Você está na página 1de 26

IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka

Kertas kerja

Karnival Permainan Tradisional 2012

"Permainan Tradisional Identiti Bangsa"

TEMPAT : Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

TARIKH : 28 FEBRUARI 2012

ANJURAN BERSAMA: Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Perempuan Melayu.

1.0 Pengenalan

Penganjuran Karnival permainan tradisional merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik.

Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah ketingting, galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran permainan tradisional ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap genarasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus pupus.

2.0 Rasional

2.1 Memenuhi keperluan pro forma PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani bagi amali pelaksanaan karnival permainan tradisional. 2.2 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai prosedur menguruskan pertandingan sukan dengan betul. 2.3 Penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini terhadap murid sekolah rendah merupakan salah satu cara untuk memelihara permainan tradisional dari terus pupus.

2.4 Memupukkan perasaan cinta dan bangga terhadap permainan tradisional di kalangan generasi muda. 2.5 Merupakan satu alternatif sebagai permainan sosial yang mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. 2.6 Menarik minat generasi muda terutama murid sekolah untuk mengamalkan gaya hidup sihat. 2.7 Mengeratkan silaturahim antara warga IPG Kampus Perempuan Melayu dengan pihak luar seperti Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun, Melaka.

3.0 Objektif

3.1 Guru pelatih dapat mengenali jenis-jenis permainan tradisional serta peraturannya. 3.2 Guru pelatih dapat mengorganisasikan sesuatu pertandingan dengan baik dan sistematik. 3.3 Guru pelatih dapat mengetahui prosedur penganjuran sesuatu pertandingan dari penyediaan kertas kerja sehinggalah ke peringkat pengelolaan pertandingan. 3.4 Guru pelatih dapat mengelolakan pertandingan sukan dengan mengaplikasikan teori pentadbiran sukan yang dipelajari melalui PJM 3112. 3.5 Meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu dalam situasi yang pelbagai semasa mengelola penganjuran Karnival Permainan tradisional. 3.6 Guru pelatih dapat melaksanakan tugas organisasi dalam satu pasukan dengan semangat kesukanan yang jitu. 3.7 Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan memelihara warisan bangsa di samping mengeratkan silaturahim antara guru pelatih dengan masyarakat luar seperti pihak sekolah.

4.0 BUTIRAN PROGRAM 4.1 NAMA PROGRAM Karnival Permainan Tradisional 2012 4.2 TARIKH 28 Februari 2012

4.3

MASA 2.00 - 6.00 petang

4.4

TEMPAT Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu.

4.5

PENYERTAAN Pengelola Peserta : PISMP Semester 5 Unit SN, PK1 dan PK2 : Pelajar SK (P) Durian Daun (45 pelajar) (61 pelajar)

. 4.6 ANJURAN Kerjasama Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun & Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perempuan Melayu.

5.0 JAWATANKUASA INDUK Penaung : Pn. Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor Pengarah , IPG Kampus PM

Penasihat

Pn. Hjh. Maimun Aziz Timbalan Pengarah , IPG Kampus PM Cik Khadijah Hj. Tompang Ketua Jabatan PJK, IPG Kampus PM Pn. Rodhiah Zainal Pegawai Eksekutif Kanan, IPG Kampus PM Pn. Fatimah Mustaffa Pensyarah PJK, IPG Kampus PM.

Pengerusi

Bendahari

Penyelaras

6.0 AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA Pengurus Karnival Penolong Pengurus Karnival Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari : : : : : Hafizah Binti Zakaria (PK 1) Noor Hidayah Bt Mohammad Maskuri (SN) Nor Zafirah binti Abdullah (PK 2) Tengku Hazirah Bt Tengku Yahya (SN) Nurhafiza Binti Abdullah (PK 2)

Jawatankuasa : a. Istiadat Perasmian, Penutup dan Sambutan - Fatin Athirah binti Yusof (PK 2) b. Teknik dan Pertandingan - Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki c. Hadiah dan Cenderamata - Sharulniza Binti Zainol (PK 1) d. Peralatan dan Pengangkutan - Siti Nurfahmira Binti Abdullah (SN) e. Jamuan ( Perasmian , Peserta & Pegawai) - Monizahidah Bt Mohamed (PK 1) f. Siaraya

Wan Fatimah Binti Wan Hassan (PK 1)

g. Kawalan Keselamatan dan kebersihan - Nor Hafieza binti Awang (SN) h. Ajk Sponsor - Amirah Isra binti Balius (PK 1) i. Dokumentasi & Tugas tugas khas - Masturah Binti Madzlan (PK 2)

7.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA JAWATAN Pengurus Penolong Pengurus Setiausaha TUGAS Ketua pengurusan program Mempengerusikan mesyuarat Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa. Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli. Membantu pengurus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa. Menyediakan kertas kerja program Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan

