Você está na página 1de 7

Agama: Pencerahan Surah Al-Mulk (1)

Posted by: Mukhlis Nasri Posted date: February 20, 2013 In: Agama | comment : 1

Lihatlah Langit, Ia cuba mengajar kita sesuatu: Menjadi Hamba Ilahi ~ Pictured by Umar Mita Muqadimah: Pada penulisan pada kali ini, suka untuk saya kongsikan berkenaan tafsir surah Al-Mulk, saya akan rungkaikan dan perbincangkan akan surah ini serta kesannya dalam membentuk peribadi muslim yang ideal. Penulisan ini berbentuk santai dan bersiri agar pembaca mendapat input positif lantas mampu menpraktiskan dalam alam kehidupan. Allah SWT menurunkan surah ini kepada Rasulullah SAW melalui Jibril AS sebelum hijrah ke Madinah dan para ulamak sepakat mengkatogerikan surah ini sebagai Makkiyah iaitu surah yang turun sebelum hijrah. Surah-

surah yang dikatogerikan sebagai Makkiyah ini mempunyai signifikannya yang tersendiri, berbeza dengan surah-surah yang dikatogerikan sebagai Madaniyah. Ia lebih kepada pembentukkan aqidah dan pembangunan keimanan para sahabat malah mencantas segala pemesongan dalam mentauhidkan Allah SWT berbeza dengan Madaniyah yang lebih berfokus kepada permasalahan hukum-hakam. Surah ini mempunyai banyak nama selain Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, antaranya Maniah (Penghalang), AlWaqiah (Pelindung), Al-Mannaah (Penghalang yang benarbenar menghalang), Tabarakalmulk dan sebagainya, pada sisi pandang masyarakat Arab, sesuatu yang mempunyai banyak nama menunjukkan akan kepentinggannya dan kemuliannya. Jika dilihat kepada sejarah nama kepada Abdul Mutolib juga mempunyai banyak nama kerana menunjukkan akan kemuliannya. Maka surah ini yang juga mempunyai pelbagai nama seolah-olah mengkhabarkan manusia akan kepentinggannya dalam kehidupan seharian manusia. Hadis Berkenaan Surah Ini: Ada beberapa hadis yang menerangkan tentang surah ini terutama dari sudut kelebihan membaca serta menghafal surah ini, antaranya:

Hadis yang direkodkan oleh Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya sebuah surah dalam quran (yang mempunyai) 30 ayat akan mensyafaat pemiliknya sehinggalah ia diampunkan oleh Allah : ( ). Daripada Tsabit, daripada Anas telah berkata: Rasullah SAW telah bersabda: satu surah dalam Al-Quran akan membela pemiliknyasehinggalah ia memasukkannya ke dalam syurga: ( ) Melalui pemahaman kepada hadis di atas menunjukkan bahawa surah ini banyak fadhilat kepada yang membacanya dan menghafalnya malah kepada sesiapa yang membumikan dalam kehidupan seharian. Rasulullah SAW dan para sahabat RA akan membaca surah ini setiap malam sebelum tidur. Sekilas Pandang Terhadap Surah Ini: Surah ini 30 ayat, secara ringkasnya, permualaan surah ini Allah memulakan dengan memuji diriNya yang Maha Kuat dan memiliki segala-galanya, Allah mengarah para hambanya agar melihat penciptaan Allah, adakah ada keburukan di sana?, kemudian Allah menceritakan tentang orang kafir yang datang kepada mereka cahaya hidayah dan balasan buat mereka, lalu Allah membandingkan dengan orang-orang mukmin dan balasan bagi golongan ini.

Soalan-soalan padu yang meruntun jiwa ditanya oleh Allah buat hambanya, sedikitnya yang bersyukur sedangkan nikmat yang diberi terlalu banyak, akhir surah ini juga ditutup dengan pertanyaan-pertanyaan yang membuatkan manusia akan berfikir dan bermuhasabah diri. Hasil Tuaian Siapa Yang Lebih Hebat di Dunia: Maksudnya: Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Permulaan surah dengan Allah SWT memuji dirinya yang maha agong yang menguruskan segala-galanya dengan kehendaknya, seolah-olah ayat ini cuba merendahkan keegoan manusia yang menyangka diri mereka maha hebat sedangkan ada sesuatu yang lebih hebat dari mereka iaitu Allah Azza Wa Jalla. Lalu Allah berfirman lagi: Yang bermaksud: Dia lah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik

amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Ayat ini menambahkan lagi kesedaran kepada kita bahawa Allah SWT yang menciptakan kematian dan kehidupan yang menunjukkan kepada terhasilnya segala makhluk, sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bintangbintang dan segala-galanya bermula dengan tiada. Selari dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah: 28

