Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Dasar Model
Ekonomi Baru
alaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun dalam keadaan perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah, negara menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan fiskal negara juga tidak lagi mampan di samping persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit. Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan merupakan satu perubahan pendekatan ketara yang bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan yang diterajui dalam sektor swasta, di mana dijelaskan tindakan spesifik mengenai dasar dan pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju pelaksanaan yang telus dengan pengurusan prestasi yang mantap.
1 Negara-negara tersebut adalah Botswana, Brazil, China, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, Malta, Oman, Singapura, Taiwan dan Thailand.
64
Gambarajah 1-1
Walaupun dengan kemajuan ini, beberapa cabaran wujud. Sebagai contoh, 7 peratus daripada penduduk luar bandar hidup di bawah garis kemiskinan; hanya 80 peratus dari tenaga kerja mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM) (pendidikan sekolah tinggi setara dengan O-levels) dan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah lembap di sepanjang dekad ini semenjak krisis kewangan Asia. Tugas kami adalah untuk meneruskan pembanguan berdasarkan landasan yang telah tubuhkan sepanjang beberapa dekad yang lalu dan merangka satu modal pembangunan nasional generasi akan datang.
Gambarajah 1-2
66
Pertumbuhan Mampan
Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan. Pertumbuhan ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan sumber semula jadi Malaysia. Negara tidak akan mencapai status berpendapatan tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi daripada hasil sumber semula jadi. Selain itu, dasar fiskal Malaysia akan dijadikan mampan serta berfokus kepada pelaburan yang dipacu oleh sektor swasta supaya tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya daripada 7 peratus pada 2009 kepada 3 peratus pada 2015. Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan.
Sebahagian besar daripada prestasi pertumbuhan yang kurang baik ini disebabkan oleh pertumbuhan produktiviti tenaga buruh yang perlahan. Untuk melonjakkan prestasi ekonomi Malaysia, satu transformasi dalam pertumbuhan produktiviti diperlukan. Pelaksanaan transformasi ini memerlukan kemajuan yang signifikan dalam dua bidang. Pertama, tahap pelaburan perniagaan swasta perlu ditingkatkan dengan ketara. Pelaburan swasta hanya meningkat 2 peratus setiap tahun semenjak lima tahun yang lepas berbanding dengan tahap 10 peratus yang diunjurkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Berdasarkan unjuran Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menjangka bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus pertumbuhan tahunan pelaburan swasta yang diperlukan adalah sebanyak 12.8 peratus sehingga 2015 bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-4.
68
Pertumbuhan pelaburan sektor swasta semakin lembap berbanding tempoh pra-1997. Antara sebab kelembapan ini adalah kos yang tinggi untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, karenah birokasi, kebimbangan para pelabur tentang ketersediaan golongan profesional yang mahir dan peluang pelaburan yang tidak mencukupi. Kedua, pelaburan yang lebih besar dalam modal insan akan dilaksanakan bagi menyokong ekonomi yang berasaskan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi. Malaysia tidak boleh beralih ke status pendapatan tinggi jika kekal bergantung pada tenaga kerja sedia ada yang berkos rendah dan kurang mahir. Tambahan pula, pertumbuhan tenaga kerja dijangka lebih perlahan dan ini bermakna tumpuan baru diperlukan untuk produktiviti sebagai satu pemacu pertumbuhan. Rizab minyak dan gas Malaysia yang kian merosot juga merupakan sebab untuk mencari enjin pertumbuhan baru. Malaysia memerlukan punca pendapatan yang baru untuk menggantikan pengurangan pendapatan dari sumber semula jadinya. Gambarajah 1-4
70
Memandangkan terdapatnya kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam negara, Malaysia juga mengalami kehilangan bakat melalui emigrasi rakyat Malaysia, yang mana kebanyakannya mempunyai kelayakan yang tinggi. Lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia kini bermastautin dan bekerja di negaranegara lain. Sehingga Malaysia mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas dan dapat mewujudkan peluang untuk rakyat, ia akan menghadapi kesukaran untuk menarik dan mengekalkan bakat.
72
74
Gambarajah 1-8
TINJAUAN NKEA
NKEA adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk menyumbang secara langsung dan konkrit kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 12 NKEA tersebut adalah: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley; Minyak, Gas dan Tenaga; Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan dan Peruncitan; Minyak Sawit; Pelancongan; Elektrik dan Elektronik; Perkhidmatan Perniagaan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pendidikan; Pertanian; dan Penjagaan Kesihatan. Daripada 12 NKEA tersebut, 11 adalah sektor-sektor industri manakala satu Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley adalah sektor geografi.
76
Gambarajah 1-9
Portfolio sektor NKEA, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-9, akan berubah bergantung pada prestasi daripada pelbagai sektor dalam ekonomi. Dua belas NKEA yang ditunjukkan bukanlah pilihan tetap, tetapi akan ditaksirkan secara rasmi pada masa akan datang. Satu proses tegas akan dilaksanakan untuk mengeluarkan sektor lambat berkembang dari portfolio NKEA serta mengenal pasti dan menambah bidang yang mula bertumbuh ke dalam portfolio NKEA. Proses ini akan dihuraikan secara lebih mendalam dalam Bab 4. Ini penting kerana kriteria PNK 2020 bererti senarai awal NKEA adalah terdiri daripada sektor besar sedia ada dalam ekonomi atau sektor bersaiz sederhana dengan prospek pertumbuhan yang tinggi. Tetapi terdapat beberapa sektor kecil dalam ekonomi, yang menpunyai prospek pertumbuhan yang tinggi, yang berkemungkinan akan berkembang menjadi penyumbang PNK yang penting pada masa hadapan. Apabila sektor ini membangun, ia berkemungkinan akan menjadi salah satu NKEA.
78
Fokus ini akan melibatkan pilihan dan trade-off yang dipertimbangkan dengan mendalam. Dengan mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA, pelaburan dalam sektor lain akan dikurangkan. Sebagai sektor NKEA, sektor ini perlu memberikan implikasi yang sebenar pada sumber sekiranya ia akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi pemilihan keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha yang ditujukan pada dasar sektor tertentu dan perubahan regulatori. Sektor bukan NKEA juga akan menerima manfaat dari langkah dasar yang akan menambahbaik persekitaran perniagaan umum. Ini termasuk dasar yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, seperti pelaburan infrastruktur, penyusunan semula Perbadanan Produktiviti Malaysia dan pengurangan kos pematuhan perniagaan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan kepada pertumbuhan sektor bukan NKEA. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan menumpukan usaha pada NKEA disebabkan oleh sumbangan ketara bahagian ekonomi ini kepada PNK.
80
PENUTUP
Malaysia menghadapi cabaran ekonomi yang signifikan. Kadar pertumbuhan negara lebih perlahan dan persaingan global pula semakin sengit. Malaysia menghadapi isu kemampanan fiskal dan Malaysia bukan suatu ekonomi berkos rendah atau bernilai tinggi. Untuk menangani cabaran ini, ETP yang diwujudkan merupakan satu pendekatan yang jelas berbeza dengan pendekatan lain di mana ia bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh di samping menggabungkan input-input dari NEAC. ETP menumpukan pada 12 enjin pertumbuhan utama (NKEA), bergantung terutamanya pada sektor swasta, berdasar kepada satu siri projek yang spesifik di mana pertumbuhan PNK dijadikan sebagai asas. Bab yang berikutnya membincangkan mengenai metodologi yang digunakan untuk membentuk ETP serta jangkaan impak daripada perlaksanaan program ini.
rogram Transformasi Ekonomi (ETP) akan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dengan PNK per kapita lebih kurang RM48,000 atau US$15,000 menjelang 2020. Selain daripada mencapai sasaran PNK menjelang 2020, Malaysia akan membangunkan kebanyakan ciri
84
Gambarajah 2-1
Engin transformasi
Transformasi melibatkan perubahan asas dalam cara organisasi menjalankan aktivitinya (melakukan) sifat organisasi tersebut (mengamalkan)
Melakukan (aksi)
Mengamalkan (sifat)
Dengan itu kami yakin bahawa titik permulaan ETP adalah melalui pelaksanaan perubahan ketara dalam bahagian ekonomi yang tertentu. Di atas faktor itu, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) telah dipilih. Ia juga merupakan sebab pelaksanaan makmal untuk setiap daripada 12 NKEA ini. Setiap makmal diminta untuk menentukan inisiatif mantap dan projek yang akan memacu transformasi ekonomi yang diperlukan oleh Malaysia bagi menjadi negara maju menjelang 2020. Dua belas makmal tersebut, yang merangkumi 11 sektor ekonomi dan pembangunan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, telah diwakili oleh para peserta dari sektor swasta dan awam dan dikelolakan oleh PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan dan di bawah Jabatan Perdana Menteri). Keseluruhannya, 500 orang telah mengambil bahagian, di mana majoriti adalah daripada sektor swasta. Idea yang dijanakan dalam makmal ETP adalah berasaskan kepada hala tuju dasar yang ditentukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, termasuk sektor swasta sebagai peneraju ekonomi, liberalisasi pasaran bagi tujuan memacu dan menggalakkan pertumbuhan melalui inovasi, pembangunan bakat terbaik di dunia serta pelaburan bagi menambahbaik infrastruktur. Makmal tersebut, yang dijalankan selama lapan minggu, memberikan sektor swasta peluang untuk membentuk satu strategi transformasi khusus bagi setiap sektor serta hala tujunya. Setiap makmal telah mengemukakan rancangan terperinci yang menghuraikan aspirasi, strategi dan pelan tindakan yang kukuh untuk setiap satu daripada 12 NKEA. Rancangan ini termasuk pembiayaan, pelaburan dan tenaga kerja yang diperlukan bagi mencapai aspirasi tersebut. Faktor yang kritikal untuk kejayaan makmal ialah gabungan kukuh dan perdebatan antara pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar industri (antarabangsa dan tempatan), para pelabur berpotensi, badan perundangan dan Kerajaan. Sesi gabungan ini membantu memastikan bahawa inisiatif adalah nyata dan realistik.
