Você está na página 1de 21

Pendahuluan

Andalusia nama yang terkenal di dunia arab dan dunia Islam untuk Semenanjung Siberia. Andalusia atau Andalus bermaksud kehijauan di penghujung musim panas. Mungkin juga diambil dari perkataan Vandalusia yang bermaksud Tanah Vandal iaitu suku kaum berbangsa Eropah yang mendiami rantau tersebut sekitar 5M(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Andalus merupakan sebuah kerajaan Islam (711M-1492M) yang terkenal dalam dunia Islam pada ketika itu. Andalus dikenali semenjak ia dikuasai oleh Yunani kemudian oleh Pemerintahan Kaisar Romawi, kini menjadi sebahagian daripada negara maju iaitu Sepanyol atau Sicily dan juga Portugal.

Islam telah melahirkan Mujahid Muslim seperti Musa bin Nusair, Tarif dan Tariq bin Ziyad yang menjadi tokoh-tokoh unggul dan pemerintahan Bani Umayyah di Andalus dan beberapa kerajaan kecil selepasnya telah berjaya menghasilkan suatu ketamadunan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa sebelum ataupun sezaman dengannya.tetapi akhirnya runtuh yang berpunca daripada kelemahan dan perpecahan di kalangan umat Islam sendiri.

Secara geografinya, Andalusia terletak di benua Eropah dan mempunyai keluasannya kira-kira 504,750 km persegi. Kawasan jajahan Andalusia termasuklah Portugal, selatan Perancis hingga Pulau Belearic dan terkecuali daripada bahagian utara yang di bawah taklukan Kristian Leon. Andalusia meliputi sebahagian besar Semenanjung Iberia yang terletak di bahagian selatan. Terdapat 15 wilayah yang bernaung di bawah Andalusia seperti Almeria, Malaga, Cadiz, Huelva, Cordova, Jaen dan Granada termasuk dua buah pulau, iaitu Pulau Belearic dan Pulau Canary.

Sejarah Andalusia ditawan tentera Islam

Pada zaman romawi, kristian meluas di Andalusia.selepas itu, dikuasai pula oleh Kerajaan Visigoth, Raja Roderick (w. 711) memerintah dengan sewenangnya. Oleh itu, Julian , iaitu keluarga Roderick yang menjadi Gabenor Ceuta begitu berdendam kepadanya.akibat dendam, Julian meminta bantuan tentera Islam.Ketika itu, Dinasti Umayyah di bawah pemerintahan Khalifah al- Walid bin abdul malik (alWalid I, naik takhta 86 H/705 M), iaitu khalifah ke-6.Al-Walid telah melantik Musa bin Nusair sebagai gabenor di Afrika Utara. pada masa kepimpinan Musa bin Nusair, bahagian barat afrika Berjaya dikuasai kecuali sabtah (ceuta) yang masih berada dibawah pemerintahan Bizantium pada waktu itu (Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Ketika inilah pasukan Islam mampu menguasai bahagian barat hingga ke Andalusia.kerjasama yang ditawarkan oleh Julian kepada tentera Islam yang dipimpin oleh Musa bin Nusair diterima dengan baik.setelah mendapat persetujuan dari khalifah al-Walid I, Musa bin Nusair memerintahkan panglima Tariq bin Abdul Malik an-Nakhai melakukan pengintipan awal dengan membawa 400 orang tentera dan 100 orang pasukan berkuda untuk memasuki wilayah Andalusia pada tahun 710 M.pada tahun 711 M,Musa bin Nusair mengutus Tariq bin Ziyad untuk meneruskan serangan ke Andalusia dengan pasukan yang lebih besar(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Ini merupakan waktu pertama Islam memasuki Andalusia.Tariq bin Ziyad memimpin pasukan yang berjumlah lebih kurang 7000 orang( ada yang mengatakan jumlahnya 12000 orang Barbar) untuk menyerbu Andalusia. pasukan yang dipimpinnya mendarat di sebuah bukit yang kemudiannya diabadikan dengan nama Jabal Tariq atau Jibraltar(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Pasukan Tariq bin Ziyad Berjaya mengalahkan Raja Roderick. kemenangan itu telah menjadi modal baginya untuk menakluki kota-kota lainnya seperti Cordoba, Archedonia, Malaga, Elvira, dan akhirnya Toledo, iaitu pusat Kerajaan Visigoth.apabila berita tersebut didengari oleh pasukan Islam, pada tahun 712M Musa bin Nusair memimpin sebuah pasukan menuju Andalusia melalui jalan yang tidak dilalui oleh pasukan Tariq.Pasukan Musa bin Nusair melewati pantai barat semenanjung dan Berjaya menakluki kota-kota yang dilewatinya, antara lain ialah kawasan Sevilla dan Merida.pasukan Musa bin Nusair bertemu dengan pasukan Tariq bin Ziyad di kota Toledo(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Gabungan dua buah pasukan ini menyebabkan banyak kawasan Berjaya ditakluki sehingga ke utara seperti Saragosa, Terroofona, dan Barcelona.setelah kedaulatan kerajaan Bani Umayyah ditumbangkan, bani Abbasiah mengambil alih kuasa dengan khalifah pertamanya Abu Abbas as-Saffah.ketika itu, amir di Andalusia berada dibawah kekuasaan Yusuf bin Abdurrahman al-Fihr( 129H/746M 138H/756M) daripada bani Muzar(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Salah seorang daripada keluarga Umayyah yang bernama Abdurrahman bin Muawiyah bin Hisham bin Abdul Malik yang bergelar Abdurrahman ad-Dakhil telah selamat daripada penangkapan Dinasti Abbasiah.pada waktu Dinasti Abbasiah menjalankan kempen penangkapan keturunan Umayyah, mereka berjaya melarikan diri memasuki Andalusia. Setelah berjaya menghadapi pelbagai tentangan , seperti pemerintah Andalusia, akhirnya Abdurrahman bin Muawiyah berjaya mengambil alih kuasa(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Abdurrahman bin Muawiyah memasuki wilayah Andalusia ini kerana adanya perselisihan antara kabilah-kabilah, khususnya masalah dalaman kabilah Arab dari Qais dan Yaman.mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan Yusuf bin Abdurrahman al-Fihr.abdurrahman bin muawiyah juga mendapat sokongan daripada orang-orang umayyah yang tinggal di Andalusia. Beliau juga mendapat sokongan dari suku Yaman yang sedang bertelingkah dengan Yusuf bin Abdurrahman al-

