Você está na página 1de 21

ITEM

ISI KANDUNGAN Soalan Assignment Isi Kandungan

M/S i ii 1 24

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pengenalan Konsep Pembelajaran Pengertian Pembelajaran Definisi Psikologi Teori teori Pembelajaran Pembelajaran Dari Perspektif Behaviorisme Pembelajaran Dari Perspektif Kognitif Pembelajaran Dari Perspektif Sosial Pembelajaran Dari perspektif Humanis Kesimpulan Dan Penutup Rujukan

58 8 12 12 15 16 18 19 20

PENGENALAN Sebagaimana diketahui umum , tujuan utama pengajaran ialah mewujudkan pembelajaran. Untuk mencapai keberkesanan pembelajaran dan guru hendaklah memahami teori teori 2

pembelajaran yang telah dikaji dan dibentukkan oleh ahliahli psikologi pendidikan masa dahulu dan kini .Kefahaman teori pembelajaran ini adalah penting bagi guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajarannya yang akan dapat menggerakkan pembelajaran secara berkesan . Banyak teori pembelajaran adalah dibentuk berasaskan kaji selidik secara saintifik , sama ada penyelidikan kuantitatif atau penyelidikan kualitatif. Kesimpulannya, ramai ahli psikologi pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dan mempunyai serta membawa implikasinya yang tersendiri . 1 . KONSEP PEMBELAJARAN Sejak kelahiran , kita sentiasa mengalami proses pembelajaran dari semasa ke semasa, sama ada secara formal atau tidak formal . Semasa kecil lagi , kita mempelajari kemahiran menggunakan deria deria serta anggota untuk mengetahui dan menyesuaikan diri dalam alam sekitar kehidupan . Apabila tiba masa masuk ke sekolah , kita mempelajari kemahiran mendengar , membaca , menulis dan mengira , dan menggunakan kemahiran kemahiran ini, kita juga mempelajari ilmu pengetahuan daripada berbagai bagai mata pelajaran . Apabila kita telah dewasa , dan mula mencari nafkah sendiri dalam masyarakat , kita belajar kemahiran bekerja dan bergaul dengan orang orang dewasa lain . Demikianlah proses pembelajaran kita merupakan satu proses yang berterusan , mulai dari masa kita lahir sehinggalah umur meningkat tua .

2 . PENGERTIAN PEMBELAJARAN Mengikut Kamus Melayu Dewan Bahasa (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran . Maka , pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran . 3

Sebagaimana yang telah kita ketahui , manusia menggunakan organ deria mereka untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka . Organ organ deria manusia digunakan untuk memilih rangsangan rangsangan yang sesuai daripada persekitaran , kemudian diproses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan seterusnya aakan diamalkan dalam suatu situasiyang sepadan .Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehidalam proses pembelajaran bolehlah diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia . Berikut adalah suatu proses pembelajaran yang berlaku secara berperingkat peringkat :1. Rangsangan rangsangan . 2. Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria . 3. Pemikiran erti rangsangan dalam otak . 4. Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan . 5. Mengamalkan dalam situasi yang sepadan . 6. Perubahan tingkah laku .

3 . DEFINISI PSIKOLOGI Psikologi adalah suatu bidang yang luas dan ianya melibatkan unsur dalaman yang mempengaruhi jiwa , fikiran dan tingkah laku manusia . Tingkah laku manusia sentiasa dipengaruhi oleh fikiran dan juga emosi .Psikologi dilahirkan secara rasmi pada tahun 1879 4

oleh Wilhelm Wundt (1832 1920) bagi mempelajari tingkah laku manusia .Mengikut Ahmad (1991), psikologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud psyche (jiwa), dan logos. Ia juga dikenali sebagai ilmu jiwa . Berdasarkan kajian Plato dan Aristotle, psikologi sebagai pengetahuan yang mempelajari berkaitan hakikat jiwa serta prosesnya sampai ke akhir. Manakala , menurut William James (1891), psikologi sebagai sains bagi kehidupan manusia yang merangkumi perasaan , keinginan , kognisi , penaakulan dan membuat keputusan. Justeru, dalam aliran behaviorisme , John B. Watson menjelaskan psikologi sebahagian daripadailmu alam yang menekankan perilaku manusia sebagai pokok masalah . Secara rumusannya, psikologi dapat didefinasikan sebagai satu kajian saintifik yang mengkaji tingkah laku manusia dan melibatkan jiwa dalaman seseorang individu. Maka, setiap orang mempunyai tingkah laku yang berlainan akibat cara fikiran dan beremosi adalah berbeza . 4 . TEORI PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI Teori teori pembelajaran merujuk kepada prinsip prinsip dan hukum hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli ahli psikologi pendidikan . Melalui teoriteori pembelajaran ini , pengajar akan memahami pelbagai cara pelajar pelajarnya bagaimana belajar , dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan . Pada asasnya , teori teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama iaitu , behavioris , kognitif , sosial dan humanis .

