Você está na página 1de 16

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 2(29)(16)/4-2056/04 DI ANTARA ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABD.

MAJID DAN KOKO BUDI SDN. BHD.

NO. AWARD: 462 TAHUN 2010 Di Hadapan Tempat Tarikh Rujukan Tarikh Sebutan : : : : Y.A. PUAN MARIAH @ MALIAH BT AHMAD - Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia di Johor Bahru 12.7.2004 9.11.2004, 30.12.2004, 21.2.2005, 14.2.2006, 21.3.2007, 5.6.2007, 21.8.2007. 19.9.2007, 26.10.2007, 29.1.2008 dan 3.9.2008. 31.3.2008 dan 17.6.2008. Encik Amrik Singh Harcharan Singh Peguambela & Peguamcara Tetuan Amrik Singh & Co. (Peguam Pihak Yang Menuntut) Encik Syamsul Rijal Jamil Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) (Wakil Pihak Syarikat)

Tarikh Bicara Perwakilan

: :

Rujukan

Ini adalah suatu rujukan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Abdul Razak bin Abd. Majid (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) di alamat No. 32, Jalan 8/19, Lorong 4, Perjiranan 8, 81700 Pasir Gudang, Johor dengan Koko Budi Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat") di alamat PLO 207, Jalan Tembaga Satu, 81700 Pasir Gudang, Johor pada 20.5.2003.

AWARD

Pertikaian dalam kes ini ialah di antara Encik Abdul Razak bin Abd. Majid (selepas ini dirujuk sebagai "Pihak Menuntut") dengan Koko Budi Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai "Pihak Syarikat") berhubung pembuangan kerja Pihak Menuntut oleh Pihak Syarikat pada 20.5.2003.

Rujukan

Pertikaian dalam kes ini adalah mengenai pembuangan kerja Abdul Razak bin Abd. Majid (Pihak Menuntut) pada 20.3.2003 oleh Koko Budi Sdn.
2

Bhd. (Pihak Syarikat) melalui surat

YB Menteri Sumber Manusia telah

merujuk perkara ini kepada Mahkamah Perusahaan di bawah s.20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk suatu keputusan.

Fakta Ringkas Kes

Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 15.1.2001 sebagai 'Lab Assistant' dan telah disahkan dalam jawatannya pada 15.4.2001. Melalui surat bertarikh 12.3.2003, Pihak Syarikat telah

mengeluarkan Kertas Pertuduhan dan Notis Siasatan Dalaman terhadap Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut :

(a) (b)

Mencuri dokumen Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat

(c)

Provokasi keagamaan dan perkauman.

Pada siasatan dalaman, Pihak

Syarikat telah mendapati Pihak

Menuntut bersalah atas pertuduhan pertama dan kedua dan tidak bersalah bagi pertuduhan ketiga.

Pihak Syarikat selanjutnya membuang kerja Pihak Menuntut pada 20.5.2003 atas dua-dua kesalahan tersebut di atas melalui surat bertarikh 20.5.2003 (lihat mukasurat 43 dalam 'COB');

KOKO BUDI Sdn. Bhd. (Co. No. 198093-M)


P.O. Box 207, Jalan Tembaga Satu, 81700 Pasir Gudang, Johor Malaysia. Tel: (607)-2760130 (Hunting Line) /2513962 Fax: (607)-2513961 E-Mail : kokobudi@tm.net.my Webpage: kokobudi.com.my

Date

20 May 2003 Encik Abdul Razak bin Abdul Majid 006021 Laboratory

To : Employee No: Department : Dear Sir Subject :

LETTER OF DISMISSAL

We refer to the Inquiry on 16 May 2003 whereby you were called before an Inquiry Panel on the charges against you. At the inquiry you were given every opportunity to defend yourself, the Inquiry Panel has nonetheless found your explanations to be unreasonable and unacceptable. The Company finds you guilty on the following misconducts:1. Stealing of document Duty roster dated 1 April 2003 was found missing in laboratory one or two days after issuance date. It was found and reported that the said document was kept in your pocket on 7 May 2003 without the knowledge or consent from your immediate superior. 2. Unfounded and false accusations about the company to discredit the company Valid and strong evidence have proven that you have committed the above mentioned on 25 November 2002. 3. Provoking religious and racial sensitivity It has been proved that you have committed on the provoking religious sensitivity on 12 September 2002. You also have been found repeatedly committed 4

racial sensitivity to your immediate superior. In view of the seriousness of the misconducts you have committed, the Company has no alternative but to DISMISS YOU WITH IMMEDIATE EFFECT. You will be paid up to the last day work i.e. less all lawful deductions and other payment which you owe the Company. You are advised to return all items belonging to the Company. Yours faithfully For KOKO BUDI Sdn. Bhd. signed Mr. Chum You Heng General Manager

