Você está na página 1de 26

MODUL 6

OBJEKTIF UMUM

PENGUAT

Modul ini memperkenalkan fungsi litar dan kendalian penguat audio, membina, menyambung, menguji dan mengesan kerosakan penguat audio.

Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektronik. Membina dan menguji litar elektronik berpandukan perincian yang diberi. Mengesan dan membaiki kerosakan litar penguat.

OBJEKTIF KHUSUS Diakhir modul ini murid akan dapat : Menerangkan kendalian litar penguat audio. Membina litar penguat audio lengkap jenis IC. Mengesan dan membaikpulih kerosakan litar penguat audio. Mengamalkan peraturan keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI Menyatakan fungsi pra penguat dan penguat kuasa audio. Melakar litar pra penguat dan penguat kuasa audio. Menerangkan kendalian litar pra penguat dan penguat kuasa audio. Membina dan menguji kefungsian litar penguat audio lengkap yang menggunakan IC. Mengesan kerosakan pada litar pra penguat dan penguat kuasa audio dengan menggunakan meter pelbagai, osiloskop dan penjana isyarat audio. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

6.1 PENGUAT Penguat ialah satu alat yang membesarkan masukan isyarat kecil supaya dapat mengawal suatu kuasa keluaran yang lebih besar. Kebanyakan peralatan elektronik mengandungi pelbagai jenis penguat seperti penguat frekuensi audio, penguat frekuensi radio, penguat frekuensi pertengahan, penguat frekuensi video dan sebagainya. Dalam modul ini kita hanya akan membincngkan berkenaan penguat frekuensi audio.Penguat frekuensi audio hanya berfungsi tak lain dari menguatkan isyarat audio. Rajah 6.1, menunjukkan rajah blok bahagian penguat frekuensi audio.

Bekalan Kuasa dc

Pra penguat audio

Penguat Audio Kuasa

Rajah 6.1: Gambarajah Blok Bahagian Penguat Frekuensi Audio

Bagi penguat frekuensi audio yang terdahulu ianya mengandungi beberapa transistor sama ada jenis NPN atau PNP tetapi pada masa kini ianya mungkin hanya mempunyai satu IC sahaja yang mana ia mengandungi beberapa peringkat di dalamnya, contohnya di dalam satu alat pemain pita atau system siar raya ( public address system) ia mengandungi peringkat pra penguat, penguat frekuensi audio, penguat pemacu dan penguat kuasa yang akan memacu pembesar suara. Jenis gandingan

Penguat frekuensi audio mempunyai beberapa jenis pengganding yang menggandingkan isyarat audio dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain antaranya : i. Pengganding RC ii. Pengganding pengubah iii. Pengganding terus

Rajah 6.2 : Jenis-jenis pengganding i) Pengganding RC, ii) Pengganding pengubah dan iii) Pengganding terus. Kelas Penguat

Penguat mempunyai tiga kelas kendalian asas dimana ia merujuk kepada titik kendalian seperti yang ditunjukkan dalan rajah 6.3.

IC (mA)

B Rajah 6.3 : Lengkung ciri kendalian transistor menunjukkan Titik kendalian kelas A, B dan C

I (uA)

Kelas A o o o o o Transistor dipincang pada kawasan linar pada lengkung ciri kendaliannya. Transistor berfungsi sepenuhnya. Penguat menghasilkan isyarat keluaran kitar penuh iaitu 360. Mempunyai keluaran tanpa herotan. Digunakan dalam litar pra penguat dan penguat pemacu.

Kelas B o o o o Transistor dipincang pada takat alihan (cutoff). Transistor berfungsi pada kitar sahaja. Menghasilkan isyarat keluaran separuh kitar iaitu 180. Digunakan dalam litar penguat kuasa audio tolak tarik dan penguat kuasa audio pelengkap simetri

Kelas C o o o o Transistor dipincang melepasi takat alihan. Transistor berfungsi kurang dari kitar iaitu kurang 1800. Menghasilkan isyarat keluaran yang berbentuk denyut. Digunakan dalam litar penguat IF dan RF.

Suap balik Terdapat dua jenis suap balik: o Suap balik positif o Suap balik negatif Jenis suap balik yang digunakan dalam penguat adalah suap balik negatif manakala suap balik positif diperlukan dalam litar pengayun seperti dalam modul 5. Suap balik negatif bermaksud isyarat keluaran disalurkan semula ke masukan dengan beza fasa 180o.

