Você está na página 1de 12

SINOPSIS KE BERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DALAM MENGAJAR KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 (MENGENAL NEGARA KITA) Oleh:

Tee Yi Wei Lam Chui Yong Ooi Ke Sin

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pendahuluan Dalam era globalisasi dan berteknologi ini, pembelajaran berbantukan komputer

merupakan satu kaedah pembelajaran yang sesuai untuk menarik minat belajar murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan dengan lebih berkesan. Kaedah ini menekankan penggunaan bahan ICT sebagai bantuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dengan murid. Pembelajaran Berbantukan Komputer atau disebut sebagai Computer Based Instruction (CBI) adalah pengajaran terancang berasaskan komputer. Kaedah pembelajaran berbantukan komputer merupakan suatu kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pada masa kini. Oleh hal yang demikian, di dalam kajian tindakan ini adalah tentang latar belakang kaedah pembelajaran berbantukan komputer , kerangka konseptual projek, matlamat kajian, kepentingan kajian ini dijalankan, metodologi kajian serta hasil dapatan kajian.

1.2

Fokus Kajian Mengikut tajuk kajian Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan

Komputer Dalam Mengajar Kajian Tempatan, fokus utama kajian ini ialah kaedah pembelajaran berbantukan komputer dapat menarik minat murid bagi mempelajari Kajian Tempatan Tahun 5 bertajuk Lokasi Malaysia di sekolah rendah. Kajian ini mensasarkan murid Tahun 5 di 10 buah sekolah di negeri yang berbeza.

1.3

Masalah Kajian Melalui temu bual dan tinjauan di 10 buah sekolah dari negeri yang berbeza,

keputusan dapati bahawa mata pelajaran Kajian Tempatan dianggap kurang penting dan tidak diberi penekanan di sekolah kerana Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran elektif dan mata pelajaran ini tidak dimasukkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh hal yang demikian, kebanyakan murid hilang minat dan tidak mengambil berat untuk belajar mata pelajaran Kajian Tempatan.

1.4

Tujuan kajian Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau minat murid terhadap Kajian

Tempatan dan kaedah pembelajaran yang sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan. Dalam perkara itu, kaedah

pembelajaran berbantukan komputer yang difokuskan dalam kajian sebagai tunjang utama untuk melihat bagaimana minat murid terhadap Kajian Tempatan Tahun 5 bertajuk Lokasi Malaysia melalui kaedah pembelajaran berbantukan komputer yang dijalankan. Murid-murid sekolah rendah mempunyai pelbagai cara pembelajaran yang berbeza. Perkara ini akan menyebabkan mereka memiliki bakat dan pemikiran idea yang berbeza. Kaedah pembelajaran berbantukan komputer yang dijalankan pada sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid supaya lebih fokus dan berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian TempatanTahun 5 dalam tajuk Lokasi Malaysia.

1.5

Persoalan kajian 1. Adakah kaedah pembelajaran berbantukan komputer dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 bertajuk Lokasi Malaysia dapat meningkatkan kefahaman murid-murid? 2. Sejauh mana kaedah pembelajaran berbantukan komputer dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 yang bertajuk Lokasi Malaysia?

1.6 Objektif Kajian 1.6.1 Objektif Am 1.6.1.1 Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 bertajuk Lokasi Malaysia dapat meningkatkan kefahaman murid-murid. 1.6.2 Objektif Khusus 1.6.2.1 Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 yang bertajuk Lokasi Malaysia.

1.7

Kepentingan Kajian Kajian ini adalah penting bagi membuktikan kaedah pembelajaran berbantukan

komputer merupakan salah satu kaedah yang dapat menarik minat murid dalam mempelajari Kajian Tempatan Tahun 5 yang bertajuk Lokasi Malaysia. Selain itu, kajian ini juga perlu dilakukan untuk memastikan murid-murid dapat memahami isi pelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan yang bertajuk Lokasi Malaysia semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Kajian ini juga dapat membuktikan bahawa kaedah pembelajaran berbantukan komputer memainkan peranan yang penting dalam mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 dalam tajuk tersebut. Kajian tindakan ini menjadi elemen yang penting memandangkan Kajian Tempatan kurang dititikberatkan oleh semua pihak kerana ianya merupakan mata pelajaran elektif dan tidak dimasukkan dalam UPSR. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat dengan menambahbaikkan Sistem Kurikulum Kajian Tempatan dan pihak yang menghadapi masalah tentang perkara seperti ini.