PERISTIWA 1: PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF BEHAVIORISME

Amran seorang kanak- kanak berumur 10 tahun. Dia seorang kanak- kanak yang nakal dan malas. Amran selalu ingkar terhadap arahan yang diberikan oleh ibunya. Kebiasaannya, dia akan memberi pelbagai alasan apabila di berikan tugas oleh ibunya. Di kawasan perumahan tempat tinggal Amran selalu didatangi penjual aiskrim. Setiap hari, tepat pukul lima petang penjual aiskrim pasti akan lalu dihadapan rumahnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi kanak- kanak, aiskrim adalah makanan kegemaran mereka begitu juga dengan Amran. Apabila terdengar sahaja deringan loceng aiskrim, Amran akan menjadi teruja dan terus meminta wang daripada ibunya. Kebiasaannya, ibu Amran tidak akan memenuhi permintaannya disebabkan oleh sikap Amran yang nakal dan malas itu. Setiap hari Amran pasti akan meminta wang dari ibunya untuk membeli aiskrim tetapi tetap tidak diendahkan oleh ibunya. Akibat selalu didesak oleh Amran, akhirnya ibunya mengenakan syarat kepada Amran iaitu jika Amran inginkan wang untuk membeli aiskrim dia perlu mengubah perangainya yang malas dan nakal itu. Ekoran dari syarat yang dikenakan oleh ibunya, Amran pasti akan menyiapkan kerjanya dahulu untuk mendapatkan wang dari ibunya untuk membeli aiskrim. Lama- kelamaan sikap Amran semakin berubah menjadi kanak- kanak yang rajin dan baik. Peristiwa dan kisah di atas merujuk kepada teori behavioris . Teori Pelaziman Operan di mana ia merujuk kepada sesuatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya . Di dalam kisah Amran deringan loceng merupakan rangsangan , perasaan teruja ialah gerak balas dari rangsangan tersebut dan manakala ais krim yang diberikan merupakan satu peneguhan kepada Amran untuk mengubah tingkah lakunya kepada lebih baik .

Perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimulasi ( rangsangan ) dengan tindak balas organisma . Melalui proses pembelajaran berlandaskan pelaziman ( conditioning ) , sesuatu perhubungan yang baru akan dibentuk daripada menghubungkaitkan stimulasi dengan tindak balasnya , dan akibatnya 6

membawa perubahan tingkah laku organisma yang berkenaan . Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu .Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan . Di antara tokoh tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ini ialah Pavlov , Thorndike , dan Skinner . Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku . Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian . Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku . Menurut mereka tingkah laku boleh diperhatikan , dikawal dan diramal . Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru .Oleh itu , teori pembelajaran ini disebut sebagai Teori Rangsangan Gerak balas . Tingkah laku operan ialah tingkah laku yang bukan otomatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kewujudan dengan stimulasi yang telah dikenal pasti dahulu . Tingkah laku operan ini merupakan satu set yang merangkumi beberapa contoh tingkah laku yang spesifik , beroperasi dan menghasilkan gerak balas terhadap situasi dalam alam sekitarnya . Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk sesuatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya .

Model Pembelajaran Pelaziman Operan merangkumi empat konsep utama yang dinyatakan seperti berikut :

1. Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri ( tidak sama dengan gerak balas daripada rangsangan yang berdasarkan Teori Pelaziman Klasik ); jika mendapat hasil yang berkesan , ia akan di kukuh dan dikekalkan . 2. Sebarang rangsangan ( termasuk orang , perkara , benda dan sebagainya ) yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut sebagai peneguh (reinforce) , atau rangsangan meneguh (reinforcing stimulus) . Peneguh boleh bersifat positif atau negatif . Misalnya , ganjaran ialah peneguh positif , manakala denda ( misalnya menarik balik ganjaran yang dijanjikan ) ialah peneguh negatif . Bagaimanapun, di bawah konteks pembelajaran , kedua duanya pula menghasilkan peneguhan (reinforcement) ke atas gerak balas yang berkenaan . 3. Peneguhan merupakan sesuatu teknik atau proses yang menggunakan peneguh untuk mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang berkenaan . Seperti peneguh, peneguhan juga ada peneguhan positif dan peneguhan negatif . 4. Fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kewujudan sesuatu peneguh yang berkenaan adalah dipanggil sebagai peneguh positif . Manakala , fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kehilangan sesuatu peneguh yang berkenaan adalah dipanggil sebagai peneguh negatif . Misalnya : Ganjaran ( peneguh positif ) diberi selepas sesuatu tingkah laku berlaku dengan tepat boleh mengukuh dan mengekalkan tingkah laku pelajar yang berkenaan . Manakala , denda (peneguh negatif ) dikenakan selepas sesuatu tingkah laku yang berlaku salah , dan sekiranya pelajar itu mengelakkan diri daripada kena denda , membetulkan tingkah lakunya , denda seterusnya dihentikan . Menarik balik denda itu merupakan kehilangan peneguh negatif yang mendorongkan pembentukan tingkah laku yang tepat pula melibatkan peneguhan .

Di bawah konteks psikologi pendidikan , penggunaan ganjaran adalah lebih berkesan daripada denda . Ini adalah kerana ganjaran membawa kesan peneguhan secara langsung , sedangkan denda membawa kesan peneguhan secara tidak langsung . 8

Sesuatu teknik atau kemahiran yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh atau dikekalkan . Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Ianya juga membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperolah ilmu dan kemahiran dengan tepat . Kadangkala , peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini . Misalnya , menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin . Sebagaimana yang telah dibincangkan , Teori teori Pembelajaran Behaviorisme pada amnya boleh diklasifikasikan dalam dua kategori yang utama , iaitu Teori Pelaziman Klasik yang menekankan pembelajaran melalui perhubungan rangsangan dengan gerak balas dan Teori Pelaziman Operan mementingkan pembelajaran melalui peneguhan .

PERISTIWA 2 PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF KOGNITIF Amira sudah berumur enam tahun dan salah seorang daripada kanak-kanak yang mendaftar di kelas prasekolah Cikgu Nazrin. Pada hari pertamanya di kelas prasekolah, Amira menunjukkan perasaan curiga dan takut dengan persekitaran barunya. Apatah lagi dia tidak pernah berjauhan dan berenggang untuk satu tempoh yang lama dengan ibu bapanya. Hari demi hari Amira mula menunjukkan perkembangan yang positif. Dia mula berkomunikasi dan bermain-main dengan rakan sekelasnya yang lain. Amira mula merasa keseronokkan untuk datang ke sekolah dan mempelajari tentang perkara-perkara baru.

Cikgu Nazrin pula seorang guru yang baik. Dia sering membuat pemerhatian dan mencatatkan tingkahlaku dan perkembangan murid-muridnya ke dalam borang pemerhatian dan rekod anekdot. Pada pendapat Cikgu Nazrin, murid-muridnya kali ini tidak jauh bezanya 9

dengan dengan kanak-kanak di kelasnya terdahulu kecuali Amira. Cikgu Nazrin mendapati Amira sukar untuk mengenal, menyebut, menghafaz nombor-nombor dan gagal melaksanakan latihan berkaitan konsep nombor. Amira hanya boleh menyebut satu hingga tiga sebelum berhenti dan diam apabila diminta untuk meneruskan bilangan. Seringkali Cikgu Nazrin terpaksa membantu Amira membuat bilangan dengan menyebut empat, lima dan nombor seterusnya. Amira juga tidak dapat menunjukkan konsep nombor dengan tepat. Setiap kali Cikgu Nazrin memintanya untuk meletakkan bilangan objek yang tepat berdasarkan kad nombor yang ditunjukkannya Amira akan melakukan kesalahan. Contohnya seperti meletakkan 2 biji bongkah untuk kad bernombor tiga dan 3 biji guli ke dalam balang bertanda nombor lima. Adalah menjadi cabaran kepada Cikgu Nazrin untuk membantu Amira menguasai kemahiran asas nombor sekurang-kurangnya satu hingga lima ( KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN ) - Komponen Kognitif 4.1.1 Membilang objek 1-5, 4.1.2 Memadan simbol 1-5 dengan objek) dan mengenal konsep awal matematik sebelum dia melangkah ke tahun satu. Apa yang dilakukan oleh Cikgu Nazrin ialah dia mula mengubah pendekatan pengajarannya. Selain daripada memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar melalui nyanyian lagu nombor dan permainan luar seperti membina bentuk nombor menggunakan pasir, Cikgu Nazrin juga menyediakan aktiviti berbentuk lembaran dan buku latihan awal matematik buat Amira. Sedikit demi sedikit Amira mula menguasai kemahiran membilang dan mengenal konsep nombor. Lebih menggembirakan Cikgu Nazrin, Amira juga menunjukkan kemajuan dengan menguasai siri nombor-nombor yang berikutnya.