Rajah 6.4 : Suap balik dalam penguat Rajah 6.4 menunjukkan sistem suap balik, dimana voltan keluaran (V O) di salurkan semula ke masukan melalui rangkaian suap balik. Voltan Vf adalah voltan yang dicampur dengan voltan masukan V i untuk menghasilkan voltan berkesan ei. Voltan suap balik ialah : Vf = VO Dimana ialah pecahan gandaan suap balik B Voltan masukan keseluruhan ialah Vi = ei + Vf Gandaan penguat dengan adanya suap balik adalah : Gf = VO = VO . Vi ei + VO Voltan berkesan masukan ialah ei = 10mV 2mV = 8mV Diberi gandaan penguat tanpa suap balik ialah G = 100. Maka voltan keluaran VO = 8 x 100 = 800mV. Dengan yang demikian gandaan keseluruhan penguat dengan suap balik adalah : Gf = VO = 800 = 80 Vi 10 Peratus suap balik ialah = Vf = 2 . = 1 . = 0.0025 atau 25% VO 800 400 SUAP BALIK POSITIF 1) Gandaan tinggi 2) Lebar jalur sempit 3) Sambutan frekuensi memuncak 4) Galangan masukan rendah 5) Gandaan keluaran timggi 6) Digunakan dalam pengayun SUAP BALIK NEGATIF 1) Gandaan rendah 2) Lebar jalur lebar 3) Sambutan frekuensi mendatar 4) Galangan masukan tinggi 5) Gandaan keluaran rendah 6) Digunakan dalam penguat sebab Kesetabilannya (ac dan dc) dan lebar jalur yang lebar.

Rajah 6.5 : Perbandingan antara suap balik positif dan suap balik negatif Suap balik terbahagi kepada dua iaitu suap balik arus dan voltan

Rajah 6.6 : R5 membekalkan suap balik arus dan C2 R3 membekalkan suap balik voltan. Suap balik arus ialah dimana voltan suap balik berkadaran dengan arus keluaran yang dibekalkan oleh R5. Suap balik voltan ialah dimana voltan suap balik berkadaran dengan voltan keluaran (yang dibekalkan oleh C2 R3. Gandaan penguat tanpa suap balik dipanggil gandaan gelung-buka. Gandaan penguat dengan suap balik negatif dipanggil gandaan gelung tertutup.

6.1.1

Pra Penguat Audio Alat pemain pita misalnya mesti mempunyai peringkat pra penguat sebab isyaratnya adalah terlalu kecil yang perlu dikuatkan, begitu juga dengan peranti-peranti masukan yang lain seperti mikrofon. Pra penguat juga dipanggil sebagai penguat isyarat kecil sebab ia menerima isyarat ac yang kecil. Fungsi Menguatkan isyarat audio dari peranti masukan audio. Memadankan galangan antara peranti masukan dan penguat frekuensi audio, juga dipanggil sebagai penguat pemacu atau penguat voltan. Menghadkan nisbah hingar isyarat

Rajah 6.7 menunjukkan satu litar pra penguat dengan corak sambungan penguat pengeluar sepunya.

R1 dan R2 sebagai pembahagi voltan untuk memberikan pincang kepada transistor Q. C1 dan C2 adalah gandingan. C3 adalah pirau pada pengeluar transistor Q. Kendalian kelas A

Rajah 6.7 : Litar penguat pengeluar sepunya sebagai pra penguat audio (menggunakan transistor jenis silikon dan mempunyai dc = 150). Merujuk kepada rajah 6.7, mari kita buat analisa voltan dc dalam litar ini, untuk itu lebih mudah kalau kita lihat litar persamaan dc seperti yang ditunjukkan pada rajah 6.8, harus diingat bahawa dinggap tiada dalam kendalian voltan dc.

