Você está na página 1de 19

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1 Universiti Terbuka Malaysia

PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kefahaman guru-guru di Sekolah Kebangsaan Malim dan Sekolah Kebangsaan Bachang mengenai konsep, objektif, pedagogi, kemahiran serta hasil guna tenaga Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia. Data telah dipungut daripada 30 orang guru yang terdiri daripada 15 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Malim dan 15 guru Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 2 bahagian utama iaitu latar belakang responden dan bahagian kedua ialah tahap kefahaman responden tentang konsep, objektif, pedagogi, kemahiran serta hasil guna tenaga Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia .

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh manakah tahap kefahaman guru-guru tentang Sekolah Bestari. Objektif kajian ini adalah seperti berikut : 1. Mengenalpasti serta meninjau tahap kefahaman guru-guru mengenai konsep, objektif, peranan, pedagogi, kemahiran di Sekolah Bestari serta hasil guna tenaga yang diharapkan melalui acuan Sekolah Bestari di Malaysia.

DEFINISI KONSEP SEKOLAH BESTARI Menurut Dr Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari, Tuan Jah Tuan Yusof (2012), Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi Era Maklumat yang mencabar. Selain itu, Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu murid-murid mengahadapi maklumat berpaksikan kepada dua perkara iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2 Universiti Terbuka Malaysia

Logo Sekolah Bestari Malaysia

Berikut maksud tersirat yang terdapat pada logo Sekolah Bestari Malaysia : a. Hati b. Mentol c. Segi empat d. Hitam e. Kuning f. Ungu g. Putih h. Biru i. Merah - Jiwa murid - Minda murid - Rekaan Semula system pendidikan secara sistematik. - Pemikiran kritis dan kreatif - Pembelajaran optimum - Ilmu - Pendemokrasian pendidikan - Perkembangan holistik murid - Peranan pendidikan sebagai pemacu pembangunan negara

Ciri-ciri Sekolah Bestari Acuan Malaysia Sekolah Bestari acuan Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang dapat mengembangkan potensi diri serta memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah. Berikut ialah ciri-ciri Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia : a. Guru bertindak hanya sebagai pemudah cara serta fasilitator kepada murid-muridnya. b. Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk membestarikan sumber manusia. c. Sekolah yang menggunakan teknologi pendidikan secara maksima. d. Sekolah untuk semua jenis murid rendah dan menengah. e. Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3 Universiti Terbuka Malaysia

Objektif Sekolah Bestari Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut: a. Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi. b. Mendemokrasikan pendidikan. c. Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan. d. Memupuk perkembangan menyeluruh individu. e. Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

Komponen Sekolah Bestari a. Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Bestari berkait rapat dengan kurikulum, pedagogi, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran untuk membantu murid belajar dengan cekap dan berkesan. b. Pengurusan dan Pentadbiran Pengurusan dan pentadbiran sekolah berbantukan teknologi sebagai pemacu memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan di sekolah. c. Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab Modal insan iaitu pentadbir, guru, dan kakitangan bukan guru, ibu bapa, komuniti serta agensi-agensi swasta memainkan peranan mereka secara aktif untuk membangun kualiti warga sekolah keseluruhannya demi peningkatan prestasi sekolah. d. Proses Sekolah Bestari disediakan dengan pelbagai sumber untuk menjana keberhasilan yang disasarkan. e. Teknologi Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P, pengurusan dan pentadbiran serta komunikasi dengan pihak luar. f. Dasar Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 4 Universiti Terbuka Malaysia

Kurikulum Sekolah Bestari Kurikulum Sekolah Bestari dicanang bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta membangunkan tenaga kerja untuk tenaga kerja untuk Zaman Maklumat. Berikut ciri-ciri kurikulum Sekolah Bestari. a. Pengembangan individu iaitu membantu murid-murid mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. b. Pelbagai disiplin ilmu, bertema serta berkesinambungan merentasi bidang serta merangsang pemikiran. c. Mengintergasikan pengetahuan, nilai, kemahiran serta bahasa merentas kurikulum. d. Futuristik, iaitu menyediakan murid untuk menghadapi masa depan. e. Menyatakan dengan jelas hasil pembelajaran mengikut tahap dan kebolehan murid yang berbeza-beza. f. Pelbagai dimensi ilmu kemahiran serta besifat global. g. Bersifat luwes atau fleksibel, iaitu mengikut tahap kebolehan murid. h. Berpandukan nilai iaitu pemupukan akhlak dan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. i. Berorentasikan praktis dan berasakan proses.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 5 Universiti Terbuka Malaysia

