Você está na página 1de 42

TEAM BUILDING ACTIVITY

Conducted by Malacca Teambuilding Group JPM

OBJEKTIF

Mengeratkan Ikatan Persahabatan Melatih kerjasama sepasukan Mempertajamkan kaedah membuat keputusan Melatih minda membuat jangkaan Rekreasi minda dan fizikal Melatih kreativiti ADA HADIAH?

JENIS PERMAINAN

Sistem Komunikasi Mencari Perkataan 3 Uji Minda Mine Sweeper Heksagon (Hexagon) Harimau-Pemburu-Hakim Kuadran Analisis Prestasi Pekerja (Dilaksanakan bergantung kepada pada masa)

JENIS PERMAINAN

Menghargai sahabat Membina menara Komunikasi terus Permainan Tali Melontar telor Tunjukkan si buta (Mine Field) Membawa air Menyusun cawan

Sistem Komunikasi
ORGANISASI SIHAT Pengurusan Efektif Bos Baik Keadaan Kerja Baik Perhubungan Mesra Dasar Menang-Menang Gaji setimpal dengan pasaran ORGANISASI TOKSIK Pengurusan Kacau Bilau Bos Kejam Keadaan Kerja Teruk Perhubungan Tegang Dasar Menang-Kalah Gaji kurang daripada pasaran

Mencari Perkataan (Motivasi)


Berikut diberi Huruf dengan Nilainya:A B C D E F G H I J K L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

M N O P Q R 13 14 15 16 17 18 W 23 X 24 Y 25 Z 26

S T U 19 20 21

V 22

Soalan: Cari 2 perkataan (1 BM; 1 BI) yang memberikan nilaian 100

Komunikasi Terus ARAHAN 1


Beritahu semua guru bahawa sekolah kita akan mengadakan Majlis PIBG bersama Sekolah. Cikgu Ali dilantik menjadi setiausaha. Cikgu Rahman dilantik menjadi Penolong Setiausaha. Cikgu Karim sebagai Pengerusi Majlis. Mesyuarat majlis tersebut akan diadakan pada 12 Mei 2006. Tempat mesyuarat bilik tayangan. Beritahu Cikgu Aminah, guru Perpustakaan untuk menyiapkan bilik tersebut.

Tempah makanan dan minuman untuk 30 orang. Jangan lupa, tempah jamuan tengahari untuk semua guru. Beritahu kantin saya, jamuan tengahari tu tuntut pada saya.

Komunikasi Terus ARAHAN 2


Beritahu cikgu Salleh saya hendak berjumpanya di pejabat pukul 12.30 tengahari. Jemput semua Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Cikgu Hamzah guru Disiplin kita.

Kita akan mengadakan hari Ko-kurikulum sekolah pada tahun ini. Tarikhnya belum pasti antara bulan Jun dengan Julai. Pastikan semua guru yang terlibat dengan aktiviti Ko-Kurikulum dapat menyediakan murid-muridnya.
Jangan lupa, datang bilik saya pukul 12.00 tengahari ini untuk perbincangan awal. Lantik Cikgu Salmah sebagai setiausaha majlis ini.

Komunikasi Terus ARAHAN 3


Tolong panggilkan Cikgu Zaleha. Jumpa saya di kantin pukul 10.30 pagi ini. Cikgu pula tolong buat pemantauan ke kelas tingkatan 3 Bestari. Pelajar-pelajarnya bermasalah tu. Saya dengar ada pergaduhan kecil semalam. Pastikan ia tidak merebak ke kelas lain. Maklumkan juga kepada guru Disiplin kita bahawa pelajar yang terlibat mesti diambil tindakan.

Kenalpasti sama ada guru ada di kelas atau tidak ketika kejadian berlaku. Saya pun nak jumpa Guru Penolong Kanan HEM. Suruh dia hadir sama di kantin nanti. Kalau boleh awak pun hadir sama.