Penolong Setiausaha Jawatankuasa Istiadat Perasmian, Penutup dan sambutan. Jawatankuasa Teknik dan Petandingan -

Bendahari

kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program. Menyediakan laporan akhir program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan setiausaha dari masa ke semasa. Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan program. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira program. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari masa ke semasa. Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat. Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang bunga manggar, silat untuk istiadat sambutan. Menentukan kedudukan ahli-ahli sambutan. Menyediakan dan menyematkan rozet. Menentukan kedudukan pasukan-pasukan di tempat permulaan perbarisan, di padang dan di astaka. Menentukan pasukan-pasukan mempunyai bendera, papan nama dan pakaian kemas serta berdisplin. Menyusun aturcara istiadat perasmian. Mengadakan raptai Menyediakan juruacara perasmian. Menempah / meminjam stadium. Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan yang sesuai untuk digunakan. Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan. Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan tugas serta mengawal displin mereka. Menyediakan minuman dan jawatankuasa semasa istiadat

makanan sekiranya perlu. Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka. Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan mempastikan ianya berjalan secara lancer.. Mengembalikan peralatan sukan tradisional dalam keadaan yang selamat. Menguruskan secret-borang penyertaaan dan lain-lain secret untuk pegawai. Jawatankuasa keselamatan dan keceriaan Menguruskan secretariat dan menyediakan juruacara pertandingan. Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, bendera negeri dan Malaysia, kain bunga raya. Menyediakan pasu-pasu bunga dan meletakkan di tempat-tempat yang sesuai. Menguruskan penyiramnya. Memastikan kebersihan astaka, arena pertandingan / gelanggang bilik-bilik semasa dan selepas pertandingan. Menyediakan bakul-bakul sampah, penyampu, berus dan kain pengelap. Menyediakan tugas jadual bertugas pembantu-pembantu serta memastikan ianya dijalankan. Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang digunakan. Jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderamata Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program. Menjaga kebajikan para peserta program. Menyediakan kotak kecemasan. Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cedera. Mencari contoh-contoh hadiah/cenderamata dan harganya sesuai untuk acara pertandingan. Menempah secukupnya selepas dipersetujui.

Jawatankuasa Peralatan dan Pengangkutan -

Menyemak secukupnya selepas dipersetujui. Menyemak bekalannya dalam keadaan baik bilangan. Menyusun mengikut giliran penyampaiannya. Membawa semua hadiah dan cendermata ke tempat penyampaian. Memastikan ada meja, alas meja, dulang dan lain-lain alat diperlukan. Mengiringi penyampai hadiah. Menjalankan upacara penyampaian hadiah / cendermata selaras dengan bahagian pertandingan dan juruacara. Menempah , Menaip dan mengedarkan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan. Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusipengerusi jawatankuasa kecil. Mendapatkan /meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak tertentu. Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak IPGKPM atau lain-lain punca sekiranya terpaksa. Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempat-tempat yang memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan yang baik. dan mencukupi

Jawatankuasa Jamuan ( Perasmian, peserta / pegawai ) -

Mengemas / memulangkan peralatan tersebut selepas pertandingan. Menyediakan dan memesan menu untuk jamuan.

selesai

Menghidang dan menghias bilik jamuan VIP pastikan segala kelengkapan jamuan disediakan seperti pinggang, piring, cawan , tisu.

Memastikan kebersihan peralatan dan makanan. Mengemas, digunakan. Menyediakan kupon minuman mengikut pertandingan berkenaan. dan menyerahkan kepada tarikh dan tempat bahagian-bahagian membasuh dan memulangkan perkakas yang

Menghantar / menghidang minuman kepada jemputan pegawai khas sekiranya tiada jamuan teh.

Jawatankuasa Dokumentasi dan Tugas-tugas Khas

Menolong mengawal kebersihan. - Menyediakan Jadual Tugas mencatat / melapor setiap aktiviti yang dijalankan. - Menyediakan dan melengkapkan borang penilaian aktiviti semasa Karnival - Mengumpul semua catatan / laporan untuk didokumentasikan. - Menyediakan filem yang mencukupi untuk rakaman gambar dan slaid dan bertanggungjawab mencuci filem-filem tersebut untuk tujuan dokumentasi. - Mengumpul dan menyediakan dokumentasi Karnival. - Menyediakan Juri Rayuan. - Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan. - Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal protokol dan cenderamata.