Semasa dibuang kerja Pihak Menuntut adalah seorang pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya dan gaji terakhir beliau ialah sebanyak RM1,270.00 sebulan.

ISU

Peranan Mahkamah Perusahaan dalam mengendalikan perbicaraan kes pembuangan kerja adalah seperti yang diputuskan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449 di mana Mohd Azmi FCJ menyatakan seperti berikut:

"As pointed out by this Court recently in Wong Yuen Hock v

Hong Leong Assurance [1995] 3 CLJ 344, the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal".

Oleh yang demikian isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

(a)

Adakah

Pihak

Syarikat

telah

membuktikan

pertuduhan-

pertuduhan terhadap Pihak Menuntut. (b) Adakah pertuduhan-pertuduhan yang telah dibuktikan itu

merupakan salahlaku-salahlaku yang wajar dihukum dengan pembuangan kerja.

Samada Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan pertuduhanpertuduhan terhadap Pihak menuntut

Berkaitan pertuduhan pertama iaitu mencuri dokumen jadual kerja, Syarikat telah memanggil seorang sahaja saksi, Puan Wong Yet Chew (COW1) juga telah bertindak sebagai Pegawai Pendakwa semasa siasatan
6

dalaman yang telah diadakan oleh Pihak Syarikat.

Merujuk kepada keterangan saksi Syarikat (COW1) dan (COW-WS1) (Pemeriksaan Utama), COW1 menyatakan bahawa beliau adalah Head of Department dan juga terlibat sebagai pendakwa dalam siasatan dalaman Syarikat. Menurut COW1, tuduhan pertama Syarikat ke atas Yang Menuntut adalah mencuri 'duty roster' atau jadual kerja bagi bulan April 2003. COW1 telah bergantung kepada pernyataan-pernyataan yang dibuat oleh seorang bernama Liw Wan Nee dan siasatan dalaman Syarikat semasa memberi keterangannya bagi pihak Syarikat. COW1 juga menyatakan bahawa

seorang bernama Ahmad Su telah menyaksikan kejadian yang melibatkan kecurian yang didakwa tersebut.

Adalah ditekankan di sini bahawa tiada mana-mana pihak yang disebut dalam keterangan yang diberi oleh COW1 telah dipanggil untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian tentang tuduhan pertama tersebut. Soalansoalan yang telah ditanya kepada COW1 adalah seperti berikut:

Pada Soalan No. 8 COW-WS1:

Q: A:

When was the missing document being noticed? According to the person who prepared the document, i.e. Miss

Liw Wan Nee, the document was found missing one (1) or 2 days maximum before 7 May 2003.

Kindly refer page 15 of the Domestic Inquiry Notes at the last paragraph of the Company's bundle of document.

Pada soalan 9 COW-WS1 Q: A: Did he admit taking and stealing it? Yes, please refer to page 10 on the Domestic Inquiry Minutes from Company's bundle of Document, I quote "ada tak you memulangkan duty rooster yang hilang di laboratory pada Madam Wong pada 7 Mei 2003" he replied, ada, he did admit taking that document.

COW1 tidak memberi keterangan dari pengetahuan peribadinya berkaitan tuduhan pertama tetapi memberi keterangan berdasarkan kepada soalan dan jawapan dalam siasatan dalaman. Oleh itu, COW1 bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan peribadi tentang fakta-fakta berkaitan dakwaan kecurian tersebut. Harus ditekankan di sini bahawa, COW1 juga adalah

pihak yang mendakwa ke atas Yang Menuntut bagi pihak Syarikat dalam siasatan dalaman itu. Apa yang memburukkan keadaan kes Syarikat ini terutamanya adalah COW1 mengaku bahawa dia tidak mempunyai

pengetahuan peribadi tentang dakwaan kecurian tersebut. COW1 mengaku bahawa dia hanya diberitahu oleh Liw Wan Nee tentang dakwaan kecurian tersebut.