Rajah 6.8 : Litar persamaan dc untuk rajah 6.7 Rintangan masukan dc pada tapak transistor Q boleh ditentukan dengan formula : Rin (tapak) = dcRE = (150)(560) = 84K

Pada kebiasaannya nilai R in(tapak) adalah sepuluh kali ganda lebih besar dari nilai perintang R2. Untuk menentukan nilai VB, VE dan VC : VB = = R2 . x VCC R1 + R2 6.8K . x 12V = 2.83V 28.8K

VE = VB - VBE = 2.83V 0.7V = 2.13V Oleh yang demikian IE = VE . RE

= 2.13V = 3.80mA 560 Anggap IC = IE sebab nilai IE adalah terlalu kecil, maka VC = VCC - VRC VC = VCC ICRC = 12V (3.8mA x 1K) = 12V 3.8V = 8.2V Akhirnya VCE = VC VE = 8.2V 2.13V = 6.07V Kesimpulannya, nilai voltan dc bagi litar tersebut adalah : VB = 2.83V VE = 2.13V VC = 8.2V Walau bagaimana pun bila membina litar ini dan meter pelbagai yang mempunyai kepekaan 20K/V digunakan untuk mengukur voltan ini sedikit perubahan nilai akan berlaku sebab nilai perintang mempunyai had terima. Sebarang kerosakan berlaku dalam litar, akan mengubah nilai voltan pada transistor. dimana ICRC = VRC

Contoh: Simptom : Tiada keluaran VB : 0V VE : 0V VC : 12V (= VCC) Ini adalah disebabkan olih R1 terbuka. Apabila R1 terbuka, tiada arus mengalir pada R2 dan tapak transistor Q, maka tiada voltan pada tapak dan pengeluar, dengan itu transistor tidak berfungsi. Begitu juga pada pemungut, dimana tiada arus mengalir dan oleh yang demikian tiada voltan susut merentas R C maka voltan pemungut akan sama dengan voltan VCC (12V). Hubungan fasa antara masukan dan keluaran adalah 180 0 beza fasa. Kawalan Nada o o Dalam litar pra penguat terdapat litar kawalan nada iaitu kawalan yang berfungsi untuk mengawal lengkung sambutan frekuensi bagi penguat. Kawalan-kawalan itu adalah kawalan: i. treble ii. bass iii. bahana

Rajah 6.9 : Litar kawalan nada

Treeble Bass Bahana

- kawalan audio frekuensi tinggi yang mengandungi litar penapis lulus tinggi. - kawalan audio frekuensi rendah yang mengandungi litar penapis lulus rendah. - kawalan audio keseluruhan iaitu meninggi atau

Transistor Q

merendahkan amplitude isyarat audio. - sebagai pra penguat

Kendalian litar pra penguat dan kawalan nada. Vmasukan menerima isyarat audio dari peranti masukan audio. Isyarat digandingkan melalui C1 ke tapak transistor Q. Isyarat dikuatkan oleh transistor pra penguat Q. Isyarat keluaran dari pra penguat pada pumungut Q akan digandingkan melalui C3 ke peringkat penguat pemacu atau penguat voltan melalui rangkaian kawalan nada. VR1 adalah kawalan treeble, kawalan maksima adalah apabila gelangsar VR1 dilaras kearah C4, dimana frekuensi tinggi akan mengalir melalui kapasitor C4 dan terus ke peringkat seterusnya melalui gelangsar, manakala sebahagian rintangan VR1 akan meluluskan frekuensi rendah untuk di bumikan melalui C5. R5 meluluskan frekuensi rendah. VR2 adalah kawalan bass, kawalan maksima adalah apabila gelangsar VR2 dilaras kearah R5 C6, dimana pada kedudukan itu C 6 berkeadaan pintas maka frekuensi rendah akan diluluskan oleh R 5 manakala frekuensi tinggi akan diluluskan oleh C7 untuk disalurkan ke bumi melalui R6. VR3 adalah kawalan bahana, iaitu mengawal keseluruhan amplitud isyarat audio dari pra penguat. Amplitud maksima apabila kedudukan gelangsar VR3 berada pada sebelah atas iaitu kearah R 7. Kesan sebaliknya apabila VR dilaras ke kedudukan minima.

6.1.2

Penguat Kuasa Audio Berfungsi sebagai penguat isyarat besar iaitu menguatkan isyarat audio yang akan memacu pembesar suara di bahagian keluaran penguat audio. Terdapat empat jenis penguat kuasa audio Penguat kuasa audio hujung tunggal. Penguat kuasa audio tolak tarik. Penguat kuasa audio pelengkap simetri. Penguat kuasa audio IC.