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG RESPONDEN Bahagian ini akan menerangkan beberapa pembahagian mengenai latar belakang responden iaitu nama sekolah, jantina, bangsa, umur, tahun perkhimatan, serta gred jawatan.

Jadual 1.0 : Analisis Sekolah Responden Sekolah SK Malim SK Bachang Jumlah Bilangan 15 15 30 Peratus 50 50 100

Jadual 1.0 menunjukkan analisis statistik mengikut sekolah tempat responden berkhidmat. Daripada 30 orang guru yang terlibat, 15 orang (50%) adalah guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Malim dan 15 orang (50%) adalah guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bachang.

Jadual 2.0 : Analisis Bangsa Responden Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Bilangan 24 3 3 30 Peratus 80 10 10 100

Jadual 2.0 menunjukkan responden terdiri daripada 24 orang (80.00%) berbangsa Melayu, 3 orang (10%) berbangsa Cina dan 3 orang (10%) berbangsa India.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 6 Universiti Terbuka Malaysia

Jadual 3.0 : Analisis Umur Responden Umur 20 25 tahun 26 30 tahun 31 35 tahun 36 40 tahun 46 50 tahun 51 tahun dan keatas Jumlah Bilangan 2 6 8 10 2 2 30 Peratus 6.67 20.00 26.67 33.34 6.67 6.67 100

Jadual 3.0 menunjukkan umur responden terdiri daripada 2 orang (6.67%) berumur diantara 2025 tahun. 6 orang (20.00%) berumur diantara 26-30 tahun. 8 orang (26.67%) berumur diantara 31-35 tahun. 10 orang (33.34%) berumur diantara 36-40 tahun. 2 orang (6.67%) berumur 46-50 tahun dan 2 orang (6.67%) juga berumur 51 tahun dan keatas.

Jadual 4.0 : Tahun Perkhidmatan Responden Tahun perkhidmatan 0 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 21 26 tahun 26 tahun dan keatas Jumlah Bilangan 2 6 4 8 5 5 30 Peratus 6.67 20.00 13.34 26.67 16.67 16.67 100

Jadual 4.0 menunjukkan jumlah tahun responden berkhidmat dalam bidang perguruan. 2 orang (6.67%) telah berkhidmat diantara 0-5 tahun. 6 orang (20.00%) telah berkhidmat diantara 6-10 tahun. 4 orang (13.34%) telah berkhidmat selama 11-15 tahun. 8 orang (26.67%) telah

berkhidmat selama 16-20 tahun. 5 orang (16.67%) telah berkhidmat diantara 21-26 tahun dan 5 orang (16.67%) juga telah berkhidmat diantara 26 tahun dan keatas.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 7 Universiti Terbuka Malaysia

Jadual 5.0 : Analisis Gred Jawatan Responden Gred Jawatan DGA 29 DGA 32 DG 41 DG 44 DG 48 DG 52 dan keatas Jumlah Bilangan 3 13 8 4 2 30 Peratus 10.00 43.34 26.67 13.34 6.67 100

Jadual 5.0 menunjukkan analisis gred jawatan responden. Data menunjukkan 3 orang (10.00%) berada pada gred DGA 29. 13 orang (43.34%) bergred DGA 32. 8 orang (26.67%) bergred DG 41. 4 orang (13.34%) bergred DG 44 dan 2 orang (6.67%) bergred DG 48.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 8 Universiti Terbuka Malaysia

