Você está na página 1de 18

GB6012

PENULISAN AKADEMIK 1 Semester II 2012/2013


PROF. DATIN DR. JURIAH LONG FAKULTI PENDIDIKAN

KULIAH 3
MEMBACA BAHAN AKADEMIK SECARA KRITIS

Membaca merupakan kemahiran yang amat berguna. Kemahiran membaca boleh diperkembangkan dan diperbaiki bagi memenuhi tujuan pembaca Dalam penulisan akademik pelajar perlu membaca pelbagai bahan: buku, makalah/artikel jurnal/prosiding dll. Masalahnya memilih bahan yang relevan untuk dibaca bagi sesuatu tugas penulisan akademik. Pembaca perlu menggunakan pelbagai strategi membaca. Kuliah ini akan membincangkan dua strategi:
Strategi memilih dan membaca bahan yang relevan untuk mencari maklumat (strategi membaca secara sekali imbas) Strategi membaca secara kritis
3

Strategi Memilih dan Membaca Bahan yang Relevan untuk Mencari Maklumat (Strategi Membaca Secara Sekali Imbas)

Pembaca yang baik menggunakan pelbagai strategi membaca. Pemilihan strategi membaca mempunyai hubungan dengan tujuan membaca. Untuk membaca bagi memahami dan mencari maklumat pembaca berpengalaman menggunakan strategi berikut:
Cari petunjuk dalam teks sebelum mula membaca Beri tindak balas/respons kepada petunjuk yang diberi oleh penulis Baca dengan menggunakan pensel. Tanda fakta penting Baca semula sekiranya perlu

Cari Petunjuk dalam Teks Dalam pemilihan bahan yang relevan dengan tugas penulisan akademik. Pembaca perlu pastikan bahan yang dipilih berkaitan dengan tajuk perbincangan. Teliti bahagian-bahagian ini bagi mendapat petunjuk:
Tajuk makalah/buku, teliti kata-kata kunci yang relevan dengan tajuk sebelum membaca makalah. Abstrak. Baca dan fahami abstrak bagi menentukan makalah/buku dapat memenuhi tujuan anda
5

Cari Petunjuk dalam Teks


Perenggan permulaan jika perenggan permulaan makalah tidak relevan dengan kajian, anda tidak perlu membacanya. Ayat tesis dan topik/utama dalam pengenalan jika dibaca sekali imbas dapat memberi maklumat tentang kerelevanan makalah/buku dengan tajuk kajian. Perenggan penutup juga perlu dibaca sekali imbas jika perenggan awal menunjukkan perkaitan makalah dengan tajuk Kredit/ketokohan penulis. Beri pertimbangan kepada kebolehan pengarang menulis tentang sesuatu bidang. Aspek-aspek lain dalam sesebuah buku yang perlu dilihat sekali imbas sebelum digunakan, termasuklah: kandungan buku, prakata, dan indeks
6

Strategi Membaca Secara Kritis Membaca melibatkan kegiatan berfikir. Apabila membaca, otak mentafsir makluamt yang dibaca; memahaminya dan membandingkan perkara-perkara yang ditemui dengan perkara yang diketahui berlaku penaakulan. Penaakulan ialah proses memahami secara logik sesuatu maklumat. Dua aktiviti utama penaakulan ialah menganalisis dan mentafsir.
7

Kemahiran Menganalisis Teks Yang Dibaca Menganalisis bermaksud mengambil sesuatu perkara secara keseluruhan dan kemudian mencerai-ceraikan bahagian tersebut. Tujuannya untuk memahami hubungan dan perkaitan bahagian-bahagian tersebut bagi menentukan peranan keseluruhannya. Mensintesis bermaksud mencantum-cantumkan pelbagai bahagian bagi membentuk suatu keseluruhan. Merumus ialah satu kegiatan mensintesis. Menganalisis dan mensintesis adalah kegiatan yang saling melengkapi. Kegiatan menganalisis dilakukan sebelum mensintesis.
8

Beberapa perkara perlu dibezakan dalam menganalisis


Membezakan isi utama daripada isi sampingan
Isi utama adalah idea fokus yang dikemukakan oleh penulis dan menjadi asas dalam kesimpulan. Dibentangkan secara terus terang dan dengan jelas Biasanya isi utama dinyatakan dalam pengenalan dalam perenggan pertama melalui ayat topik/utama Isi utama ditegaskan semula dalam kesimpulan Isi sampingan ialah alasan-alasan/contoh yang digunakan untuk menyokong hujah

Membezakan fakta daripada pendapat


Fakta ialah sesuatu perkara yang kita ketahui dengan pasti, kesahihannya boleh dibuktikan Pendapat ialah tafsiran sesuatu fakta yang memberi makna atau kepentingannya

Contoh Fakta:
Parasit ialah organisma yang menyesuaikan cara hidupnya pada permukaan atau di dalam organisma lain, iaitu perumah, yang biasanya lebih besar daripadanya. Dalam keadaankeadaan tertentu hubungan antara parasit dan perumah menguntungkan kedua-dua belah pihak, dan keadaan ini disebut kesalingan. Sebagai contoh ialah haiwan-haiwan protozoa yang hidup dalam saluran pencernaan seperti anai-anai atau lipas kayu.
10