PERSPEKTIF PSIKOLOGI (TEORI KOGNITIF) BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK? 10

Jean Piaget (1954) mengatakan bahawa pemikiran awal kanak-kanak dalam matematik menunjukkan perkembangan yang berperingkat-peringkat dimana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada tahap tertentu. Jean Piaget adalah salah seorang daripada tokoh psikologi aliran kognitivisme mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Keempat-empat peringkat ini ialah Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun), dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Umumnya perkembangan kognitif Amira sebagai seorang kanak-kanak prasekolah adalah pada peringkat Pra Operasi. Pada peringkat ini Piaget menjelaskan bahawa kanak-kanak telah boleh menggunakan bahasa serta tanda(simbol,nombor dan angka) untuk menggambarkan sesuatu konsep dan boleh mengelaskan objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Walaubagaimanapun kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat membuat padanan satu dengan satu antara objek. Contohnya seperti apabila kuantiti air yang sama dituangkan ke dalam bekas yang berlainan diameter dan tinggi (konsep keabadian kuantiti). Kanak-kanak yang dipengaruhi oleh diameter (panjang dan lebar) menyatakan bahawa kauntiti air adalah lebih banyak sedangkan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh tinggi bekas tersebut akan mengatakan bahawa kuantiti air di dalamnya lebih banyak. Cikgu Nazrin yang membantu Amira untuk menguasai kemahiran awal matematik telah menggunakan beberapa pendekatan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Cikgu Nazrin tahu bahawa pengetahuan matematik formal tidak boleh dipaksa ke atas seorang kanak-kanak tetapi perlu dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam bentuk yang menolong kanak-kanak itu mencipta sesuatu yang menjadi keupayaannya (Jean Piaget, 1952). Apa yang dilakukan Cikgu Nazrin ialah beliau menyediakan aktiviti permainan seperti main pasir bagi mengenal konsep nombor dan bilangan serta aktiviti nyanyian untuk mengingati urutan nombor dengan betul.

Melalui aktiviti main pasir seperti meletakkan beberapa objek seperti dua biji bongkah, Amira dikehendaki membina nombor dua dengan menggunakan pasir yang bukan sahaja dapat membantu Amira mengembangkan motor-motor halus ianya juga dapat merangsang pemikiran 11

dan mengekalkan daya ingatan (impul---otak). Amira bukan sahaja melakukan aktiviti yang menyeronokkan tetapi dalam yang sama melalui satu proses pembelajaran yang berkesan dan efektif bersesuaian dengan tahap perkembangan emosi, fizikal dan kognitifnya. Ini adalah bersesuaian dengan teori yang diketengahkan oleh Jerome Bruner dan Profesor Zolton P. Dienes. Pada tahun 1963, Bruner dan pembantunya Kenny yang telah membina empat teorem pembelajaran matematik (teorem pembinaan, tatatanda,kontras dan varisasi serta teorem perhubungan). Melalui teorem pembinaan Bruner menjelaskan bahawa cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. Dienes pula mengusulkan enam peringkat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Peringkatperingkat tersebut ialah peringkat permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol, dan formalisasi. Apa yang dipratikkan oleh cikgu Hafiz adalah berkaitan dengan dua peringkat awal dalam enam peringkat tersebut. Peringkat pertama iaitu permainan bebas adalah peringkat dimana kanak-kanak diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan alat bantu mengajar atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka akan menjalankan aktiviti ini secara bebas tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat pertama ini kanak-kanak akan membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu. Dalam konteks kes Amira bermakna cikgu Hafiz telah membiarkan Amira bermain pasir terlebih dahulu secara bebas tanpa sekatan dan terikat dengan sesuatu arahan sebagai persediaan awal. Peringkat permainan berstruktur pula ialah peringkat permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Amira yang bersedia dan tahu bagaimana untuk membuat pelbagai bentuk pasir dalam permainan bebas diawalnya akan tahu bagaimana untuk membentuk pasir mengikut bentuk nombor yang ditunjukkan oleh Cikgu Hafiz seterusnya.