hllMA aakaikanMmi(( nufum kamaMaMn nMau aMaMiaMkM :aMnduskaM aAisulnMkaak aM naausiMk lMAim(l malua( aMki sMAulukaM nMau lMsMAMl nMau
Penciptaan manusia adalah untuk menguji siapa yang lebih baik amalannya, selepas Allah swt menerangkan bahawa Dia menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa manusia ada misi dan visi dalam fatrah hidup mereka di dunia. Kesemua perbuatan yang dilakukan semua tanpa ada kecuali akan diperhitungkan lalu manusia akan melihat adakah hasil tuaian mereka yang paling terbaik. Penciptaan Bukti Allah Hebat Allah SWT menambah lagi dalam ayat seterusnya:

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kehebatan dan keagungan Allah Azza Wa Jalla jelas terang lagi bersuluh tampak pada penciptaan-Nya, antaranya tujuh petala langit yang berlapis-lapis, berdiri teguh tanpa tiang dan terhias indah, lalu Allah memberi jaminan bahawa tiada kecacatan dan ketidakseimbangan dalam penciptaan tersebut. Malah Allah SWT mengarahkan untuk lihat semula langit dan menyoal hambanya sama ada kelihatan keaiban dan kekurangan atau sebaliknya. Kemudian Allah SWT sekali lagi memerintahkan para hambanya untuk melihat penciptaannya, pasti sia-sia kepenatan, kerana Maha Hebat menciptakan sesuatu yang hebat yang tiada kurang pada penglihatan kita: Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula

berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan siasia). Konklusi: Ayat-ayat dibincangkan di atas benar-benar merawat hati dan jiwa manusia yang sedia menerima arahan dan perubahan yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Ia membuatkan diri kita tertunduk hina sebagai hamba yang dicipta oleh Allah SWT, punya misi dan visi dalam kehidupan ini. Jika kita masih bongkak dan mengangkat dada kesombongan telitilah ayat-ayat quran ini serta rasailah bahawa segala sesuatu adalah milik Allah SWT dan bila-bila sahaja dan di mana sahaja kita boleh dipanggil pulang oleh-Nya. Mari Menjadi Hamba. Nantikan sambungan ayat seterusnya.

Você também pode gostar

  • Kertas Kerja Teknologi (Done)
    Kertas Kerja Teknologi (Done)
    Documento4 páginas
    Kertas Kerja Teknologi (Done)
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Wabak
    Wabak
    Documento2 páginas
    Wabak
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • 4dx Izzatul Fahimah Yahya
    4dx Izzatul Fahimah Yahya
    Documento1 página
    4dx Izzatul Fahimah Yahya
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • PBD Mate T5 (Bab 7)
    PBD Mate T5 (Bab 7)
    Documento4 páginas
    PBD Mate T5 (Bab 7)
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Sinopsis - Sekolah 2
    Sinopsis - Sekolah 2
    Documento2 páginas
    Sinopsis - Sekolah 2
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Jadual PDPC Bekerja Dari Rumah (BDR)
    Jadual PDPC Bekerja Dari Rumah (BDR)
    Documento87 páginas
    Jadual PDPC Bekerja Dari Rumah (BDR)
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • HANNAN
    HANNAN
    Documento1 página
    HANNAN
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Sinopsis Sekolah
    Sinopsis Sekolah
    Documento2 páginas
    Sinopsis Sekolah
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Ikrar PT3
    Ikrar PT3
    Documento1 página
    Ikrar PT3
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Motivasi Bilik Darjah 2 Abd Rahim
    Motivasi Bilik Darjah 2 Abd Rahim
    Documento1 página
    Motivasi Bilik Darjah 2 Abd Rahim
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Bab 2 Jirim Dan Bahan
    Bab 2 Jirim Dan Bahan
    Documento6 páginas
    Bab 2 Jirim Dan Bahan
    ilhamehsan
    Ainda não há avaliações
  • EXP Phy
    EXP Phy
    Documento36 páginas
    EXP Phy
    HaziqFahmi
    Ainda não há avaliações
  • Tingkatan 4 Kertas 2
    Tingkatan 4 Kertas 2
    Documento15 páginas
    Tingkatan 4 Kertas 2
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Skema Fizik Kertas 2 f4
    Skema Fizik Kertas 2 f4
    Documento4 páginas
    Skema Fizik Kertas 2 f4
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Agama
    Agama
    Documento7 páginas
    Agama
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações
  • Skema Fizik Kertas 2 f4
    Skema Fizik Kertas 2 f4
    Documento4 páginas
    Skema Fizik Kertas 2 f4
    Izzatul Fahimah Yahya
    Ainda não há avaliações