Metodologi
Makmal diminta untuk mengenal pasti inisiatif yang akan mengerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Setiap inisiatif yang dicadangkan oleh makmal adalah berasaskan pada kesannya ke atas PNK Malaysia. Bagi setiap inisiatif, Makmal juga diminta untuk menilai pelaburan swasta dan pembiayaan awam yang diperlukan serta implikasi pasaran buruh dari segi jumlah pekerjaan baru yang akan diwujudkan serta jenis kemahiran yang dikehendaki. Impak pada PNK untuk setiap inisiatif dikira berdasarkan kepada pendekatan pendapatan, seperti yang digambarkan dalam Gambarajah 2-2. Pendekatan ini dibincangkan dengan pihak berkaitan dan diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
86
Gambarajah 2-2
PNK ditaksir menggunakan metodologi mudah yang diluluskan oleh pakar-pakar merentasi Kerajaan
Cara pengiraan PNK ditafsirkan... PNK: Output ekonomi utk penduduk sesebuah negara KDNK Output ekonomi yang dikeluarkan dalam garis sempadan sesebuah negara
...dan disindiketkan oleh para pakar merentasi Kerajaan
Pendapatan bersih dari luar negara Pendapatan bersih dari tenaga kerja dan modal kepada dan daripada rakyat asing
s +$.+ DIKIRA menggunakan Pendekatan pendapatan (Nilai tambahan oleh sektor): KDNK = EBITDA1 + Pampasan pekerja
s +ORPORAT Pendapatan dari syarikat-syarikat Malaysia di luar negara Pendapatan dari syarikat-syarikat asing di Malaysia s )NDIVIDU Pendapatan yang dihantar balik oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara Pendapatan yang dihantar balik oleh rakyat asing yang bermastautin di Malaysia
SUMBER: Australian bureau for Statistics/National Accounts; US Dept of Commerce; Bureau of economic analysis
Dalam penilaian impak pada PNK, setiap makmal NKEA telah mengenal pasti inisiatif yang diklasifikasikan sama ada sebagai projek permulaan atau peluang perniagaan. Projek Permulaan (EPP) adalah projek yang akan menjana pencapaian berimpak besar dengan pantas. Ia merupakan inisiatif yang didefinisikan dengan jelas di mana para pelabur berpotensi telah dikenal pasti, pelan pelaksanaan yang terperinci telah diwujudkan serta keperluan pembiayaan telah dinyatakan. EPP hanyalah gelombang yang pertama dan projek selanjutnya akan dikenal pasti dan dijalankan pada tahun akan datang. Peluang perniagaan mengambil kira potensi sektor untuk berkembang secara organik. Ini mewakili peluang perniagaan yang mantap. Beberapa peluang perniagaan akan dicetuskan dengan kejayaan pelaksanaan ETP. Contohnya, pembangunan tempat peranginan bersepadu dan hotel merentasi Malaysia akan mewujudkan peluang perniagaan untuk operator pelancongan dan perniagaan pengangkutan darat di seluruh Malaysia.
Kesan penggandaan mengambil kira impak ekonomi daripada pembangunan EPP ke arah sektor ekonomi yang lain. Apabila satu sektor berkembang, ia akan mewujudkan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor lain. Contohnya, apabila sektor pelancongan membangun, ia akan mewujudkan permintaan tambahan untuk perkhidmatan kewangan yang akan menghasilkan tambahan kepada PNK. PNK tambahan ini diliputi melalui pengiraan penggandaan.
Makmal-makmal 11 sektor NKEA mengenal pasti EPP dan peluang perniagaan yang dapat menyumbang pada impak PNK tokokan ~RM800 bilion
2020 PNK RM bilion Peratusan dari PNK tokokan 31 33 10 26 1,733 274 102 359 661 337
Output Makmalmakmal NKEA
2009 PNK3
Peluang Perniagaan1
Peluang perniagaan dari Minyak, Gas & Tenaga termasuk pelarasan harga minyak sebanyak RM32 bilion (US$10 billion) 2 Tidak termasuk kesan penggandaan dan menganggap kadar pertumbuhan sektor-sektor lain sepertimana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh 3 Menganggap kadar pertukaran 2009 iaitu RM3.52 : US$1.0
1
88
Perlu dinyatakan bahawa PNK untuk Greater KL/KV dikira secara berasingan untuk mengelak pengiraan berganda disebabkan sebahagian pendapatan daripada beberapa NKEA akan dijana dalam kawasan Greater KL/KV. Dari baki NKEA yang lain, sektor Minyak, Gas dan Tenaga diunjurkan menyumbang jumlah terbesar pada PNK tambahan. Sebagaimana digambarkan dalam Gambarajah 2-4, empat NKEA (Sektor Minyak, Gas dan Tenaga, Perkhidmatan Kewangan, Minyak Sawit dan Pemborongan dan Peruncitan) diunjurkan menyumbang 60 peratus pertumbuhan tambahan di kalangan 11 sektor NKEA. Gambarajah 2-4
Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan serta Pemborongan & Peruncitan menyumbang ~60% pada impak PNK tokokan dari NKEA pada 2020
PNK tokokan1 (2020) RM bilion Minyak, Gas & Tenaga2 Minyak Sawit Perkhidmatan Kewangan Pemborongan & Peruncitan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan E&E CCI Penjagaan Kesihatan Pendidikan Pertanian 36 35 34 29 53 59 67 108 131 125 121
1 2
Berdasarkan 11 sektor NKEA sahaja. Tidak termasuk sektor-sektor lain Peluang perniagaan bagi Minyak, Gas & Tenaga termasuk pelarasan harga minyak RM32 bilion (US$10 billion)
Menjelang 2020, sektor minyak, gas dan tenaga masih akan kekal sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, tetapi sumbangan kepada dalam ekonomi akan jatuh disebabkan oleh pertumbuhan pesat dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan dan minyak sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi sektor keempat terbesar dalam ekonomi, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-5.
Gambarajah 2-5
Minyak, Gas & Tenaga, Perkhidmatan Kewangan dan Minyak Sawit akan menjadi 3 sektor ekonomi terbesar menjelang 2020
Jumlah PNK pada 20201 RM bilion
Peratusan dari jumlah PNK1 2020 110 59 53 57 37 37 19 27 22 59 34 36 35 61 58 50 49 67 53 121 125 108 104 90 79 131 180 178 165 241 19 14 14 13 8 7 6 5 5 4 4
Minyak, Gas & Tenaga Perkhidmatan Kewangan Minyak Sawit Pemborongan & Peruncitan Pelancongan E&E Perkhidmatan Perniagaan Pendidikan CCI
20 29
90
Produktiviti tenaga buruh akan bertambah dengan signifikan. Contohnya, pelancaran teknik penuaian baru bagi kelapa sawit akan meningkatkan produktiviti tenaga buruh dalam beberapa ladang; Program TUKAR akan menyaksikan pembangunan pusat pengedaran berkongsi bagi kedai runcit yang lebih kecil yang dapat menambahkan kecekapan dan produktiviti dengan signifikan; dan perjanjian perkongsian tanah akan membolehkan para petani padi meraih manfaat dari pengeluaran berskala komersil. Dalam NKEA, pertumbuhan akan ditumpukan pada sub-sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang mampan. Di antaranya, dalam Perkhidmatan Kewangan, bidang pertumbuhan utama adalah dalam perkhidmatan kewangan Islam di mana Malaysia mempunyai rekod prestasi cemerlang. Bagi sektor Minyak, Gas dan Tenaga, Malaysia berada dalam kedudukan yang amat mantap untuk membangunkan hab perkhidmatan medan minyak serantau disebabkan oleh ketersediaan industri minyak dan gas tempatan serta kedudukan negara yang berada berdekatan dengan kawasan medan minyak di rantau ini.