Secara asasnya adalah disedari bahawa mengetahui tahap perkembangan dan kemampuan murid akan akan dapat membantu guru untuk merancang, membina dan menstruktur pengajaran serta pembelajaran murid-muridnya supaya menjadi lebih berkesan dan berkeupayaan.

12

PERISTIWA 3 PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF SOSIAL Semua orang dalam hidup ini pasti mempunyai pengalaman dalam hidup. Pengalaman merupakan asam garam kehidupan .Pengalaman menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan pada masa hadapan. Pada tugasan kali ini saya akan memaparkan pengalaman seorang rakan saya ketika tahun-tahun awal beliau mula mengajar .Rakan saya ini mula mengajar pada tahun 1992 . Ketika itu beliau ditempatkan di sebuah sekolah di sebuah perkampungan Felda di Hulu Perak . Bagi beliau sebagai seorang guru baru banyak perkara yang seharusnya dipelajari dan banyak perkara juga ingin dilaksanakan. Menurut rakan saya ini beliau dikehendaki mengajar murid Tahun 3 ,beliau menjadi guru kelas 3 Mutiara. Beliau juga mengajar Matematik dan Bahasa Melayu untuk kelasnya. Selain mengajar Tahun 3 Mutiara yang terdiri daripada 40 orang pelajar, rakan saya ini ditugaskan mengajar Tahun 1 iaitu mengajar matapelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani. Memang tidak dinafikan rakan saya ini seorang yang garang . Pada mula beliau menjejakkan kaki ke kelas beliau tetap mengingati segala ilmu ketika latihan Praktikum dahulu iaitu sekiranya seorang guru itu memasuki kelas buat pertama kalinya seharusnya tidak memberi muka atau tidak harus berlembut dengan para pelajar .Maka itulah yang terjadi dengan rakan saya ini ,beliau telah menunjukkan sikap garangnya. Berdasarkan sikap tersebut memang tidak dinafikan beliau mampu membentuk disiplin pelajar kelasnya iaitu pelajar Tahun 3 Mutiara .walaupun pelajar kelas 3 Mutiara tersebut adalah kelas ke 3 dalam aliran Tahun 3 di sekolah itu ,namun pelajarnya mampu

belajar setelah mendapat bimbingan yang sepatutnya. Walaupun begitu terdapat juga keburukannya ,apabila pada suatu hari rakan saya ini menjadi panik ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1, jumlah muridnya berkurangan dan pada ketika sebelumnya ,iaitu ketika matapelajaran Matematik jumlah pelajarnya mencukupi. Rupa-rupanya seorang pelajar kelas itu telah pulang ke rumah dan kembali ke sekolah selepas matapelajaran Pendidikan Jasmani ,kedudukan rumah dan sekolah bersebelahan. Murid ini takut kerana tidak membawa