Komunikasi Terus ARAHAN 3


Peperiksaan pengesanan satu sedang berjalan. Guruguru akan sibuk menanda kertas. Kalau boleh anjakan sedikit majlis Hari Akademik sekolah kita ni. Dah siapkah perancangan majlis tersebut. Siapa yang menjadi MC?. Kalau Cikgu Latif menjadi MCnya, tolong tukar orang lain. Saya tidak berapa berkenan dengan Cikgu Latif tu. Kita lantik dia sebagai setiausaha sahaja. Kalau kerja tu boleh tahan juga dia tu. Tapi kalau tentang bercakap, takut orang lain tak cukup masa. Pantang tengok microfon. Kalau boleh majlis ini dibuat dalam bulan Julai. Maklumkan kepada ibu bapa untuk turut hadir melihat kejayaan anak-anak mereka. Kenalpasti siapa yang akan merasmikan majlis tersebut.

Komunikasi Terus ARAHAN 4


Tolong buat surat panggilan mesyuarat. Tarikhnya 23 Mei 2006. 2.30 petang. Semua guru mesti hadir. Katakan ini mesyuarat tergempar. Saya dapat surat dari Jabatan Pelajaran Melaka, setiap sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat tentang Head-Count dan Post Mortem. Pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka akan turun memantau sama ada sekolah kita ada melaksanakan program ini. Pastikan guru-guru tahu tentang Head-Count ini. Head-Count ni telah disampaikan kepada semua pengetua.

Cikgu tahu tak apa dia Head-Count? Kalau Cikgu tak tahu, cuba Cikgu telefon sekolah lain, kalau-kalau dia orang boleh membantu kita. Pastikan kita tidak ketinggalan dalam hal ini.

Komunikasi Terus ARAHAN 5


Minggu depan sekolah akan bercuti. Saya harap Cikgu susunkan jadual bertugas waktu cuti kepada semua guru Penolong Kanan. Atur seadil-adilnya. Guru tingkatan 5 dan tingkatan 3 mesti mengadakan kelas tambahan. Tiada istilah Escuse dalam hal ini. Kalau ada yang beri alasan hendak balik kampung, beritahu mereka bertugas dahulu baru balik kampung. Tukang kebun pula jangan bercuti sama. Rumput di padang tu dah panjang. Minta mereka potong dalam waktu cuti ini. Saya tak mahu kedengaran bunyi mesin rumput, ketika budak sedang belajar.Waktu cuti ni lah masa yang sesuai untuk mesin rumput-rumput tu. Cikgu dengan saya biarlah berselang-seli hadir ke sekolah. Cikgu 2 hari saya 3 hari. Jangan lupa GPK HEM dan GPK KoKurikulum dan GKMP.

Komunikasi Terus ARAHAN 6


Tugas utama guru adalah mengajar. Sehebat mana seorang guru dalam hal lain kalau mereka gagal mengajar dengan baik di bilik darjah, mereka dianggap gagal dalam profesionnya. Disebabkan guru mempunyai tugas sedemikian, mahu tidak mahu guru hendaklah sentiasa meningkatkan mutu pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Ilmu tentang pedagogi perlu dituntut. Diharapkan semua guru sentiasa ingat tugas utama mereka. Manakala salah satu tugas GPK1 pula ialah mengadakan pemantauan pelaksanaan pengajaran guru di bilik darjah. Sebagai guru yang kanan di sekolah beliau hendaklah sentiasa bersedia memberi nasihat dan bimbingan kepada guru yang bermasalah.

Komunikasi Terus ARAHAN 7


Gantikan saya petang ni sebagai perasmi Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Awak sampaikan salam saya, katakan saya tidak dapat hadir kerana ada satu lagi majlis perasmian di mana Pengarah Pelajaran datang. Jangan lupa, awak nyatakan bahawa tugas sebagai pemimpin bukanlah tugas mudah. Oleh itu, sebagai pemimpin hendaklah bijak membahagi masa. Masa belajar dan masa memimpin. Jangan suka buang masa. Lebihkan usaha.

Sebagai pemimpin masa amat berharga. Tunjukkan kepada rakan-rakan bahawa kita sentiasa menghormati guru. Guru adalah segalanya kepada murid. Sebarang masalah yang timbul hendaklah segera dirujuk kepada guru.