Gambarajah 2-6
Dalam mencapai sasaran PNK per kapita, Malaysia akan memiliki beberapa ciri-ciri penting ekonomi berpendapatan tinggi
Ekonomi berganjak kepada lebih berasaskan perkhidmatan Perkhidmatan sebagai peratusan KDNK
Median 20 ekonomi teratas untuk PNK (PPP) per kapita1 pada 2009
Tahap penggunaan swasta meningkat Penggunaan swasta sebagai peratusan KDNK (benar)
100% = RM bilion
1,747 765
72%
100% = RM bilion
58%
65%
54%
59%
2010
2020
2010
2020
Unjuran EPU
1
Unjuran EPU
Dipilih berdasarkan kedudukan Bank Dunia (2009): Australia, Austria, Belgium, Canada, Denmark, Finland, Jerman, Iceland, Ireland, Italy, Jepun, Luxembourg, Netherlands, Norway, Singapura, Spain, Sweden, UK, AS
Selain daripada perubahan dalam struktur, ekonomi Malaysia akan menjadi lebih seimbang dan kurang bergantung kepada industri yang berasaskan sumber. Khususnya, sumbangan kepada KDNK oleh industri petroleum akan jatuh dari 21 peratus pada tahun 2008 ke 14 peratus pada 2020. Sebuah ekonomi yang lebih seimbang dan pelbagai dapat memastikan pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa panjang. Hasil daripada EPP dan NKEA, Malaysia juga akan menjadi sebuah negara yang lebih mempunyai ciri perbandaran. Kami menjangka bahawa jumlah penduduk yang tinggal dalam kawasan bandar akan meningkat dari 64 peratus ke 70 peratus dan kebanyakan dari pertumbuhan ini akan bertumpu dalam Greater KL/KV akan menyediakan lebih peluang pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia. Dijangka bahawa sesetengah rakyat Malaysia dari kawasan bandar dan luar bandar akan berhijrah untuk meraih manfaat dari peluang pekerjaan ini. Walaupun Greater KL/KV akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi utama, terdapat juga peluang pertumbuhan di seluruh Malaysia. Ini termasuk pembangunan industri solar di Sarawak, pembangunan hab biodiversiti global untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sabah, pengkomersialan penanaman padi serta peningkatan hasil minyak sawit. Liputan cadangan EPP bagi setiap negeri ditunjukkan dalam Gambarajah 2-7.
92
Gambarajah 2-7
Greater KL/KV Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu
Menjelang 2020, Malaysia juga akan menonjolkan beberapa jaguh nasional dan serantau yang baru. Syarikat ini akan memacu pertumbuhan jangka panjang di bidang termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Akhirnya, perusahaan sederhana dan kecil (PKS) akan memainkan peranan yang lebih penting merentasi ekonomi. Contohnya, dalam sektor pendidikan, pertanian, elektrik dan elektronik serta minyak sawit, penyertaan PKS akan digalakkan secara aktif melalui peruntukan bantuan kewangan, akses lebih baik kepada penyelidikan dan teknologi serta penambahbaikan dalam infrastruktur.
Pelaburan Swasta2 92
Pembiayaan awam 8
Jumlah
Tidak termasuk keperluan pembiayaan bagi peluang perniagaan Greater KL/KV Jumlah pelaburan swasta yang dinyatakan di sini termasuk GLC dan pelaburan swasta yang lain
Pertumbuhan yang diterajui oleh pelaburan swasta bererti ekonomi akan mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan Kerajaan, yang dikekang oleh keperluannya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Ia juga bermakna pelaburan akan tertakluk pada disiplin pasaran dan disasarkan pada bidang di mana para pelabur swasta yakin akan memperolehi keuntungan yang lebih besar. Pembiayaan kerajaan akan disasarkan pada inisiatif yang akan memaksimumkan impak PNK untuk setiap ringgit wang awam yang dibelanjakan. Dari jumlah pelaburan swasta yang diperlukan, pelaburan langsung domestik akan mengambil kira lebih kurang 73 peratus, dan 27 peratus akan berpunca dari pelaburan langsung asing sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-9.
94
Gambarajah 2-9
NKEA memerlukan pelaburan swasta kira-kira RM1.3 trilion bagi tempoh 2010-2020, di mana 73% dijangka adalah pelaburan langsung domestik
Pemecahan pelaburan langsung domestik dan asing bagi NKEA,1 2010-2020 RM bilion 100% = RM1,311 bilion
Pelaburan langsung asing Pelaburan langsung domestik
1 2
Tidak termasuk peluang perniagaan Greater KL/KV Untuk peluang perniagaan, nisbah FDI:DDI dianggap setara dengan EPP
Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-10, Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjanakan pelaburan domestik pada aras yang tinggi disebabkan oleh jurang yang ketara antara kadar simpanan dan pelaburan. Jumlah simpanan Malaysia adalah pada tahap yang agak tinggi iaitu sebanyak 22 peratus daripada KDNK, tetapi jumlah pelaburan hanya 10 peratus. Kadar simpanan diunjurkan kekal berterusan, dengan itu, terdapat ruang untuk mempertingkatkan lagi kadar pelaburan dengan signifikan. EPU menjangka bahawa kadar pelaburan domestik boleh mencapai 18 peratus menjelang 2020, yang berpotensi untuk memberikan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk ETP. Gambarajah 2-10
Analisa jurang simpanan-pelaburan menunjukkan kapasiti yang cukup untuk menjana pelaburan domestik yang diperlukan
Peratusan PNK
21.9 22.0 -3.9 18.1 -11.9
Simpanan Pelaburan Jurang S-P (Peratusan PNK)
10.0
2010
2020
NKEA akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan, kebanyakannya dalam gaji berpendapatan sederhana dan tinggi
Pengagihan gaji dan keperluan tenaga kerja tambahan 2020 Jumlah pekerjaan tambahan juta Pendapatan rendah 36% 1.1 0.9 0.7 0.3 0.1
Lingkungan gaji 2020, RM 1
< RM1,000 < RM1,000 - 2,000 < RM2,000 - 4,000 < RM4,000 - 7,000 < RM7,000 - 10,000
Pendapatan sederhana
49%
Pendapatan tinggi
15%
0.2
> RM10,000
33
27
22
10
Impak keseluruhan ETP adalah pertumbuhan yang signifikan dalam pasaran kerja, anjakan ke arah pekerjaan bergaji lebih tinggi, pelbagai peluang baru untuk rakyat Malaysia dan pengukuhan asas kemahiran. Pada 2009, lebih kurang 57 peratus pekerja adalah pekerja berpendapatan rendah. Akibat daripada kesan gabungan pekerjaan baru yang diwujudkan oleh NKEA dan pertumbuhan dalam gaji benar, lebih kurang 600,000 pekerja akan dikeluarkan daripada golongan pendapatan terendah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-12. Dengan pelaksanaan ETP, akan terdapat penambahan sebanyak 2.8 juta dalam jumlah pekerja berpendapatan sederhana dan peningkatan 3 kali ganda dalam jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi akan diwujudkan. Peluang pekerjaan baru ini akan menarik tenaga kerja asing berkemahiran tinggi serta rakyat Malaysia yang berbakat kembali ke Malaysia. NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley mensasarkan untuk menarik 150,000 tenaga kerja rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk kembali ke tanah air bagi memenuhi keperluan ini.
96
Gambarajah 2-12
NKEA akan membantu mengurangkan pekerja berpendapatan rendah dah meningkatkan bahagian pekerja berpendapatan sederhana dan tinggi
Unjuran Pengagihan Gaji 2020 Jumlah pekerjaan, juta Kejatuhan ~0.6 juta dalam lingkungan ini 3.7 2.9 2.3 1.3 0.3
2020 Lingkungan < RM1,000 gaji1 Pertukaran dalam # pekerja, juta
< RM1,000 - 2,000 < RM2,000 - 4,000 < RM4,000 - 7,000 < RM7,000 - 10,000
Peningkatan ~2.8 juta dalam lingkungan ini 4.7 3.3 4.6 2.8
1.2 0.2
0.6
> RM10,000
- 0.6
+1.0
+1.3
+1.5
+0.9
+0.4
Lingkungan gaji menggambarkan RM nominal 2020, lingkungan gaji 2009 telah diselaraskan sewajarnya
Andaian: Para pekerja diedarkan sama rata dalam setiap lingkungan gaji; semua gaji pekerja bertambah pada kadar unjuran EPU 2010 - 2020 iaitu 3.6%; produktiviti tenaga kerja sebenar untuk sektor-sektor bukan NKEA bertambah pada unjuran EPU 2010 - 2020 iaitu 3.6%, sektor-sektor bukan NKEA mempunyai pengagihan gaji setara dengan putara nasional
Dalam tahun menjelang 2020, jumlah kemahiran yang diperlukan dalam pasaran buruh dengan jumlah kemahiran yang dibangunkan akan lebih seimbang. Malaysia memerlukan adalah satu kumpulan besar individu terlatih dan cekap yang mempunyai latihan teknikal dan vokasional yang sesuai (46 peratus kerja tambahan) seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-13. Pelaburan dalam pendidikan di Malaysia akan dibentuk untuk memenuhi peningkatan kuantiti dan kualiti individu dengan kelayakan teknikal dan vokasional.