13

baju sukan . Murid ini juga takut kerana gurunya garang ketika mengajar matapelajaran Matematik sedangkan guru ini mesra pelajar apabila mengajar Pendidikan Jasmani. Menurut rakan saya, pada peringkat awal memang beliau menghadapi masalah dengan pelajar kelas 3 Mutiara tersebut , pelajar terbabit bukan tidak menguasai pelajaran tetapi kurang latihan .Mereka juga menghadapi masalah sosial .Mereka adalah anak-anak peneroka, pada ketika itu anak-anak peneroka di situ masih tidak berkualiti taraf pendidikannya. Ada yang hanya datang ke sekolah untuk menghabiskan masa dan pada sebelah petangnya mereka menolong ibu bapa di ladangladang yang baru dibuka. Persoalannya kawan saya menghadapi masalah untuk membentuk para pelajarnya ,bukan sahaja halangan daripada ibu bapa malahan guru-guru lama di sekolah tersebut. Rakan saya ini telah menggunakan kaedah sebagaimana dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan iaitu memberi latihan yang berterusan , pada mulanya ramai yang tidak menyiapkan latihan .Terdapat seorang pelajar yang sering ponteng sekolah dan memberi pelbagai alasan ,maka rakan saya ini telah mengambil ikhtiar dan pergi mendampingi keluarga pelajar ini dan beliau telah ke rumah pelajar ini .Pada mulanya pelajar yang bernama Normala ini lari apabila terlihat rakan saya. Hasilnya menakjubkan kerana selepas itu pelajar ini mula hadir ke sekolah . Rakan saya ini mula menggunakan pelabagai kadah untuk menggalakkan para pelajarnya menyiapkan latihan ,contohnya memberi ganjaran seperti gula-gula . Rakan saya ini juga telah mempelbagaikan teknik mengajar seperti menyerapkan unsur nyanyian, lakonan dan sebagainya dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Bagi pelajar yang bermasalah di kelasnya , telah diwujudkan satu program dimana para pelajar yang dianggap berkebolehan mengambil adik angkat dalam kalangan pelajar yang bermasalah .

Program yang dilancarkan seperti program Mentor dan Mentee. Menurut rakan saya para pelajarnya mula berubah dan menunjukkan perubahan yang ketara dan berminat untuk belajar dan masalah tidak menyiapkan kerja rumah berkurangan . Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,beliau banyak melaksanakan teknik pengulangan dan menyalin semula. Banyak aktiviti pembelajaran berpusatkan murid. Murid banyak melaksanakan aktiviti seperti lakonan dan diselitkan aktiviti Pendidikan Seni dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu . Menurut rakan saya , ketika mula memasuki kelas tersebut terdapat juga pelajarnya yang akan menangis sekiranya tidak menyiapkan kerja rumah ,walaupun pada ketika itu rakan saya ini 14

tidak memarahi pelajarnya. Mereka berada dalam ketakutan .Kadang kala ia menjadikan rakan saya dalam keadaan bimbang. Akhirnya rakan saya ini mampu merubah corak pembelajaran muridnya.Walaupun pada mulanya mereka tidak berminat untuk belajar namun selepas pelbagai teknik dan pendekatan digunakan para pelajarnya mula berminat untuk hadir ke sekolah dan berinteraksi dengan baik dengan guru mereka. Pengalaman yang menarik bukan sahaja rakan saya perlu banyak berlakon dalam kelas tetapi juga mengeluarkan modal membeli pelbagai hadiah sebagai ganjaran kepada pelajarnya untuk berubah . Sesuatu yang menarik rakan saya juga mula disukai ibu bapa sehinggakan beliau turut menerima ganjaran seperti buah-buahan dan makanan . Kecemerlangan pelajar kelas ini mula menjadi bualan guru-guru dan ibu bapa walaupun pada mulanya faktor kegarangan guru tidak dapat dilihat untuk membantu perkembangan emosi dan pembelajaran anaka-anak. Hasilnya amat memeranjatkan ,hampir separuh pelajar kelas ini berjaya mendapat tempat di dalam kelas pertama apabila musim persekolahan tahun berikutnya kerana mencapai keputusan yang cmrlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun. Permasalahan yang dikemuka dan kaitannya dengan Teori Bandura atau Teori Pembelajaran Peniruan. Berdasarkan cerita rakan saya beliau banyak melaksanakan pelbagai aktiviti dalam pengajaran di kelasnya.Kadangkala beliau tidak mngikuti Sukatan Pelajaran sepenuhnya sebailknya mengubahsuai mengikut tahap mruid-muridnya. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti aktiviti lakonan dalam proses pembelajaran dan murid yang berpotensi akan menjai model dan pelajar yang kurang menguasai akan mengulang apa yang dilaksanakan oleh pelajar berpotensi. Secara tidak langsung ia ada kaitan dengan teori Bandura yang dijalankan bersama Walter pada tahun 1963, kesan perlakuan kanak-kanak yang akan meniru apa yang dilihat. Hal ini dapat dilihat dalam kelas ,apabila perbuatan pelajar berpotensi ditiru ia adakaitan dengan pernyataan Bandura ,apabila tingkah laku seseorang itu ditiru ,orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru.Sekiranya kita amati cerita yang saya tulis berdasarkan pengalaman rakan saya , maka kita dapat kaitkan dengan pengalaman muridnya yang bermasalah itu dengan proses pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. 15

1.