Komunikasi Terus ARAHAN 8


Beritahu semua guru bahawa sekolah kita akan mengadakan Majlis PIBG bersama Sekolah. Cikgu Ali dilantik menjadi setiausaha. Cikgu Rahman dilantik menjadi Penolong Setiausaha. Cikgu Karim sebagai Pengerusi Majlis. Mesyuarat majlis tersebut akan diadakan pada 12 Mei 2006. Tempat mesyuarat bilik tayangan. Beritahu Cikgu Aminah, guru Perpustakaan untuk menyiapkan bilik tersebut.

Tempah makanan dan minuman untuk 30 orang. Jangan lupa, tempah jamuan tengahari untuk semua guru. Beritahu kantin saya, jamuan tengahari tu tuntut pada saya.

Komunikasi Terus ARAHAN 9


Tolong buat surat panggilan mesyuarat. Tarikhnya 23 Mei 2006. 2.30 petang. Semua guru mesti hadir. Katakan ini mesyuarat tergempar. Saya dapat surat dari Jabatan Pelajaran Melaka, setiap sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat tentang Head-Count dan Post Mortem. Pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka akan turun memantau sama ada sekolah kita ada melaksanakan program ini. Pastikan guru-guru tahu tentang Head-Count ini. Head-Count ni telah disampaikan kepada semua pengetua.

Cikgu tahu tak apa dia Head-Count? Kalau Cikgu tak tahu, cuba Cikgu telefon sekolah lain, kalau-kalau dia orang boleh membantu kita. Pastikan kita tidak ketinggalan dalam hal ini.

Komunikasi Terus ARAHAN 10


Tugas utama guru adalah mengajar. Sehebat mana seorang guru dalam hal lain kalau mereka gagal mengajar dengan baik di bilik darjah, mereka dianggap gagal dalam profesionnya. Disebabkan guru mempunyai tugas sedemikian, mahu tidak mahu guru hendaklah sentiasa meningkatkan mutu pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Ilmu tentang pedagogi perlu dituntut. Diharapkan semua guru sentiasa ingat tugas utama mereka. Manakala salah satu tugas GPK1 pula ialah mengadakan pemantauan pelaksanaan pengajaran guru di bilik darjah. Sebagai guru yang kanan di sekolah beliau hendaklah sentiasa bersedia memberi nasihat dan bimbingan kepada guru yang bermasalah.

BINTANG

BINTANG SAYA MAHU SAYA TAHU PELAJAR PEMELIHARA SAYA TIDAK TAHU TUMPANG MAKAN SAYA TIDAK MAHU

SAYA MAHU SAYA TAHU


PELAJAR

PEMELIHARA
SAYA TIDAK TAHU TUMPANG MAKAN

SAYA TIDAK MAHU

SOALAN: SUSUN PERKATAAN YANG DIBERI KE DALAM RAJAH SUPAYA DAPAT MEMBERI MAKNA YANG TEPAT TENTANG KATEGORI PEKERJA

SAYA TAHU

BINTANG

PEMELIHARA

SAYA MAHU

SAYA TIDAK MAHU

PELAJAR

TUMPANG MAKAN

SAYA TIDAK TAHU

10

Cerita 1
Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari kerja (shif malam). Tayar motosikal bocor. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah mereka menyorong motosikal tersebut. Rumah jauh lagi. Sampai di suatu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Tujuannya agar cepat sampai kerana sudah terlalu mengantuk. Akan tetapi, jalan pintas tersebut terpaksa melalui kubur Cina. Terasa seram juga mereka dibuatnya. Tetapi mereka buat-buat berani sambil membuat lawak. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising seperti seseorang sedang mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man sudah mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di salah sebuah kubur Cina di situ. Setelah hampir ternyata seorang apek tua sedang memahat batu kubur.

Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam...bikin orang suspen saja la. Esok siang buat la..., kata Dol dengan marah.
Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis..., kata Apek itu.

Cerita 2
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya. Doktor itu menyuruhnya berbaring, membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya panjang-panjang. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya. Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata...