Gambarajah 2-13
Dari 3.3 juta pekerjaan baru, ~46% memerlukan sijil atau diploma vokasional
Jumlah kelayakan yang diperlukan untuk pekerjaan baru pada 2020, juta 46% dari pekerjaan yang timbul memerlukan kelayakan vokasional atau diploma 0.8
0.7
0.7
0.7
0.2 0.1
Vokasional/ Sijil 24
Diploma
Sarjana Muda 22
Sarjana/ Professional 7
PhD
22
22
MENGURUS RISIKO
ETP adalah satu program yang bercita-cita tinggi, dan sudah tentunya mempunyai risiko dalam pelaksanaannya. Risiko paling nyata adalah tidak mampu untuk mencapai pertumbuhan yang diperlukan dalam pelaburan sektor swasta iaitu sebanyak 12.2 peratus setiap tahun. Malaysia bermula dari satu kedudukan pertumbuhan pelaburan swasta (kedua-dua domestik dan asing) yang agak rendah, dan ini merupakan satu cabaran yang besar. Oleh kerana 92 peratus modal yang diperlukan untuk ETP diunjurkan datang dari pelaburan swasta, terdapat risiko bahawa ekonomi tidak akan berkembang selari dengan sasaran Kerajaan jika pertumbuhan dalam pelaburan tidak menjadi kenyataan. Kerajaan memahami kepentingannya untuk memperoleh pelaburan swasta dan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko ini. Lebih penting lagi, Kerajaan mengiktiraf bahawa ia perlu memainkan peranan baru untuk memudahkan pertumbuhan program transformasi yang dipacu oleh sektor swasta. Idea dan peluang pelaburan yang dibangunkan dalam makmal datang dari sektor swasta. Perubahan yang dikehendaki juga dikenal pasti oleh sektor swasta. Kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan pembaharuan ini supaya dapat merangsangkan pelaburan swasta. Pembiayaan Kerajaan bagi projek pembangunan dan insentif juga akan disasarkan kepada projek yang akan melibatkan pelaburan swasta yang signifikan supaya dapat memacukan pertumbuhan PNK.
98
Sebagai tambahan, pensyarikatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan membantu mempertingkatkan keupayaan Malaysia untuk menarik pelaburan asing dan merangsang pelaburan domestik. Terdapat juga risiko lain bagi program ini. Keadaan ekonomi global tidak dapat diduga dan mungkin tidak akan berkembang sebanyak 4.5 peratus seperti yang diunjurkan sepanjang 10 tahun akan datang. Terdapat had kepada apa yang dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko ini. Walau bagaimanapun, ETP mensasarkan untuk mengimbangkan pertumbuhan eksport dan penggunaan domestik, yang bermakna Malaysia akan kurang didedahkan pada perubahan dalam aktiviti ekonomi global. Terdapat juga potensi risiko di mana pelaksanaan inisiatif akan tertangguh. Ini sedang ditangani oleh Kerajaan. Program ini adalah berdasarkan kepada inisiatif mantap dan boleh dilaksanakan yang dicadangkan di bawah setiap 12 NKEA. Projek tertentu telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan PNK bersama dengan pembaharuan yang dipacu pasaran untuk menarik pelaburan dan memudahkan pertumbuhan. Ini adalah berdasarkan pada analisis teliti yang diterajui oleh sektor swasta. Akauntabiliti yang jelas telah diwujudkan di pihak Kerajaan dan agensinya bagi melaksanakan pembaharuan dan inisiatif yang diperlukan untuk memacukan pertumbuhan, dan sebuah Unit ETP baru ditubuhkan di bawah PEMANDU untuk menyokong kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam pelaksanaan ETP. Kerajaan akan memberi laporan yang telus secara berkala mengenai kemajuan pelaksanaan.
PENUTUP
ETP akan mentransformasikan ekonomi Malaysia dan memastikan tercapainya pertumbuhan ekonomi yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi: mencapai PNK per kapita sekurang-kurangnya RM48,000 atau US$15,000 menjelang 2020. NKEA akan menyumbang 74 peratus pertumbuhan ini melalui satu program inisiatif dan pembaharuan yang didorong pasaran dan bertumpu pada bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing. Transformasi ini akan diterajui oleh sektor swasta dan lebih daripada 90 peratus pembiayaan yang diperlukan akan datang dari pelaburan swasta. Melalui ETP, lebih daripada 3 juta pekerjaan baru akan diwujudkan, di mana majoriti adalah pekerjaan berpendapatan sederhana atau tinggi. Ini akan membawa kepada peningkatan yang signifikan secara keseluruhan ke atas tahap pendapatan. Peranan Kerajaan adalah untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi ini dengan menyampaikan pembaharuan, memberikan insentif untuk pelaburan dan memastikan pembiayaan awam disasarkan ke bidang di mana ia akan memberikan impak yang paling besar.
ebahagian besar daripada impak Pendapatan Negara Kasar (PNK) terhadap Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan dicapai melalui pelaburan dan tindakan sektor swasta. Walau bagaimanapun, pencapaian kebanyakan projek permulaan (EPP) memerlukan tindakan daripada
104
Tarikan Pelabur
Sejumlah RM1.3 trilion pelaburan diperlukan dari sektor swasta untuk membiayai EPP dan peluang perniagaan yang dikenal pasti dalam ETP. Lebih kurang 73 peratus daripada modal yang diperlukan, atau RM953 bilion, dijangka akan dijana daripada sumber domestik. Seperti yang dihuraikan dalam Bab 2, Malaysia mempunyai kadar simpanan domestik yang tinggi, yang menunjukkan ketersediaan modal. Keutamaannya adalah untuk memastikan modal domestik tertarik kepada peluang produktif dalam NKEA. Memandangkan kepentingan pelaburan domestik dalam penyampaian sasaran ETP, kami akan memperluaskan bidang tanggungjawab Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk juga terlibat dalam usahausaha meningkatkan minat dan tarikan pelaburan domestik. Khususnya, MIDA akan menjangkau pelabur domestik secara meluas melalui - roadshows dan komunikasi media massa serta melalui pengenalpastian dan perundingan khusus dengan bakal pelabur. MIDA juga akan membantu pelabur domestik dalam perundingan mereka dengan agensi kerajaan mengenai insentif, regulatori dan halatuju dalam prosedur pentadbiran. Selanjutnya, MIDA akan menyelaras dan menggabungkan pelbagai usaha dalam lima koridor pertumbuhan Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak dan Koridor Pembangunan Sabah. Selain daripada sumber modal domestik yang diterangkan di atas, tambahan sebanyak 27 peratus dari modal yang diperlukan untuk membiayai EPP dianggarkan datang dari pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM358 bilion dalam 10 tahun hingga 2020. Beberapa NKEA, terutamanya Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Elektrik dan Elektronik (E&E) dan Minyak, Gas dan Tenaga, bergantung pada penarikan FDI. Prestasi Malaysia dalam menarik FDI, telah ketinggalan di belakang kebanyakan negara rantau ini sepanjang dekad lalu. Pada 2009, Malaysia menerima hanya RM4.9 bilion FDI, satu kemerosotan sebanyak 81 peratus berbanding dengan aliran masuk 2008. Pada tempoh yang sama, aliran masuk FDI ke seluruh rantau Asia Tenggara hanya menurun sebanyak 22 peratus manakala telah meningkat di Filipina (26 peratus) dan Singapura (54 peratus). Untuk menarik jumlah pelaburan asing dan domestik besar yang diperlukan, Malaysia akan memperkukuhkan asas aktiviti penarikan pelaburannya. Ini bermula dengan pensyarikatan dan pemberdayaan dan keperkasaan MIDA sepertimana yang dimaklumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Usaha ini termasuk perluasan bidang-kuasanya bagi meliputi pelaburan domestik. Permintaan khusus daripada pelbagai EPP akan mempertajamkan dan mengkhususkan fokus terhadap usaha reformasi ini. Terdapat dua kategori penarikan pelaburan: sasaran khusus dan terperinci terhadap pelabur dan rakan kongsi berpotensi tinggi serta kempen pemasaran yang lebih meluas (Jadual 3-1).
