Você está na página 1de 7

PENDAHULUAN

Matapelajaran matematik merupakan matapelajaran teras yang perlu di ambil oleh


semua pelajar Kolej Matrikulasi bagi semua jurusan yang ditawarkan iaitu jurusan sains
hayat, sains fizikal dan perakaunan. Matapelajaran ini diajar di dalam dua bentuk pengajaran
iaitu kuliah dan tutoran. Pengajaran dan pembelajarannya mengambil masa selama 6 jam
seminggu. Ianya dibahagikan kepada 4 jam kuliah iaitu satu jam bagi setiap kuliah, manakala
tutoran pula mengambil masa selama 2 jam.
Mulai sesi 2004/2005, matapelajaran matematik di kolej-kolej Matrikulasi mula di ajar
menggunakan bahasa Inggeris. Perlaksanaannya adalah sealiran dengan arus perubahan
keperluan pendidikan semasa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan. Menteri
Pendidikan Malaysia dalam kenyataan akhbar mengenai pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 20 Jun 2002, antara lain
menyatakan:
“Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi
dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.
Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian
besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam Bahasa
Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan
memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan
ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa kontak terhadap
Bahasa Inggeris.”
[Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002]

Menurut Tan Sri Musa Mohamad (2002), matapelajaran Matematik dan Sains di
pilihuntuk di ajar di dalam bahasa Inggeris adalah kerana kedua-dua matapelajaran ini
banyakmelibatkan konsep kompleks, serta penemuan terbaru hasil penyelidikan dan
pembangunan diseluruh dunia lebih menggunakan bahasa Inggeris . Perubahan dasar ini
diharapkan dapatmemudahkan pelajar memahami dan menghayati pelbagai maklumat terkini
berkaitan Sains danMatematik yang bersifat dinamik.
Menurut Tan Sri Musa (2002) lagi, seseorang yang mempelajari Matematik dan Sains
dalam bahasa Malaysia tidak semestinya boleh memahami dengan baik ilmu-ilmu yang
tertulisdalam bahasa Inggeris saintifik walaupun ia mempunyai kefasihan yang tinggi dalam
bahasaInggeris Am. Hanya mereka yang fasih dalam penggunaan bahasa Inggeris saintifik
sahaja yangberupaya memahami dengan mudah tulisan-tulisan yang berbentuk saintifik. Oleh

1
itu,pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar
mencapaikefasihan dan kefahaman yang tinggi dalam bahasa Inggeris Saintifik.

PERNYATAAN MASALAH
Pernahkan anda mendengar perkataan seperti berikut: “Denominator, exponent, reduce
to lowest terms, and quadratic equation.” Bahasa ini bukanlah bahasa pertuturan yang
digunakan sewaktu bermain atau semasa makan. Ramai yang mengenali bahawa ini adalah
bahasa Matematik. Bahasa Matematik mempunyai maksud yang tersendiri, dan bahasa
memainkan peranan yang penting di dalam matematik. Tenaga pengajar matematik
bertanggungjawab untuk mengajar konsep matematik dan konsep ini di ajar menggunakan
perkataan yang spesifik. Walaupun pelajar-pelajar telah mempelajari bahasa Inggeris di
sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, mereka masih tidak mampu menggunakan
perkataan ilmiah ini di dalam kehidupan seharian maupun di dalam matematik itu sendiri.
Hasil dari tinjauan awal pengkaji di dalam pengajaran dan pembelajaran didapati
pelajarpelajarmempunyai pandangan dan reaksi yang berbeza terhadap penggunaan bahasa
Inggeris di dalam pembelajaran Matematik. Namun kebanyakkan daripada mereka
melahirkan rasa risau di dalam menghadapi situasi ini kerana ianya merupakan pengalaman
pertama di dalam pembelajaran mereka. Di antara pandangan pelajar-pelajar kolej sendiri
adalah seperti berikut:
“Saya terkejut dan risau kerana saya lemah dalam bahasa Inggeris. Jadi agak sukar bagi saya
untuk memahami subjek tersebut. Sebelum ini subjek matematik di ajar dalam bahasa
Melayu.
Bila diajar dalam bahasa Inggeris saya perlu mengetahui dahulu maksud perkataan sebelum
saya memahami subjek itu. Ini menyebabkan pembelajaran saya jadi lambat” “Saya merasa
bimbang kerana ini merupakan pengalaman pertama saya belajar dalam bahasa Inggeris. Saya
juga bimbang tidak akan dapat mengikuti sepenuhnya matapelajaran tersebut sekiranya
belajar di dalam bahasa Inggeris.”
“Mula-mula saya belajar matematik, saya rasa amat janggal kerana tidak pernah
mengalami proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Tetapi ianya adalah pengalaman
hebat kerana buat pertama kalinya saya tidak faham apa itu matematik. Bunyi yang
dikeluarkan ketika proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris agak pelik dan hampir semua
istilah matematik yang digunakan seperti tidak pernah didengar sebelum ini.”