Contoh Pendapat:
Ramai orang mempunyai anggapan yang salah tentang kekayaan. Mereka percaya kekayaan adalah wang dan apa sahaja yang dapat dimiliki dengan wang. Memang benar, wang penting dan baik tetapi wang tidak dapat memberi apa yang diperlukan oleh rohani manusia. Kekayaan rohani ialah kekayaan jiwa, fikiran dan peribadi. Apabila kita memiliki kekayaan rohani barulah kita mendapat rahmat kehidupan iaitu ketenangan batin dan kebahagian.
11

Membezakan Fakta dan Penafsiran


Fakta ialah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah, boleh diuji benarnya dan boleh dibuktikan Penafsiran ialah usaha untuk memberi makna terhadap sesuatu. Contoh: Pernyataan kos menyelenggarakan kenderaan kita selama 3 tahun yang lalu. Fakta. Kos yang tinggi ini boleh ditafsirkan dengan berbagaibagai cara: Jumlah ini mungkin menggambarkan kereta tidak dijaga dengan betul yang menyebabkan banyak kerosakan atau kos barang ganti kereta tinggi atau berlaku penipuan oleh mekanik.
12

Kemahiran Mentafsir Teks Yang Dibaca Mentafsir adalah proses mental yang berlaku bila kita membaca dan mentafsir melibatkan kita:
Mengkaji bahan yang dibaca dan meneka perkara-perkara yang dimaksudkan oleh bahan tersebut Membuat penafsiran kritis iaitu menyemak semula kesahihan idea, kekuatan dan kelemahan idea yang dikemukakan sebelum membuat kesimpulan. Membuat kritikan membina bagi memperbaiki sesuatu idea yang dikemukakan penulis. 13

Merumus Teks Yang Dibaca


Merumus teks berbeza dengan meringkas dari aspek berikut:

Merumus

Meringkas

1. Mengenal pasti isi utama 1. Menyenaraikan isi dan sampingan 2. Susunan teks boleh 2. Mengekalkan susunan diubah-ubah teks asal 3. Perlu penilaian kritis 3. Tidak perlu kesimpulan terhadap bahan dibaca dan kesimpulan

14

samb Merumus teks yang dibaca melibatkan aktiviti menganalisis dan mensintesis serta penilaian teks yang dibaca Dalam penulisan akademik khususnya dalam bahagian tinjauan literatur kemahiran membaca secara kritis amat penting. Kemahiran ini perlu diperkembangkan dan dimantapkan melalui latihan. Pembaca yang baik dapat memilih strategi membaca yang sesuai dengan tujuan membaca mereka Langkah dalam penulisan tinjauan literatur melibatkan membaca untuk menganalisis dan mensintesis. Kedua-dua langkah perlu diambil untuk mengelakkan plagiarisme
15

Contoh 1: (Seman 2005)


Kajian dan penulisan tentang interaksi lisan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kajian yang menyeluruh dan kajian tentang penggunaan struktur interaksi lisan (Roselan 2001). Kajian di barat pada sekitar tahun 70-an, kebanyakannya memberi tumpuan kepada proses pelaksanaan, iaitu bagaimana guru menggunakan struktur-struktur interaksi lisan dalam pengajaran mereka dan bentuk interaksi lisan merupakan hasil sampingan kajian sahaja (Flanders 1970; Sinclair & Coulthard 1975, Mehan 1979). Penulisan dan kajian tentang struktur interaksi lisan pada tahun 70-an dan 80-an juga ditulis oleh ramai sarjana termasuklah Flanders (1970), Gumperz dan Herasimchuk (1975), Wells (1981) dan Rivers (1987).
16

Contoh 2: (Norliza 2007)


Dengan menggunakan strategi metakognitif seseorang pelajar dapat mengawal proses berfikir secara kendiri dan seterusnya menyumbang ke arah pembelajaran yang berjaya. Pelajar juga berkeyakinan dan bermotivasi untuk belajar (Ainon & Abdullah 1995; Baker & Brown 1984). Pelajar yang menggunakan strategi metakognitif yang canggih lebih berkemungkinan untuk menjalani perubahan konsep apabila perubahan itu diperlukan (Wittrock 1999). Mereka akan lebih berkeyakinan untuk melakukan tugasan baru yang lebih mencabar (Borkowski et al. 2004). Sementara itu, Fisher (1998) mencadangkan enam strategi untuk pembelajaran yang berjaya iaitu menyoal, merancang, memantau, menyemak, mengulang kaji dan ujian kendiri.
17

Contoh 3: (Zawawi 2008)


Pelaksanaan kurikulum adalah apa sahaja yang dilaksanakan oleh guru dan pelajar untuk mencapai hasilan dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif (Mackay 1988). Pelaksanaan kurikulum merupakan satu proses (Fullan 1983) yang melibatkan penyertaan guru dan pelajar secara berkesan dan bersifat kompleks (Ornstein & Hunkin 1998). Sementara itu, Berman dan Mc Laughlini (1977) berpendapat bahawa guru dan pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum di dalam bilik darjah menempuhi tahap yang paling sukar kerana proses ini melibatkan pembentukan dan pengubahsuaian tingkah laku pelajar.
18

Você também pode gostar