BAHAGIAN 2

Jadual 6.0 : Analisis Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Tentang Konsep Sekolah Bestari Bil Item Sekolah yang direka 1 secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kehendak semasa. Sekolah yang lengkap 2 dengan pelbagai kemudahan jalur lebar Mengimplementasikan 3 kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan ICT. Pengurusan sekolah 4 yang mantap untuk menghadapi cabaran zaman maklumat. Berpusatkan 5 pengajaran dan pembelajaran serta berpemikiran kritis dan kreatif Jumlah STS % TS % S % S.S %

18

60

12

40

21

70

30

14

46.67

16

53.34

17

56.67

13

43.34

23

76.67

23.34

93

57

Jadual 6.0 menunjukkan rumusan dapatan mengenai tahap kefahaman responden tentang konsep Sekolah Bestari. Bagi item pertama, direkodkan seramai 18 orang responden (60%) setuju dan 12 orang (40%) sangat setuju. Item 2 pula mencatatkan 21 orang (70%) setuju dan 9 orang (30 %) sangat setuju. Bagi item 3, seramai 14 orang (46.67%) setuju dengannya dan 16 orang (53.34%) sangat setuju. Item 4 menunjukkan seramai 17 orang (56.67%) setuju dan 13 orang (43.34%) sangat setuju dengannya. Item yang terakhir yakni item 5 mencatatkan seramai 23 orang (76.67%) responden setuju dan 7 orang (23.34%) responden sangat setuju dengannya.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 9 Universiti Terbuka Malaysia

Jadual 7.0 : Analisis Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Tentang Objektif, Peranan Dan Fungsi Sekolah Bestari Bil Item 1 Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. 2 Mendemokrasikan pendidikan negara. 3 Memberikan peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu. 4 Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan. 5 Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. 6 Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang dapat mengembangkan potensi diri dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah. 7 Melahirkan murid yang holistik, berupaya berfikir secara bijak dan saksama. Jumlah STS % TS % S 21 16 % 70 53.34 S.S 9 14 % 30 46.67

13

43.34

17

56.67

19

63.34

11

36.67

14

46.67

16

53.34

11

36.67

19

63.34

17

56.67

13

43.34

111

99

Jadual 7.0 di atas menunjukkan rumusan mengenai tahap kefahaman responden terhadap objektif, peranan dan fungsi Sekolah Bestari. Bagi item pertama 21 orang (70%) setuju dan 9 orang (30%) sangat setuju. Item 2 pula merekodkan seramai 16 orang (53.34%) setuju dan 14 orang (46.67%) sangat setuju dengannya. Bagi item 3, 13 orang (43.34%) setuju dengannya dan 17 orang (56.67%) sangat setuju. Item 4 pula mencatatkan 19 orang (63.34%) responden setuju dengannya dan 11 orang (36.67%) sangat bersetuju dengannya. Bagi Item 5, 14 orang (46,67%) setuju dengannya dan 16 orang (53.34%) sangat setuju dengannya. Item 6 pula merekodkan sebanyak 11 orang (36.67%) setuju dengannya dan 19 orang (63.34%) sangat setuju dengannya.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 10 Universiti Terbuka Malaysia

Item yang terakhir yakni item 7 mencatatkan 17orang (56.67%) sekadar bersetuju dengannya dan 13 orang (43.67%) pula sangat setuju denganya.

Jadual 8.0 : Analisis Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Tentang Pedagogi Sekolah Bestari Bil Item Proses pengajaran dan 1 pembelajaran dijalankan secara berpusatkan murid, iaitu pembelajaran melalui pengalaman 2 Menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta segala info dan maklumat dikongsi bersama. 3 Proses Pembelajaran dilakukan secara aktif dengan menggalakkan murid membina pengertian sendiri. 4 Proses pembelajaran melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. 5 Menggabungkan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai. 6 Membudayakan ilmu serta mengamalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Jumlah STS % TS % S % S.S %

20

24

80

26.67

22

73.84

13

43.37

17

56.67

14

46.67

16

53.34

30

21

70

16.67

25

83.34

55

125

Jadual 8.0 mempamerkan analisis data berkaitan dengan tahap kefahaman responden mengenai pedagogi di Sekolah Bestari. Bagi item pertama 6 orang (20.00%) bersetuju dengannya dan 24 orang (80.00%) sangat bersetuju dengannya. Item 2 pula mencatatkan seramai 8 orang (26.67%)