Fihr.Abdurrahman III menjadikan Andalusia sebuah kerajaan khalifah, dan khalifah bergelar Amirulmukminin (912-1031).Gelaran khalifah seterusnya digunakan oleh peganti pegantinya sehingga akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Setelah berakhirnya bani umayyah(1031), Andalusia berpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil yang lazimnya bergelar Muluk at-Tawaif (raja-raja kelompok/golongan) sepertimana munculnya dinasti-dinasti kecil di timur.antara dinasti-dinasti kecil ini ialah: Bani Abbad di Sevilla,Bani Hud di Saragosa, Bani ZunNun di Toledo, Bani Ziri di Granada dan Bani Hammud di Cordoba dan Malaga.setelah Muluk at-Tawaif muncul pula dinasti Murabitun yang berkuasa pada tahun 1090-1147, kemudian dinasti Muwahhidun (al-Muwahhidun) pada tahun 11471232 dan seterusnya dinasti Bani Nasir pada tahun 1232-1492(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Ketiga-tiga dinasti di atas mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan mengalami zaman keemasan ilmu pengetahuan. Pada masa tersebut muncul pelbagai lembaga pendidikan terkenal yang kemudiannya melahirkan para ilmuwan ternama(Hafizah Dasuki, Drs.H.A, M.A ,2004).

Peranan Andalusia terhadap Tamadun Barat dan Eropah

Pembukaan andalus

Islam telah membawa perubahan kepada seluruh aspek kehidupan masyarakat samada dari segi politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan yang paling menonjol ialah dalam aspek ilmu pengetahuan. Islam telah berjaya mengubah wajah Andalus dari sebuah negeri yang mundur dan miskin kepada satu tahap ketamadunan yang tinggi dan dikagumi oleh dunia(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Orang Islam Andalus telah menyedarkan masyarakat Barat dari tidur seterusnya membawa mereka ke zaman kemajuan dan peradaban. Peradaban Islam di Andalus telah di bawa ke negeri-negeri di Eropah oleh penuntut mereka yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Cordova, Seville, Malaga dan Granada atau orang-orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian yang berada hampir di seluruh Andalus dan Portugal yang di panggil Mudejars (Mudajjerin) atau ia di bawa oleh pihak penjajah Kristian yang pernah hidup bersama-sama orang Islam Andalus(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Gesaan al-Quran dan al-Sunnah

