Você está na página 1de 21

JOHAN (91.

00%) KELANTAN : LELAKI Muhammad Tarmizi bin Ab Razak Ibadah Asas Kecemerlangan Ummah

Takrif : Ibadah : satu amalan yang disyariatkan oleh Allah. Asas kecemerlangan ummah : Sesuatu faktor melahirkan kejayaan ummah. ibadah mampu menjadi pemangkin utama untuk melahirkan kejayaan ummah. Isi pertama : Ibadah mampu melahirkan semangat cintakan ilmu Ilmu boleh membawa seseorang ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat Riwayat Ibn Majah , Rasulullah s.a.w bersabda : Menuntut ilmu wajib ke atas setiap musiim. Saidina Umar r.a perintahkan anak-anak supaya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan kerana mereka akan hidup di zaman bukan di zaman ibu bapa. Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan besar dalam belanjawan setiap tahun. Isi kedua : Ibadah mampu melahirkan ummah bersemangat jihad yang tinggi. Umat Islam sanggup berjihad dengan semangat jiwa dan raga untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara. Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 78 : Dan berjihadlah kamu dengan sebenar-benar jihad. Hal ini berlaku pada panglima Khalid al-Walid apabila tiada seinci pun daripada badannya tidak berparut akibat daripada peperangan. Seperti mana berlaku pada umat islam di Palestin yang mempunyai semangat jihad yang tinggi. 1
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Isi ketiga : Ibadah mampu melahirkan ummah berakhlak mulia. Apabila akhlak mulia diterapkan pasti akan timbul dalam sanubari mereka perasaan takut untuk menderhaka pada Allah. Imam Bukhari meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sejarah membuktikan hasil didikan Rasulullah maka Saidina Umar r.a yang garang dan bengis sebelum Islam, bertukar menjadi manusia yang bermoral tinggi dan berakhlak mulia. Peristiwa adik Nadhirah bt Abdullah dibunuh dan dibakar dengan kejam adalah disebabkan oleh sifat jahil dan rosak akhlak dalam diri pembunuh itu. Isi keempat : Ibadah mampu melahirkan ummah yang bersatu padu. Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 9 : Mereka mengutamakan orangorang yang berhijrah itu melebihi daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan sangat-sangat memerlukan. Kesimpulan : Ibadah mampu melahirkan ummah yang cemerlang

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

KEEMPAT (84.00%) PERAK : LELAKI Muhammad Syafiq bin Haslan Al-Quran dihayati, Negara diberkati

Takrif : Al-Quran dihayati : Penghayatan terhadap kalam Allah Negara diberkati : Negara dihormati Kesimpulannya penghayatan al-Quran merupakan tunjang dalam melahirkan Negara yang diberkati. Isi pertama : Al-Quran penjana masyarakat bertakwa Allah meletakkan taqwa sebagai penentu aras mengukur kualiti hambaNya. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 : Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Lihatlah Rabiatul Adawiyah telah membesar dalam masyarakat yang menghayati al-Quran akhirnya beliau diangkat martabatnya menjadi wali Allah yang tinggi makam taqwanya. Lihatlah penghayatan al-Quran oleh Firus Ahmad Bukhari telah mengusai empat bahasa antarabangsa telah menjadi ikon insan bertaqwa sehingga menjadi pemenang Ustazah Pilihan musim pertama. Isi kedua : Al-Quran menjana masyarakat intelek. Ingatlah, dengan ilmu manusia akan menuju ke arah kehidupan madani yang berkualiti tinggi. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat ke-11 : Sesungguhnya Allah akan meninggikan darjat orang beriman dan berilmu di antara kamu beberapa darjat. 3
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Lihatlah kehebatan Saidina Uthman r.a yang telah berperang demi alQuran. Inilah menunjukkan betapa kuatnya umat Islam. Lihatlah penghayatan al-Quran oleh Wadaniah Fulus Wadaniah iaitu pelajar yang telah membina bangsa yang hebat perlulah dihayati.

