Você está na página 1de 3

Apakah Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut: Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sistem Pengurusan Sekolah Bestari Polisi Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap Teknologi Proses Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1461

Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada dan Sekolah Bestari?
Apabila dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang telah menjadi sekolah bestari: 1. Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya 2. selaras dengan pengalaman murid. Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar 3. secara berterusan. 4. Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran. Pengetua atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga 5. pengajar yang profesional dan berkaliber. Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan 6. dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=3057

Apakah kriteria bagi pelajar yang ingin memasuki Sekolah Bestari?


Kecuali sembilan (9) buah Sekolah Rintis Aras A, sekolah lain yang dipilih sebagai Sekolah Rintis mempunyai populasi pelajar sendiri. Satu set kriteria khusus untuk pelajar memasuki sekolah bestari tidak diperlukan memandangkan semua sekolah akan menjadi sekolah bestari.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1482

Apakah peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?


Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari yang berdedikasi untuk menyelia, memantau dan melaksanakan Projek Sekolah Bestari bagi pihak Kementerian.

Pasukan ini akan memastikan terma dan syarat Perjanjian yang telah ditandatangani di antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn. Bhd. dipatuhi sepanjang tempoh Projek Rintis. Pasukan ini ditempatkan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengarah Projek adalah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1486

Apakah peranan Multimedia Development Corporation dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?


Multimedia Development Corporation membekalkan khidmat kepakaran dan nasihat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. MDC juga akan membantu Telekom Smart School Sdn. Bhd. untuk menc

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1489

Apakah yang diharapkan daripada pihak awam dalam menyokong projek?


Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengambil langkah untuk memastikan maklumat yang tepat dan terkini tentang konsep sekolah bestari disalurkan kepada pihak awam bagi menggalakkan orang ramai supaya menjadi pihak berkepentingan yang terlibat secara aktif di sekolah-sekolah berdekatan tempat tinggal atau tempat mereka bekerja. Sekolah bestari dianggap sebagai pusat pembelajaran komuniti, dan ia seharusnya mampu menawarkan penggunaan sumbernya untuk kebaikan komuniti setempat. Walau bagaimanapun, pihak awam juga diharap dapat menyumbang dalam bentuk kewangan, kepakaran dan sebagainya untuk membantu sekolah.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1493

Apakah yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang berprestij ini?


Transformasi semua sekolah kepada sekolah bestari merupakan tugas utama. Ia memerlukan: 1. 2. 3. Sokongan padu dari penggubal dasar. Sokongan daripada guru, pengetua, guru besar, staf sekolah dan semua agensi dalam system pendidikan. Peruntukan yang mencukupi untuk memperluaskan konsep Sekolah Bestari di semua sek olah di seluruh Negara, dan mengekalkan semua sekolah ini dalam status bestari. 4. 5. 6. 7. Dasar, norma, dan panduan yang wajar dan sesuai untuk menyokong sekolah. Amalan pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan. Pembekalan Teknologi Maklumat yang mencukupi untuk memastikan sekolah bestari dapat berfungsi dengan baik. Pembangunan professional yang berterusan bagi guru, pengetua, guru besar dan warga pendidikan lain.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1499

Adakah Sekolah Bestari membebankan ibu bapa dari segi kewangan?


Kerajaan tidak menjangkakan peningkatan perbelanjaan bagi ibu bapa tetapi kerajaan telah mengenalpasti bahawa sumbangan komuniti dari segi sumber, masa dan kepakaran amat diperlukan untuk membestarikan sekolah.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1480

Bagaimanakah guru dapat menangani cabaran perkembangan Sekolah Bestari?


Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula menjalankan latihan dalam pelbagai komponen Sekolah Bestari untuk guru-guru terpilih, misalnya, dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bestari, pengurusan bilik darjah, dan pengurusan teknologi untuk pembelajaran yang lebih berkesan. Setakat ini, seramai 1000 orang guru telah dilatih dalam pedagogi Sekolah Bestari. Kementerian Pelajaran menggunakan model cascade untuk melatih guru-guru ini dan memastikan mereka melatih pula guru-guru lain di sekolah masing-masing. Guru-guru ini juga akan dilatih khususnya dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari yang dibekalkan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd..

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1502

Bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Sistem Pentaksiran Bestari yang disebutkan dalam the Conceptual Blueprint?
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula melatih guru-guru terpilih tentang pentaksiran Sekolah Bestari. Pentaksiran Bestari sedang diserapkan secara berperingkat dimulai dengan Pentaksiran Aptitud Tahun Tiga. Memandangkan semua sekolah di seluruh negara terlibat, tidak akan timbul ketidakselarasan antara pentaksiran untuk Sekolah Bestari dengan sekolah biasa yang juga akan menjadi sekolah bestari nanti.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1506

Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?


Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1468