Merujuk kepada soalan 16 dalam Pernyataan Saksinya, COW1 menyatakan seperti berikut:

Q :

How did Liw Wan Nee knew or suspect that the Claimant took the document?

A:

Because both Liw Wan Nee and the Claimant had a discussion on the issue of changing new duty roster and the document in question was brought to Miss Liw Wan Nee's attention by Razak who then pulled out the document from his pocket. This was witnessed by Ahmad Su."

Dalam keterangan COW1, nama dua orang iaitu Liw Wan Nee dan Ahmad Su telah disebut sebagai menyokong kes Syarikat. Kedua-dua ini dapat disimpulkan sebagai saksi-saksi penting bagi kes syarikat dan yang berkait dengan tuduhan pertama tersebut. Malangnya dua orang ini tidakpun dipanggil sebagai saksi. Pihak Syarikat tidak membuktikan kenapa mereka tidak

dapat dikemukakan untuk memberi keterangan,

Jadi jelas bahawa keterangan COW1 adalah keterangan jenis "dengar cakap" yang beliau dengar dan petik daripada pihak ketiga yang telah memberi keterangan semasa siasatan dalaman.

Peguam Pihak Syarikat berhujah bahawa Pihak Menuntut telah didapati bersalah mencuri dokumen semasa siasatan dalaman.

Mahkamah berpendapat, dapatan-dapatan dalam siasatan dalaman tidak mengikat ke atas Mahkamah Perusahaan yang mendengar kes secara 'afresh'. (Sila rujuk kepada kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd. v. Liew Fook Cuan [1997] 1 CLJ di mana Gopal Sri Ram JCA di muka surat 216 menyatakan:

The finding of the domestic inquiry is not binding upon the Industrial Court which hears the case afresh.....

Setelah

meneliti

dan

menimbang

segala

keterangan

yang

dikemukakan di Mahkamah ini, Mahkamah mendapati bahawa tiada terdapat bukti kukuh untuk menyabitkan Pihak Menuntut dengan kesalahan dalam pertuduhan pertama. Oleh yang demikian, Pihak Syarikat telah gagal

10

membuktikan pertuduhan pertama.

Pertuduhan Kedua - Membuat aduan palsu kepada JKKP terhadap Syarikat bagi menjatuhkan nama Syarikat.

Menurut pertuduhan kedua ini, Pihak Menuntut didakwa membuat aduan kepada pihak JKKP tentang keadaan di Syarikat. Pihak Menuntut telah pada setiap masa memegang kepada pendirian bahawa beliau tidak membuat aduan tersebut. Keterangan COW1 pula yang diberi melalui COWWS1, akan dilihat bahawa COW1 telah sekali lagi memberi keterangan dengan merujuk kepada nota siasatan dalaman. Soalan-soalan yang

berkaitan dengan tuduhan kedua ini pada COW-WS1 adalah dari no. 24 hingga 26.

Di sini diulangi bagi rujukan: "Q. Moving to the next charge, that is on making accusation in order to discredit the Company, did the Claimant admit it? A. Q. A. No, he did not. What was the decision made by the panel on this issue? The panel had in their report that the Claimant had failed to prove or to produce any evidence against the evidence tendered by the Management during the Domestic Inquiry.

11

Q: A:

What was the panel's conclusion? The panel as they concluded their finding as in page 40 of the Company's bundle of document states that the Claimant had committed the act of: 1. Stealing the document; and 2. Making false accusation to JKKP in order to discredit the Company."

Semasa pemeriksaan utama COW1 (COW-WS1) dan pemeriksaan balas COW1 yang dijalankan oleh Encik Amrik Singh, peguamcara Pihak Menuntut, keterangan dari COW1 gagal menunjukkan bahawa Pihak Menuntut mempunyai kaitan dengan aduan yang didakwa dilaporkan oleh Pihak Menuntut. COW1 dalam pemeriksaan balasnya mengaku beliau tidak diberitahu oleh JKKP tentang pengadu yang membuat aduan pada laporan JKKP. Keterangan bersangkutan dengan tuduhan kedua adalah tanpa Pihak Syarikat hanya membuat

sebarang bukti yang menyakinkan.

anggapan berdasarkan kepada cuti yang diambil oleh Pihak Menuntut pada 25.11.2002.