Sudah selesai. Sekarang masukkan lidah, tutup mulut dan bangun


Dengan kehairanan pemuda melakukannya dan bertanya.. Doktor, tadi doktor suruh saya baring, buka mulut dan menjulurkan lidah panjang-panjang, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi? Supaya saya boleh menulis repot kesihatan dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan-pertanyaanmu yang bertubi-tubi seperti tadi.

Cerita 3
Chot baru lepas ambil gambarnya di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Kemudian, dia terpaksa pergi menaiki bas untuk Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambarnya yang baru diambil di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu membrek mengejut. Chot terlepas gambarnya lalu terjatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk mencari gambarnya. Bila dia nampak gambarnya tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata,

Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak?. Saya nam ambil gambar...!!
Kurang hajar punya lelaki, nak ambil kesempatan ya.

Cerita 4
Pada suatu hari seorang lelaki Britain mengunjungi New York dan dia menginap di sebuah hotel yang mewah. Sebelum dia pulang ke negaranya, dia meminta kepada penjaga hotel untuk bercerita kepadanya tentang tekateki yang paling hebat yang diketahuinya, supaya dia dapat menceritakannya kembali kepada kawan-kawannya di Britain nanti. Si penjaga hotel tersenyum dan berkata: Tak mengapa dengarlah ni. Ayahku memiliki seorang anak lelaki yang bukan saudaraku, siapa dia? Si lelaki Britain berfikir keras mencari jawapan dan akhirnya menyerah. Si penjaga hotel tersenyum kemenangan dan berkata: Dia adalah saya. Si Britain membawa balik teka-teki itu ke negaranya dan setibanya di rumahnya, tidak sabar-sabar lagi si Britain tu ingin menyampaikan kehebatan teka-teki tersebut kepada kawan-kawannya. Ayahku memiliki seorang anak lelaki yang bukan saudaraku, siapa dia? Kawan-kawannya semua tidak mampu menjawab. Akhirnya si Britain pun memberitahu jawapan teka-tekinya: Dia ialah penjaga hotel

Cerita 5
Seorang raja telah melantik seorang pemuda untuk menjadi kepala kampung di sebuah kampung yang bernama Tibalah.
Setelah menjadi ketua kampung hal yang paling utama dilakukannya adalah berucap di hadapan seluruh penduduk kampung: Sesungguhnya raja telah melantik aku untuk memimpin kalian. Demi Allah aku sebenarnya tidak mampu untuk menjadi hakim atau pendamai di antara dua orang yang sedang bermusuhan. Oleh itu, apabila ada sesuatu perkara mengenai pergaduhan antara dua orang yang bermusuhan, maka aku akan memukul kedua-duanya sama ada dia benar atau pun salah. Semenjak saat itu maka tidak ada lagi penduduk kampung yang berbuat jahat kerana takut akan dipukul walaupun mereka menjadi pihak yang benar apatah lagi jika di pihak yang salah.

Cerita 6
Pada suatu hari, dua orang lelaki datang menghadap hakim. Si lelaki mendakwa bahawa kawannya telah menggigit telinganya. Kemudian hakim bertanya kepada suspek mengenai dakwaan mangsa tadi. Suspek menjawab: Dia yang telah menggigit telinganya sendiri.
Kemudian hakim pergi meninggalkan kedua-dua suspek dan mangsa di ruangan itu masuk ke dalam bilik peribadinya. Tidak lama setelah Hakim pergi, suspek yang duduk bersebelahan dengan mangsa mula mendekati mangsanya dengan tetap berada di atas kursinya. Suspek berusaha untuk menggigit telinga mangsa. Hingga akhirnya ketika kursinya miring dan hampir jatuh, hakim pun masuk semula ke bilik tersebut. Suspek menjadi terkejut dan kursi jatuh mengenai tangan hakim. Lantas hakim pun menjatuhkan hukuman, Awak adalah orang yang telah menggigit telinga mangsa dan kesalahan awak bertambah kerana mencederakan tangan saya.

