Você está na página 1de 10

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

a.) Implikasi aspek-aspek perkembangan dlm proses p&p

Berdasarkan teori-teori perkembangan yang telah dikemukakan oleh ilmuwan-ilmuan di dalam bidang psikologi, beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif anak-kanak. Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-kanak setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Disamping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambilkra perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna. Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian. Implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Disamping itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai dengan conntoh. Sebagai contoh, arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuati aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.

Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7 hingga 11 tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

Implikasi Aspek Perkembangan Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru Dalam Bilik Darjah

Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam norma-norma kehidupan seharian.

Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental muridmurid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya.

Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya.

Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing. Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang.

Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya. Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama, sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya.

Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh caracara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari. 3

Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak.

Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya.

Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibubapa dirumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah orang yang paling hampir dan memahami keperluan mereka.

Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka.

b.) Cara-cara guru membantu kanak-kanak menjalani tugas-tugas perkembangan dari sudut sahsiah.

Menurut Kamus dewan Edisi ke 4, sahsiah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi. Selain itu sahsiah ataupun keperibadian juga boleh didefinisikan sebagai personaliti. Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan. Selain itu terdapat pandangan yang mengatakan Personaliti berasal daripada kata Inggeris personality yang membawa makna whole nature of character of person dan distinctive attractive charactaristics in a person . Ia membawa maksud perlakuan-perlakuan menarik yang ada pada seseorang (A.H ohn: 1991). Dua makna yang terbit daripada pengertian personaliti mengikut bahasa inggeris ialah perlakuan yang menjadi kebiasaan dan perlakuan menarik yang ada pada seseorang.

Menurut istilah dakwah atau pendidikan Islam pula, sahsiah atau personaliti diertikan sebagai akhlak seseorang terhadap Allah, diri sendiri, anak-anak, isteri, keluarga, masyarakat dan alam seluruhnya yang dipaparkan ketika berlaku interaksi antara kedua belah pihak (Al-Hasyimi, 1981). Al-Ghazali (1982) juga membawa pendekatan yang sama dalam memberikan pengertian kepada sahsiah iaitu merangkumkan sifat-sifat dalaman dan perlakuan luaran samada terhadap Allah, sesama manusia atau dengan alam seluruhnya. Beliau juga turut menyimpulkan bahawa sahsiah sebagai akhlak yang sebati pada seseorang.

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut: Perangai Kecerdasan Sentimen Sikap Minat Kepercayaan Cita-cita Nilai-nilai

Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu. MISHEL (1968) Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personality mereka yang sebenar. ALLPORT (1961) Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan HANS EYSENCK (1981) Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. KAGEN,J & SEGAL,J (1988) Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. WATSON (1919) Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.

Klasifikasi Personaliti Menurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut : Ekstrovert Introvert Ambivert

Ekstrovert Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Introvert Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko. Ambibert Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert. Cara-cara guru menolong seorang Introvert Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert. Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar ytersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa. Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi. Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti bodoh , si gemuk atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya.

Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu. Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain. Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya. Cara-cara guru menolong seorang ekstrovert Menangani pelajar ekstrovert pula, guru perlu mengadakan perbincangan berkumpulan dengan kerap. Bagi individu ekstrovert ini, perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu juga, guru boleh melantik mereka bagi membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan tersebut. Selain itu, guru perlu menggalakkan murid-murid ini mengemukakan soalan-soalan ketika proses pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai personaliti yang penuh dengan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa. Dalam bidang pendidikan bukan sahaja memerlukan guru yang hanya memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya perguruan tetapi juga komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar mereka untuk membentuk personaliti yang unggul.

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK PERSONALITI

Guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang terdapat pada murid kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini akan membawa kepada pembentukan konsep kendiri yang salah. Oleh itu guru mestilah memainkan peranan penting untuk membantu kanak-kanak dalam membentuk perkembangan personaliti yang baik. Satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. Personaliti guru memainkan peranan penting kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Peranan seorang guru perlu peka dan sensitif terhadap personaliti murid-muridnya melalui pemerhatian dan juga interaksi bersama pelajar. Guru akan mengetahui personaliti murid-muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan pembentukan personaliti yang baru bagi pelajar-pelajar.. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan semangat para pelajar. Oleh itu, peranan guru dalam pembentukan personaliti memerlukan guru yang mempunyai pakej personaliti yang lengkap, baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession perguruan. Kesimpulannya guru sering menjadi penilaian bukan hanya kepada pelajar, malah juga dinilai oleh anggota masyarakat khasnya ibubapa.

BIBLIOGRAFI

1) Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2) Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.

3) Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.). Selangor : Fajar Bakti.

4) http://global-realiti.blogspot.com/2009/07/personaliti-menurut-islam.html.

5) http://mykamus.com/free/2010/09/sahsiah/

6) http://kcsekar07.blogspot.com/2012_08_01_archive.html

10

Você também pode gostar