Isi ketiga : Al-Quran pencetus masyarakat berilmu. Ingatlah masyarakat yang berilmu akan melaksanakan ibadah secara berkualiti. Firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat ke 5 : Engkau tidak diseru kecuali menyembah Allah dengan ikhlas. Contohilah Saidina Ali k.r.w, ibadahnya berteraskan al-Quran yang kukuh lantas membakar jiwanya agar mampu mempertahankan Islam demi perjuangan Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, Program Rakan Masjid yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya menyebarkan ilmu dengan menerapkan nilai ibadah berteraskan al-Quran dalam kalangan masyarakat. Isi keempat : Al-Quran membentuk masyarakat berakhlak. Masyarakat yang menghayati al-Quran pastinya akan mencontohi Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 : Sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang terbaik bagi kamu. Kesimpulan : Penghayatan al-Quran merupakan tunjang dalam melahirkan Negara yang diberkati.

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

NAIB JOHAN : (87.50%) SARAWAK : LELAKI Asrul Romdani bin Bujang Saili Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera

Takrif : Keluarga bahagia : institusi keluarga yang menekankan kesabaran, tanggungjawab dan kasih sayang. Masyarakat sejahtera : masyarakat yang aman dan harmoni. Keluarga yang bahagia akan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang aman dan harmoni. Isi pertama : Keluarga bahagia menjana akhlak mulia. Sesungguhnya akhlak mulia merupakan elemen yang sangat penting dalam menjana kecemerlangan. Lantaran itulah kepincangan akhlak sewajarnya dijadikan pengajaran dalam menghadapi kehidupan masa kini. Program Imam Muda dan Ustazah Pilihan merupakan satu wasilah untuk memupuk akhlak yang mulia dalam kalanga masyarakat. Firman Allah dalam surah al-Qalam ayat ke-4 : Dan sesungguhnya engkau wahai Muhammad memiliki akhlak yang terpuji. Contohilah keperibadian akhlak Rasulullah s.a.w ketika seorang wanita Yahudi yang sangat membenci Nabi s.a.w akhirnya memeluk Islam dan mengakui keluhuran pekerti baginda. Isi kedua : Keluarga bahagia membentuk insan berilmu. Keluarga berilmu datangnya dari keluarga bahagia.

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Lihatlah hasil didikan ibu bapa telah mementingkan pendidikan agama dan pendidikan al-Quran hingga melayakkan Dr. Harun Din al-Hafiz telah dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor 1432 H.

Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat ke-6 : Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka. Contohilah Saidatina Fatimah r.ha yang telah mendidik anak-anak dengan sempurna sehingga menjadikan Hassan dan Hussein anak-anak yang cemerlang yang dijanjikan Allah, ketua pemuda di syurga.

Isi ketiga : Keluarga bahagia membentuk insan yang gigih. Kegigihan merupakan kunci segala bentuk kejayaan. Lihatlah Mohamad Ali Darus, seorang pelajar OKU tanpa tangan telah berjaya memperoleh 9A dalam PMR yang lalu, adalah hasil dorongan keluarganya yang mendorongnya untuk gigih menuntut ilmu. Firman Allah : Jika kamu berazam maka bertawakkallah kepada Allah. Surah Ali-Imran ayat 159. Marilah kita contohi kegigihan Rasulullah s.a.w dalam berdakwah berbelasbelas tahun di Mekah meskipun dicaci, dihina, dan diherdik akhirnya telah berjaya mengembangkan Islam ke seluruh Tanah Arab. Kesimpulan : Keluarga bahagia masyarakat sejahtera.