Penguat kuasa audio hujung tunggal Penguat jenis ini biasanya dikendalikan dalam penguat kelas A. o Menggunakan satu transistor.

10

Rajah 6.10 : Litar asas penguat kuasa hujung tunggal o o Mempunyai kecekapan yang rendah. Hanya boleh menghasilkan kuasa keluaran yang rendah kecuali menggunakan tiub electron (pentode). Penguat kuasa audio tolak tarik o jenis dan dikendalikan dalam kelas B. o separuh kitar isyarat masukan. o Menggunakan pengubah masukan dan keluaran sebagai pengubah padanan galangan dan pengganding, T 1 dan T2 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.11. Setiap satu transistor menguatkan hanya Menggunakan dua transistor yang sama

Rajah 6.11 : Litar penguat audio kuasa tolak tarik o sebagai pemecah fasa. Pengubah masukan T1 di tap tengah,

11

o o o o o o o o o o

Pada kitar pertama di belitan sekunder, isyarat Va adalah positif dan Vb adalah negatif. Q1 dan Q2 hanya akan berfungsi apabila tapaknya lebih positif dari pengeluar. Oleh yang demikian Q1 berfungsi Arus akan mengalir dari pemungut ke pengeluar pada Q1. kitar positif akan teraruh pada belitan sekunder pengubah keluaran T2. Pada kitar positif pada Vb, Q2 akan berfungsi. Arus akan mengalir dari pemungut ke pengeluar transistor Q2. kitar negatif akan teraruh pada belitan sekunder pengubah keluaran T2. Tap tengah pengubah T1 menggabungkan dua iayarat kitar tadi untuk menjadikan satu kitar penuh. Herotan yang sering berlaku pada penguat jenis ini ialah herotan melintas disebabkan oleh kerana transistor berfungsi di bahagian yang tidak linar pada lengkung cirri kendalian kedua-dua transistor. Untuk mengatasi herotan melintas ini, transistor haruslah dipincang pada titik yang betul, dimana R 1 dan R2 adalah perintang yang memberikanb pincang untuk Q1 dan Q2. Penguat kuasa audio pelengkap simetri

Menggunakan berlainan jenis iaitu PNP dan NPN.

dua

transistor

yang

o pemecah fasa dan pengubah keluaran. o penguat pelengkap simetri tolak-tarik.

Tidak menggunakan pengubah sebagai Rajah 6.12 menunjukkan litar asas

Rajah 6.12 : Litar asas penguat kuasa pelengkap simetri tolak-tarik o Q1 dan Q2 dipincang dalam kelas B

12

o o o o o o o

Pada masukan kitar positif, Q 1 akan on manakala Q2 berada dalam keadaan off. Semasa Q1 on arus I1 akan mengalir dan akan menghasilkan kitar positif merentas RL. Pada masukan kitar negatif Q 1 akan off dan Q2 pula on. Semasa Q2 on arus I2 akan mengalir dan kitar negatif akan terhasil merentas RL. Maka satu kitar penuh akan terhasil merentas RL dari tindakan Q1 dan Q2 tadi. Bentuk gelombang keluaran menunjukkan terdapat herotan melintas, untuk mengatasinya transistor mesti dipincang dengan betul. Rajah 6.13 menunjukkan litar penguat pelengkap simerti tolak-tarik yang biasa digunakan.

Rajah 6.13 : Litar penguat kuasa pelengkap simetri tolak-tarik. o dipincang pada kendalian kelasA. o suap balik negatif melalui perintang Rf. o (4.5V). o Dalam litar ini, pembesar suara sebagai beban disambung ke bekalan voltan dc dengan C3 adalah kapasitor gandingan. Voltan dc pada titik A adalah Vcc Voltan pincang Q1 diperolehi dari voltan Q1 adalah penguat pemacu yang

13

o o o

Dengan corak sambungan yang demikian ini bermakna C3 akan mengecas semasa Q3 beroperasi. Manakala C3 akan nyahcas melalui Q2 iaitu semasa Q2 beroperasi. R4 menyediakan sedikit pincang depan untuk transistor keluaran (Q2 dan Q3) bagi menghilangkan herotan melintas. R6 dan R7 adalah perintang pengeluar bagi Q2 dan Q3. perintang ini akan memberi kestabilan dc disamping memberikan sedikit isyarat suap balik negatif untuk memperbaiki jebar jalur penguat.