2
Daripada tinjauan tersebut, penyelidik merasakan bahawa perlu untuk mengkaji tahap
kerisauan pelajar di dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam
bahasa Inggeris.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


Kajian tentang kerisauan pelajar terhadap pembelajaran bukanlah perkara baru dan
telah dijalankan oleh ramai pengkaji. Pengkaji mengambil faktor-faktor bangsa, jantina dan
jurusan setelah membuat sorotan literatur terhadap kajian-kajian sebelum ini. Woodrow
(1999) mendapati bahawa terdapat hubungan yang negatif antara kerisauan di dalam
menggunakan bahasa Inggeris di dalam pembelajaran oleh pelajar-pelajar Asia di Australia
dengan pencapaian. Kajiannya juga telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kerisauan
di antara bangsa. Kajian yang di jalankan oleh Pappamihiel (2001) di Mexico pula
menunjukkanbahawa jantina mempengaruhi kerisauan terhadap pembelajaran.

Rajah 1.1 Kerangka konseptual Kajian

Jantin
a

Bangs Pencapaian
a Matematik
Kerisauan Pelajar

Jurusa
n

HIPOTESIS KAJIAN
Terdapat empat hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini. Hipotesis kajian dinyatakan dalam
hipotesis nol.
 H01 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerisauan dengan pencapaian
matematik pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka.

3
 H02 Tidak terdapat faktor kerisauan yang memberi sumbangan kepada pencapaian
matematik pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka.
 H03 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kerisauan di kalangan
pelajarpelajar di Kolej Matrikulasi Melaka mengikut jantina.
 H04 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kerisauan di kalangan
pelajarpelajar di Kolej Matrikulasi Melaka mengikut bangsa.
 H05 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kerisauan di kalangan
pelajarpelajar di Kolej Matrikulasi Melaka mengikut jurusan.

KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi input yang penting kepada pihak-pihak yang
terlibat seperti :
i) Para pensyarah Matematik Kolej Matrikulasi dalam membantu mereka menyediakan
rancangan pengajaran dengan lebih berkesan.
ii) Diharapkan daripada hasil kajian ini dapat membantu Jabatan Matematik Kolej Matrikulasi
dalam menyediakan program atau aktiviti yang sesuai bagi meningkatkan pencapaian
matematik pelajar-pelajar serta mengatasi masalah kerisauan yang timbul.

BATASAN KAJIAN
a) Kajian ini hanya terbatas kepada sampel pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Melaka sahaja.
b) Kajian ini tidak mengawal beberapa pembolehubah seperti kecerdasan kognitif, guru,gaya
pembelajaran, status sosioekonomi dan pembolehubah lain yang mungkin bolehmenjejaskan
kajian ini.

DEFINISI ISTILAH
Kerisauan
Kerisauan adalah perasaan yang biasa di hadapi oleh manusia dan merupakan
sebahagiandaripada kehidupan. Menurut Kamus Dewan(2002), kerisauan adalah adalah
perasaan cemas dangelisah. Reber (1995), di dalam kamus psikologinya pula mengatakan
kerisauan adalah keadaanemosi yang tidak selesa di dalam bentuk bimbang, gelisah, cemas,
tegang dan keresahan.
Menurut Spielberger (1972), kerisauan merupakan satu proses yang terdiri
daripadatekanan, ancaman dan keadaan kerisauan. Proses tersebut berjalan mengikut satu

