain , secara langsungnya akan mempengaruhi pengguna mempunyai emosi dan tanggapan yang positif terhadap keberkesanan produk ini (Solomon, M. R. ,2011). . Selain itu, ia juga menggabungkan pengiklanannya dengan seorang pelajar yang meminum pati ayam sampainya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini adalah disebabkan ia akan merangsangkan visual dalam bentuk imej dan ungkapan muka ( facial expression). Selepas subliminial mesej ini membawa kepada pengguna, pengguna akan mudah mengganggapan produk ini adalah bermanfaat dan berkesan. Maka, ia akan terus membawa kepada persepsi atas sedaran, iaitu produk ini adalah sesuatu keperluan untuk pelajar yang menjawab peperiksaan. Seterusnya, pengguna akan ingin dan terus membeli produk tersebut. Coklat Fereror Rocher ( Learning) Coklat Fereror Rocher merupakan jenama terkenal dalam pasaran coklat, ia membawa makna kemewahan sejak produknya dijual dalam pasaran. Kini, coklat ini sangat laris dan berada dalam setiap pasaraya yang berjenama seperti Giant dan Jusco. Dalam pembelian produk ini, sebernarnya saya banyak dipengaruhi oleh operan conditioning disebabkan, setelah saya imbas kembali ibu saudara saya, saya akan mengingatkan produk ini. Seterusnya peneguhan ini akan membawa saya untuk membeli produk supaya ingat semula kepada jenama yang terkenal ini.

Selain itu, pihak pemasaran juga menggunakan strategi warna dan bungkusan yang menggambarkan produk ini mewah dan sesuai untuk menghadiahkan kepada kawan-kawan, ini selaras dengan teori purchase situation involvement. Teori ini menggambarkan produk tersebut menghiburkan pengguna bahawa produk ini adalah berhubung kait dengan mereka atau situasi yang lain seperti hadiah hari jadi dan sebagainya. Tiket tayang filem ( Social Orientation). Menyaksikkan tayangan filem merupakan satu aktiviti social di kalangan remaja. Merujuk kapada teori need of affiliation, kita memerlukan kawan untuk berkongsi keseronokkan. Dalam keadaan tersebut, pengguna akan lebih beremosi positif dan akan menggalakkan pembelian sesuatu produk seperti tayangan filem (Solomon, M. R. ,2011). Merujuk kepada dimensi ini, tekanan akan diselesakan, kegembiraan akan menaikkkan, ini sesuai dengan situasi yang mempunyai teori pengalaman social yang menceritakan bahawa, pengguna suka berkumpul dalam situasi yang beramai untuk melakukan sesuatu motif iaitu menyaksikkan tayanagan filem.

Bibilografi Solomon, M. R. (2011). Consumer Behavior: Buying, Having and Being (Ninth ed.): Pearson.

Você também pode gostar