AKTIVITI 1
6.1 PENGUAT AUDIO 20W TUGASAN Mendawai, memasang dan memateri litar penguat audio yang mengandungi peringkat pra penguat dan penguat kuasa audio 20W. PENCAPAIAN KEKOMPITENAN Mengenal komponen Menggunakan alat tangan dengan betul Membuat pendawaian, pemasangan komponen dan membuat pematerian dengan baik pada papan jalur. Menguji kefungsian litar penguat audio. Mengamalkan keselamatan diri dan alat semasa ditempat kerja

BAHAN / PERALATAN:
PERALATAN Set peralatan tangan kerja pematerian Osiloskop Meterpelbagai Bekalan kuasa Penjana isyarat audio KUANTITI 1 set 1 set 1 set 1 set 1 set BAHAN Perintang 120K W Perintang 1K W Perintang 6.8 K W Perintang 22K W Perintang 10K W Perintang 1 W Perintang 3.3 W Perintang berubah 50K Kapasitor 0.1uF KUANTITI 1 unit 4 unit 1 unit 1 unit 4 unit 2 unit 2 unit 1 unit 6 unit

14

Kapasitor 22uF 10V Kapasitor 47uF 16V Kapasitor 10uF 16V Kapasitor 100uF 16V Kapasitor 2200uF 16V Kapasitor 5.6nF Kapasitor 470pF Pembesar suara 4 10W IC TDA2005M Dawai pelompat berbagai warna Papan jalur Bahan pateri

2 unit 1 unit 1 unit 5 unit 2 unit 1 unit 1 unit 2 unit 1 unit secukupnya 1 keping secukupnya

LANGKAH KERJA 1. Sediakan peralatan tangan dan bahan/komponen 2. Rajah 6.14 adalah satu litar skema penguat kuasa audio, dengan menggunakan alatan pematerian sambungkan litar itu pada papan jalur. 3. Setelah semua komponen disambung, pastikan semua sambungan dibuat dengan betul dan dapatkan pengesahan dari guru. 4. Laras bekalan kuasa kepada 12V dan sambungkan voltan bekalan ke litar. 5. Dengan menggunakan penjana isyarat audio 1KHz suntik isyarat pada peringkat masukan penguat kuasa audio di titik A. Pembesar suara akan mengeluarkan bunyi tone1KHz. 6. Dengan menggunakan osiloskop lihat bentuk gelombang pada keluaran iaitu merentas pembesar suara kanan dan kiri. Pastikan bentuk gelombang keluaran tidak berherut. Jika berherut kurangkan amplitud isyarat masukan dari penjana isyarat audio. 7. Hitungkan gandaan penguat kuasa audio semasa keluaran kanan dan kiri tidak berherut. 8. Dengan menggunakan penjana isyarat audio 1KHz suntik isyarat pada masukan pra penguat audio di punca masukan. 9. Hitung gandaan penguat audio keseluruhan semasa keluaran kanan dan kiri tidak berherut. 10. Gunakan meter pelbagai, ukur voltan dc pada setiap kaki IC penguat audio kuasa dan transistor pra penguat. Catatkan keputusan dalam jadual 6.1. 11. Gunakan litar yang sama dan berfungsi dengan baik. Buat kerosakan seperti dalam jadual 6.2 dan catatkan semua dapatan dalam jadual itu. 12. Dengan menggunakan kaedah suntikan atau surihan isyarat terangkan kesan kepada kendalian litar bagi setiap kerosakan. IC TDA 2005M NO. KAKI 1 2 3 4 Vpp = . VOLTAN DC BENTUK GELOMBANG MASUKAN (pada punca masukan)

15

5 7 8 9 10 11 Tapak Q BC109 Pengeluar Pemungut Jadual 6.1

BENTUK GELOMBANG KELUARAN (merentas pembesar suara) Kanan :

Vpp = . Kiri :

Vpp = .

Gandaan Penguat kuasa audio kanan = Vout/Vin = Gandaan Penguat kuasa audio kiri = Vout/Vin =

BIL KOMPONEN / JENIS KEROSAKAN 1 2 3 4 5 6 R4 terbuka R6 terbuka R8 terbuka R9 terbuka C dan E transistor pintas C10 terbuka

SIMPTOM 1 2 3

IC TDA2005 4 5 7 8

10 11

Q BC109 B E C

16

Jadual 6.2 Terangkan kesan kewujudan isyarat audio pada peringkat yang berkaitan : 1. R4 terbuka : R6 terbuka : R8 terbuka : R9 terbuka : Pemungut dan pengeluar transistor pintas : .. C10 terbuka :

2.