Aktiviti sasaran khusus pelabur berpotensi tinggi termasuk mengenal pasti dan berunding dengan pelabur berpotensi tinggi untuk menyertai projek yang dikenal pasti. Sebagai contoh, kami akan mengenal pasti pelabur asing untuk mengambil bahagian dalam lima hab oleo NKEA Minyak Sawit di samping menggalakkan pelabur sedia ada untuk menyediakan kebolehan pembungkusan maju ke dalam NKEA E&E. MIDA akan bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pengusaha terlibat bagi menerajui aktiviti menarik pelabur ini dan akan mengambil tindakan untuk mencapai pencapaian utama secara berperingkat bagi EPP. Tambahan kepada aktiviti sasaran ini, MIDA juga akan menjalankan kempen pemasaran yang lebih meluas dalam NKEA yang relevan bagi mempromosikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik. Contohnya ialah penganjuran roadshows antarabangsa untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pengkalan-data bertaraf antarabangsa. Jadual 3-1
Deskripsi
Sasaran khusus untuk rakan kongsi berpotensi tinggi
Agensi Peneraju
Malaysian Industrial Development Authority
5 EPP , termasuk Perkhidmatan Perniagaan: Mengadakan roadshows untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pengkalan data bertaraf antarabangsa E&E: Mempromosikan Sarawak sebagai tapak pengeluar silikon; mempromosikan Koridor Utara dan Lembah Klang sebagai tapak pengeluar wafer dan sel. Penjagaan Kesihatan: Membiayai pameran perdagangan farmaseutikal untuk mempromosikan eksport ubat-ubatan generik buatan Malaysia
34.9
Jumlah
55.2
106
Insentif Fiskal
Kebanyakan daripada EPP memerlukan sokongan kewangan Kerajaan sama ada untuk perbelanjaan modal atau perbelanjaan operasi. Secara meluas, sokongan Kerajaan adalah dalam bentuk kredit atau pelepasan cukai am, insentif cukai yang lebih menepati sasaran, terus kepada peningkatan pelaburan tertentu dan bentuk sokongan fiskal bukan cukai yang lain seperti geran dan pinjaman mudah. Jadual 3.2 menggambarkan jenis insentif fiskal yang telah dipohon. Insentif ini hanya akan dibayar setelah bukti komitmen diperolehi dari sektor swasta. NKEA Pertanian memohon konsesi cukai bagi membantu menarik rakan kongsi asing untuk melabur dalam taman makanan bersepadu yang dicadangkan. Elaun cukai pelaburan juga telah dipohon untuk menggalakkan tahap pelaburan swasta yang lebih tinggi dalam pelbagai sektor, seperti kilang pembungkusan maju bagi sektor E&E. Insentif bukan cukai yang diperlukan oleh EPP ini, mengandungi terutamanya geran dan pinjaman dari pelbagai agensi kerajaan. Walaupun insentif ini telah dikenal pasti oleh 22 EPP, jumlah yang diminta adalah masih kecil (contohnya geran RM19 juta untuk menubuhkan pusat penjagaan anak tunas dan latihan pendidikan) berbanding keperluan kewangan lain yang telah dinyatakan. Kebanyakan pinjaman atau geran yang diminta adalah daripada dana yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan khusus ini, seperti Dana Teknologi Hijau dan pinjaman modal kerja dari Perbadanan PKS. Kebanyakan insentif ini adalah khusus kepada sektor-sektor terlibat. Kerajaan bukan hanya membuat pertukaran menyeluruh pada kod cukai tetapi akan memberi kuasa kepada MIDA dan agensi yang terlibat untuk berunding dengan pelabur tentang insentif yang dipohon pada dasar kes demi kes. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu pendekatan am dan rangka kerja untuk menyediakan asas menyeluruh bagi mengendalikan perundingan ini. Ini bermakna peruntukan untuk insentif ini tidak perlu dirumuskan dari permulaan setiap kali perundingan dijalankan. Kerajaan juga akan meneliti semula setiap permohonan bagi memastikan hanya permohonan dengan potensi impak tertinggi kepada PNK akan menerima sokongan kewangan daripada sektor awam.
Jadual 3-2
Impak kepada PNK (RM bilion)
22.9
Deskripsi
Kredit dan pelepasan cukai
Agensi Utama
Kementerian Kewangan
17.5
60.6
Jumlah
101.1
108
Bagi mengenalpasti dan menangani keperluan modal insan EPP dan peluang perniagaan, Kerajaan akan mengambil tindakan untuk membina keupayaan dan kemahiran tenaga kerja sedia ada di Malaysia, menarik tenaga kerja asing untuk bekerja di Malaysia dan melonggarkan peraturan imigrasi bagi memudahkan kemasukan tenaga kerja dari luar ini. Pembinaan modal insan bukan hanya mampu memanfaatkan EPP dan peluang perniagaan, malah ia juga akan menyediakan tenaga kerja berkebolehan dari segi teknikal, pemikiran kritikal dan kemahiran kepemimpinan yang diperlukan untuk menjalan dan menjayakan peluang perniagaan masa hadapan serta projek-projek bukan NKEA. Gambarajah 3.1
Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 keluaran Bank Dunia
Kedudukan Global 2010
Kemudahan menjalankan perniagaan Singapura New Zealand Hong Kong USA UK Thailand Japan Republik Korea 1 2 3 4 5 12 15 19 Permulaan perniagaan Pengendalian permit pembinaan 2 5 1 25 16 13 45 23 Pendaftaran Hartanah Perdagangan merentasi sempadan 1 26 2 18 16 12 17 8 Peguatkuasaan kontrak
4 1 18 8 16 55 91 53
16 3 75 12 23 6 54 71
13 10 3 8 23 24 20 5
Malaysia
23
88
109
86
35
59
110
Jadual 3-3
Penerangan
Kredit dan pelepasan cukai
Agensi Peneraju
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia
15 EPP , termasuk Pertanian (diselaraskan bersama Kementerian Pertanian): Menstruktur semula kursus pertanian sedia ada bagi memastikan penekanan mencukupi dalam bidang teras seperti pemakanan haiwan, perladangan haiwan, penternakan haiwan, agronomi dan pertanian, teknologi maklumat dan komunikasi; menambahkan tempat untuk bidang-bidang baru seperti akuakultur Perkhidmatan Perniagaan: Menjemput universiti luar negara untuk menubuhkan kampus tempatan bagi mengajar kejuruteraan penerbangan (penyelenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan terperinci); memperkenalkan kursus pengkalan data Penjagaan kesihatan (diselaraskan dengan Kementerian Kesihatan): Mewujudkan kesinambungan antara program Sarjana Malaysia dan kolej-kolej antarabangsa untuk kursus radiologi dan patologi Minyak sawit (diselaraskan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi): Meningkatkan jumlah kursus dalam kejuruteraan kimia, kejuruteraan bio, sains makanan, teknologi makanan, pemakanan dan kesihatan, penyelidikan produk dan reka bentuk produk
17.4
Jumlah
78.8
112
Jadual 3-4
Penerangan
Komunikasi kepada kumpulan sasaran
Agensi Peneraju
Talent Corporation
Lima EPP , termasuk Perkhidmatan Perniagaan: Menjalankan kempen untuk memasarkan Malaysia sebagai satu destinasi bagi tenaga kerja mahir profesional; membangunkan portal tenaga kerja mahir sehenti Perkhidmatan Kewangan: Menarik pakar-pakar kewangan Islam global
7.2
Jumlah
10.3
Peraturan Imigresen
Undang-undang imigresen Malaysia telah menampakkan banyak perubahan positif dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya berkaitan dengan kemudahan kemasukan tenaga kerja asing mahir. Walau bagaimanapun, sektor swasta merentasi banyak industri masih mengalami pelbagai kesukaran untuk membawa masuk tenaga kerja asing akibat daripada beberapa peraturan imigresen yang agak terbatas. Contohnya, tidak ada peruntukan yang disediakan untuk memudahkan para siswazah asing berprestasi tinggi di universiti-universiti Malaysia untuk mendapat pekerjaan di negara ini (seperti visa satu tahun secara automatik). Risikonya adalah Malaysia mungkin kehilangan pekerja berkemahiran ini ke negaranegara seperti Singapura yang mempunyai polisi imigresen yang lebih fleksibel. Kerajaan akan bertindak untuk memudahkan prosedur imigresen; contohnya, memansuhkan sekatan kepada ekspatriat berpendapatan sederhana dan tinggi supaya untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan, serta memendekkan tempoh permohonan dan prosedur. Kerajaan akan membangun dan melaksanakan satu set kriteria untuk pemansuhan sekatan pada atau kelulusan automatik visa dan permit kerja.
1 EPP ini akan menyumbang sebanyak RM118 bilion kepada PNK menjelang 2020. Tetapi, sumbangan kepada PNK daripada Greater KL/KV dikira secara berasingan bagi mengelak kiraan dua kali memandangkan sebahagian daripada pendapatan daripada NKEA lain akan dijana dalam NKEA Greater KL/KV
Satu rombakan polisi- imigresen terpilih juga diperlukan oleh beberapa NKEA bagi melaksanakan EPP mereka. Contohnya, untuk NKEA Pendidikan, bagi meningkatkan bilangan pelajar luar negara untuk belajar di Malaysia, proses permohonan untuk kemasukan pelajar asing perlu dipercepatkan. Di samping itu, sekatan untuk pelajar-pelajar ini bekerja semasa tempoh pengajian bagi memenuhi syarat-syarat latihan amali perlu dikaji semula. Pada masa yang sama, untuk kejayaan EPP pelancongan perubatan dalam NKEA Penjagaan Kesihatan, permohonan visa secara ekspress dan pelanjutan tempoh visa bagi pengembara/ pelancong kesihatan dan teman mereka perlu disegerakan. Ini akan dirunding secara kes demi kes antara wakil sektor masing-masing, Kementerian Peneraju NKEA masing-masing dan Kementerian Dalam Negeri. Jadual 3-5 menyediakan satu ringkasan menyeluruh bagi tindakan yang diperlukan. Jadual 3-5
Penerangan
Memudah dan mempercepatkan proses permohonan
Agensi Peneraju
Kementerian Dalam Negeri
5.6
Jumlah
12.0
114
Contoh Pendidikan
Malaysia mempunyai salah satu rejim paling liberal di dunia untuk menggalakkan pelaburan swasta ke dalam sektor pendidikan. Walaubagaimanapun, pelaburan sebenar masih di bawah potensi pelaburan kerana persekitaran am perniagaan tidak dilihat sebagai menarik oleh para pelabur asing dan tempatan. Untuk menubuhkan sebuah tadika, contohnya, pelabur memerlukan berbagai-bagai lesen, pemakluman dan kelulusan dari berbagai pihak seperti dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat, Suruhanjaya Tenaga Elektrik, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Organisasi Keselamatan Sosial, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja dan Jabatan Bomba. Sesetengah daripadanya berbeza mengikut negeri atau daerah (seperti keperluan pihak berkuasa tempatan), dan ini lebih menyukarkan perkembangan sektor ini di peringkat nasional.
