Você está na página 1de 12

Apakah Kemahiran Saintifik?

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Oleh itu kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara sistematik. Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Manipulatif

Asas

Bersepadu

Rajah 2 Komponen-komponen Kemahiran Saintifik

Komponen-komponen Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills) Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya. Kemahiran Proses Sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenal dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepada murid. Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan dan eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-kemahiran proses sains. Seterusnya, kemahiran berfikir juga akan dipertingkatkan. Terdapat 12 KPS yang harus diperkembangkan dalam kurikulum Sains adalah: Memerhati Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data Mendefinisikan secara operasi Mengawal pemboleh ubah Membuat hipotesis Mengeksperimenkan Berdasarkan Teori Peringkat Perkembangan Kognitif, KPS dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB). Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Asas (Basic Process Skills) mampu mengembangkan logik dan memahami konsep pengabadian serta dapat membuat

pengelasan berasaskan lebih daripada satu ciri pada satu masa. Lazimnya, pelajar yang mempunyai KPSA adalah golongan murid sekolah rendah yang berusia antara 7 hingga 11 tahun (Peringkat Operasi Konkrit). Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Integrated Process Skill) pula lebih matang dan dapat menguasai pemikiran yang lebih abstrak serta memahami keperluan untuk mengawal pemboleh ubah apabila menjalani suatu eksperimen. Rata-rata pelajar yang mempunyai KPSB merupakan pelajar yang berusia antara 11 hingga 15 tahun. (Peringkat Operasi Formal). Rajah 2 berikut menunjukkan model KPS yang lebih terperinci.

Rajah 3

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Asas ialah : Memerhati : memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada tumbuhan Mengelas : mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu, bersisik, berkaki, berkepak. Berkomunikasi : menyatakan kepentingan kitar semula Membuat inferens : menyatakan sebab kenapa daun pada sebatang pokok menjadi layu Perkaitan ruang dan masa : mengukur dan membanding pergerakan dua objek yang berbeza dengan jarak masa yang ditetapkan. Mengukur dan menggunakan nombor dipanaskan. Meramal : meramal keadaan yang akan berlaku pada pokok dalam pasu yang diletakkan dalam kotak tanpa cahaya matahari. Kemahiran Proses Sains Asas ialah:1. Membuat inferens 2. Perkaitan ruang dan masa 3. Mengukur dan menggunakan nombor 4. Meramal 5. Berkomunikasi 6. Mengelas 7. Memerhati : mengukur suhu bagi cecair yang

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Bersepadu: Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah : membuat ujikaji tentang factorfaktor pengaratan besi. Mendefinisikan secara operasi pembekuan, kondensasi, peleburan. Menjalankan eksperimen haiwan. Membentuk dan menguji hipotesis cahaya matahari untuk hidup. Mentafsir data : membina jadual pertumbuhan biji benih selama 30 hari dan : menguji hipotesis tumbuhan memerlukan : menjalankan eksperimen tentang keperluan asas : menyatakan maksud proses penyejatan,

membuat kesimpulan dari data yang diperoleh.

Kemahiran Proses Sains Bersepadu ialah:1. Mengenalpasti dan mengawal pembolehubah 2. Mentafsir data 3. Membentuk dan menguji hipotesis 4. Menjalankan eksperimen. 5. Mendefinisikan secara operasi

Jadual berikut memberikan definisi bagi komponen-komponen Kemahiran Proses Sains yang telah dibincangkan di atas.

KPS Memerhatikan Menggunakan deria

Definisi penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan cirri yang sama. Mengukur menggunakan nombor Membuat inferens Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa. Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

Mendefinisikan secara operasi

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan diperhatikan. perkara yang dilakukan dan

Mengawal pemboleh ubah

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat hipotesis

Membuat satu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan Pernyataan ini sesuatu boleh perkara diuji atau peristiwa.

untuk

menentukan

kesahihannya. Mengeksperimen Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang diperkembangkan melalui penyiasatan dalam Sains. Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan betul, selamat, cermat dan tepat. Kemahiran ini diaplikasikan apabila pelajar menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan specimen dengan betul dan cermat dan yang terakhir sekali ialah melakar specimen, peralatan dan bahan sains.

Antara contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Manipulatif ialah: Menggunakan kanta tangan untuk melihat bilangan kaki haiwan yang kecil. Menggunakan forsep untuk mengutip haiwan. Membersihkan forsep, piring petri dan peralatan makmal. Tidak mencederakan dan merosakkan specimen. Menyimpan peralatan dan bahan makmal di tempat yang selamat dan betul.

Rajah 4 Gambar menunjukkan Kemahiran Pulatif diaplikasikan oleh pelajar.

Strategi Mengajar Kemahiran Saintifik di Sekolah Rendah Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan pronsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Walau bagaimanapun di peringkat sekolah rendah, murid menentukan bimbingan dan panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian masalah .Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek. Eksperimen menguji hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Perbincangan murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Simulasi aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari. Projek aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. Pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan, iaitu: i. Kaedah heuristic Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahanbahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. Peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

ii.

Kaedah induktif Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak. Khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. Kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri kes dan beberapa kes lain yang serupa.

iii.

Kaedah deduktif Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.

iv.

Kaedah dogmatic Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. Latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.

v.

Kaedah projek Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.

vi.

Kaedah amali Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. Peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

vii.

Kaedah lawatan Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu di luar bilik darjah dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

viii.

Kaedah sintesis Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui berdasarkan data yang ada. Pelajar merumus kesimpulan.

ix.

Kaedah topic Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topic sehingga lengkap, sekaligus menghubungkaitkan dengan topic-topik berkaitan.

x.

Kaedah Simulasi Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan. Keberkesanannya bergantung kepada kelebihan dan kefahaman peranan yang diaminkan itu.

xi.

Kaedah Cerita Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

xii.

Kedah Perbincangan Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar ataupun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.

xiii.

Kaedah Modular Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan, menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

xiv.

Kaedah Soal Jawab Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas, dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar sekolah rendah.

RUJUKAN

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html http://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.html Zaeydee b. Omar.(2013).Science Process Skill Year 4 : Problem Solving.MYBOOK.COM SDN. BHD,Selangor. Poh Swee Hiang.(2000).Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

Você também pode gostar