Você está na página 1de 1

M/S : 28 TAJUK 2 Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada ayat 4 surah al Muzzamil ( )

Mujahid Bin Jabar Al Makkiy

Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : Mengelokkan / berlembut-lembut dalam bacaan
Tafsir Al Khazin ( )

Al Dhahak

( )
Tafsir Al Qurtuby
(

Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : Menjelaskan bacaan huruf demi huruf

)
Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahan-lahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya . Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah melintasi dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis . Maka sabda Rasulullah : Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah Taala yang berbunyi : ( ) ? Maka inilah (yang dinamakan) Tartil

Tatkala Allah Taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam , disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang bersembahyang itu hadir (khusyu) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada hakikat ayat dan maksud-maksudnya . Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati Allah, hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala sampai kepada ayat kisahkisah dan perumpamaan terhasillah pengitibaran. Maka akan tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang dimaksudkan dengan perkataan tartil itu. Ibnu Abbas

Tafsir Al Nasafi ( )

Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca dengan tenang dengan menjelaskan satusatu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan harakat (yang perlu dipanjangkan).

Tafsir Ibnu Kathir ( )

Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas kamu untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya.

( ) Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya

Você também pode gostar