Ajaran Al-Quran dan Al Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa orang-orang Islam ketika itu menjadikan mereka orang-orang yang cintakan ilmu pengetahuan dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk Andalus. Dengan kerjasama dari pemerintah umat Islam telah membina sekolah-sekolah disetiap daerah dan bandar(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan pelajaran secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi tentang pentingnya ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang selama ini tidak diberi kesempatan untuk memperolehinya(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Umat Islam turut memperkembangkan pelbagai ilmu tradisi seperti tafsir, hadis, fiqh dan ilmu-ilmu moden termasuk matematik, astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain. Dunia ilmu yang diperkenalkan ini telah mendapat sambutan dan penghargaan yang tidak ternilai dari masyarakat tempatan. Maka tidak hairanlah sejarah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Malah umat Islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah ke arah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencakupi semua dimensi aqliyah dan jasmaniyah(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Galakan pemerintah dan amir

Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus sejak tahun 711-1492M, fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian terpenting daripada pencapaian kaum Muslim di Barat. Ilmu dan intelektual tidak mungkin berkembang tanpa penyertaan yang aktif dari pemerintah. Bermula pada 711M dan mencapai zaman kemuncak disekitar tahun-tahun 756-1031M, seluruh lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang intensif dan komprehensif mencakupi dunia dan akhirat, buku-buku dan guru-guru dan sarjanasarjana dari Timur di bawa masuk ke Andalus. Dalam masa yang sama pemerintah turut menaja pelajar ke Timur untuk mempelajari semua disiplin ilmu yang boleh membangunkan masyarakat(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Kestabilan andalus

Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Keistimewaan komuniti Andalus yang bersifat multi-racial seperti Islam, Yahudi dan Kristian mewujudkan daya saing dan budaya ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan ahli fikir dari

pelbagai bangsa. Dalam masa yang sama, sikap dan corak pentadbiran para khalifah yang tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Fenomena pelbagai bangsa, budaya dan tamadun telah memperkaya dan memantapkan lagi identiti, komuniti dan intelektual. Di samping sikap pemerintah, kerjasama para ulama dan cendikiawan serta penyertaan secara kolektif oleh masyarakat meningkatkan lagi kecemerlangan ilmu ketika itu(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Khalifah turut menggalakkan kaum wanita dalam aktiviti keilmuan. Mereka turut diberi kesempatan untuk belajar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Selepas itu kaum wanita dilibatkan dalam usaha-usaha mengumpul dan mengemaskinikan buku-buku di perpustakaan. Antara yang terkenal ialah Maznah (968M) yang bertugas sebagai penulis kepada Khalifah Nasirudindullah dan Aisyah bt Ahmad Mohd Khadim (1009M), seorang yang mahir dan pakar dalam kesusasteraan, seni khat dan turut mempunyai perpustakaan peribadi. Sejarah mencatatkan terdapat kira-kira 100 orang wanita Andalus yang bekerja sebagai penulis mashaf ketika itu(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Selain dari orang Islam, Khalifah turut memberi pengiktirafan kepada cendikiawan-cendikiawan bukan Islam seperti Moses ben Maimon dan Salomon ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua mereka terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti penterjemahan. Penghargaan para khalifah dan pembesar Islam ini secara tidak langsung telah mendorong ke arah pendemokrasian ilmu hingga dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat samada golongan bangsawan atau rakyat biasa termasuk bukan Muslim(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Kerjasama para ulama

Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama. Semasa pembukaan Andalus, para cendikiawan dan ulama Islam telah sama-sama datang sebagai tentera. Mereka membawa bersama ilmu dan pengalaman masing-masing kemudian dikembangkan dan dicurahkan kepada penduduk Andalus(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Pada peringkat awal. para ulama bertugas menyiarkan aqidah dan menyelesaikan soal-soal asas yang dihadapi seperti ilmu syariat dan bahasa. Kemudian perlahan-lahan mereka turut menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberi galakan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu. Contohnya Ibn Hazm (994-1064M) yang merupakan ilmuan Islam yang agong di Andalus. Beliau juga seorang ahli fikir, sasterawan dan hakim. Beliau mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Malah terdapat ramai lagi para ulama dan cendikiawan Islam yang turut memberi sumbangan besar dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan ini seperti Ibn Firnas dan Yahya al Ghazal. Kepesatan kegiatan intelektual ini juga disebabkan para ulama dan ilmuan Islam terpaksa menghadapi cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. Hijah-hujah, falsafah dan ilmu logik mereka yang kukuh terpaksa ditangani dengan hujah-hujah yang lebih mantap(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Dalam menganalisa tentang pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan Islam ke dunia Barat, para sejarahwan sepakat bahawa terdapat beberapa faktor pendorong seperti peranan orang-orang mpzarab, perdagangan, hubungan diplomatik, aktiviti penterjemahan, pembukaan pulau Sicily, pembukaan Andalus (Sepanyol) dan Perang Salib(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Peranan orang-orang mozarab

Mozarab adalah panggilan kepada masyarakat Kristian. Ia diambil dari bahasa Arab mustaribun (orang-orang yang diarabkan) iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Mereka turut mempelajari bahasa Arab disamping bahasa Latin dan Rumawi. Orang-orang mozarab memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. Dengan mempelajari bahasa Arab mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil-hasil penulisan orang-orang Islam. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi yang berbahasa Arab(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. Ini disebabkan mereka terpaksa menterjemahkan bible Ke dalam bahasa Arab supaya boleh dibaca oleh orang-orang Kristian yang nyata lebih suka dan fasih menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan melebihi bahasa mereka sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh John Seville pada tahun 1049M. Versi Arab ini kemudiannya dibahagikan kepada bishop-bishop dan paderi-paderi disemua wilayah di Andalus ketika itu (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Ini telah menunjukkan telah wujud hubungan yang erat diantara masyarakat Arab Islam dan Kristian terutama penduduk tempatan. Secara tidak langsung mereka turut menyebarkan ilmu-ilmu Islam terutama bidang falsafah, puisi dan kesusasteraan(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Hubungan diplomatik

Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus antaranya England, Perancis, Jerman dan Holand. Mereka talah menghantar delegasi yang terdiri dari pelajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka juga menghantar pembesar-pembesar dan putera-putera mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta mendalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Menurut Petter, antara rombongan yang tiba ke Andalus ialah Elizabeth sepupu kepada Louis ke IV dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara German pula menghantar perutusan diketuai oleh menterinya bernama William. Ketika itu Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abd Rahman merupakan universiti terbaik pada masa itu. Ia bukan sahaja menampung pelajar-pelajar Muslim tetapi juga pelajar-pelajar Kristian dan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia samada Eropah, Afrika dan Asia. Secara tidak langsung ilmu-ilmu Islam telah tersebar dengan begitu cepat dan pesat. Ia bukan sahaja menerangi dunia Islam tetapi turut membawa nafas baru kepada Eropah yang masih dalam kegelapan(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Aktiviti penterjemahan

Antara pusat gerakan penterjemahan ialah Toledo yang berjaya melahirkan cendikiawan-cendikiawan yang terkenal seperti Micheal Scott, Danial Morley dan Ibrahim Daud al Israili. Buku-buku yang sering diterjemahkan meliputi bidang-bidang ilmu hisab, falaq, mantiq, perubatan, kimia dan botani. Penterjemahan berlaku

samada dari bahasa Arab ke bahasa Latin atau dari bahasa Latin;Greek, Yunani ke bahasa Arab. Ini jelas memperlihatkan betapa besarnya pengaruh Andalus ke atas dunia Eropah(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Banyak sekolah-sekolah dan universiti diwujudkan di sekitar Andalus seperti di Cordova, Granada, Toledo dan Sevielle. Pelajaran yang diperkenalkan merangkumi bidang undang-undang, perubatan, kimia, falsafah dan astronomi. Buku al Jadual al Faleki karangan al Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Adelard of Bath. Begitu juga penulisan al Khindi mengenai kaji cuaca telah dikaji secara terperinci oleh Roger Bacon sementara buku mengenai kimia karangan Jabir bin Hayyam telah dijadikan asas rujukan yang utama dan pertama di Eropah sehingga abad ke 18M(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Sumbangan Andalusia kepada tamadun Eropah

Andalusia telah banyak member sumbangan terhadap peradaban dunia secara am dan tamadun Eropah khususnya yang meliputi dari aspek pemikiran, spiritual dan fizikal. Antara sumbangan mereka ialah dari segi spiritual, politik, ekonomi, senibina, sains dan teknologi dan intelektual(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Spiritual

