Você está na página 1de 14

3.0 TEORI ETIKA 3.

1 TEORI TELEOLOGI

Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan imbangan antara baikdan buruk, betul dan salah. Ini bererti, sesuatu tindakan atau perbuatan perlu banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori ini juga amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan ini juga digelar sebagai konsekualisme

(consequentialism).

Bagi ahli-ahli teleologi (teleologis), mutu atau nilai moral tindakan seseorang individu, atau sifat perlakuannya bergantung kepada nilai bukan moral yang dihasilkan oleh mereka atau cuba dihasilkan secara bandingan. Hal ini kerana jika mutu atau nilai moral sesuatu perkara bergantung kepada nilai moral yang dihasilkan, keadaan akan menjadi berbelit-belit. Oleh itu teori-teori telah menetapkan apa yang baik atau wajib secara bukan moral. Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada apa yang dilakukan itu adalah baik, betul, atau wajib secara moral, kita mesti mengetahui apa yang baik, betul, atau wajib secara bukan moral atau perkara berkenaan hendaklah menghasilkan atau cuba menghasilkan apa yang baik, betul, atau wajib secara bukan moral (Frankena W. K. 1973).

Pelbagai teori teleologi wujud, antaranya : i) ii) Utilitarianisme Egoisme

Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasakan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan untuk bilangan orang yang banyak. Contohnya seperti kes pengeboman Hiroshima adalah bertujuan untuk menghentikan peperangan dunia yang telah banyak mengorbankan nyawa manusia.

Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelaskan teori etika ini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi utilitarianisme, dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu menerusi cara berperang tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudahan dan kebaikan yang mungkin dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kemudaratan itu dijangka melebihi apa-apa akibat yang baik yang boleh dinikmati negara yang melancarkan peperangan itu (walaupun negara berkenaan menang), menurut etika utilitarianisme, peperangan itu tidak boleh di justifikasikan. Sebaliknya, peperangan serta cara peperangan itu dikendalikan dianggap wajar dari segi moral oleh etika utilitarianisme jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kebaikan lebih daripada kesengsaraan dan penderitaan. Justeru itu, utilitarianisme akan menyokong tindakan mengebom bandar bandar di Jerman (walaupun ramai yang tidak berdosa terkorban) untuk menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak Nazi menang, dunia ini akan kehilangan sifat ke manusiaannya dan kezaliman akan berleluasa. Walau apa pun, yang menjadi masalah ialah setiap negara yang pernah berperang selalunya mendakwa mereka berbuat demikian untuk menegakkan kebenaran bagi kebaikan dunia, manakala cara serta alat peperangan canggih yang digunakan adalah wajar dari segi moral.

Menurut Ashmore R. B. (1987), utilitarianisme ialah : a teleogical theory which regards the end of action to be general happiness and which judges praiseworthy those acts, dispositions, rules and institutions which maximize the happiness of all who are affected by them

Dalam erti kata yang lain teori ini memerlukan kita memilih sesuatu tindakan yang boleh menghasilkan kebaikan yang maksimum ke atas sebanyak mungkin orang yang terlibat. Kebaikan ini adalah dalam bentuk kegembiraan atau keseronokan. Sebenarnya utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud barang yang berguna atau berfaedah. Maka uitilirianisme bermaksud kita perlu menilai sesuatu tindakan berdasarkan kegunaanya atau faedahnya untuk kebanyakan orang bagi memperbaiki kualiti hidup kita. Secara ringkas, sesuatu tindakan yang kita lakukan dianggap sebagai bermoral apabila tindakan tersebut menghasilkan keseronokan yang maksimum. Sebaliknya, apabila ia menghasilkan kesakitan atau penderitaan, ia dianggap tidak bermoral.

Di Malaysia, salah satu contoh utilitarianisme ialah mewujudkan koc wanita di dalam sistem transit aliran ringan. Walaupun usaha ini banyak dikritik oleh sebahagian daripada kaum lelaki namun pada hakikatnya ia banyak membawa kebaikan kepada golongan wanita yang merupakan golongan majoriti di Malaysia.

Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri. Seseorang itu tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah untuk memberikan faedah kepada diri sendiri.

Teori ini mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnya pertentangan di antara golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Dikatakan bahawa golongan bangsawan pada ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai golongan rakyat yang paling tinggi dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai hamba abdi. Golongan bawahan ini lemah dan tidak terdaya untuk menjaga kebajikan diri walaupun bilangan mereka ramai. Orang biasa ini dipaksa dengan kejam supaya mereka bekerja untuk golongan atasan itu tanpa dibayar apa-apa gaji.

Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900). Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori Utilitarianisme. Mengapakah beliau berpendapat sebegitu? Ini adalah kerana asas pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti masyarakat. Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga kuat menentang teori kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka. Dalam teori kemoralan sosial, setiap individu diwajibkan untuk menurut segala perintah yang wujud dalam masyarakat.