3.

4.

5.

6.

17

18
RAJAH 6.14 : LITAR PENGUAT AUDIO 20W

6.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN 6.2.1 Mengesan kerosakan

Dalam sistem penguat audio terdapat tiga peringkat iaitu pra penguat, penguat pemacu dan penguat kuasa, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat. Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan ( symptom) kerosakan. Pertama pastikan bekalan dc pada litar disambung dengan kekutuban dan nilai yang betul. Cara menguji penguat audio adalah dengan menggunakan penjana isyarat audio. Kebiasaannya frekuensi audio 1KHz digunakan untuk menguji penguat audio. Apabila isyarat ini dimasukkan ke masukan penguat audio satu bunyi nada akan terhasil di pembesar suara. Bentuk gelombang adalah gelombang sinus. Apabila penguat audio mengalami kerosakan maka tiada suara akan kedengaran di pembesar suara. Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan penguat audio: a) b) o o o Pemerhatian dengan pancaindera melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen terbakar. Suntikan dan surihan isyarat. Menggunakan penjana isyarat audio dan osiloskop Menggunakan penjana isyarat audio untuk kaedah suntukan isyarat. Penjana isyarat audio dilaras kepada 1KHz bentuk gelombang sinus dan isyarat disuntik ke masukan setiap peringkat. Dengar bunyi nada (tone) di pembesar suara. Jika tiada bunyi nada dipembesar suara maka peringkat tersebut mengalami kerosakan, rujuk rajah 6.15. Contohnya : Apabila isyarat disuntik pada masukan peringkat B ada bunyi nada di pembesar suara tetapi apabila isyarat disuntui pada masukan peringkat A tiada bunyi nada di pembesar suara maka peringkat A mengalami kerosakan. Kaedah surihan isyarat adalah dimana osiloskop digunakan untuk menyurih isyarat. Rajah 6.16 menunjukkan bahawa isyarat pada keluaran peringkat B tiada, maka peringkat B mengalami kerosakan.

Rajah 6.15 : Kaedah suntikan syarat

19

Rajah 6.16 : Kaedah surihan isyarat

c) o o

o o

Sukatan voltan dan rintangan. Setelah peringkat yang rosak telah dikenal pasti maka perlu membuat sukatan voltan pada komponen utama iaitu voltan pada setiap kaki transistor atau IC. Bandingkan nilai voltan normal dan voltan ketika rosak supaya dapat merumuskan komponen yang rosak, dimana kemunkinan komponen yang berhampiran atau yang berkaitan yang menyebabkan perubahan voltan tadi mengalami kerosakan. Sukatan rimtangan digunakan untuk menguji kerintangan komponen yang rosak samada terbuka, pintas atau bocor. Perlu diambil perhatian bahawa semasa menyukat rintangan, bekalan kuasa pada litar mesti dioffkan terlebih dahulu.

AKTIVITI 2 MENGESAN KEROSAKAN DAN MEMBAIKPULIH TUGASAN Pelajar mengesan kerosakan penguat kuasa audio jenis IC. ARAHAN KEPADA GURU : Gunakan litar penguat kuasa audio IC (projek aktiviti 6.1) yang berfungsi sepenuhnya dan sempurna. Guru dikehendaki membuat satu kerosakan pada litar itu. ARAHAN DAN TUGASAN PELAJAR: Dengan menggunakan alat ujian yang disediakan, kesan kerosakan secara teratur pada penguat kuasa audio IC. Dengan menggunakan Borang A a) mengesan kerosakan. b) c) langkah yang dibuat. Tulis langkah-langkah yang dibuat untuk Nyatakan symptom kerosakan. Tuliskan kesimpulan bagi setiap langkah-

20

d) kerosakannya serta kesimpulannya.

Nyatakan komponen yang rosak dan jenis

6.2.2 i.

