Você está na página 1de 2

Tutorial 3 - PANTANG LARANG KAUM INDIA

Pantang Larang Semasa Perkahwinan Orang India Semasa merisik, bakal pasangan akan saling membalas kunjungan. Tetapi, ketika rombongan bakal pengantin perempuan membalas kunjungan, bakal pengantin perempuan dilarang untuk ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Kad jemputan perlu disediakan berdasarkan almanak hindu tanpa sebarang kesilapan. Jika tidak perkahwinan tersebut akan berjalan dengan tidak lancar. Majlis perkahwinan yang diadakan di kuil hanya dibenarkan untuk menghidangkan sayur-sayuran kepada tetamu. Makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu kerana agama hindhu melarang penganutnya memakan daging lembu yang dianggap sebagai tuhan mereka.

Pantang Larang Semasa Deepavali Ketika hari Deepavali, orang India mestilah memakai pakaian yang bewarna garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian bewarna hitam atau putih yang bermaksud kesedihan.

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung: Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada hari pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir kerana takut mengganggu dan mengejutkan bayi.

Pantang Larang Ketika Tetamu Berkunjung Ke Rumah Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial kepada tuan rumah.

Pantang Larang Kematian Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak tiga kali lawan arah jam sebagai tanda penghormatan. Sedikit makanan berupa beras disuap sebagai pemberian terakhir.

Pantang Larang Lain Jangan bersiul dalam rumah pada waktu malam. Jika tidak, ular akan masuk ke dalam rumah. Jangan makan di tempat gelap kerana dipercayai makan berkongsi dengan hantu. Jangan asah pensel di kedua-dua belah kerana dipercayai ibu bapa akan sentiasa bergaduh.

Você também pode gostar