Kotak 3-2
Carta 3-2 menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana Malaysia ketinggalan berbanding pesaing serantaunya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 Bank Dunia. Meskipun Malaysia berada pada kedudukan yang tinggi dari segi kemudahan menggunakan kredit dan prosedur pengambilan pekerja, ia ketinggalan dalam aspek lain seperti kemudahan memulakan perniagaan (lebih kurang 11 hari, berbanding dengan 6 hari di Hong Kong), pengendalian permit-permit pembinaan (melibatkan 25 prosedur, berbanding 13 di Republik Korea) dan pendaftaran hartanah (mengambil masa 144 hari, berbanding dengan 29 hari di China).
Carta 3-2
Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 keluaran Bank Dunia
Kedudukan Global 2010
Kemudahan menjalankan perniagaan Singapura New Zealand Hong Kong USA UK Thailand Japan Republik Korea 1 2 3 4 5 12 15 19 Permulaan perniagaan Pengendalian permit pembinaan 2 5 1 25 16 13 45 23 Pendaftaran Hartanah Perdagangan merentasi sempadan 1 26 2 18 16 12 17 8 Peguatkuasaan kontrak
4 1 18 8 16 55 91 53
16 3 75 12 23 6 54 71
13 10 3 8 23 24 20 5
Malaysia
23
88
109
86
35
59
Laporan Pelaburan Merentasi Sempadan 2010 juga menyatakan bahawa kemudahan perniagaan di Malaysia masih boleh diperbaiki, terutamanya bagi para pelabur asing. Ia juga menunjukkan bahawa Malaysia ketinggalan di belakang pesaing Asia seperti Singapura dan Republik Korea, dan juga jiran ASEAN seperti Filipina, Vietnam and Indonesia dari segi tahap pemilikan ekuiti asing yang dibenarkan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi. Berdasarkan kerumitan yang dihadapi oleh EPP, kebanyakan daripada mereka telah memohon agar pemboleh yang akan mempertingkatkan persekitaran perniagaan ditangani dan disediakan. Ini termasuk: Liberalisasi Contoh adalah termasuk membenarkan firma guaman asing dengan kepakaran dalam kewangan Islam untuk beroperasi di Malaysia (Perkhidmatan Kewangan) dan memansuhkan syarat pemilikan ekuiti bagi menggunakan dana pembangunan produk (Pelancongan); dan Kemudahan penubuhan dan operasi Contoh adalah termasuk menyelaraskan prosedur perlesenan untuk menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak (Pendidikan) dan mempercepatkan lagi masa pemprosesan dan kelulusan untuk kemudahan penjagaan kesihatan (Penjagaan Kesihatan).
116
Mengjangkaui EPP, peningkatan dalam persekitaran perniagaan adalah satu cara penting untuk mencapai penambahan teguh dalam pelaburan swasta bagi merealisasikan peluang-peluang perniagaan dan sektorsektor bukan NKEA yang diperlukan demi mencapai sasaran PNK 2020 (sebagaimana yang dihuraikan dalam Bab 1). Idea khusus terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang mengambil ikhtibar daripada nasihat dan pandangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Ini termasuk satu kajian semula dan secara menyeluruh regulatori terbabit, liberalisasi lanjut sektor perkhidmatan, pengurangan dalam kos-kos regulatori PKS dan penyelarasan hubungkait antara Kerajaan dan perniagaan.
MEMBINA INFRASTRUKTUR
Infrastruktur fizikal Malaysia telah berkembang dengan begitu nyata sekali dalam lima tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, pelaburan infrastruktur tambahan yang besar diperlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai melalui ETP. Malaysia tidak akan menyediakan infrastruktur dalam cara yang reaktif. Lebih tepat, kami akan menempatkan rancangan pembangunan infrastruktur yang berpandangan jauh kedepan, dengan tujuan mengkalis masa hadapan ekonomi negara. Dua jenis infrastruktur akan diberi perhatian khusus memandangkan fungsi utama mereka dalam meneraju penjanaan PNK: jalur lebar dan logistik.
Jalur Lebar
Jalur lebar adalah satu infrastruktur kritikal dalam kejayaan EPP di bidang-bidang seperti Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Elektrik dan Elektronik, Perkhidmatan Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Perkhidmatan Perniagaan dan Pendidikan. Misalnya, jalur lebar akan: Mengembangkan kapasiti (jalur lebar) untuk merangsang hab pengkalan data (Perkhidmatan Perniagaan); Mempertingkatkan kelajuan untuk memudahkan penghantaran dokumen reka bentuk IC besar (E&E); dan Meluaskan liputan dan akses bagi menggalakkan pusat beli-belah maya (virtual) (Pemborongan dan Peruncitan). Melebihi EPP, jalur lebar juga kritikal untuk pertumbuhan sektor-sektor lain ekonomi. Objektif Kerajaan adalah untuk menaikkan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia ke 75 peratus isi rumah sebelum akhir 2015 (dari sekitar 40 peratus pada masa ini). Ini akan dicapai melalui satu kombinasi jalur lebar berkelajuan tinggi (sehingga 100 Mbps) di kawasan-kawasan yang mempunyai impak ekonomi tinggi (seperti Greater Kuala Lumpur/Klang Valley) dan jalur lebar untuk penduduk awam (di bawah 5 Mbps) di kawasan separuh-bandar dan luar bandar. Kerajaan akan membiayai bersama pelancaran ini melalui satu perkongsian dengan sektor swasta dan sebahagian dari dana Peruntukan Perkhidmatan Universal akan digunapakai.
118
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, akan terus berusaha dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memperluaskan liputan rangkaian, meningkatkan kelajuan rangkaian dan seterusnya menambahkan kemampuan jalur lebar. Kerajaan juga akan meminda Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 supaya memberi mandat kepada para pemaju dalam usaha menggabungkan kemudahan jalur lebar di kawasan-kawasan komersil dan kediaman.
Logistik
Malaysia mempunyai salah satu infrastruktur logistik terbaik di rantau ini, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah memenangi berbagai anugerah, Lebuh Raya Utara-Selatan yang menghubungkan sepanjang Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Dalam menyokong kejayaan ETP, kami akan menaikkan taraf infrastruktur sedia ada, seperti jalan, pelabuhan dan lapangan terbang, dan membina infrastruktur logistik baru jika terdapat perniagaan yang mencukupi, supaya memudahkan pergerakan yang efisien bagi para pekerja dan barangan. Pelaburan infrastruktur adalah salah satu tema teras bagi NKEA Greater KL/KV: hubungan keretapi laju antara Kuala Lumpur and Singapura dan sistem transit laju di Greater KL/KV. Sebagai tambahan, pelaburan infrastruktur termasuk meningkatkan Bintulu sebagai satu lapangan terbang antarabangsa untuk menarik pengeluar silikon (E&E) dan untuk mencepatkan pembinaan jalan raya penghubung kepada Pasaraya Besar Boulevard (Big Box Boulevard) di Nusajaya (Pemborongan dan Peruncitan) juga akan dilaksanakan. Meningkatkan infrastruktur logistik akan mempunyai kesan meluas kepada negara melebihi NKEA. Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk mempertingkatkan akses dan kesinambungan pengangkutan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Khususnya, Kerajaan adalah komited untuk: Membina dan meningkatkan jalan-jalan Beberapa pembangunan utama seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang (menghubungkan Pulau Pinang ke Semenanjung Malaysia) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dijadualkan akan siap selepas 2012; Membangun rangkaian landasan keratapi Kerajaan akan memperluaskan landasan keretapi berkembar elektrik Utara-Selatan ke Johor Bahru, membeli keretapi baru (dan membaikpulih yang sedia ada) serta memodenkan kemudahan dan teknologi perkhidmatan rel pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah; Menaik taraf infrastruktur maritim Inisiatif termasuk mendalamkan saluran pelabuhan supaya bersedia menerima kapal lebih besar dan menambahkan kapasiti Westport di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang; dan Meningkatkan kemudahan terbaik di lapangan-lapangan terbang Antara lain, Kerajaan sedang membina satu terminal penerbangan kos rendah baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menambah kapasiti penumpang dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Unit Perancang Ekonomi, bersama dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya akan menyelaras program pelaburan infrastruktur ini.
