Você está na página 1de 5

DASAR DAN PANDUAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Meneruskan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia 1.0 BIDANG KOKURIKULUM Setiap pelajar dimestikan menyertai 3 bidang kegiatan kokurikulum manakala setiap guru mesti menjadi penasihat kepada ketiga-tiga bidang tersebut, iaitu; 1.1 Satu Persatuan (Lampiran IA) atau Kelab (Lampiran IB) 1.2 Satu Unit Beruniform (Lampiran II) 1.3 Satu Kelab Sukan dan Permainan (Lampiran III). 1.4 Setiap sekolah mesti menubuhkan Pasukan KRS.

2.0 BILANGAN AHLI 2.1 Nisbah guru : pelajar = 1 : 15 -20 2.2 Semua kelab dan persatuan : 32 - 35 ahli. Kecuali Memanah : minima 15 ahli. 2.3 Semua Pasukan Beruniform : 32 - 35 ahli setiap platon. 2.4 Bagi memberi peluang penglibatan, setiap pelajar hanya dibenarkan menjawat satu jawatan utama kelab/persatuan sahaja.

3.0 HARI DAN MASA PERJUMPAAN 3.1 Jadual perjumpaan mingguan adalah seperti di Lampiran IV. 3.2 Perhimpunan Khas Pasukan Seragam akan diadakan sekali setiap bulan seperti dalam takwim sekolah. 3.3 Setiap hari Rabu, guru/pelajar digalakkan memakai seragam pasokan masing-masing. Pelajar yang mendapat bantuan pakaian diwajibkan. 3.4 Setiap pelajar diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan dijalankan berdasarkan jadual yang telah diberikan. Tidak hadir aktiviti kokurikulum boleh diambil tindakan yang sama seperti ponteng kelas atau ponteng sekolah. 3.5 Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut; . Cuaca (hujan lebat atau ribut petir) . Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan

. Acara rasmi yang berlangsung di sekolah . Atas arahan Pengetua / PPD / JPN/ KPM

4.0 TUGAS KHUSUS GURU PENASIHAT 4.1 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti berikut:. Menyediakan perancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi. . Menggubal perlembagaan . Melantik jawatankuasa . Merekod kehadiran murid dan aktiviti mingguan. . Mengambil tindakan terhadap ahli yang ponteng (dalam e-Disiplin). . Membuat penilaian kokurikulum 10 % . Mengisi borang maklumbalas selepas sesuatu penyertaan dalam tempoh seminggu . Mengadakan dan mengemaskini fail . Menyediakan sijil pelajar untuk AJK dan kejayaan aktiviti dalaman. . Sentiasa bersama membimbing pelajar semasa aktiviti dalaman/ luar sekolah. . Mengambil tindakan perlu menjamin keselamatan diri dan pelajar.

5.0 BUKU LAPURAN DAN DOKUMENTASI 5.1 Buku Laporan . Setiap persatuan/pasukan/kelab sukan mesti ada Buku Laporan. . Mesti diserahkan kepada Penyelaras atau Setiausaha setiap minggu untuk disemak. . Muka surat 1 hingga 6 dan senarai ahli hendaklah dilengkapkan untuk tindakan Pengetua sebagai Penolong Pendaftar sebelum 31 Januari 2011. . Guru Penasihat boleh melatih Setiausaha Kelab/Persatuan masing-masing untuk mengemaskini buku laporan. Bagaimana pun tanggungjawab sepenuhnya buku ini masih di bawah tanggungan Guru Penasihat. 5.2 Dokumentasi dan Fail Selain Buku laporan, setiap persatuan/pasukan/kelab sukan perlu menyediakan kurang-kurangnya 4 fail iaitu 2 fail induk dan 2 fail setiausaha/pengerusi. 2 fail induk (bentuk folio) disediakan. Maklumat lengkap sila rujuk Lampiran V.

6.0 KAD KOKURIKULUM DAN BUKU PENILAIAN KOKURIKULUM 6.1 Kad Koku Kad Koku mencatatkan rekod kehadiran, kegiatan dan pemarkahan tahunan. Setiap pelajar perlu ada 3 kad koku dan disimpan oleh Guru-Guru Penasihat masingmasing. Guru Penasihat perlu pastikan semua ahli mempunyai kad, dikemaskini setiap minggu dan serahkan kepada Guru Kelas ahli masing-masing pada atau sebelum 15 Oktober 2012.