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 11 Universiti Terbuka Malaysia

setuju dengannya dan 22 orang (73.84%) sangat bersetuju dengannya. Bagi item 3, 13 orang (43.37%) yang bersetuju dan 17 orang (56.67%) sangat bersetuju. Item 4 pula merekodkan seramai 14 orang (46.67%) yang bersetuju dengannya dan 16 orang (53.34%) sangat bersetuju dengannya. Item 5 pula, seramai 9 orang (30.00%) bersetuju dengannya dan 21 orang (70.00%) sangat bersetuju dengannya. Seterusnya untuk item 6, seramai 5 orang (16.67%) bersetuju dengannya dan 25 orang (83.34%) sangat bersetuju denganya. \

Jadual 9.0 : Analisis Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Tentang Kemahiran Sekolah Bestari Bil Item 1 Membantu muridmurid mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. 2 Membudayakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3 Pelbagai disiplin ilmu, bertema serta berkesinambungan merentasi bidang serta merangsang pemikiran. 4 Manggabungjalinkan pengetahuan, nilai kemahiran serta bahasa merentasi kurikulum. 5 Berorentasikan praktis dan berasaskan proses. 6 Melibatkan dimensi ilmu, kemahiran serta bersifat global dan bersifat fleksibel dengan mengikut kebolehan murid. 7 Berpandukan nilai, iaitu pemupukan akhlak dan nilai murni merentasi kurikulum Jumlah STS % TS % S % S.S %

10

27

90

10

33.34

20

66.67

18

60

12

40

14

46.67

16

53.34

19

63.34

11

36.67

11

36.37

19

63.34

21

70

30

-.

96

114

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 12 Universiti Terbuka Malaysia

Jadual 9.0 di atas menunjukkan rumusan mengenai tahap kefahaman responden terhadap kemahiran di Sekolah Bestari. Bagi item pertama 3 orang (10.00%) setuju dan 27 orang

(90.00%) sangat setuju. Item 2 pula mencatatkan seramai 10 orang (33.34%) setuju dan 20 orang (66.67%) sangat setuju dengannya. Bagi item 3 menampakkan seramai 18 orang (60%) setuju dengannya dan 12 orang (40.00%) sangat setuju. Item 4 pula merekodkan 14 orang (46.67%) responden setuju dengannya dan 16 orang (53.34%) sangat bersetuju dengannya. Bagi Item 5, 19 orang (63,34%) setuju dengannya dan 11 orang (36.67%) sangat setuju dengannya. Item 6 pula mencatatkan sebanyak 11 orang (36.67%) setuju dengannya dan 19 orang (63.34%) sangat setuju dengannya. Item yang terakhir item 7 mencatatkan 21orang (70.00%) sekadar bersetuju dengannya dan 9 orang (30.00%) pula sangat setuju denganya.

Jadual 10.0 : Analisis Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Tentang Hasil Guna Tenaga Sekolah Bestari Bil Item 1 Melengkapkan muridmurid dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan. 2 Murid-murid dapat berfungsi sebagai kworkers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. 3 Melahirkan muridmurid yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif. 4 Menempatkan Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain. Jumlah STS % TS % S % S.S %

23.34

23

76.67

13.34

26

86.67

12

40

18

60

10

27

90

26

97

Jadual 10.0 mempamerkan analisis data berkaitan dengan hasilan guna tenaga dari Sekolah Bestari. Bagi item pertama 7 orang (23.34%) bersetuju dengannya dan 23 orang (76.67%)

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 13 Universiti Terbuka Malaysia

sangat bersetuju dengannya.