Pemerhatian ,ia dikaitkan dengan pemerhatian murid rakan saya mengenai sikap gurunya yang garang dan bagaimana mereka berasa takut dan ada yang lari ke rumah kerana tidak membawa baju pendidikan jasmani.

2.

Penyimpanan ,ia dikaitkan dengan pandangan murid terhadap gurunya dan ia lari apabila gurunya datang ke rumah kerana pandangan asalnya gurunya adalah garang walaupun gurunya datang untuk membantunya.

3.

Pengeluaran hasil yang diperoleh dalam peperiksaan Akhir Tahun,apabila kesan pembelajaran secara peniruan melalui latihan dan menyalin semula atau meniru semula. Ia akan kekal dalam ingatan mengikut situasi.

4.

Motivasi ,ia dikaitkan dengan kejayaan cemerlang para pelajarnya dan ia adalah kesan daripada peneguhan dan juga pebagai ganjaran yang diberi serta aktiviti peniruan yang berterusan .

PERISTIWA 4 : PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF HUMANIS Suasana di Sekolah Kebangsaan Taman Setia , Kelas 3 Mawar ( 10 tahun ) Ketua kelas Guru Murid Guru Murid Guru : Bangun semua , Assalamualaikum Cikgu Sabrina . : Waalaikummussalam w.b.t murid murid , semua murid boleh duduk . : Terima kasih Cikgu Sabrina . : Apa khabar murid murid hari ini ? . Semuanya sihat ? : Baik cikgu . : Adakah semua murid sudah bersarapan pagi ini ? 16

Murid Guru

: Sudah cikgu . : Bagus , kamu semua memang murid yang bijak , kamu semua perlu ingat bahawa sarapan pagi sangat penting untuk memberi tenaga kepada kamu sebelum kamu mula belajar . Kamu mesti bersarapan setiap pagi walaupun hanya sedikit . Ingat ya murid murid . Baiklah murid murid , adakah kamu semua sudah bersedia untuk belajar hari ini ? cikgu harap kamu semua akan bergembira dan faham apa yang akan kamu belajar hari ini . Cikgu Sabrina merupakan guru Bahasa Melayu di kelas 3 Mawar . Setiap kali

sebelummemulakan sesi pembelajaran , Cikgu Sabrina pasti

terlebih dahulu bertanyakan

khabar pelajar pelajarnya . Beliau sangat prihatin dan selalu mengambil berat tentang perihal pelajar- pelajarnya. Beliau berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaanya , setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu lain . Oleh itu , strategi pengajaran dan pembelajarannya diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri . Semua murid kelas 3 Mawar sangat menyenangi akan Cikgu Sabrina.

Mengikut teori pembelajaran , Cikgu Sabrina mengamalkan ciri ciri pembelajaran ataupun pendekatan humanis di dalam kaedah pembelajarannya . Beliau mempamerkan sikap prihatinnya terhadap murid muridnya . Beliau mengempati konsep kendiri pelajar dan member bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum . Mengikut kajian dan pemerhatian yang dijalankan , Rogers berpendapat manusia dilahirkan dengan potensi mengejar kesempurnaan kendiri . Maka pembelajaran merupakan naluri manusia semula jadi . Bahan pembelajaran yang bermakna dan seiras dengan objektif pelajaran pelajar sendiri akan mendorongkannya menyertai aktiviti pembelajaran yang dianggap paling berkesan . Bagaimanapun , apabila bahan pembelajaran menimbulkan perubahan struktur kendiri pelajar atau ancaman wujud dalam situasi pembelajaran , kerisauan individu yang ditimbulkan akan menjadikan sikapnya menentang pembelajaran . Menurut Rogers , apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran , hasil pembelajaran yang diperolehi adalah amat berkesan . Penilaian yang berdasarkan pemikiran refleksi pelajar sendiri adalah lebih baik 17

daripada penilaian orang lain . Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian , demi memupuk kemahiran hidupnya . Bagaimanapun , mengikut beliau , pembelajaran yang paling berkesan ialah belajar pembelajaran ( learn to learn ) , iaitu belajar bagaimana belajar . Mengikut pandangan ahli psikologi mazhab humanis , fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik . Individu akan bertumbuh secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai . Oleh itu , guru harus mengikut keperluan pelajar , membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna . Dengan perkataan lain , sekolah harus mengutamakan pendidikan afektif , disokong dengan pendidikan berasaskan ilmu pengetahuan . Kajian ahli psikologi mazhab humanis telah menunjukkan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya . Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain . Oleh itu , strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri . Mengikut ahli ahli mazhab humanis , termasuk Carl Rogers dan Maslow, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka , guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan member bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang utama seperti berikut : 1. Pengalaman setiap individu adalah fenomena logikal , iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja . 2. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri . 3. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui system nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain . 4. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya . 5. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi .

18

Mengikut Rogers , pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri , serta berbeza dengan individu yang lain . Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Setiap individu mempunyai hasrat untuk menjadi manusia yang sempurna melalui cara pengawalan dan antomomi sendiri . Mereka masing masing mempunyai motivasi instrinsik yang mendorongkannya ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan kendiri . Sehubungan ini pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran akan membolehkan individu masing masing membentuk konsep kendiri , sama ada positif atau negatif , bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran itu . Bagaimanapun , setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh seseorang individu biasanya mencerminkan konsep kendirinya serta sistem percayaan yang dimiliki. Teori pembelajaran mazhab humanis pada dasarnya , selain pembelajaran individu , juga menyaran pembelajaran koperatif dan kolaboratif , pendidikan moral , pendidikan afektif, pendidikan bercorak demokratik dan kebebasaan . Kebanyakan konsep pendidikan adalah dirangkumi dan dilaksanakan dalam sekolah sekolah yang mengamalkan konsep pendidikan terbuka . 5 . KESIMPULAN Ramai ahli psikologi pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma , menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Ringkasan pembelajaran ini membawa implikasi implikasi yang dihuraikan seperti berikut : Pertama , pembelajaran yang berlaku ialah hasil daripada latihan atau pengalaman . Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berdasarkan implikasi ini , perubahan tingkah laku kerana pertumbuhan dan kematangan tidak boleh disebut sebagai pembelajaran . Kedua , perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri kekekalan. Berdasarkan konsep ini , perubahan tingkah laku buat sementara sahaja , misalnya tindakan perlahan lahan kerana letih , mabuk kerana minuman keras , halusinasi kerana makan ubat atau salah guna dadah , tidak ada kaitan dengan pembelajaran . Berdasarkan huraian di atas , pembelajaran didapati mula berlaku apabila tindak balas ( pengamatan ) diadakan terhadap sesuatu rangsangan yang tertimbul .ia akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan, dan dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk atau kemahiran baru sesuatu bidang telah dikuasai . 19

PENUTUP Oleh kerana teori dihasilkan di bawah sesuatu keadaan dan tempoh masa yang tertentu , maka teori itu bukan statik dan kekal seperti hukum atau teorem yang dibentuk secara empirikal . Misalnya , teori teori pembelajaran yang dibentuk berasaskan falsafah dan logik pada zaman gemilang di Yunani telah digantikan dengan teori teori pembelajaran berasaskan kajian saintifik dalam abad ke 20 . Teori Pelaziman Klasik dibaiki dengan saranan Teori Pelaziman Operan , dan oleh kerana kekurangan Teori Behaviorisme dalam bidang kajian pembelajaran konsep , maka muncullah kajian Teori Pembelajaran Kognitif . Huraian huraian ini jelaslah menunjukkan teori yang dibentuk mungkin terdapat kekurangan , dan boleh berubah apabila teori baru yang berkaitan dihasilkan dengan kajian yang lebih canggih, saintifik dan sistematik . BAHAN RUJUKAN Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu. ( 2009 ) :.Psikologi Pendidikan . Meteor Doc. Sdn. Bhd , Open University Malaysia , Selangor. Mok Soon Sang . ( 2008 ) :.Psikologi Pendidikan . Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , Puchong. Crow and Crow ( 1980 ) : Psikologi Pendidikan untuk Perguruan . Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .Kuala Lumpur . Mook Soon Sang ( 2007 ) : Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling . Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd ., Puchong . Yong , M. S. & Chia , C.F ( 1994 ) : Pemikiran Kreatif : Penyelesaian Masalah Secara Kreatif. Arena buku , Kuala Lumpur . Yong , M. S. & Karen , L . B. ( 1996 ) : Guru yang Kreatif . Arena Buku , Kuala Lumpur . 20

21 9

Você também pode gostar