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

KELIMA (84.00%) KUALA LUMPUR : LELAKI Abdul Muqib bin Abdul Halim Doa Kunci Kejayaan

Takrif : Doa : Sesuatu kekuatan, memohon sesuatu kepada Allah Kunci kejayaan : Perihal kecemerlangan Tuntasnya, hendaklah sentiasa mengamalkan doa dalam setiap waktu dan ketika kerana dapat melahirkan kecemerlangan dalam aspek kehidupan. Isi pertama : Keimanan dan ketakwaan Dalam melahirkan keimanan dan ketakwaan yang mantap dalam diri setiap individu yang bergelar muslim doa merupakan indikator yang paling utama. Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat ke-56 : Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku. Lihatlah kekuatan iman dalam diri Bilal bin Rabah, betapa siksa menimpa dirinya beliau tetap tabah mempertahankan akidah islamiah kerana sentiasa berdoa kepada Allah. Justeru, kita hendaklah sentiasa mengamalkan doa dalam kehidupan seharian agar dapat membentuk keimanan dan ketakwaan yang mantap sekaligus menjurus ke arah kecemerlangan. Isi kedua : Akhlak mahmudah. Akhlak yang mahmudah dan terpuji boleh dijana melalui iman dan doa. Rasulullah s.a.w telah bersabda, yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari : Sesungguhnya aku diutuskan Allah untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji. 7
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Dewasa ini, gejala sosial dan masalah kebejatan akhlak dalam kalangan remaja seringkali bermain di fikiran kita. Kerana ramai dalam kalangan mereka mengabaikan ibadah-ibadah seperti berdoa kepada Allah. Tuntasnya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan ibadah doa dalam kehidupan seharian agar dapat membentuk akhlak mahmudah sekaligus menjurus ke arah kejayaan.

Isi ketiga : Kepimpinan dan berwibawa Dalam melahirkan kepimpinan yang berwibawa dalam kalangan umat Islam, doa merupakan antara indikator utama. Sabda Rasulullah, riwayat Muslim : Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan disoal terhadap apa yang dipimpin. Lihatlah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh Berjaya menakluk Kota Konstantinopel kerana sentiasa mengamalkan ibadah doa selain sentiasa bersolat berjemaah bersama tenteranya. Tuntasnya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan ibadah doa agar dapat melahirkan kepimpinan yang berwibawa sekaligus menjurus ke arah kejayaan. Isi keempat : Ketinggian ilmu Ketinggian ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam mampu diwujudkan dalam ibadah doa. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat ke-11 : Allah meninggikan darjat orang beriman yang berilmu dalam kalangan kamu beberapa darjat. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ibadah doa agar dapat melahirkan ketinggian ilmu dalam kalangan umat Islam sekaligus menjurus ke arah kejayaan. Kesimpulan : Berdasarkan empat aspek yang telah disebut, sudah terang lagi bersuluh, betapa doa kunci kejayaan.

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

KEENAM (81.00%) KEDAH : LELAKI Muhammad Amirul Hakim bin Abdul Ghani Rasulullah Qudwah Pelajar Cemerlang

Takrif : Apabila pelajar mencontohi sifat Rasulullah maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang di dunia, gemilang di akhirat. Isi pertama : Rasulullah dicontohi melahirkan pelajar yang takut kepada Allah. Firman Allah dalam surah . . . Sesungguhnya orang yang takutkan Allah dalam kalangan hamba-Ku adalah para ulama. Ketauhidan kepada Allah bermula daripada ilmu lantaran wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah kesan menuntut ilmu untuk mengenal Allah lantas takut kepada azab. Kerana takutkan Allahlah, maka Saidina Umar r.a yang mencontohi sifat Rasulullah telah menyelinap dari rumah ke rumah pada malam hari mengambil tahu hal rakyatnya untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinannya. Teladan ini juga telah dihayati oleh pemimpin Negara apabila mereka memperuntukkan sejumlah RM 200 juta untuk bantuan RM 100 kepada setiap murid di sekolah rendah dan menegah demi memastikan kelangsungan masyarakat yang berilmu yang sentiasa mencontohi sifat Rasulullah. Maka benarlah sekiranya pelajar mencontohi sifat Rasulullah akan lahirlah pelajar yang cemerlang dan takutkan Allah. Isi kedua : 9
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Rasulullah dicontohi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Sesungguhnya pengutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Maka bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah akhlak mulia akan terpelihara. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesunggunya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Inilah yang dibuktikan oleh Rasulullah apabila baginda menolak tawaran harta, wanita, dan takhta oleh musyrikin Mekah agar baginda meninggalkan perjuangan Islam.