Item 2 pula mencatatkan seramai 4 orang (13.34%) setuju

dengannya dan 26 orang (73.84%) sangat bersetuju dengannya. Bagi item 3, 12 orang (40.00%) yang bersetuju dan 18 orang (60.00%) sangat bersetuju. Item terakhir, Item 4 pula merekodkan seramai 3 orang (10.00%) yang bersetuju dengannya dan 27 orang (90.00%) sangat bersetuju dengannya.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 14 Universiti Terbuka Malaysia

Cadangan Kajian Berdasarkan dapatan kajian beberapa cadangan ingin dikemukan dengan harapan ia akan memberi sumbangan ke arah peningkatan kefahaman guru-guru terhadap konsep Sekolah Bestari, objektif Sekolah Bestari, peranan Sekolah Bestari, pedagogi Sekolah Bestari, kemahiran Sekolah Bestari serta hasil guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia. Antara cadangan yang ingin diutarakan ialah pihak yang berkenaan perlu

memperluaskan, memperkayakan serta memperbanyakkan proses mempromosikan Sekolah Bestari ini khususnya melalui medium-medium media yang sedia ada pada hari ini. Langkah ini dipercayai dapat meningkatkan kefahaman bukan sahaja guru-guru malah mereka yang lain. Penguasaan ilmu dikalangan nadi penggerak kepada program ini sendiri iaitu cikgu-cikgu perlu ditingkatkan sama sekali dengan mengadakan lebih banyak bengkel-bengkel serta kursuskursus berkaitan dengan ilmu Sekolah Bestari ini. Dalam erti kata yang lain guru itu sendiri mesti mengambil insiatif mereka untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mereka terhadap Sekolah Bestari ini seperti banyakkan membaca dan sebagainya. Akhir sekali, pihak yang berwajib perlu melaksanakan program pencerapan dengan lebih kerap ini. Kaedah ini dipercayai secara langsung dapat meningkat kefahaman guru-guru

terhadap Sekolah Bestari ini sekali gus dapat merealisasikan proses memperkasakan Sekolah Bestari.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 15 Universiti Terbuka Malaysia

PENUTUP / KESIMPULAN Konklusinya, banyak perkara yang dilaksanakan berkaitan dengan penambahbaikan sistem persekolahan masa kini sejajar dengan perkembangan positif generasi terkini. Perlaksanaan Sekolah Bestari akan menjadi paksi membentuk minda seluruh generasi di Malaysia bagi mempersediakan mereka untuk menghadapi cabaran dalam zaman informasi kelak. Melalui pelaksanaan Sekolah Bestari ini, lebih banyak pandangan-pandangan yang kreatif dan kritis dapat diutarakan memandangkan antara objektif pelaksanaan sekolah bestari adalah mendemokrasikan pendidikan. Selain itu, ia juga memastikan pembangunan masyarakat akan datang bukan hanya mampu menggunakan maklumat tetapi turut menemui langkah baru untuk pembelajaran dan penggunan informasi secara pintar serta kreatif. Secara ringkasnya dari pemerhatian yang dilakukan bolehlah dikatakan pembelajaran di Sekolah Bestari lebih terarah kendiri mengikut kadar individu dan reflektif. Pelbagai kaedah dan cara dapat digunapakai dalam penyelesaian sesuatu masalah. Sekolah Bestari dilengkapi dengan teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Ini sangat memudahkan murid menemui cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan bertukar-tukar pandangan dengan murid lain diseantero dunia. Walaubagaimanapun, pemantauan oleh ibu bapa dan guru-guru perlu dilaksanakan secara berterusan. Budaya sekolah akan berasaskan pengetahuan pemikiran, kreatif, inovatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang canggih dan terkini. Kita sememangnya mampu melaksanakan Sekolah Bestari ini dengan jayanya dengan syarat setiap komponen penggerak dalam perlaksanaan ini dikaji, dipertingkatkan kualitinya dan dibuat pengubahsuaian dengan rapi. Seandainya kita leka dengan impian masa hadapan dan lalai membuat perancangan dan perlaksanaan dengan sebaik-baik mungkin maka impian tidak mungkin tercapai malah kerugian disebalik kelalaian sendiri akan menimpa.