6.2 Buku Penilaian Kokurikulum. Setiap pelajar perlu ada Buku Penilaian Kokurikulum dan serahkan kepada Guru Kelas masing-masing untuk dikemaskini setiap akhir tahun berpandukan kad koku yang diterima. Buku yang telah dikemaskini mesti diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum pada atau sebelum 31 Oktober 2012. Buku ini Buku ini mencatatkan pemarkahan kokurikulum pelajar setiap tahun untuk semakan ibu/ bapa/ penjaga dan dibawa bersama semasa bertukar sekolah. 6.3 Markah Penilaian Kokurikulum Bagi Calon SPM Setiausaha Kokurikulum menyediakan analisa markah 5 tahun bagi calon-calon SPM dan dipaparkan di papan kenyataan kokurikulum untuk semakan calon pada atau sebelum tamat hari persekolahan setelah disahkan oleh Pengetua. Sijil Penilaian Kokurikulum akan disediakan dan ditandatangani oleh Pengetua untuk diserahkan kepada calon-calon bersama-sama dengan Slip Keputusan SPM.

7.0

PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH 7.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan adalah bergantung kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan. 7.2 Pihak sekolah melalui Guru Penasihat akan berusaha untuk mencungkil dan memperkembangkan bakat murid ke tahap yang lebih tinggi melalui Latihan yang bersistematik Kelengkapan yang sempurna Pertandingan dalaman Penyertaan yang aktif

7.3 Murid akan diberikan elaun makan/wang saku* seperti berikut (tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa): i. ii. iii. iv. peringkat daerah peringkat negeri peringkat kebangsaan peringkat antarabangsa RM5.00 sehari RM5.00 sehari RM50.00 sekaligus (PIBG) RM 100.00 sekaligus (PIBG).

* 1. sekiranya makan/wang saku tidak disediakan penganjur @ mana-mana pihak. 2. Semua tuntutan harus dibuat selewat-lewatnya satu minggu selepas aktiviti / pertandingan. oleh guru pengiring/penasihat.

8.0 PENGHARGAAAN Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui pertandingan seperti berikut : 8.1 Pencapaian Keseluruhan
Peringkat Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa Hadiah Bernilai RM/seorang Johan Naib Johan Tempat Ke-3 10,00 30,00 50,00 100,00 20,00 40,00 70,00 10,00 30,00 50,00

8.2 Anugerah Pencapaian mengikut Kelab/Persatuan/Pasukan Kategori dan Hadiah bernilai RM


Bahagian Sukan Permainan (Tidak termasuk Sukan PLD) Kelab Persatuan Unit Beruniform Sukan Tahunan Sekolah Lelaki Terbaik Piala dan RM50.00 Piala dan RM50.00 Piala dan RM50.00 Piala dan RM50.00 Perempuan Terbaik Piala dan RM50.00 Piala dan RM50.00 Piala dan RM50.00 Piala dan RM50.00 Pasukan Terbaik Sijil dan RM 100.00 Sijil dan RM 100.00 Sijil dan RM 100.00 Sijil dan RM 100.00

8.3 Anugerah Pencapaian Antara Kelab/Persatuan/Pasukan Kategori Papan Kenyataan Terbaik Taman Angkat Terbaik Buku Pelaporan Terbaik
Nota :

Johan Sijil dan RM 100 Sijil dan RM 100 Sijil dan RM 100

Naib Johan Sijil dan RM 50 Sijil dan RM 50 Sijil dan RM 50

i. Semua hadiah akan disampaikan semasa Majlis Anugerah Kokurikulum Sekolah kecuali Acara Sukan Sekolah ii. Kategori anugerah dan nilai hadiah yang dinyatakan tertakluk kepada peruntukan dan persetujuan Ahli Mesyuarat Kokurikulum yang di pengerusikan Pengetua.

9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Lawatan Lawatan Sekolah pada hari persekolahan hendaklah tidak melebihi 2X setahun dan setiap lawatan tidak melebihi 4 hari termasuk hari perjalanan. Tempat yang dilawati hendaklah sesuai dengan matlamat P&P pelajar. 9.2 Kegiatan Anjuran Agensi Luar Penglibatan pelajar dalam kegiatan atau pertandingan anjuran agensi luar atau badan induk sukan hendaklah; i. Diketahui oleh pengetua dan diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. ii. Tidak mengganggu persekolahan pelajar iii. Mendapat kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga pelajar iv. Diiringi guru yang dilantik oleh pihak sekolah v. Tidak menjejaskan tugas harian guru hingga mengganggu P&P.

Você também pode gostar