Tindakan kerajaan kita menganjurkan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini yang akan berakhir esok sudah pasti dapat melahirkan pelajar yang sentiasa mencontohi sifat Rasulullah.

Benarlah pelajar yang mencontohi sifat Rasulullah akan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

Isi ketiga : Pelajar yang mencontohi sifat Rasulullah akan melahirkan pelajar yang sanggup berkorban. Jiwa yang dibajai ilmu, bukan dunia yang dicari, sebaliknya akhirat yang beraja di hati. Lantaran itu, masyarakat yang mencontohi Rasulullah akan sentiasa berkorban. Lembah Baidhuha adalah harta yang paling aku sayangi, namun aku wakafkan tanda kasihku kepada Allah dan Rasul. Itulah ungkapan Saidina Abdul Rahman bin Auf, jutawan dan hartawan didikan Rasulullah. Pengorbanan ini bagai dicontohi pula oleh Nur Hidayah binti Abdul Rahman, pelajar terbaik SPM 2011 yang sentiasa mencontohi sikap Rasulullah dalam menuntut ilmu. Benarlah pelajar yang mencontohi sifat Rasulullah akan melahirkan pelajar yang suka berkorban. Kesimpulan : Marilah bersama kita mencontohi sifat Rasulullah supaya dapat melahirkan pelajar berakhlak mulia, sanggup berkorban, dan takutkan Allah. 10
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

KETUJUH (81.00%) JOHOR : LELAKI Mohd Luqmanul Hakim bin Mohd Hamdan Ajaran Sesat Penghalang Kekuatan Ummah

Takrif : Ajaran sesat : Dosa besar yang harus dijauhi Penghalang : Benteng kemajuan ummah berjaya

Isi pertama : Ajaran sesat memundurkan umat Islam. Sebagai umat Islam yang mempunyai keimanan kukuh pada hari ini, kita hendaklah menjauhi segala ajaran yang sesat yang telah berada di Malaysia pada hari ini sebagai pengabdian diri kepada Tuhan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anam ayat ke-162 : Sesungguhnya ibadahku, solatku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah Taala. Contohilah Bilal bin Rabah yang mempunyai akidah serta kekuatan iman yang mantap seterusnya menjadikan beliau seorang yang disegani. Hari ini, statistik menunjukkan bahawa sebanyak 25 ajaran sesat telah membawa implikasi kepada keruntuhan iman. Maka jelaslah ajaran sesat dapat meruntuhkan iman pada hari ini.

Isi kedua : Ajaran sesat meruntuhkan akhlak umat Islam pada hari ini. Umat Islam perlu sedar bahaya ajaran sesat pada hari ini.

11

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Oleh itu, kita hendaklah mencontohi segala keperibadian yang ditonjolkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan contoh dan tauladan yang baik.

Sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 : Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh yang terbaik. Sebagaimana contoh Muhammad Haziq bin Azmi yang telah berjaya dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2012 implikasi dari penjagaan akhlak seterusnya dapat mencegah segala ajaran sesat yang ada di Malaysia pada hari ini.

Maka jelaslah bahawa ajaran sesat meruntuhkan umat Islam pada hari ini. Ajaran sesat meruntuhkan jati diri umat Islam pada hari ini. Umat Islam perlu membina jati diri yang unggul untuk menahan diri daripada keburukan yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 104 : Sesungguhnya hendaklah ada di antara kamu mencegah kemungkaran dan menyuruh ke arah kebaikan.

Isi ketiga :

Hari ini, kita lihat Penolong Pengarah Bahagian Islam menunjukkan bahawa antara sebab ajaran sesat berleluasa pada hari ini adalah disebabkan kejahilan, kekufuran, serta jati diri yang lemah.