KESIMPULAN
Walaupun kejayaan ETP adalah di tangan peneraju sektor swasta yang akan melaksanakan 131 EPP yang telah dikenalpasti, Kerajaan mempunyai peranan penting dalam memudahkan pertumbuhan sektor terlilbat melalui tindakan-tindakan pemboleh yang menyokong kuat EPP dan peluang perniagaan. Kejayaan untuk menarik lebih daripada RM1.3 trilion pelaburan swasta tempatan dan asing bergantung pada aktivitiaktiviti promosi pelaburan serta pembangunan satu rangka kerja jelas sokongan fiskal. Selain daripada itu, pengambilan 3.3 juta pekerja baru untuk mengisi peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh NKEA akan memerlukan satu usaha yang signifikan untuk mempertingkatkan modal insan, dengan melabur secara sistematik dalam membangunkan pemimpin perniagaan tempatan, menarik tenaga kerja asing dan memperkemaskan proses imigresen. Kerajaan juga akan mewujudkan suatu persekitaran perniagaan yang lebih dinamik melalui pemansuhan peraturan, mengurangkan kos pematuhan dan meningkatkan kecekapan operasi dan pelaksanaan kerajaan untuk terus menyokong dan menggalakkan pertumbugan sektor swasta. Akhir sekali, ETP akan memerlukan lebih banyak infrastruktur sokongan seperti jalur lebar dan logistik, bagi mendokong transformasi Malaysia ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 sebagaimana yang dicartakan dalam Visi 2020 negara.
rogram Transformasi Ekonomi (ETP) telah direka bentuk untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan ekonomi pendapatan negara kasar (PNK) bernilai RM1.7 trilion (US$523 bilion) pada 2020.
Walaubagaimanapun, kejayaannya bergantung pada pelaksanaan dan penyampaian yang efektif. Ini akan memerlukan sektor awam dan swasta untuk bekerjasama melaksanakan 131 projek permulaan (EPP) merentasi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Bagi memastikan penyampaian ETP yang pantas dan efektif, Kerajaan telah: Memberi komitmen kepada sektor swasta dalam satu Ikrar yang spesifik dan boleh dilaksanakan untuk memainkan peranan sebagai fasilitator bagi memastikan pemilikan sektor swasta, pembiayaan telus, pelaksanaan pantas dan akauntabiliti jelas sepanjang penyampaian EPP. Membawa kesemua agensi Kerajaan untuk bekerjasama dengan sektor swasta di mana setiap agensi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang jelas bagi memastikan pelaksanaan selaras untuk EPP dan pembolehnya; Menubuhkan satu Unit ETP di bawah PEMANDU yang akan bekerja dengan Unit Perancang Ekonomi untuk memudahkan penyampaian, iaitu dari penyelesaian isu ke pemantauan prestasi; Menyediakan mekanisme pemantauan dan laporan prestasi bagi memastikan akauntabiliti pada penyampaian EPP dan ketelusan awam pada pencapaian; dan Membina proses untuk memperuntukkan pembiayaan awam kepada bidang-bidang yang mempunyai impak tertinggi dari segi PNK, dan dalam cara yang telus buat masa kini dan pada masa hadapan.
124
KESEMUA AGENSI KERAJAAN AKAN BERGABUNG DAN BEKERJASAMA DENGAN SEKTOR SWASTA BAGI MEMASTIKAN PENYAMPAIAN
Proses mentransformasikan EPP dari satu idea ke satu projek pelaksanaan penuh yang akan memberi impak pada PNK serta pekerjaan baru memerlukan beberapa komponen. Penyampaian pemilikan diperlukan bagi memastikan terdapat satu titik akauntabiliti pada setiap masa. Sebagai sebahagian daripada peserta makmal, sektor swasta telah mewujudkan bersama idea, membangunkan pelan implementasi dan pembiayaan serta mengenal pasti pemboleh yang diperlukan untuk EPP. Walaupun kebanyakan dari pemilik EPP yang dikenal pasti terdiri sebahagiannya dari pihak Kerajaan, pemilik ini dianggap sebagai penjaga awal yang akan menguruskan proses telus untuk memilih pemilik EPP dan memperuntukkan dana. Sektor swasta akan memacu pelaksanaan EPP sebagai sebahagian daripada proses ini. Sokongan diperlukan bagi memastikan ketersediaan pemboleh yang diperlukan. Contohnya, membina tempat peranginan ekopelancongan memerlukan lebih daripada tindakan sektor swasta. Pelaksanaan mungkin memerlukan penyediaan peraturan untuk menghadkan aktiviti maritim yang merosakkan batu karang, pembinaan jalan untuk menyediakan akses ke tempat baru atau tindakan sokongan lain. Peranan Kerajaan adalah untuk menyingkirkan kesemua halangan ini, memastikan pemboleh yang diperlukan disediakan dengan pantas dan meminimumkan penangguhan. Pembiayaan diperlukan bagi memastikan setiap EPP mempunyai dana mencukupi untuk meliputi kos pembangunan dan operasi. Ia mungkin juga memerlukan sumbangan dari sumber swasta dan awam. Sektor swasta dijangka menyediakan pembiayaan majoriti manakala Kerajaan akan memastikan sumbangannya digunakan untuk EPP berimpak tinggi dan yang akan diperuntukkan dengan telus. Manakala sektor swasta akan menerajui penyampaian EPP dan bertanggungjawab untuk membiayai projekprojek ini, ia juga perlu memberi penekanan pada bidang yang memerlukan sokongan. Oleh itu, kesemua agensi Kerajaan akan bersepadu dalam memastikan penyampaian. Di sini terdapat beberapa contoh peranan agensi Kerajaan: Kementerian akan lebih banyak memainkan peranan sokongan dalam penyelesaian sebarang isu yang mungkin timbul akibat implementasi EPP. Walaubagaimanapun, beberapa kementerian bertanggungjawab untuk menyampaikan EPP terpilih (berbeza bergantung pada NKEA), terutamanya di mana tiada pemilik sektor swasta yang diwujudkan; Pengawal selia akan memainkan peranan sokongan. Beberapa EPP mungkin memerlukan pindaan pada peraturan atau insentif yang khusus pada sektor. Selain itu, pengawal selia akan menyelaras dan mempertemukan sekumpulan pemain industri untuk melaksanakan satu EPP atau sebahagian daripada EPP secara kolektif. Mereka juga akan menilai cara untuk mengurangkan risiko projek tersebut; Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan memperuntuk dan membayar pembiayaan EPP di mana pembiayaan awam diperlukan;
126
MIDA akan memainkan peranan sokongan untuk kebanyakan EPP dengan menarik pelaburan melalui aktiviti pemasaran dan pembangunan perniagaan yang menyasarkan pelabur asing dan domestik. MIDA juga akan mencari pemilik EPP, merundingkan insentif di mana perlu dan berkhidmat sebagai pusat setempat bagi kontak pelabur. Dalam beberapa keadaan, MIDA mungkin akan menerajui penyampaian tahap pertama EPP secara interim, terutamanya EPP yang bergantung sepenuhnya pada pelaburan asing; Talent Corporation akan menyediakan sokongan kepada EPP dengan melaksanakan program menarik dan mengekal bakat. Sama seperti MIDA, ia bertanggungjawab ke atas penyampaian EPP terpilih, terutamanya EPP yang bergantung pada penarikan bakat; PEMUDAH (satu pasukan petugas khas untuk memudahkan perniagaan) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia yang distruktur dan dijenamakan semula akan menyediakan sokongan kepada NKEA dengan menyemak dan menyarankan perubahan kepada peraturan dan polisi sedia ada dengan tujuan mengeluarkan peraturan yang tidak diperlukan dan kos pematuhan serta mempertingkatkan kepantasan dan kemudahan penyampaian; Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memudahkan perkongsian awam-swasta (public-private partnership atau PPP) akan menyediakan sokongan kepada EPP yang layak untuk menerima pembiayaan melalui Dana Fasilitasi dan penstrukturan PPP di mana relevan; dan Entiti pelaburan berkaitan Kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) akan menyediakan sokongan pembiayaan dengan melabur bersama dalam EPP yang memenuhi pelaburan kriteria mereka.
UNIT ETP YANG BARU DITUBUHKAN AKAN BEKERJA DENGAN UNIT PERANCANG EKONOMI UNTUK MEMUDAHKAN PENYAMPAIAN
Untuk menguruskan penyampaian program, kami telah menubuhkan Unit Program Transformasi Ekonomi (Unit ETP). Unit ETP ini adalah sebahagian dari PEMANDU, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Unit ini melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU. Unit Perancang Ekonomi diamanahkan untuk menyediakan pelan pembangunan negara dan memperuntukkan pembiayaan kepada semua projek pembangunan. Unit ETP akan menyelaraskan dan bekerja rapat dengan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan penyampaian EPP tersebut.
