Você está na página 1de 42

TAJUK 1

Pengertian dan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian

Konsep Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal- hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. ii. iii. iv. v. Instrumen Kumpulan yang ditaksir Respon Kumpulan yang menaksir Skor

Konsep Pengujian

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, pengujian didefinisikan sebagai pengujian perihal menguji, pemeriksaan; Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara sistematik. yang

Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas pengajaran. sesuatu

Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.

untuk

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

secara

lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. Konsep Penilaian

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya;

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan

PENGUJIAN

Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa

PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang

menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan

1. Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: 1. Pengetahuan 2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual A. Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, faktafakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. B. Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. C. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. D. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. E. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.. F. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. 2. Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination)

3.

Domain Afektif

Domain David Krathwohl 1. Penerimaan (Receiving/Attending) 2. Tanggapan (Responding) 3. Penghargaan (Valuing) 4. Pengorganisasian (Organization) 5. Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex)

Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Kepentingan JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

Memberikan panduan untuk membentuk format ujian

Langkah-langkah Membina JSU Langkah I: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu soalan objektif (30 soalan) 1 markah bagi 1 item jumlah soalan bagi setiap topik dikira

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei, dan lain-lain

Langkah V: Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar) Pemarkahan

Langkah VI: Nyatakan mata pelajaran

Nyatakan tingkatan Susunan nombor soalan mengikut tajuk

PEMBINAAN UJIAN Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. 1. Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

a.

Item Respons Bebas i. Jenis soalan:

contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan culas? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa tangkai jering? (orang yang kedekut) ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti_______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. b) Saya terpaksa________ adik saya kerana emak saya bekerja. b. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan. i. Item Salah - Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).Ada ketika guru menggunakan setuju (S)atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. ii. Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan KATA BILANGAN 1. Kata Adjektif Sifatan 2. Kata Adjektif Pancaindera 3. Kata Adjektif Bentuk 4. Kata Adjektif Perasaan Item Aneka Pilihan CONTOH A. Gadis comel itu anak Pak Zaini B. Budak rajin selalu dipuji C. Jalan bengkok ke bandar itu telah ditutup D. Dia amat sayang akan emaknya.

iii.

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. a. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. Jenis jawapan terbaik c. Analogi iv. Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. 2. Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:a. Item Jenis Struktur b. Item Jenis Esei c. Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara PRINSIP DASAR yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity) a. Kesalahan Isi b. Kesahan Ramalan c. Kesahan Serentak d. Kesahan Gagasan ii. Kebolehpercayaan Ujian a. Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.

Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan

mereka

sebagai

penilai

yang

berkesan

untuk

menilai

kemahiran

dan

pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

JENIS PENILAIAN BAHASA Ujian Formatif dan Sumatif Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. 1. Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 2. Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif maklum balas kepada Perbezaan Fungsi Ujian Sumatif 1. pensijilan atau pengredan

1.

pelajar dan guru : kemajuan & kelemahan 2. Sepanjang pengajaran 3. Kognitif, Psikomotor, Efektif 4. Terhad kepada tugasan 5. Berubah-ubah 6. Dibentuk Khas 7. Rujukan Khas Masa Penekanan Sifat Kesukaran Alat Jenis Rujukan 2. Pada akhir unit/kursus 3. Kognitif 4. Beraneka Jenis 5. Senang - Susah 6. Peperiksaan akhir tahun 7. Rujukan Norma

3. Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Nota tambahan Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan

sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. seseorang Biasanya dalam ujian ini digunakan untuk yang menempatkan sesuai dengan kumpulan pembelajaran

pengetahuan dan kebolehan mereka. KAEDAH PENILAIAN BAHASA

1. Penilaian Melalui Porfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk :

Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.

Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio

Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

Menilai secara sumatif pembelajaran. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.

Ciri-ciri Portfolio

Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.


Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran

pelajar yang memberi

gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi: 1. Senarai semak yang disediakan oleh guru 2. Nota-nota yang disediakan oleh guru 3. Catatan jurnal 4. Buku log 5. Refleksi kendiri murid 6. Gambar dan foto Kebaikan Penilaian Portfolio 1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid 3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid 4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 2. Penilaian Melalui Pemerhatian.

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

6.5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:

Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

6.5.2 Strategi Pemerhatian


Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal objektif yang ditentukan oleh guru. berdasarkan

Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, persekitaran.

anekdot, dan

bahan

Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang

dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:

Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian

Fungsi Pemerhatian

Melihat

perkembangan

individu

atau

kumpulan

dalam

sesuatu

proses

pembelajaran.

Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti

projek.

Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai KAEDAH PENILAIN BAHASA Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan

Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.

Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :

pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?


Penilaian objektif tugasan Hasil Pembelajaran Penilaian Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran :......................................................................... Nama :......................................................................... Tahun/Tingkatan :............................................................. Tugasan :.........................................................................

Objektif : 1......................................................................... 2.................................................................... 3......................................................................... Perkembangan Apa peringkat pada yangBagaimana dilaksanakan ini Tempoh masaBagaimana pelaksanaan penilaian peringkat ini peringkat dibuat ini Catatan

ingin dicapaiakan peringkat ini pada peringkat

Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru .. Nama: Nama: Nama:

2. Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-

konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoa

Minggu 10 Penilaian Kemahiran Bahasa Forum Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk. Dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana : a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya. Debat

Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.

Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta. Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan. Pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.

Sesi

pengulasan

akan

dibuat

daripada

setiap

ahli

setelah

selesai.

Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan. Pidato Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan. Pantun Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji. Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.

Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat. Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. Sajak Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair. Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama. Ceramah

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.

Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.

Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. Antara jenis-jenis ceramah ialah :i) Ceramah agama ii) Ceramah pendidikan iii) Ceramah kesihatan iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

Syarahan

Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai : (a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan (c) Isi (d) Penutup

Penerangan

dan

penjelasan

tentang

tajuk

syarahan

perlu

disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

Isi-isi

syarahan

perlu

berdasarkan

fakta-fakta

yang

tepat

berserta

contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.

Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

Peringkat / Langkah Kemahiran 1) Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan 2) Penulisan Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup 3) Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca. Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN Definisi Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik. PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN TEMA : PENGALAMAN i. ii. iii. KOMPETENSI ASAS INDIKATOR LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN Kegiatan Awal Kegiatan Inti Kegiatan Akhir iv. v. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN PENILAIAN

i.KOMPETENSI ASAS 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah ii. INDIKATOR Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah

Menjelaskan akibat hidup tidak rukun Menyebutkan manfaat hidup iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN A. KEGIATAN AWAL 1. Doa bersama 2. Absensi siswa 3. Apresiasi B. KEGIATAN Inti 1. Menyapa teman sebaya dengan sopan 2. Membuat kalimat sapaan(lisan) 3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana) 4. Membuat kalimat Tanya dengan betul C. KEGIATAN AKHIR 1. Siswa melaksanakan tugas portofolio iv. METODE, SUMBER, MEDIA a) METODE 1. Soal Jawab 2. permainan bahasa b) SUMBER 1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema) c) MEDIA 1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata v. PENILAIAN 1. Lisan

2. Bertulis 3. Perbuatan 4. Portfolio Ciri-Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran 1) KAEDAH JIGSAW 2) KRITIKAN TERBUKA 3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN KAEDAH JIGSAW Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: Pergantungan secara positif . Tanggungjawab Interaksi secara terus (bertentang mata) Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian Penilaian kendiri secara berterusan KRITIKAN TERBUKA Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran ( closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.

Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara: 1)Intonasi dan kejelasan suara, 2)Keyakinan diri di khalayak ramai, 3)Kelancaran bahasa, 4) Penampilan, 5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK) Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK BROSUR : - Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu GRED KRITERIA FUNGSI Reka bentuk dan Reka bentuk dan betul tetapi kurang menarik. TATABAHASA Penggunaan yang lemah. ILUSTRASI Menggunakan Penggunaan Penggunaan tatabahasa dan ejaan yangbaik, jelas, dan tatabahasa dan ejaan tatabahasa dan ejaan perlu diperbaiki. Menggunakan ilustrasi Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai. ilustrasi yang sedikit sekadarmencukupi atau tiada langsung syarat. ilustrasi. KREATIVITI DAN KEASLIAN Kurang kreatif dan sumber lain (plagiat). Mempunyai kekreatifan Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. mengambil daripada dan keaslian. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar. paparan yang salah. paparan brosur yang LEMAH (0-5) SEDERHANA (6-8) CEMERLANG (9-10)

yang baik tetapi masih tidak mengandungi kesalahan.

POWER POINT Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.

Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, dan ciri-ciri pengawalan masa. Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional. Matlamat dan Objektif Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: -Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan pembelajaran kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif Melalui pembentangan isi Topik yang disampaikan Idea Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai dengan audiens Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan Cara penyampaian kepada audiens Berkeyakinan Tidak membaca paparan sepenuhnya Memahami topik yang dibincangkan

Dapat memahami kemahuan audiens Sesuai dengan golongan sasar Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat) Aspek Penilaian Adalah Seperti Berikut 1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3. Ketepatan isi kandungan 4. Kelengkapan laporan 5. Cara penyampaian maklumat 6. Keistimewaan persembahan 7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd 8. Masa terhad untuk persembahan. RISALAH

Persembahan yang menarik


Pemilihan isi yang menarik Topik yang menarik Penggunaan laras bahasa yang sesuai Ringkas dan padat Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan) Menarik perhatian

Rekaan yang sesuai Mengetahui golongan sasar yang difokus.

HALAMAN SESAWANG : WEB

Persembahan rekaan

Penggunaan teknologi maklumat yang efektif Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif

Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki Penggunaan laras bahasa yang sesuai Mempunyai maklumat tambahan Mempunyai jaringan yang luas

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK DEFINISI BROSUR Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur 1. Lemah (0-5) 2. Sederhana (6-8) 3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian 1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)

2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. Fungsi 1. Reka bentuk dan paparan yang salah 2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik 3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar . Tatabahasa 1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah 2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan. Ilustrasi 1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai. DEFINISI POWER POINT Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional. MATLAMAT Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru CIRI-CIRI Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: -Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3. Ketepatan isi kandungan 4. Kelengkapan laporan 5. Cara penyampaian maklumat 6. Keistimewaan persembahan 7.Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd 8. Masa terhad untuk persembahan.

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH Rasional Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah : i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.

iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru. iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya. v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta. CIRI CIRI Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: Kerja kursus / PEKA Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah 1. Kerja kursus / PEKA Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan dokumen pentaksiran LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil 2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras. Penskoran dan pelaporan oleh sekolah. Sekolah mengeluarkan sijil. Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang

di

peringkat

sekolah

merujuk

kepada

perancangan

berikut:

Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah : Daya kreatif contoh; mereka cipta, melukis. Kemahiran proses sains contoh; memerhati, membuat inferens. Perlakuan dan amalan nilai contoh; membantu, berdikari. Sikap contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja. Kesihatan dan kecergasan contoh; sihat, cergas dan aktif. Kemahiran kinestetik contoh; bersukan, bergerak secara kreatif. Bakat dan minat contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN Definisi penilaian pengalaman pembelajaran

Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.

Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN TEMA : PENGALAMAN i. KOMPETENSI DASAR 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah ii. INDIKATOR 1. PKN

Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lainlain) Memberi contoh hidup rukun di rumah Membeni contoh hidup rukun di sekolah Menjelaskan akibat hidup tidak rukun Menyebutkan manfaat hidup iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN A. KEGIATAN AWAL 1. Doa bersama 2. Absensi siswa 3. Apresiasi: Menyanyikan lagu Nama-Nama Hari B. KEGIATAN Inti 1. Menceritakan hidup rukun di rumah 2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lainlain) 4. Memberi contoh hidup rukun di rumab 5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah 6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun 7. Menyebutkan manfaat hidup rukun 8. Menyapa teman sebaya dengan benar 9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain 10. Membuat kalimat sapaan secara lisan 11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana) 12. Membuat kalimat Tanya dengan benar 13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50 14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50 15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50

16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50 17. Bersama-sama menyanyikan lagu Nama-nama Hari 18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar 19. Membedakan, waktu lama atau sebentar ~20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna 21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu 22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun 23. Membedakan bentuk suatu benda 24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya 25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda 26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lainlain) 28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami 29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami 30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain 31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain (Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing masing sekoIah) C. KEGIATAN AKHIR 1. Siswa melaksanakan tugas portofolio 2. Pelajaran ditutup dengan lagu Aku Anak Sehat iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN a. METODE 1. Ceramah 4. Tanya Jawab

2. Demonstrasi 5. Tugas 3. Game b. SUMBER 1. Buku Tematik Kelas I (Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS) 2. Pengembangan Guru c. MEDIA 1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf 3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan v. PENILAIAN 1. Lisan 2. Tertulis 3. Perbuatan 4. Portofolio CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BERKESAN a. KAEDAH JIGSAW

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

1. Pergantungan secara positif 2. Tanggungjawab 3. Interaksi secara terus (bertentang mata)

4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian 5. Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA

Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakanrakan sekelas.

Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

Você também pode gostar