Você está na página 1de 11

Amali

Sukatan: KSSR Tema: Tumbuhan Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat menyatakan bahawa tumbuhan memerlukan air untuk pertumbuhan tumbuhan berlaku. Topik: Keperluan air untuk pertumbuhan tumbuhan. Objektif: Menyiasat keperluan air dalam pertumbuhan tumbuhan. Pernyataan masalah: Adakah pertumbuhan tumbuhan memerlukan air? Kemahiran proses sains asas: Memerhati Membuat inferens Meramal Berkomunikasi

Kemahiran proses sains bersepadu: Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen Mentafsir maklumat

Hipotesis: Air diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan. (Membuat hipotesis)

Bahan dan radas: 3 biji telur, kapas, beberapa biji kacang hijau,bekas dan air

Air

Kulit Telur

Biji kacang hijau

Bekas Kapas

Gambar 1.1: Bahan dan alat radas yang digunakan. Langkah-langkah: (Mengeksperimen) 1. Isi telur dikeluarkan dengan satu lubang kecil dibuat pada salah satu hujung telur. 2. Kulit telur dicuci dengan air paip. 3. Kapas dimasukkan ke dalam setiap kulit telur seperti yang ditunjukkan pada gambar 1.2. 4. Untuk setiap kulit telur yang telah dimasuk dengan kapas, beberapa biji kacang hijau diletakkan ke atas kapas seperti yang ditunjukkan dalam gambar 1.3. 5. Semua set eksperimen (kulit telur) yang telah disediakan dilabel dengan A,B, dan C dan diletakkan dalam satu bekas supaya ia boleh berdiri dengan stabil.

6. Untuk set radas A, jumlah air yang sesuai disiramkan. Set radas B mempunyai air yang terlalu banyak dan set radas C tidak disiram air. (Mengawal pembolehubah) 7. Satu ramalan keputusan selepas 4 hari dibuat untuk setiap set radas yang telah disediakan. (Meramal) 8. Keputusan diperhatikan selepas 4 hari, satu inferens dibuat untuk setiap set radas. (Memerhati, Membuat inferens) 9. Keputusan dibincangkan dengan rakan sekelas. (Berkomunikasi)

Gambar 1.2: Kapas diletakkan dalam kulit telur.

Gambar 1.3: Beberapa biji kacang hijau diletakkan di atas kapas.

Gambar 1.4: Kulit telur yang telah dilabelkan.

Gambar 1.5: Set eksperimen A.

Gambar 1.5: Set eksperimen B.

Gambar 1.6: Set eksperimen C.

Keputusan: (Mentafsir maklumat) Pemerhatian sebelum hari keempat Set Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga

Keputusan pada hari terakhir Set Keputusan ( pada hari keempat) Inferens

Quantiti

air

yang satu

sesuai situasi

telah yang

membekalkan

optimum untuk percambahan kacang hijau.

Gambar 1.7: Set eksperimen A yang bercambah dan bertumbuh dengan baik.

Bilangan air yang terlalu banyak telah melemaskan kacang hijau.

Gambar 1.8: Set eksperimen B yang tidak dapat bercambah

dengan baik.

Tanpa air, kacang hijau tidak berupaya untuk bercambah.

Gambar 1.9: Set eksperimen C yang tidak bercambah langsung.

Kesimpulan: Hipotesis diterima. Air diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan.

Perbincangan: 1) Kacang hijau digunakan untuk eksperimen ini kerana kacang hijau dapat bercambah dengan cepat, menghapuskan keperluan masa yang panjang untuk mendapatkan keputusan. 2) Kapas digunakan dalam eksperimen ini kerana kapas adalah lebih mudah dikendalikan oleh murid-murid sekolah rendah berbanding dengan tanah. 3) Bilangan air dalam set A,B dan C mestilah kekal sama menerusi eksperimen untuk mendapatkan keputusan eksperimen yang betul. 4) Semua set radas yang telah disediakan perlu diletak pada tempat yang dapat menerima cahaya matahari supaya semua kacang hijau dapat menjalankan proses fotosintesis. 5) Untuk setiap set radas, beberapa biji kacang hijau digunakan untuk mengelakkan kes luar jangka seperti kacang hijau yang tidak dapat tumbuh. Ini adalah untuk menjamin keputusan yang didapat adalah lebih tepat. 6) Kulit telur digunakan dalam eksperimen ini dan bukan cawan kertas. Pertukaran ini berlaku kerana kulit telur mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan cawan kertas. Yang pertama, kulit telur adalah sejenis bahan organik dan lebih sesuai untuk pertumbuhan kacang hijau. Yang kedua, kulit telur adalah lebih mesra alam berbanding dengan cawan kertas. 7) Biji kacang hijau dalam A dapat bertumbuh kerana keadaan yang optimum iaitu quantiti air yang sesuai untuk pertumbuhan biji kacang hijau manakala B pula tidak dapat bertumbuh dengan baik kerana quantiti air yang terlampau banyak dan telah melemaskan biji-biji kacang hijau dalamnya. Biji kacang hijau dalam C juga tidak hidup kerana ia tidak dibekalkan dengan air. Daripada ini, dapat dirumuskan quantiti air yang sesuai adalah diperlukan untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan termasuklah kacang hijau. 8) Biji benih yang sudah matang kebiasaanya sangat kering dan memerlukan air yang cukup banyak sebelum proses metabolism selular dan tumbesaran berlaku. Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih tersebut ke dalam air.

9) Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Apabila biji benih dihasilkan, kesemua tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji, protein atau minyak untuk tumbesaran terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih. Apabila biji benih menyerap air, enzim hidrolitik diaktifkan untuk memecahkan makanan yang tersimpan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna, dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk terus bercambah dna membahagi. 10) Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya akan habis. Oleh itu, biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan, nutrient dan cahaya untuk fotosintesis yang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesaran yang berterusan. 11) Biji benih yang digunakan dlaam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang terbaik untuk memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.

.Refleksi

(Ter Chin Hsien)


Pada akhir tugasan ini, saya ingin menyatakan beberapa pengetahuan baru yang telah saya dapat belajar dalam tugasan ini yang saya rasa dapat membantu saya pada kerjaya masa depan saya sebagai seorang guru. Yang pertama, tugasan ini telah memberikan saya satu peluang untuk belajar tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu eksperimen. Walaupun saya sudah belajar tentang cara-cara untuk mengendalikan eksperimen semasa sekolah menengah, pengetahuan ini adalah agak penting. Ini adalah kerana pada masa depan saya akan jadi seorang guru dan perlu mengajar kanak-kanak yang kecil untuk mengendalikan eksperimen dengan betul. Ini adalah amat berbeza dengan mengendalikan eksperimen dengan sendiri dan memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam. Selain itu, saya juga berpeluang untuk merancangkan satu eksperimen yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pada saya, ini dapat membantu saya untuk menjadikan seorang guru yang baik pada masa depan. Dengan kemahiran untuk merancangkan eksperimen yang sesuai dan seronok, saya dapat menghapuskan kebosanan dalam kelas sains dan juga membantu murid-murid untuk menguasai konsep sains dengan lebih baik. Pendek kata, saya berasa tugasan ini telah memberi saya satu peluang untuk belajar tentang beberapa pekara yang baru dan saya berasa amat bersyukur untuk menyiapkan tugasan ini.