Kita tidak perlu membayangkan teori ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Nietsche. Egoisme ini wujud dalam setiap individu, termasuk saya dan anda yang sedang membaca artikel ini. Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu masing-masing. Tetapi, matlamat masih sama, iaitu, mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Sebagai contoh, individu A mengenakan usikan (prank) kepada individu B tanpa berfikir kesan-kesan yang berikutan. Individu A mengusik dengan menyatakan ia boleh hack ke dalam sistem komputer individu B melalui MSN. Individu B yang tidak dapat mengawal perasaan kerisauaan lalu memberitahu hal ini kepada ibu dan bapanya, pensyarah, dan kawan baiknya. Individu B amat sedih dan bimbang akan kebolehan hacker itu.

Ianya jelas bahawa keseronokan hanya berpihak kepada individu A dan individu B diabaikan untuk menghadapi kesan-kesan negatif. Individu B yang berada dalam keadaan yang panik boleh melakukan apa sahaja tindakan seperti merepotkan hal ini kepada pihak berkuasa.

Teori ini memang patutlah dikritik oleh semua lapisan masyarakat. Sebabsebabnya adalah cukup terang di mana kepentingan diri sendiri diutamakan tanpa memikirkan akibat-akibatnya. Jika individu A tidak mengaku bahawa dia merupakan dalang itu, kemungkinan besar individu A akan menghadapi risiko-risiko tinggi.

3.2 TEORI DEONTOLOGI

Pandangan etika deontologikal berasal daripada perkataan Yunani deon yang bermaksud tugas atau kewajipan (duty) ; dan ia berbeza dengan pandangan teologikal dari perkataan telos yang bermaksud matlamat (goal). Orang yang berpandangan deontologikal percaya bahawa bertindak secara moral melibatkan kesedaran diri (iaitu bernilai intrinsic) dalam penerimaan batasan-batasan atau peraturan spesifik yang meletakkan had kita antara kepentingan diri dengan kebaikan umum (Davis, N. dalam Singer, P. 1991). Mereka juga percaya bahawa ada tindakan-tindakan tertentu yang salah dalam dirinya. Oleh itu, tindakan itu tidak boleh diterima secara moral dalam apa jua kesannya, walaupun kesannya itu adalah secara moral baik dan wajib. Secara bandingan, pandangan teologikal menolak kepercayaan bahawa ada tindakan-tindakan khas dan tertentu yang sendirinya betul atau salah. Untuk teologis, betul atau salah tindakan kita ditentukan oleh penilaian bandingan konsekuen tindakan tersebut.

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

3.2.1 PRINSIP KEWAJIPAN Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan

pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu.

Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.

Menurut Kant lagi, kita perlu mengambil kira niat, tujuan atau motif seseorang dalam menentukan sama ada satu tindakan adalah baik dan betul. Sebagi contoh, aktiviti bagi seorang pekedai yang benar-benar jujur mungkin tiada perbezaan dengan pekedai yang enggan jujur, atau yang berniaga dengan jujur hanya dengan niat untuk memperoleh reputasi bisnes yang baik dan akan menipu pelanggan apabila ada peluang. Pekedai pertama dianggap bermoral kerana tekadnya baik, manakala pekedai kedua dengan niat yang bertujuan adalah tidak bermoral walaupun tindakan yang diambil olehnya adalah sama dengan pekedai pertama. Secara ringkasnya, sesuatu tindakan tetap tidak dianggap sebagai bermoral jika tindakan tersebut dilakukan atas kepentingan diri.

Sebagai contoh di Malaysia mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu seseorang mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi dia akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang.

3.2.2 PRINSIP EKSISTENSIALISME

Ia boleh didefinisikan sebagai menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan iaitu: a) Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl

Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik; b) Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya

kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.

Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.

Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang

memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

Sebagai contoh, masyarakat Malaysia seringkali merasakan menderma secara paksaan daripada orang lain adalah satu nilai yang buruk dan menderma hanya akan dilihat sebagai nilai yang baik jika dilakukan dengan kerelaan hati sendiri.

3.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori kemoralan sosial dikenali sebagai Ethos iaitu hukum, adat resam, kebiasaan dan tradisi. Keduanya, Mores iaitu adab, sopan, santun, tradisi yang menentukan piawaian sesebuah kelompok. Hasil daripada takrifan ini lahirnya teori kemoralan sosial (kemoralan konvensional/tradisionalisme).Ia merupakan peraturan yang ditentukan oleh masyarakat dijadikan sebagai undang-undang dan diberi autoriti dalam masyarakat.