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pendahuluan Kajian ini adalah satu tinjauan kes yang dilakukan di 10 buah sekolah di negeri Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kajian ini melibatkan cara pengumpulan data dan analisis kajian untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Kajian ini melibatkan instrumen pengukuran data melalui soal selidik ke atas responden dan juga pemerhatian bagi menghasilkan rumusan pada akhir kajian.

3.1 Reka bentuk kajian Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini mengkaji pandangan guru terhadap keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (KPBK) dalam pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 Lokasi Malaysia. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui sama ada Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer

berjaya menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 Lokasi Malaysia secara amnya. Pemerhatian dijalankan secara langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan, pengagihan borang kaji selidik kepada guru-guru di sekolah telah dilakukan semasa proses untuk mendapatkan maklumat tentang kajian. Ini secara langsung, dapat membantu menjawab persoalan kajian adakah Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (KPBK) yang dilakukan berjaya menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 Lokasi Malaysia .

3.2 Persampelan Kajian ini dijalankan oleh guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 50 orang guru yang mengajar di sekolah rendah. Melalui dapatan kajian, 15 orang guru pernah mengambil pengkhususan Sains Sosial, Sains Kemasyarakatan atau Ilmu Kemanusiaan di universiti atau maktab perguruan. Setiap responden mempunyai pandangan masing-masing untuk menjawab soal selidik yang diberikan.

3.3 Pengumpulan Data 3.3.1 Soal Selidik Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan, kaedah soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas tentang pengajaran tersebut. Borang soal selidik mempunyai dua bahagian. Bahagian I merupakan soalan tentang peribadi responden seperti umur, pengalaman mengajar dan tahap pembelajaran guru. Dalam bahagian 2, responden dikehendaki memilih jawapan sebagai pandangan mereka berdasarkan tujuh soalan yang disediakan dalam borang soal selidik.

3.3.2

Prosedur Pengumpulan Data

Beberapa langkah dilakukan untuk melicinkan pengumpulan data : 1. Mendapat kebenaran daripada guru besar untuk meminta guru menjawab soalan dalam temu bual yang dikemukakan.

2. Soalan akan diberi sendiri oleh pengkaji kepada responden dan menunggu sehingga tamat menjawab soalan yang dikemukakan. 3. Soal selidik akan dikumpul dan dianalisis.

3.3.3 Batasan Kajian Semasa melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menghadapi beberapa kekangan antaranya ialah: a) Guru kurang memberi kerjasama. b) Kekangan masa.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Umur

Bilangan orang

25-35 36-45 46-55 56 tahun ke atas

28 15 6 1

DAPATAN KAJIAN Bahagian B: Pandangan Guru Terhadap Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer

BAB 5 PERBINCANGAN

5.0

Penutup Secara kesimpulan, dapatan kajian daripada responden yang terlibat mendapati

penggunaan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (KPBK) adalah sangat berkesan apabila mengaplikasikan kaedah tersebut dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 yang bertopik Lokasi Malaysia. KPBK membawa kesan yang positif kepada cara pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah ketika proses P&P sedang dijalankan iaitu murid-murid belajar secara aktif dengan keseronokan, menumpulkan perhatian, menimbulkan dan meningkatkan minat terhadap topik dan juga mata pelajaran tersebut. Hal ini adalah selaras dengan kenyataan Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Analisis soal selidik dalam kajian ini telah jelas menunjukkan secara jelas tentang sejauh manakah keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 yang bertopik Lokasi Malaysia. Kaedah ini telah membantu murid-murid dari segi pembelajaran murid iaitu berasa seronok untuk belajar, menimbulkan minat murid terhadap topik tersebut, tidak berasa bosan dalam proses P&P, mendapatkan maklumat secara luas melalui pengunaan komputer dan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan dan efektif dalam masa yang singkat.

Você também pode gostar