Cerita 7
Pada suatu hari, seorang perempuan telah memberikan sekeping wang kertas RM100 kepada seorang budak lelaki. Wang RM100 ini saya berikan kepada awak. Budak lelaki tersebut telah menyimpan duit RM100 di bawah bantalnya dan menambahnya sebanyak RM2. Setelah beberapa hari perempuan itu telah datang semula dan ingin meminta wangnya kembali. Ambillah di bawah bantal itu, ambil anaknya sahaja. Duit itu telah beranak. Jawab budak lelaki itu. Perempuan itu pun mengambil RM2.

Pada hari berikutnya, perempuan itu datang lagi untuk meminta semula wangnya. Budak lelaki tersebut tetap menyuruh perempuan itu mengambil wangnya di bawah bantal, dengan syarat ambil anaknya sahaja RM2. Begitulah keadaannya berlarutan selama 5 hari. Budak lelaki itu mencari akal bagaimana menyelesaikan masalahnya. Hari yang ke-6, perempuan itu datang lagi. Budak lelaki itu telah menyediakan jawapannya:
Mak Cik, duit itu dah meninggal. Meninggal ketika beranak. Duit tu dah habis mati.

Cerita 8
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya. Doktor itu menyuruhnya berbaring, membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya panjang-panjang. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya. Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata...

Sudah selesai. Sekarang masukkan lidah, tutup mulut dan bangun


Dengan kehairanan pemuda melakukannya dan bertanya.. Doktor, tadi doktor suruh saya baring, buka mulut dan menjulurkan lidah panjang-panjang, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi? Supaya saya boleh menulis repot kesihatan dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan-pertanyaanmu yang bertubi-tubi seperti tadi.

Cerita 9
Pada suatu hari seorang lelaki Britain mengunjungi New York dan dia menginap di sebuah hotel yang mewah. Sebelum dia pulang ke negaranya, dia meminta kepada penjaga hotel untuk bercerita kepadanya tentang tekateki yang paling hebat yang diketahuinya, supaya dia dapat menceritakannya kembali kepada kawan-kawannya di Britain nanti. Si penjaga hotel tersenyum dan berkata: Tak mengapa dengarlah ni. Ayahku memiliki seorang anak lelaki yang bukan saudaraku, siapa dia? Si lelaki Britain berfikir keras mencari jawapan dan akhirnya menyerah. Si penjaga hotel tersenyum kemenangan dan berkata: Dia adalah saya. Si Britain membawa balik teka-teki itu ke negaranya dan setibanya di rumahnya, tidak sabar-sabar lagi si Britain tu ingin menyampaikan kehebatan teka-teki tersebut kepada kawan-kawannya. Ayahku memiliki seorang anak lelaki yang bukan saudaraku, siapa dia? Kawan-kawannya semua tidak mampu menjawab. Akhirnya si Britain pun memberitahu jawapan teka-tekinya: Dia ialah penjaga hotel

Cerita 10
Pada suatu hari, dua orang lelaki datang menghadap hakim. Si lelaki mendakwa bahawa kawannya telah menggigit telinganya. Kemudian hakim bertanya kepada suspek mengenai dakwaan mangsa tadi. Suspek menjawab: Dia yang telah menggigit telinganya sendiri.
Kemudian hakim pergi meninggalkan kedua-dua suspek dan mangsa di ruangan itu masuk ke dalam bilik peribadinya. Tidak lama setelah Hakim pergi, suspek yang duduk bersebelahan dengan mangsa mula mendekati mangsanya dengan tetap berada di atas kursinya. Suspek berusaha untuk menggigit telinga mangsa. Hingga akhirnya ketika kursinya miring dan hampir jatuh, hakim pun masuk semula ke bilik tersebut. Suspek menjadi terkejut dan kursi jatuh mengenai tangan hakim. Lantas hakim pun menjatuhkan hukuman, Awak adalah orang yang telah menggigit telinga mangsa dan kesalahan awak bertambah kerana mencederakan tangan saya.

1 4000 point 2 3000 point

3 2000 point
* 1000 point

Você também pode gostar