Ahli masyarakat mesti menerima/patuh kepada sistem kepiawaian

moral

(moral standards) bagi menyekat segala perbuatan buruk seperti mencuri, tamak, dengki dan sebagainya. Setiap masyarakat mempunyai adat resam dan pantang larangnya yang tersendiri Buddha - tidak amalkan cara hidup ekstrim, Kristian patuhi rukun 10, Hindu patuhi peraturan moral dari epik Ramayana, Upanishad Islam disiplin melalui ajaran etika dan akhlak dari Al-Quran dan hadith.

Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Akan tetapi, masyarakat yang terlalu dikawal oleh peraturan khususnya peraturan yang menyekat kebebasan kehidupan ahli masyarakatnya yang menyebabkan keadaan dogmatic (terlalu patuh kepada peraturan) dan autoritatif (terlalu berkuasa). Contohnya, ada sesetengah peraturan masyarakat melarang orang ramai mengkritik nilai-nilai moral dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Ini telah mengurangkan autonomi (kebebasan hak) ahli-ahli masyarakat dan menambahkan autoriti pihak berkuasa.

Peraturan-peraturan masyarakat yang ditentukan oleh pihak autoriti dan diterima oleh ahli-ahli masyarakat, akan lama kelamaan menjadi tradisi dan bersifat mutlak. Sifat mutlak ini kadang-kadang menyebabkan perlakuan ahli-ahli masyarakat ini menghadapi cabaran yang tidak dapat ditangani dengan peraturan mutlak ini, khasnya dalam menghadapi situasi baru yang mengancam kebahagiaan dan ketenteraman kehidupan ahli-ahli masyarakat ( Wiblatt, W. R. 1963). Sebagai contoh, kemajuan sains dan teknologi, khasnya perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat kadang kala menimbulkan fobia (ketakutan) pada seseorang untuk menghadapinya. Fobia computer berlaku apabila sesetengah orang (khasnya generasi yang lebih tua) tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan penggunaan computer yang canggih dan sotifiskated dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, dilema menghadapi situasi baru ini dengan sendirinya akan berakhir apabila seseorang individu atau keseluruhan masyarakat dengan serta-merta atau beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan perubahan situasi tersebut. Apa yang menjadi masalah adalah apabila ahli masyarakat enggan membuat perubahan terhadap peraturan tradisional atau adat resam masyarakat. Jika keadaan ini berlaku, kita yakin bahawa kemoralan sosial masyarakat tersebut akan ketinggalan masa dan akhirnya merugikan mereka sendiri.

Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. (Peraturan biasanya ditetapkan oleh ahli-ahli falsafah moral, pemerintah negara, tokoh-tokoh agama dll) Berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. (Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 titik hitam dalam sejarah Malaysia)

Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada kerana masa dan keadaan telah berubah. (Contoh : Perkembangan teknologi maklumat - perlu diterima supaya masyarakat tidak ketinggalan dan merugikan diri sendiri).

Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka. (Individu tidak berhak menyuarakan pendapat) Peraturan masyarakat dicabar oleh ahli masyarakat itu sendiri. (Sesetengah orang melanggar peraturan untuk keuntungan dan kepentingan sendiri tetapi akhirnya perbuatan itu merugikan masyarakat dan negaranya).

Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Sebagai contoh di Malaysia, pada baru-baru ini polis Malaysia menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan jalanan yang dijalankan oleh pihak parti pembangkang. Namun begitu, masih ramai golongan masyarakat di Malaysia yang mengecam tindakan tersebut.

3.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Mengikut Ashmore, R. B. (1987), teori moral yang dikatakan sebagai satu cara yang sistematik dalam menentukan soalan-soalan nilai, bermula apabila kita bertanya Mengapa saya patut bertindak sedemikian dan bukan sebaliknya?

Teori ini menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Matlamatnya adalah untuk mengetahui kualiti dan taraf kehidupan yang diingini. Ia juga menjadi satu piawai untuk menentukan kita hendak menjadi insan yang bagaimana. Sebelum berbincang mengenai peraturan, soal keperibadian mulia perlu dibentuk terlebih dahulu.

Peraturan keperibadian

dihuraikan Tabiat

dan atau

dibuktikan perangai

berdasarkan yang

konsep

mengenai proses

mulia.

dibentuk

dalam

perkembangan moral mengandungi kelakuan individu Mereka menentukan corak tingkah laku dan respon terhadap situasi kehidupan.

Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia.

Proses Perkembangan Moral Individu tidak dilahirkan dengan kebolehan memahami dan mengaplikasikan kepiawaian moral Sama seperti kebolehan fizikal, emosi dan kognitif seseorang yang berkembang apabila matang Kebolehan seseorang menangani isu-isu moral dibina mengikut perkembangan kehidupan mereka.

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait rapat dengan kaedah seikap baik dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi. Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokan.

Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahatn buruk dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.

Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Sebagai contoh, dapat di berikan disini ialah dalam permainan bola sepak. Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.

Você também pode gostar