Menyelesaikan isu terbangkit dan menyokong pelaksanaan bila perlu Melalui mesyuarat tetap dengan pemilik EPP, Unit EPP akan mengenal pasti isu, mempertemukan pihak relevan dan membantu menyelesaikan masalah. Unit ETP juga mungkin membawa isu ke tahap tertinggi Kerajaan, contohnya ke Majlis Ekonomi. Dalam beberapa kes di mana tidak terdapat pemilik alamiah, Unit ETP akan bertanggungjawab untuk melaporkan kemajuan beberapa EPP; Mempertemukan pihak yang diperlukan untuk melabur dalam EPP Dalam kes di mana tidak terdapat pemilik EPP yang jelas atau di mana usaha penubuhan dana tidak memenuhi sasaran, Unit ETP akan mengenal pasti dan mempertemukan unit-unit Kerajaan lain yang belum terlibat dalam proses. Contohnya, ia mungkin memaklumkan MIDA (yang memegang mandat untuk memobilisasikan pelaburan dari sumber domestik dan asing) di mana sokongannya diperlukan. Ia juga akan bekerja dengan pemilik EPP mengenai cara penstrukturan dan penggunaan pelaburan alternatif; Memastikan akauntabiliti dan memantau dengan teliti penyampaian keputusan Unit ETP ditugaskan bagi memastikan setiap EPP mempunyai pemilik, petunjuk prestasi utama yang jelas dan peristiwa penting sebelum pengagihan dana. Ia juga bertanggungjawab memantau dan melaporkan kemajuan. Sebagai sebahagian daripada proses ini, satu kajian semula rasmi akan diadakan setiap enam bulan diantara Perdana Menteri dan Menteri Peneraju yang relevan. Dalam penyediaan kajian semula ini, Unit ETP akan mengemukakan satu laporan sulit yang memberi ringkasan mengenai kemajuan NKEA selama enam bulan yang lepas serta pelan tindakan untuk enam bulan berikutnya bagi menyelesaikan halangan pada pencapaian sasaran. Laporan ini akan digunakan oleh Perdana Menteri sebagai dasar untuk dialog kajian semula prestasi formal beliau dengan Menteri Peneraju yang relevan; Menyokong komunikasi dan urusan, terutamanya dengan para pelabur Unit ETP akan menyediakan dan menyampaikan ETP secara berkala melalui beberapa forum yang merangkumi jerayawara pelabur, persidangan Invest Malaysia dan jangkauan yang menyasar pelabur berpotensi berimpak tinggi termasuk dana domestik dan antarabangsa; dan Menyediakan laporan tahunan kepada masyarakat awam Unit ETP bertanggungjawab untuk laporan berkala dan telus merentasi NKEA. Sebagai sebahagian dari usaha ini, ia akan mencetakkan sebuah laporan tahunan kepada masyarakat awam yang menghuraikan dengan telus pencapaian ETP dan kewajaran untuk sebarang jurang prestasi, jika ada. Laporan tahunan akan menyediakan butiran terperinci merentasi semua NKEA, EPP dan pemboleh sokongan mereka. Laporan pertama akan dicetakkan pada suku pertama 2012 dan akan mengandungi juga pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP).
128
Unit ETP akan mempunyai kakitangan sepenuh masa bagi menjalankan mandatnya. Kakitangan akan dipilih melalui proses yang teliti bagi mengenal pasti dan melantik insan paling baik dan cerdik, bukan sahaja dari perkhidmatan awam tetapi juga dari sektor swasta. Kakitangan akan mempunyai kemahiran kepimpinan yang terserlah serta keupayaan menyelesaikan masalah dan cenderung terhadap perkhidmatan awam. Mereka bertanggungjawab untuk menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan menyelia prestasi NKEA dan EPP tertentu.
Rangkaian dan Perkongsian antara Unit Perancang Ekonomi dan Unit ETP
Unit Perancang Ekonomi ditugaskan untuk menyediakan pelan pembangunan ekonomi bagi negara. Unit ETP akan bekerja rapat dengannya dalam menjalankan mandat bagi memastikan penyampaian EPP. Unit ETP bertumpu terutamanya pada pemastian penyampaian EPP manakala Unit Perancang Ekonomi akan mengambil peranan kepimpinan dalam hal-hal berkait rapat, seperti: Peruntukan dan pembayaran pembiayaan untuk EPP Meskipun Jemaah Menteri dan Parlimen akan memberi kelulusan muktamad bagi pembiayaan program, Unit Perancang Ekonomi adalah pemacu proses di mana ia akan mempertimbangkan permintaan pembiayaan sambil menyediakan maklum balas sepanjang proses. Ini adalah untuk memastikan pembiayaan diperuntukkan kepada EPP berimpak paling tinggi. Setelah pembiayaan diperuntukkan bagi EPP tertentu, Kementerian Kewangan bertanggungjawab untuk membayar dana pada setiap tahun. Sebagai sebahagian daripada proses ini, Unit Perancang Ekonomi akan memastikan KPI tertentu dan pemilik telah dikenal pasti sebelum pembiayaan dilakukan. Pembiayaan berterusan tidak akan dilakukan dalam kes di mana prestasi belum tercapai dan di mana Menteri Peneraju menentang pembiayaan tambahan; Menggabungkan ETP ke dalam pelan Malaysia masa hadapan Unit Perancang Ekonomi memainkan peranan penting bagi memastikan ETP diintegrasikan sepenuhnya dalam kitaran perancangan lima tahun Malaysia. Dengan menggabungkan ETP ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Unit Perancang Ekonomi akan memastikan kesinambungan dalam agenda transformasi Kerajaan dan pembiayaan dapat diteruskan tanpa penangguhan sebagai sebahagian daripada proses bajet; dan Memastikan pemboleh utama disediakan Unit Perancang Ekonomi akan memainkan peranan penting dalam memacu kebanyakan pemboleh yang dikenal pasti di bawah NKEA. Ia perlu memastikan bahawa pemboleh ini dilaksanakan dengan pantas bagi membenarkan pelaksanaan EPP tepat pada masanya. Contohnya, peningkatan EPP Penjagaan Kanak-kanak dan Pendidikan Awal (Early Child Care and Education atau ECCE) (di bawah NKEA Pendidikan) memerlukan Unit Perancang Ekonomi bekerja dengan Kementerian Kewangan bagi membantu mendapatkan pinjaman keutamaan daripada institusi kerajaan.
1 RASCI adalah sebuah rangka kerja untuk mengenal pasti peranan dan tanggungjawab ketika transformasi dan perubahan program. Ianya bermaksud Responsible, Accountable, Supportive, Consulted dan Informed.
130
Perdana Menteri
(Menteri Pimpinan) Bertanggungjawab untuk memenuhi sasaran PNK dan pekerjaan untuk semua EPP dan NKEA (Lain) Bertanggungjawab untuk keputusan dan pelaksanaan dalam bidang kuasa mereka Sokongan dalam peninjauan pelaksanaan semua NKEA, fokus pada penyediaan pertolongan pada tahap EPP untuk menyelesaikan isu, tertumanya isu yang merentangi agensi Bertanggungjawab untuk penyampaian harian EPP tertentu dan sasaran terancang
Menetapkan agenda Jawatankuasa Pemandu Membawa semua isu EPP dan NKEA kepada Jawatankuasa Pemandu Memantau kemajuan dan menyelesaikan isu dengan pasukan EPP Pelaksanaan EPP Penyampaian pencapaian
Unit ETP
EPP 1
EPP 2
EPP 3
...
EPP 8
Mengutamakan Pembiayaan Awam kepada NKEA dan EPP Berimpak Paling Tinggi
NKEA telah dipilih dengan teliti, dan setiap NKEA mempunyai impak ketidakseimbangan dan penting pada PNK negara. Oleh demikian, kami merancang untuk mengutamakan peruntukan bajet pembangunan kepada ETP bagi memastikan NKEA mempunyai pembiayaan yang diperlukan untuk kejayaan. Kami juga bertekad untuk mengutamakan perbelanjaan awam mengikut EPP yang mempunyai pengungkilan tertinggi, di mana pengungkilan ditakrifkan sebagai peningkatan PNK yang boleh dicapai dengan pelaburan setiap ringgit awam.
132
KESIMPULAN
Pada kebiasaannya, kejayaan sebarang program transformasi berlandaskan pada pelaksanaannya. Pengadilan bagi ETP adalah melalui cara bagaimana 131 EPP dan pembolehnya dilaksanakan dan disampaikan. Ini memerlukan sektor awam dan swasta untuk bekerja sama dalam satu perkongsian. Sebagai menandakan komitmennya, Kerajaan telah membuat satu Ikrar yang spesifik dan boleh dilaksanakan kepada Sektor Swasta di mana ia akan memainkan peranan fasilitator efektif sepanjang penyampaian. Tambahan pula, kesemua agensi Kerajaan akan bergabung untuk memastikan pelaksanaan selaras EPP dan pemboleh. Ini termasuk Unit ETP PEMANDU yang akan bekerja rapat dengan Unit Perancang Ekonomi untuk menerajui program ini. Bagi memastikan akauntabiliti dan pencapaian ketelusan awam, ETP telah direka bentuk dengan pemantauan prestasi yang jelas dan mekanisme pelaporan. Akhirnya, pembiayaan awam akan diperuntukkan ke dalam sektor berimpak tinggi dari segi PNK sepanjang perjalanan program ini.