Sumbangan yang paling besar ialah dari segi agama kerana agama Islam membawa akidah yang menjadi aspirasi dan motif penggerak tamadun. Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia untuk menunjuk ajar dan member kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Aspek akhlak pula menjadi asas pembinaan peribadi yang luhur(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja malah menentangnya (Mahayudin, 2001) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Orang-orang Andalusia dan Eropah tidak dipaksa memeluk Islam sebaliknya diberi kebebasan untuk memilih agama dan kepercayaan masing-masing. Ada masyarakat Andalusia yang menganut agama Islam dan ada juga yang kekal dengan agama Kristian atau Yahudi. Pun begitu, mereka bersama-sama membangunkan Andalusia. Masyarakat Kristian dan Yahudi mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ornag-orang Islam dan amat menghormati adat-adat orang Arab Islam (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Politik Islam telah memperkenalkan cara pemerintahan Islam yang adil kepada semua rakyat meskipun berbeza agama dan keturunan. Sebagai penghormatan kepada orang bukan Islam dilantik ketua-ketua daripada kalangan mereka dipanggil Comes(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Mereka juga mempunyai hakim yang menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dikenali sebagai Qadi al- Ajam (Wan Kamariah Leman & Mazlah Yaacob, 1997). Tamadun Islam mengemukakan kepada peradaban manusia sistem pemerintahan dan kepimpinan berasas konsep khalifah. Ia merupakan satu system pemerintahan dan konsep kepimpinan yang meletakkan tanggungjawab secara keseluruhannya berasaskan perspektif syariah untuk tujuan kemaslahatan yang kesannya dinikmati manusia di dunia dan akhirat secara bersama. Hal ini kerana ia pada hakikatnya tanggungjawab untuk mejaga agama dan menguruskan dunia dengan agama (Ahmad Zaki, 2008) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Sistem pemerintahannya yang teratur samada di bidang eksekutif atau kehakiman. Semua keputusan pengadilan tercatat dan dibukukan dengan baik. Scenario ini menyebabkan orang Arab, Barbar Mozarb dan Muwalladun penduduk Andalusia dapat hidup bersama serta saling membantu pembangunan Andalusia(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Ekonomi

Kedatangan orang Islam ke Andalusia berjaya mengasaskan satu bentuk baru yang dikenali sebagai ekonomi Mediteranean melalui system perladangan, perindustrian dan perdagangan. Orang Islam yang sememangnya terkenal dalam perdangangan dan perniagaan telah menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka dalam mengembangkan pengaruh Islam ke Eropah. Mereka mendirikan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimport barangbarang dari pelusuk dunia(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Hubungan perdangangan dengan Eropah dilakukan melaui jalan darat manakala dengan Asia dan Afrika melalui jalan laut. Bandar-bandar pelabuhan di Andalusia menjadi tumpuan kapal-kapal dagang asing seperti Venice, Itali dan Iskandariah. Hal ini membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat kepada Andalusia (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Manakala di sektor pertanian, ornag-orang Islam memperkenalkan method baru seperti pembinaan empangan, system saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan raya yang lebih baik di seluruh Andalusia meliputi suatu kawasan yang luas seperti Toledo, CArdova, Marseille dan Valencia. Sistem perairan sedia ada diperbaiki dan diperkemas sehingga member pulangan maksimum kepada para petani (Wan Kamariah & Mazlah, 1997) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Tanaman buah-buahan seperti delima (Arab) dan limau (India) diusahakan lebih giat.vIndustri ulat sutera yang dipelihara atas daun-daun tut atau farsad diperkenalkan untuk eksport. Hasil tanaman kapas dikeluarkan di Andalusia sejak abad ke-9M. Pokok-pokok jut yang dibawa dari Cina ditanam untuk dibuat tali dan kertas. Tebu dan manisan lebah yang diperoleh daripada lebah yang dipelihara telah memberikan hasil lumayan kepada pengusaha (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Kitab al-Arwa oleh Abu al- Hasan al Qurtubi mengandungi kalendar pertanian dan Kitab al-Fihlah oleh Abu al-Qasim al-Suhrawi menjadi bahan rujukan penting dalam bidang pertanian ketika itu. Tulisan Abd al Rahman bin Wafid al-Lakhmi menjadi rujukan pertanian dunia Islam dan Barat. Ia diterjamahkan ke bahasa Catalan dengan tajuk Agrucultura General pada 1513M oleh Alfonso de Herrera. Ibn Wafid menjadi penjaga Taman Botanikal Di Raja di Toledo (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Bidang seni bina

Seni bina Islam turut mencapai tahap yang tinggi. Ia mempengaruhi ciri-ciri seni bina Eropah. Antara binaan menara dan kubah terkemuka di San Miguel de Escolada turut merupakan Kubah yang terpengaruh (Abu Yusuf).