Oleh itu, contohilah Sultan Muhammad Al-Fateh yang mempunyai jati diri yang unggul seterusnya telah berjaya menawan Kota Konstantinopel. Maka jelaslah bahawa ajaran sesat adalah merupakan jati diri yang lemah seterusnya penghalang kemajuan umat.

Kesimpulan : Maka jelaslah kesan-kesan ajaran sesat seterusnya penghalang kemajuan ummah.

12

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

KELAPAN (80.00%) PERLIS : LELAKI Muhd Azza Hafifi bin Ahmad Azam As-Sunnah Pembina Keluarga Bahagia

Takrif : Peribadi Rasulullah yang dapat kita contohi akan mampu memupuk membina sebuah baitul muslim yang harmoni. Isi pertama : As-Sunnah pelopor keharmonian keluarga. . . . mampu memberikan impak pada setiap . . Keluarga yang bahagia mampu mengamalkan sunnah Rasulullah iaitu membentuk sebuah baitul muslim yang cemerlang. Hari ini, kita koreksi diri sendiri, acapkali kita mengatakan kita cinta kepada Rasulullah s.a.w seharusnya dijadikan contoh tauladan terbaik dalam membina sebuah baitul muslim. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 : Sesungguhnya pada diri Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik. Pada hari ini, cita-cita kehidupan yang berjaya dilakar oleh Puan Rosmah bt Majid iaitu Tokoh Ibu Mithali 2011 jelas membuktikan bahawa keluarga yang berdiri atas dasar Islam yang dipupuk dengan acuan rabbani membina keluarga harmoni. Pendek kata, as-Sunnah merupakan pelopor keharmonian keluarga.

Isi kedua : 13
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

As-Sunnah pembina keluarga beriman. Iman merupakan nadi utama kehidupan kita. Apabila nadi kita sudah bertemu dengan keimanan, maka kita akan mampu menghayati setiap sunnah Rasulullah. Keimanan akan membendung keluarga kita dari tergelincir daripada lunaslunas syariat Islam. Keimanan yang dipertonton oleh keluarga Sumaiyah wajar dijadikan contoh tauladan kepada kita semua dalam membina sebuah baitul muslim yang sejahtera.

Pada hari ini, menerusi penerbitan program-program televisyen islamik seperti Halaqah, Al-Kuliyyah dan sebagainya jelas membuktikan memupuk dan mempraktikkan nilai keimanan dalam keluarga muslim.

Keimanan sebuah keluarga Islam mampu diukur sejauh mana mereka menghayati firman Allah dalam surah al-Ikhlas ayat 1 : Katakanlah Allah itu esa.

Pendek kata, as-Sunnah mampu membina keluarga beriman.

Isi ketiga : As-Sunnah asas keluarga berilmu. Ilmu merupakan penyeri kehidupan, penggerak kecemerlangan. Rasulullah jelas telah meletakkan kepentingan ilmu sebagai tunggak utama dalam keluarga baginda. Ibnu Sina merupakan salah seorang cendekiawan Islam merupakan seorang ilmuan Islam yang terkenal wajar dijadikan teladan kepada kita semua membina keluarga yang berilmu. Lihatlah keperibadian Nik Nur Madihah yang bukan sahaja mempunyai ketinggian intelektual bahkan mempunyai kekuatan rohani dan emosi yang sukar untuk kita tandingi. Ingatlah firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 4 : Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Tuntasnya, as-Sunnah mampu membina keluarga yang berilmu.

Kesimpulan : Usaha untuk melestarikan as-Sunnah memerlukan jihad yang tinggi, muhasabah yang sejati, usaha yang tidak henti demi mencapai matlamat yang suci. 14
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

KESEMBILAN (80.00%) SABAH : LELAKI Al Said bin Utoh Karah Masyarakat Berilmu Negara Bermutu

