Você está na página 1de 5

Apakah Pendekatan Projek (Project Approach) It is an investigation of a subject in the real world of children.

A topic for investigation must be something that the children can readily find in their here and now world. (Nor Ashikin Che Kassim, 2010)

Pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanakkanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi teori konstruktivis. Pembelajaran kemahiran yang diperolehi menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak adalah mengikut inisiatif dan minat kanak-kanak. Kanak-kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman. Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), pendekatan ini ditentukan oleh guru atau inisiatif murid. Penyelidikan yang mendalam berfokuskan topik yang dipilih bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh murid-murid. Halatuju pembelajaran mengikut minat murid dan guru adalah sebagai pemudahcara ataupun pembimbing. Pendekatan projek boleh dijalankan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam. Perincian sesuatu perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan topik. Guru boleh memberhentikan aktiviti pembelajaran dan menyambung semula pada waktu pembelajaran akan datang. Aktiviti projek untuk jangka masa panjang melibatkan sesuatu rancangan jangka panjang. Guru sebagai pemudahcara membantu murid untuk memberi pandangan sama ada sesuatu perancangan pada projek perlu memakan masa yang panjang atau pendek. Katz dan Chard (1998) telah menyarankan Pendekatan Projek atau Project Approach boleh dijalankan berdasarkan Model Tiga Fasa seperti berikut: i. ii. iii. Fasa 1 Memulakan projek (Getting Started) Fasa 2 Mengembangkan projek (Developing the project) Fasa 3 Membuat laporan dan meraikan penamatan projek (Concluding the project & Celebrating the Learning)

Sehubungan dengan itu, Lim Keat Heng dan Awang Salleh (2012) menyatakan bahawa Pendekatan Projek sebenarnya sangat sesuai digunakan bersama-sama dengan pendekatan-pendekatan lain yang diamalkan di prasekolah seperti Belajar Melalui Bermain, Bertema, Bersepadu dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sekiranya Pendekatan yang Projek ini dilaksanakan diatas, maka secara guru bersepadu boleh dengan

pendekatan-pendekatan

disebutkan

membekalkan

pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning), pembelajaran dalam konteks yang sebenar (contextual learning), penyelesaian masalah (problem solving), pemikiran kreatif (creative thinking) dan bekerjasama dalam kumpulan (cooperative learning). Ini akan menjadikan pengalaman belajar kanak-kanak itu lebih menarik dan bermakna. KONSTRUKTIVISME Apa yang dimaksudkan dengan konstruktivisme? Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada murid seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang murid itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak mungkin berlaku dimana seseorang guru itu boleh belajar untuk muridnya. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep baru, guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka atau apa yang dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat baru telah dapat disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka, barulah suatu kerangka baru tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan sebagai Konstruktivisme.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua pekara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini dibiarkan atau tidak diperbetulkan dengan baik, kefahaman dan pegangan asal mereka itu akan tetap kekal. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apakah peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Pendekatan Konstruktivisme? Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme peranan guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kebolehan murid meniru dengan tepat apa yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada kebolehan murid membina konsep berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembinaan idea atau konsep daripada pengalaman murid. Perubahan juga dapat dilihat daripada pengajaran secara deduktif kepada pengajaran secara induktif. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme mementingkan guru dan murid memainkan peranan yang saling bersandar diantara satu sama lain. PERANAN GURU 1. Guru tidak menganggap bahawa minda murid adalah seperti tin kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan pengeta -huan baru. PERANAN MURID Murid tidak mengangap guru sebagai

pembekal maklumat tetapi sebagai salah satu sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalak-kan mereka berfikir dan berkomunikasi.

2. Guru berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing.

Murid bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk

memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. 3. Guru berperanan sebagai pengurus bilik Murid berdisiplin dalam membuat keputu darjah untuk menangani hal-hal disiplin -san sendiri untuk melibatkan diri dalam murid dengan sempurna. aktiviti pembelajaran.

Apakah ciri-ciri guru konstruktivisme? Diantara ciri-ciri guru konstruktivisme adalah seperti berikut: 1. sentiasa memberi galakan dan boleh menerima pandangan, pendapat serta inisiatif pelajar. 2. menggunakan data dan maklumat asal yang belum diproses serta menggunakan bahan-bahan yang membawa kearah kemahiran manipulatif, interaktif dan kemahiran fizikal. 3. dalam membuat rangka kerja, biasanya menggunakan terminologi kognitif seperti pengkelasan, analisis, meramal dan merekacipta. 4. memberi peluang kepada pelajarnya berinteraksi untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran, menukar arahan dalam strategi dan mengubahsuai isi pelajaran. 5. mengenalpasti kefahaman murid terhadap sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum kefahamannya dikongsikan. 6. menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk berdialog , samaada dengan guru atau sesama mereka. 7. menggalakkan mengemukakan penggunaan soalan yang kaedah inkuari dikalangan pelajar dengan menekankan kemahiran berfikir, open-ended

questions dan menggalakkan pelajar untuk mengemukakan soalan sesama sendiri. 8. melihat dan mengambil kira perkembangan respon pelajar diperingkat awal. 9. mengikat pelajar melalui pengalaman yang mungkin tidak sama dengan hipotesis asalnya dan ini akan menimbulkan perbincangan. 10. memberi masa yang cukup selepas sesuatu soalan dikemukakan. 11. memperuntukkan masa yang sesuai untuk pelajar membina hubungan dan mewujudkan metaphors. 12. melatih keinginan semulajadi pelajar melalui kekerapan penggunaan model kitaran pembelajaran.

Apakah strategi yang perlu digunakan? Strategi yang perlu digunakan oleh seorang guru yang mengamalkan pendekatan konstruktivisme dalam pengajarannya bolehlah dirujuk kepada peta konsep dibawah.

Você também pode gostar