Keadaan yang sama berlaku dalam binaan kubah-kubah di Perancis iaitu di akhir kurun 11M seperti di hospital, Sarini-Balaise dan Kubah gereja Saint-Croux de Oloron yang terdapat persamaan dengan kubah masjid Al-Bab Al-Mardum di Tulaytulah (Toledo) (Abu Yusuf).

Monumen-monumen peringatan serta hiasan-hiasan berbentuk tumbuhan dan geometri yang mepunyai kehalusan kesenian Arab sangat berkesan dala kesenian Eropah dan turut dikenali dengan nama (ara bisque), ditambah juga dengan Khat Al-Kufi iaitu kesenian yang berbentuk lukisan yang cantik dan halus dan berkembang di Eropah dengan pesatnya (Abu Yusuf)

Sains dan teknologi

Antara sumbangan besar para saintis dalam bidang sain dan teknologi ialah memulakan tradisi menjalankan ujikaji yang teliti dan teratur. Mereka tidak terikat dengan keterangan dogmatis. Teknik ujikaji telah dilaksanakan secara meluas di university-universiti Islam. Buku-buku yang dihasilkan oelh sarjana-sarjana muslim kekal relevan hingga kini dan teori-teori yang mereka utarakan adalah tepat atau hamper tepat (Azam, 2006) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Masyarakat Eropah memperolehi banyak teknologi baru hasil daripada kedatangan orang-orang Islam di Sepanyol menerusi perang Salib. Contohnya

kompas walaupun berasal dari China tetapi menurut sarjana Barat ia telah diperkenalkan oleh orang Islam. Para pelaut Islam telah menjelajahi lautan dari Kilwa di Afrika Timur hingga ke Selat Melaka sejak daripada abad ke 6M lagi. Teknologi membuat kertas di Eropah dikatakan berasal dari negeri China melalui perantaraan kerajaan Islam Sepanyol pada abad ke 13M. Manakala teknologi asid nitric iaitu bahan penting industri logam terutamanya dalam memisahkan logam bes daripada emas dan perak diambil dari tamadun Islam pada abad 14M (Sabri, 2008) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Intelektual

Bidang ini mendapat peruntukan yang terbesar. Boleh dikatakan hampir setiap Bandar dan daerah, sekolah dan institusi pengajian dibina member peluang kepada semua lapisan masyarakat menerima pendidikan secar percuma. Situasi ini turut menjadi tumpuan masyarakat Eropah untuk menimba pelbagai disiplin ilmu yang tidak mungkin diperolehi di Negara mereka sendiri. Selain daripada itu, istanaistana khalifah atau gabenor turut dijadikan pusat pertemuan cerdik pandai untuk berbincang dan mencari formula-formula baru bagi meningkatkan tahap pendidikan sedia ada (Wan Kamariah & Mazlah, 1997) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Semasa berada dibawah pemerintahan Islam, Andalusia mencapai kedudukan peradaban paling tinggi dalam dunia Kristian dan lainnya. Di bawah pemerintahan Hakam II dan Abdul Rahman III serta wazir-wazir mereka khususnya, Andalusia telah memainkan peranan pentingdi Eropah dan Afrika. Zaman pemerintahan Hakam II merupakan zaman keemasan Andalusia dalam bidang intelektual. Di kebanyakan Bandar besar terdapat university dan di Bandar kecil terdapat sekolah-sekolah(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Antara bidang keintelektual yang cukup pesat perkembangannya di Andalusia ialah:

Falsafah

Umat Islam Andalusia berjaya menyepadukan antara ilmu falsafah kuno (Yunani) dengan ilmu falsafah baru (Islam). Ahli-ahli falsafah kurang mendapat tempat di dalam masyarakat Islam Andalusia tetapi keadaan ini tidak menghalang ilmu falsafah daripada berkembang kerana kegiatan ahli falsafah sentiasa mendapat perlindungan dan galakan daripada pemerintah(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Antara ahli falsafah Andalusia yang terkenal di dunia ialah Abu Bakr Muhammad bin Yahya bin Bajjah, Abu al-Walid Ibn Rushd dan Abu Bakr Muhammad bin Malik bin Tufail. Ibn Rushd adalah salah seorang ahli falsafah Islam paling terkenal di dunia barat dan beliau menduduki tempat kedua di dalam dunia falsafah selepas Aristotle. Usaha beliau membuatkan Aristotle terkenal di dunia Barat. Kitab Tahafut al-Tahafut karya beliau masih dipelajari dan menjadi bahan kajian di institusi-institusi pengajian tinggi di Barat(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Astronomi

Ilmu astronomi Islam telah mencipta pelbagai alat astronomi yang belum diketahui oleh dunia sebelum itu. Contohnya astrolabe yang digunakan oleh orang Eropah sehingga kurun 12M untuk menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada cara yang dilakukan oleh orang Greek sebelumnya. Antara ahli-ahli astronomi Andalusia yang terkenal ialah Abu al-Qasim Ahmad bin Abdullah al-Jafiqi, Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya, Ma Sha`allah, al-Farghani, Abu Ma`syar, Maslamah al-Majriti, al-Zarqali, Jabir bin Aflah dan al-Bitruji(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). AlBitruji ialah seorang ahli astronomi mutakhir Andalusia yang ulung dan merupakan murid Ibn Tufail. Beliau menghasilkan kitab al-Hai`ah yang menandakan kemuncak pergerakan anti-Ptolemy dalam kalang ahli-ahli astronomi Andalusia (Russanani, 2006). Secara keseluruhannya sarjana-sarjana astronomi Islam telah meninggalkan kesan yang besar dalm bidang astronomi seterusnya member laluan kepada generasi kemudian untuk membuat kajian dan penyelidikan ( Wan Kamariah & Mazlah, 1997) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Matematik

Sarjana Islam Andalusia telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang matematik sehinggakan mereka berjaya menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu daripada orang yunani terutamanya dalam bidang algebra dan trigonometri (Russanani, 2006). Orang-orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu algebra dalam bentuk yang asli. Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah dipelopori oleh sarjana Islam (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Merekalah orang pertama menggunakan algebra dalam bidang geometri (Wan Kamariah & Mazlah, 1997). Jabir b. Aflah telah mengasaskan ilmu algebra, beliau mempelajari hasil-hasil karya Teodoro, Aristoro dan Autolico serta menghasilkan karya-karya mengenai astronomi dan matematik. Beliau juga telah mengemukakan beberapa formula baru yang amat dihargai oleh ahli-ahli matematik mutakhir melalui buku trigonometrinya (Russanani, 2006) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Al-Karmani, Abu al-Hakam Amr bin Abd Rahman bin Ahmad bin Ali juga banyak menghasilkan karya dalam bidang ini terutama bidang arithemetik (Maruwiah, 2003). Individu lain yang masyhur ialah al-Khawarizmi. Beliau memperkenalkan persoalan darab dan bahagi mengikut cara algebra. Bukunya Hisab al-Jabar wa al-Muqabala telah digunakan di Eropah sehingga abad 16M. Usaha al-Khawarizmi disempurnakan lagi oleh Umar bin Brahim al-Khayyam. Sumbangan al-Khawarizmi yang lain ialah angka sifar yang akhirnya digunakan dengan begitu meluas sama ada oleh sarjana Islam ataupun Barat (Wan Kamariah & Mazlah, 1997) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Kimia

Sumbangan sarjana Islam dalam bidan kimia amat penting kerana mereka berjaya memperbaiki pengetahuan kimia organ Greek. Abbas bin Firnas berjaya menemui teknik menghasilkan kaca daripada Kristal dan percubaan beliau untuk

menghasilkan guruh dan kilat rekaan di makmalnya. Selain daripada itu, beliau adalah orang yang pertama membuat percubaan terbang di angkasa menggunakan sayap. Tokoh kimia yang lain, Jabir berjaya menemukan asid sulfurik, asid nitric dan asid nitro muriatic di sampan mencipta banyak kaedah proses kimia. Sarjana Islam Andalusia juga mencipta sejenis alat dipanggil alambique yang digunakan untuk mengeksploitasi pokok-pokok dalam hutan bagi mendapatkan getahnya(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Perubatan