Takrif : Sebuah masyarakat yang seimbang di dunia mahupun di akhirat yang melahirkan masyarakat yang berlandaskan ajaran al-Quran dan asSunnah. Isi pertama : Masyarakat berilmu mempunyai akidah yang mantap Kemunculan semula ajaran Ayah Pin yang kini sedang aktif bergiat di laman facebook menjadi bukti ummah yang rapuh akidahnya dalam diri. Imbau sajaja penderitaan penuh azab yang ditanggung keluarga Yassir oleh tuan mereka, lantaran mempertahankan kalimah tauhid, sehinggakan Sumaiyah telah dipakaikan baju besi, dijemur panas mentari yang akhirnya mati syahid. Tetapi malangnya hari ini, masyarakat berilmu hari ini, jiwa mereka telah dirakus oleh ajaran sesat. Bertepatan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari : Telah aku tinggalkan kamu dua perkara, jikalau kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat buat selamanya, al-Quran dan asSunnah. Terbuktilah di sini bahawa masyarakat berilmu mempunyai akidah yang mantap. Isi kedua : 15
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Masyarakat berilmu mampu melahirkan insan dinamik. Kepercayaan dan keimanan yang kukuh kepada qada dan qadar mampu membentuk semangat gigih untuk berusaha tanpa berserah kepada takdir semata-mata lantas melahirkan masyarakat yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri ke arah menyahut seruan kejayaan.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah Sesungguhnya Allah Taala itu menyukai salah seorang dari kamu yang melakukan amalan yakni mereka yang melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh. Hadis riwayat Muslim.

Jelas dibuktikan Ibn Battutah sanggup berkorban masa, tenaga, dan minda untuk mengelilingi dunia semata-mata untuk meluaskan ilmu pengetahuan.

Ini juga jelas dibuktikan pada Azizi Md Rashid, pelajar terbaik peringkat kebangsaan dalam tahun 2011 telah dinobatkan apabila berjaya mendapat 10A hasil kejayaannya mempunyai ilmu yang mantap.

Terbuktilah di sini masyarakat berilmu mampu melahirkan insan dinamik

Isi ketiga : Masyarakat berilmu menjana perpaduan ummah Bermula dengan perkongsian akidah yang satu dan perkongsian ilmu yang satu akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bergantung pada alQuran dan as-Sunnah. Bertepatan dengan firman Allah Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, jika berlaku pergaduhan antara mereka, maka damaikanlah dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmatNya. Al-Hujurat ayat 10 Telah jelas dibuktikan pada Rasulullah yang berjaya menyatukan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj yang telah bertelingkah beratus tahun lamanya, di bawah lembayung bumi Allah s.w.t. Jelaslah di sini bahawa masyarakat berilmu mampu menjana perpaduan ummah seterusnya menjana masyarakat madani. Isi keempat : Masyarakat berilmu mampu melahirkan akhlak mahmudah.

16

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Bertepatan dengan sabda Rasulullah, Sesungguhnya aku diutuskan di muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Hadis riwayat Muslim.

Tuntasnya, masyarakat yang berilmu mampu melahirkan ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kesimpulan : Pincanglah ummah tanpa berpegang kepada ilmu yang mantap. Ayuh, bersama-sama menggembleng usaha dan tenaga demi melahirkan masyarakat yang sejahtera seterusnya cemerlang, gemilang dan terbilang.

KE-13 (67.00%) WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN : LELAKI Awangku Muhammad Dzulbazli bin Awangku Puasa menjana akhlak mahmudah

Takrif : Tiada

Isi pertama : Puasa mampu memakmurkan akidah individu. Dalam menjalani kehidupan seharian kita perlulah meletakkan Allah s.w.t di dalam semua keadaan dan situasi termasuklah perihal puasa. Sabda Rasulullah, Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat dari jalan Allah, iaitu kitab Allah yakni al-Quran dan sunnahku. Hadis riwayat Bukhari. Sejarah Islam telah membuktikan Bilal bin Rabah adalah antara umat yang paling kental akidahnya di mana beliau tidak bergerak sedikitpun imannya walaupun ditindih dengan batu besar lantaran menjana puasa dalam dirinya. 17
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Namun, kehidupan pada era globalisasi ini remaja kian menjurus ke arah gejala sosial seperti pembungan bayi, penzinaan, dan sumbang mahram.