Langkah-langkah keselamatan Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah : Cara berpakaian - Memakai pakaian bengkel - Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah - Tidak memakai barang kemas - Tidak memakai tali leher Sikap - Sentiasa mematuhi arahan - Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja - Melaporkan sebarang kerosakan - Menggunakan alat yang betul - Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan Fizikal - Sihat - Tidak rabun warna - Jelas penglihatan Keselamatan alat

ii.

Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu diperhatikan adalah: Penebatan - Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat yang baik dan sempurna. Penggunaan alat pematerian (soldering iron) - Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan pemateri, oleh yang demikian hujung alat peteri adalah panas dengan itu elakkan dari meletakkannya dimeratarata. Letakkan alat pemateri di pemegangnya ( holder). - Elakkan dari mengetuk alat pateri untuk membersihkan hujung alat pemateri dari bahan pateri sebab ia akan merosakkan elemen pemanasnya. Gunakan span basah untuk membersihkannya. Penggunaan meter pelbagai (multimeter) dan osiloskop - Gunakan julat yang betul - Pastikan kekutuban yang betul - Mengikuti prosedur penggunaan alat yang betul.

21

iii.

Lain-lain Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan. BORANG A

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN TARIKH

SIMPTOM

Bi l

Langkah-langkah kerja

Keputusan / Kesimpulan

Komponen rosak dan jenis kerosakan

Kesimpulan

22

Penilaia n kendiri
1. 2. i.

Terangkan definasi penguat audio. Merujuk kepada rajah 6.7 litar pra penguat pengeluar sepunya, nyatakan komponen yang rosak apabila kesan berikut terjadi : Simptom Voltan Tapak Voltan Pemungut Voltan Pengeluar : : : : Tiada keluaran 0V 12V 0V

Komponen rosak dan jenis kerosakan . ii. Simptom Voltan Tapak Voltan Pemungut Voltan Pengeluar : : : : Tiada keluaran berkurang hamper 0V hamper 0V

Komponen rosak dan jenis kerosakan . iii. Simptom Voltan Tapak Voltan Pemungut Voltan Pengeluar : : : : Tiada keluaran normal 12V bertambah

Komponen rosak dan jenis kerosakan . iv. Simptom : Tiada Keluaran Voltan Tapak, Pemungut dan Pengeluar normal. Komponen rosak dan jenis kerosakan . v. Simptom : Gandaan keluaran berkurang Voltan Tapak, Pemungut dan Pengeluar normal. Komponen rosak dan jenis kerosakan .

23

3.

Nyatakan titik kendalian bagi penguat : i. kelas A ii. Kelas B Kelas C

iii.

4.

Nyatakan perbezaan antara penguat kuasa audio tolak tarik dan penguat kuasa audio pelengkap simetri. Merujuk kepada rajah 6.13 : penguat kuasa audio pelengkap simetri, terangkan pada waktu bila kapasitor C3 akan mengecas dan nyah cas. Terangkan dengan bantuan gambarajah, bagaimana kaedah suntikan isyarat dilakukan untuk mengesan kerosakan litar penguat audio.

5.

6.

24

Lampiran

PENILAIAN
NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN TARIKH

MODUL 6.1
Bil Perkara yang dinilai

PENGUAT KUASA AUDIO 20W


Pertama Kompeten Kedua Ketiga Kompeten Belum kompeten Catatan Belum Belum Kompeten kompeten kompeten MEMBINA LITAR

1 2 3 4 5 6

Susunatur komponen Kualiti pematerian Sambungan betul Kefungsian litar Melakukan pengukuran voltan Mengira gandaan penguat Menerangkan kesan kepada litar apabila berlaku kerosakan MENGESAN KEROSAKAN Mengenal Simptom kerosakan Langkah mengesan kerosakan Menetukan komponen & jenis kerosakan KOMPETEN BELUM KOMPETEN

8 9

10

25

KEPUTUSAN NAMA GURU TANDATANGAN TARIKH

GLOSARI IC - Intergrated Circuit Penguat isyarat kecil - small-signal amplifier Vmasukan - voltan masukan Vkeluaran - voltan keluaran VBE - voltan pincang bagi transistor
Bahana (kawalan bahana) VR IF RF Gandaan gelung-buka Gandaan gelung tertutup Pentode Pemecah fasa volume (volume control) perintang berubah Intermediate Frequency (frekuensi perantaraan) Radio Frequency (frekuensi radio) Open loop gain Closed loop gain Sejenis tiub elektron Phase splitter

26

Você também pode gostar