Bagi pertuduhan kedua, Pihak Syarikat juga telah gagal untuk mengemukakan bukti yang kukuh bahawa Pihak Menuntut telah melakukan salahlaku yang dipertuduhkan. Keterangan yang dikemukakan hanya

12

merupakan keterangan COW1 yang bersifat 'dengar cakap' dan syak wasangka yang tidak berasas.

Pertuduhan ketiga keagamaan.

Menimbulkan isu sensitif perkauman dan

Terlebih dahulu perlu dinyatakan di sini bahawa Pihak Syarikat telah memutuskan bahawa hasil dari siasatan dalamannya, Pihak Syarikat mendapati Pihak Menuntut tidak bersalah terhadap tuduhan ketiga. Ini dapat dilihat pada muka surat 37 COB dan diulangi di sini untuk rujukan:

3rd Accusation (provoking religious and racial sensitivity) The Management has produced insufficient company exhibits to support the accusation against the accused where they failed to produce two other witnesses. Encik Zaharuddin and Encik Rosli Jusoh who are considered as very important witnesses in the third accusation.

Dalam Pernyataan Jawapan Syarikat (Statement in Reply), Syarikat telah memplidkan dengan khususnya di perenggan 4 seperti berikut:

The Company admits Paragraphs 5 and 6 of the Statement of Case and avers that based on the evidence presented during

13

the domestic inquiry, the Panel of domestic inquiry has unanimously decided that the Claimant was GUILTY on the first and second charges and NOT GUILTY on the third charge. In view of the seriousness of the misconducts committed by the Claimant in the first and second charges, the Company has decided to terminate him with immediate effect.

Dengan demikian, pertuduhan ketiga terhadap Pihak Menuntut bukan lagi menjadi suatu isu yang relevan untuk diputuskan dalam Mahkamah ini.

Jikapun ianya suatu isu yang relevan, Pihak Syarikat juga telah gagal membukti pertuduhan ketiga atas imbangan kebarangkalian dan Mahkamah pula menerima dan percaya keterangan Pihak Menuntut bahawa beliau tidak mengetahui inti karipap tersebut adalah daging lembu.

Keputusan

Mahkamah

mendapati

bahawa

Pihak

Syarikat

dengan

hanya

bersandarkan kepada COW1 dan nota kertas siasatan dalaman telah gagal membuktikan kesemua salahlaku yang dituduh terhadap Pihak Menuntut di atas imbangan kebarangkalian. Oleh kerana Pihak Syarikat telah gagal

14

membuktikan salahlaku-salahlaku yang dipertuduhkan, sudah semestinya Mahkamah ini harus mendapati bahawa Pihak Menuntut telah dibuang kerja tanpa alasan atau sebab yang adil.

Atas alasan-alasan yang dibentangkan di atas, tuntutan Pihak Menuntut dibenarkan.

Remedi

Mengenai permohonan untuk perintah "reinstatement" Mahkamah berpendirian bahawa "reinstatement" bukan suatu remedi yang boleh membawa keadaan perhubungan perusahaan yang harmoni dalam kes ini memandangkan sebab-sebab yang menyebabkan pembuangan kerja Pihak menuntut di mana rasa tidak percaya kepada Pihak Menuntut tentu masih wujud lagi. Mahkamah berpendirian award pampasan sebagai gantirugi dan gaji-gaji kebelakangan adalah sangat sesuai.

Oleh yang demikian, Mahkamah memerintahkan seperti berikut: Pihak Syarikat hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut seperti berikut:

15

(1)

Gaji kebelakang RM1,270.00 x 24 bulan = RM30,480.00

(2)

Pampasan sebagai gantirugi sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan (15.1.2001 ke bulan = RM2,540.00. 20.5.2003 iaitu RM1,270.00 x 2

Adalah seterusnya, diperintahkan bahawa jumlah RM33,020.00 (tertakluk kepada potongan statutori jika ada) hendaklah dibayar kepada Pihak Menuntut melalui peguamnya dalam tempoh tiga puluh (30) hari mulai tarikh award ini.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 9hb. APRIL 2010

(MARIAH @ MALIAH BT. AHMAD) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA DI KUALA LUMPUR

16

Você também pode gostar