Você está na página 1de 2

1, Makan dengan tangan kanan, Jangan makan seperti Syaitan Rasulullah Shallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Jika seseorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. (Shahih Muslim, no. 2020. Bab: Adab Makan dan Minum serta Hukum-hakamnya) Dalam riwayat Ibnu Majah:


Makanlah kamu dengan tangan kanannya, minum dengan tangan kanannya, mengambil dengan tangan kanannya, dan memberi dengan tangan kanannya. Kerana sesungguhnya Syaitan itu makan dengan tangan kirinya, minum dengan tangan kirinya, memberi dengan tangan kirinya, dan mengambil dengan tangan kirinya. (Sunan Ibnu Majah, no. 3266. Dinilai sahih oleh al-Albani) Dua hadis ini menunjukkan perintah agar apabila makan dan minum, hendaklah dengan tangan kanan. Ia juga menunjukkan larangan menyamai amalan atau cara syaitan makan, di mana syaitan apabila makan atau minum, maka mereka makan dan minum dengan tangan kiri. Hukum menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan ke mulut itu hukumnya adalah wajib kerana asal bagi setiap perintah itu adalah menunjukkan hukum wajib melainkan ada dalil-dalil lain yang mengecualikannya. Atau jika ada udzur-udzur lain yang tidak dapat dielakkan seperti cedera teruk pada tangannya yang kanan, atau lumpuh, atau tidak memiliki tangan sama sekali. Selain itu, hadis ini juga turut mengkhabarkan tentang sebahagian dari sifat-sifat Syaitan. Iaitu syaitan itu memiliki tangan dan memiliki sifat makan, di mana apabila ia

makan, maka ia makan dengan tangan kirinya. Kemudian, disunnahkan kepada kita agar menyelisihi perangai syaitan tersebut.

Você também pode gostar