Isi kedua : Puasa mampu menjana akhlak mulia. Akhlak merupakan tingkah laku atau perbuatan yang dilihat baik sama ada kepada Allah ataupun sesama manusia. Firman Allah, Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh tauladan yang terbaik. Namun kini, seramai 10 ribu orang telah menghadiri Konsert Jom Heboh di Johor Bahru April yang lepas. Rata-rata yang hadir adalah kalangan umat Islam. Individu yang menjadikan artis sebagai modal insan mereka akan sukar menjana akhlak yang berkualiti.

Isi ketiga : Puasa mampu melahirkan ibadah yang berkualiti. Insan yang berwawasan cemerlang adalah insan yang sentiasa menitikberatkan perihal ibadah iaitu fardhu mahupun sunat termasuk puasa. Firman Allah, Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya dan munkar. Surah al-Ankabut ayat 46. Melalui ibadah kita mampu menjauhi gejala sosial seperti pembungan bayi, yang dilaporkan Harian Metro, 24 Mei 2012, seorang bayi yang baru dilahirkan telah dibuang ke dalam tong sampah. Di manakah kasih sayang ibu, di manakah kasih sayang ayah.

Isi keempat : Puasa bertunjangkan al-Quran Al-Quran menjana transformasi ummah, merupakan tema majlis tilawah pada tahun ini begitu signifikan dengan dunia sekarang. Oleh itu, marilah sama-sama kita naikkan martabat al-Quran agar Islam akan kekal dalam Negara kita. Kesimpulan : 18
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Tiada

KE-14 (65.00%) TERENGGANU Muhammad Hanif bin Mat Rusdi Ulama teras ummah gemilang

Takrif : Secara global, ulama ialah orang yang mewarisi tanggungjawab Nabi Justeru, ulama pemangkin kegemilangan ummah yang cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat. Isi pertama : Ulama penjana jati diri ummah. Ulama melahirkan insan yang mantap keyakinannya terhadap kekuasaan Allah. Ketabahan Bilal bin Rabah dalam mempertahankan akidahnya tercatat kukuh dalam sirah. Firman Allah, Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku. Adz-Zariyat ayat ke-56. 19
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Hari ini, isu murtad berlaku dek kerana rapuhnya iman dan kurangnya penghayatan terhadap golongan ulama. Nyatalah, ulama pemangkin jati untuk ummah.

Isi kedua : Ulama menjana modal insan gemilang. Iman dan ilmu mengajar kita untuk mengangkat martabat ulama dan mengagungkannya. Ulama menyuruh orang ramai supaya membentuk modal insan gemilang. Ketakwaan dan ketinggian ilmu Saidina Ali k.r.w menjadi contoh insan bestari. Firman Allah, Allah mengangkat martabat orang beriman dan berilmu beberapa darjat. Hari ini, kita menyaksikan pelajar Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM yang telah mencatatkan kejayaan dalam peperiksaannya. Ini disebabkan oleh penghayatannya terhadap ulama. Nyatalah ulama pemangkin ummah terbilang.

Isi ketiga : Ulama penjana sahsiah unggul. Untuk melahirkan modal insan yang memahami konsep khoshyatillah Keteguhan iman dapat melahirkan insan yang menghayati konsep khoshyatillah. Firman Allah, Sesungguhnya Allahlah yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terbaik dalam kalangan kamu. Al-Mulk ayat 2. Hari ini, gejala pembuangan bayi kian parah berlaku dek kerana kurangnya golongan ulama memainkan peranannya. Nyatalah ulama pemangkin kesejahteraan dan sahsiah unggul ummah.

Isi keempat : Rasulullah s.a.w model berakhlak dan menjadikan ulama sebagai contoh. Firman Allah, Sesungguhnya engkau wahai Muhammad mempunyai budi pekerti yang luhur. Al-Qalam ayat 4. Kesimpulan : 20
Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Nyatalah ulama pemangkin kesejahteraan ummah.

21

Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012

Você também pode gostar