Você está na página 1de 5

Amali Sistem Jantung 60 seminit 114 seminit 97 seminit 90 seminit 83 seminit

1. Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil metabolisme (karbondioksida). Jantung

melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbondioksida; jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke jaringan di seluruh tubuh.

Pada saat berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (disebut diastol); selanjutnya jantung berkontraksi dan memompa darah keluar dari ruang jantung disebut sistol). Kedua atrium mengendur dan berkontraksi secara bersamaan, dan kedua ventrikel juga mengendur dan berkontraksi secara bersamaan.

Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida dari seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan.

Darah dari ventrikel kanan akan dipompa melalui katup pulmoner ke dalam arteri pulmonalis, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil (kapiler) yang mengelilingi kantong udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbondioksida yang selanjutnya dihembuskan.

Darah yang kaya akan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut sirkulasi pulmoner.

Darah dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan memompa darah yang kaya akan oksigen ini melewati katup aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam tubuh). Darah kaya oksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.

Fungsi-fungsi jantung secara amnya adalah: Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh; Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan keadaan berehat.

2. Lukis dan label.

Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh bahagian yang membentuk injap-injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.

Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.

Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injapinjap tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam setiap ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.

3. Proses pengaliran darah Vena kava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak). Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. .Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru. Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

4. Salah satu komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular. daya tahan kardiovaskular sangat berkait rapat dengan jantung, paru-paru dan salur darah. selepas menjalani program latihan kardiovaskular selama 8 hingga 12 minggu secara berterusan, bacaan kadar nadi rehat akan turun. ini berkaitan dengan tekanan darah di jantung. a) Tekanan sistolik terhasil apabila berlaku penguncupan ventrikel kiri jantung. semasa rehat, purata tekanan ialah 120/70 mmHg. kedahaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah pada dinding arteri.

b) Tekanan distolik merupakan tekanan darah semasa jantung rehat antara dua degupan. purata bacaannya ialah 70/80 mmHg. keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.

Adalah mustahak untuk

mengukur tekanan darah secara berkala bagi

menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

5. Lup Dup Lup Dup Lup Dup Lup Dup Lup Dup Lup Dup Jantung berdegup laju.

Você também pode gostar