4
urutan iaitubermula daripada kognitif, afektif, fisiologi dan tingkahlaku. Proses ini digerakkan
oleh saturangsangan keadaan yang tinggi. Beliau pula membahagikan konsep kerisauan
kepada dua jenisiaitu kerisauan keadaan (state anxiety) dan kerisauan tret (trait-anxiety).
Kerisauan keadaanadalah kerisauan yang dialami oleh individu ketika menghadapi keadaan
tertentu dan bercoraksementara, manakala kerisauan tret agak lama dan mempunyai hubungan
dengan kebiasaanpersonality individu.
Wan Kader (1991) mendefinisikan kerisauan sebagai kekuatan perasaan tegang,
subjektif,ketidaktentuan, perasaan gemuruh yang dialami oleh individu di sesuatu ketika dan
peningkatan aktiviti sistem saraf automatik ekoran daripada perasaan ini. Kerisauan keadaan
dialami secara berbeza dari segi kekuatannya dan jangka masa bergantung kepada ketegangan
yang dialami oleh individu itu mengikut interpretasinya sendiri sama ada situasi tegang itu
berbahaya dan mengancam dirinya.
Freud (1977) merupakan orang pertama yang mula-mula menerangkan kerisauan
secara saintifik. Kerisauan menurut beliau ialah keadaan yang boleh dirasai atau keadaan
afektif yang tidak menyenangkan. Baginya, kerisauan tersebut perlu di lihat sama ada
berbentuk objektif atau neurotik.
Kerisauan wujud kerana takut atau membenci risiko. Setiap orang mempunyai rasa
takut, seperti takut kepada kegagalan. Hal ini berlaku hampir pada semua orang dan dalam
segala kehidupan termasuk pada diri pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran didalam
bahasa Inggeris. Di dalam kajian ini, kerisauan yang di maksudkan adalah kerisauan para
pelajar kolej matrikulasi di dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran
matematik di dalam bahasa Inggeris.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan secara tinjauan. Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar Kolej
Matrikulasi Melaka iaitu seramai 2378 orang pelajar. Kesemua pelajar-pelajar ini mengambil
matapelajaran Matematik yang merupakan matapelajaran teras di semua Kolej Matrikulasi.

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian tinjauan yang dilakukan ialah soal selidik
yangmengandungi dua bahagian utama. Bahagian A ialah mengenai latarbelakang pelajar
termasuk jantina, bangsa dan pencapaian Ujian Pertengahan Semester. Bahagian B terdiri
daripada soalansoalan mengenai kerisauan pelajar terhadap Matematik. Item-item kerisauan
ini dibahagikankepada enam dimensi iaitu
5
i. kerisauan terhadap pengajaran pensyarah
ii. kerisauan terhadap pembelajaran matematik
iii. kerisauan terhadap istilah matematik
iv. kerisauan untuk berkomunikasi
v. kerisauan terhadap peperiksaan
vi. kerisauan semasa membuat latihan

Instrumen ini dibentuk sendiri oleh penyelidik kerana instrumen yang sedia ada
kurang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Item-item ini juga telah dinilai kesahannya
dengan menggunakan Rasch Model.

Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan Alat Kajian


Fraenkel dan Wallen (1996) telah mendefinisikan kajian rintis sebagai cubaan kajian
yang dibuat secara kecilan, bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan alat dan tatacara kajian.
Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik untuk menguji kefahaman responden terhadap
item-item yang dikemukakan dan menentukan kebolehpercayaan alat kajian. Subjek kaian
rintis terdiri daripada 32 pelajar Kolej Matrikulasai Melaka. Pelajar yang terlibat adalah dari
populasi yang sama tetapi bukan responden kajian akhir.
Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS Windows
Versi 11.0 untuk menguji ketekalan dalam soalselidik dengan menggunakan pekali alpha
cronbach. Nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0.81

Prosedur Menganalisis Data


Semua data yang dipungut melalui soal selidik akan di analisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS Version 11.0). Dua jenis analisis
akandigunakan iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif akan
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil responden seperti jantina, bangsa dan
jurusan. Statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data bagi menguji hipotesisi kajian.
Ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan kerisauan mengikut jantina, bangsa dan sekolah
asal. Anova satu hala digunakan untuk menguji perbezaan kerisauan dengan jurusan.
Manakala pekali korelasi Pearson digunakan untuk mengukur hubungan di antara kerisauan
dengan pencapaian pelajar. Analisa ujian normaliti juga telah dijalankan terhadap
pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dan didapati nilai kurtosisnya berada didalam

6
julat -1 dan 1. Pemerhatian terhadap rajah histogram dan lengkung normal juga dijalankan
dan didapati data-data adalah menghampiri normal

Você também pode gostar