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 16 Universiti Terbuka Malaysia

RUJUKAN Dr Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari, Tuan Jah Tuan Yusof (2012). HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, Open University Malaysia

Rujukan internet

http://www.moe.edu.my/btp http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-dan-matlamat.html http://malaysiakita.tripod.com/bestari.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari http://sarjana.tripod.com/bestari.htm

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 17 Universiti Terbuka Malaysia

LAMPIRAN

Responden : _____

Borang Soal Selidik Kajian mengenai kefahaman terhadap konsep Sekolah Bestari, objektif Sekolah Bestari, peranan Sekolah Bestari, pedagogi Sekolah Bestari, kemahiran Sekolah Bestari serta hasil guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia. 1. Nama Sekolah : ___________________________________________

Bahagian I : Latar Belakang Bagi setiap item di bawah tandakan ( ) dalam ruangan yang berkaitan. 1 Jantina : Lelaki Perempuan

Bangsa

: Melayu : India

Cina lain-lain

Umur

: 20 25 tahun 31 35 tahun 46 50 tahun

26 30 tahun 36 40 tahun 51 tahun dan keatas 6 10 tahun 16 20 tahun 26 tahun dan keatas DGA 32 DG 44 DG 52 dan keatas

4.

Tahun perkhidmatan : 0 5 tahun 11 15 tahun 21 25 tahun

5.

Gred Jawatan : DGA 29 DG 41 DG 48

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 18 Universiti Terbuka Malaysia

Bahagian II

Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut : 1. Sangat Tidak Setuju BIL 1 2 3 4 5 BIL 6 7 8 9 10 11 12 BIL 13 2. Tidak Setuju 3. Setuju 4. Sangat Setuju
STS TS S SS

KONSEP SEKOLAH BESTARI Sekolah yang direka secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kehendak semasa. Sekolah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan jalur lebar. Mengimplementasikan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan ICT. Pengurusan sekolah yang mantap untuk menghadapi cabaran zaman maklumat. Berpusatkan pengajaran dan pembelajaran serta berpemikiran kritis dan kreatif OBJEKTIF, PERANAN DAN FUNGSI SEKOLAH BESTARI Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Mendemokrasikan pendidikan negara. Memberikan peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu. Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan. Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang dapat mengembangkan potensi diri dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah. Melahirkan murid yang holistik, berupaya berfikir secara bijak dan saksama. PEDAGOGI DI SEKOLAH BESTARI Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berpusatkan murid, iaitu pembelajaran melalui pengalaman

1 1 1 1 1
STS

2 2 2 2 2
TS

3 3 3 3 3
S

4 4 4 4 4
SS

1 1 1 1 1 1 1
STS

2 2 2 2 2 2 2
TS

3 3 3 3 3 3 3
S

4 4 4 4 4 4 4
SS

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 19 Universiti Terbuka Malaysia

14 15 16 17 18 BIL 19 20 21 22 23 24 25 BIL 26 27 28 30

Menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta segala info dan maklumat dikongsi bersama. Proses Pembelajaran dilakukan secara aktif dengan menggalakkan murid membina pengertian sendiri. Proses pembelajaran melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Menggabungkan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai. Membudayakan ilmu serta mengamalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. KEMAHIRAN DI SEKOLAH BESTARI Membantu murid-murid mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. Membudayakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai disiplin ilmu, bertema serta berkesinambungan merentasi bidang serta merangsang pemikiran. Manggabungjalinkan pengetahuan, nilai kemahiran serta bahasa merentasi kurikulum. Berorentasikan praktis dan berasaskan proses. Melibatkan dimensi ilmu, kemahiran serta bersifat global dan bersifat fleksibel dengan mengikut kebolehan murid. Berpandukan nilai, iaitu pemupukan akhlak dan nilai murni merentasi kurikulum. HASILAN GUNA TENAGA Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Murid-murid dapat berfungsi sebagai k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Melahirkan murid-murid yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Menempatkan Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain.

1 1 1 1 1
STS

2 2 2 2 2
TS

3 3 3 3 3
S

4 4 4 4 4
SS

1 1 1 1 1 1 1
STS

2 2 2 2 2 2 2
TS

3 3 3 3 3 3 3
S

4 4 4 4 4 4 4
SS

1 1 1 1

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Você também pode gostar