Sarjana Islam Andalusia berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan dalam bidang perubatan dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli perubatan Timur. Berdasarkan teori-teori baru, ahli perubatan Islam Andalusia berjaya melakukan eksperimen-eksperimen yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati di dalam semua operasi yang dilakukan khususnya di dalam bidang actiologi, pathologi dan terapuitik(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Dengan itu Andalusia berjaya melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran mendalam di dalam pelbagai cabang ilmu kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat pembedahan. Inilah sumbangan terbesar sarjana perubatan Islam dan dunia perubatan moden terhutang budi. Orang Yahudi mempelajari ilmu perubatan daripada sarjana Islam dan mereka terkenal di merata-rata tempat (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Selain daripada itu, para sarjana perubatan menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti di seluruh Andalusia. Mereka bertanggungjawab menganugerahkan diploma atau ijazah kepada para pelajar yang tamat pengajian kedoktoran. Seseorang itu tidak dibenarkan mengajar atau mempraktikkan ilmu kedoktoran tanpa diploma atau ijazah berkenaan. Banyak hospital awam didirikan di semua Bandar utama di Andalusia hasil daripada ramainya pakar perubatan Islam yang lahir di sini. Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani Umayyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova. Di antara sarjana perubatan

Islam Andalusia yang terkenal ialah Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi, Abd. Rahman Ishaq bin Haitham, Ibn Zuhr, Ibn Rushd, Ibn al-Khatib dan lain-lain lagi(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Geografi dan kartografi

Zaman keemasan Andalusia dalam bidang geografi ialah pada abad ke 10M dan 11M kerana pada masa itu muncul beberapa orang ahli geografi terkenal seperti al-Bakri, Ibn Jubair, al-Zuhr, al-Idrisi dan lain-lain. Abu Ubaid Abdullah bin Abd Aziz al-Bakri atau al-Bakri telah menghasilkan beberapa buah karya geografi seperti kitab al-Masalik wa al-Mamalik dan sebuah kamus geografi bertajuk Mujam ma Istijam (Russanani, 2006). Tebalnya kitab al-Masalik wa al-Mamalik berjilid-jilid. Malangnya hanya sebahagian sahaja daripada buku beliau yang dapat dijumpai pada masa kini (Nourouzzaman, 1986) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Ahli geografi Islam Andalusia juga memberikan sumbangan yang besar dalam penghasilan peta atau kartografi. Al-Idrisi atau nama sebanar Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Syarif merupakan seorang sarjana geografi Islam paling terkenal di Barat(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Beliau telah mengembara ke seluruh dunia Islam dan Eropah serta telah menghasilkan peta glob berkenaan dengan kawasan-kawasan dunia yang diketahui manusia. Glob yang berbentuk bulat telah menjadikan beliau terkenal dalam kalangan ahli-ahli geografi Islam. Di samping itu, sarjana Islam Andalusia turut memberikan sumbangan dalam bidang geografi-astronomi dan geografi-matematik. Mereka mengembangkan idea yang mengatakan bumi berbentuk sfera (Russanani, 2006) (Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Ilmu-ilmu lain yang turut diperkanalkan oleh sarjana Islam ialah zoology, fizik,kesusasteraan dan lain-lain ( Wan Kamariah & Mazlah, 1997). Hasil kemajuan yang dicapai oleh orang Islam Sepanyol menarik minat orang Barat untuk

mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab. Hal ini menyebabkan mereka mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari bahasa-bahasa Timur pada abad 12M. Mereka meniru cara mempelajari ilmu pengetahuan seperti yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam iaitu melalui perbahasan. Daripada bangsa Arab juga orang Eropah mengetahui cara membuat gula, sutera serta cara membuat dan menggunakan pedoman(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009). Orang Arab amat terkenal dengan kemahiran mereka dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang. Angkatan laut Islam di Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan laun tentera Kristian. Antara kitab Abrab yang diterjemah daripada bahasa Greek diterjemahkan pula oleh orang Eropah ke dalam bahasa mereka ialah Geografi Butlaimus, Geometri Iklidius dan Falsafah Aristotle (Modul Pembelajaran Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam)(Zulkifli Dahalan et. Al, 2009).

Você também pode gostar