8.0 Anggaran belanjawan Karnival Permainan Tradisional Bil 1. Perkara Makan Tengahari 6 orang guru pengiring Kuantiti/Jumlah Harga Catatan

RM5.00X6 orang=

RM 30.00 Ditanggung pelajar

45 murid -SK (P) Durian Daun (Atas permintaan Guru Besar SKDD kerana murid tidak pulang untuk tengahari)

RM5.00X45 orang=

RM225.00

Jamuan Perasmian Karnival 61 pegawai teknikal dan pengadil RM4.00X61 orang= RM244.00

45 peserta SK (P) Durian Daun

RM4.00X45 orang=

RM180.00

PEK

15 orang - Jemputan VIP, pensyarah dan guru pengiring

RM4.00X15 orang= RM60.00

2. Hadiah (Hamper)-Kategori Berpasukan Johan RM30.00X2 acara= RM60.00 Stor Pusat Naib Johan RM30.00X2 acara= RM60.00

Hadiah(Hamper)-Kategori Individu RM30 X 4 acara= Johan RM120.00 RM30 X4 acara= Naib Johan RM120.00 Stor Pusat

RM50.00 X 1= Hamper Rumah Sukan Terbaik 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Sijil Penghargaan Sijil penyertaan Biskut(chips more, coklat wafer, dll) Air mineral (150 ml) Catridge HP 21 & 22 Belon pelbagai warna Reben plastik 1 inci (pelbagai warna) Paku besi panjang(2.5 inci) Roti Kertas bunga(sampul hadiah) Kertas A4 putih Kertas A4 warna (pelbagai warna) Whiteboard marker 75 keping 45 keping 2 tin 6 karton 2 unit 2 paket 5 gulung 1 kotak 110 biji 10 helai 1 rim 1 rim 1 kotak biru 1 kotak merah 16. 17. 18. 19. 20. Masking tape(1.5 inci) Gelang getah Tali rafia Banner Bendera I. II. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27 28. 29. Malaysia Melaka 1 kotak hitam 10 gulung (besar) 4 bungkus 2 gulung(besar) 1 keping 1 1 2 bungkus 1 unit 7 keping 1 unit 6 buah 45 buah 61 keping 1 buah

RM50.00

Ditanggung pelajar Stor pusat Stor pusat

RM20.00 RM144.00 RM100.00 RM50.00 RM25.00 RM10.00 RM77.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00

Ditanggung pelajar

RM30.00 RM50.00 RM10.00 RM10.00 RM100.00 Ditanggung pelajar Stor Pusat Stor pusat

Plastik hitam sampah(tebal) Bendera hiasan Plak IPG Beg kertas IPG Cenderamata Perasmi (Tuala besar) Cenderamata untuk guru pengiring Buku Nota Logo IPG Tali name tag dan plastik nama Khemah (Makanan murid secara buffet)

RM10.00 -

Ditanggung pelajar Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor Pusat Stor pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat

Jumlah perbelanjaan:RM1575.00

9.0 Aturcara Majlis

Masa

Acara

2.00 petang

Semua pelajar Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun berkumpul di Kompleks Sukan PGL

2.15 petang

Ketibaan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Ketibaan Guru besar SK (P) Durian Daun, Melaka

2.30 petang

Perasmian Pembukaan Karnival Bacaan doa Ucapan Pengarah Ucapan perasmian - Acara simbolik perasmian - Penyampaian cenderamata kepada perasmi - Jamuan VIP

3. 00 petang

Acara Pertandingan Permainan Tradisional Bermula Murid SK (P) Durian Daun / peserta Congkak Galah panjang Ketinting Batu seremban Dam Aji Lompat Getah Boling Kelapa

5.00 petang Penyampaian Hadiah Majlis penutupan 6.00 petang Bersurai

10.0

Jenis Permainan Tradisional

'Indoor' Congkak Batu Seremban Ketingting Dam aji Galah panjang Boling kelapa

'Outdoor'

11.0 BIL 1.

Peraturan Permainan Tradisional NAMA PERMAINAN Congkak PERATURAN/ CARA BERMAIN Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masingmasing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Pihak lawan mengambil giliran permainan hingga buahnya mati. meneruskan

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.

Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan ketiga. Permainan diteruskan dengan papan kedua. Pemain yang menang dua papan diikira pemenang. Sekiranya seri, permainan diteruskan dengan papan yang kertga sebagai penentuan PENENTUAN KEMENANGAN Menang tapak (pihak lawan telah tiada buah) di tiap papan. Menang dua papan. Sekiranya seri diteruskan dengan papan yang ketiga sebagai permainan penentuan.

2.

Galah Panjang

Kemengan diberikan kepada pemain yang menang dua papan daripada tiga. 1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan masing-masing. 2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat disentuh semasa menyeberangi garisan, pasukannya dikira mati. Pemain yang berjaya melepasi garisan penamat akan menyebut perkataan Jeylon! sebagai tanda berjaya. Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang dimenangi. Pemain dikira mati jika memijak garisan. Pemain akan mati jika buah tidak masuk ke petak

3.

Ketingting

sasaran Pemain akan mati jika membaling buah bukan di tapak permulaan. Pemain tidak boleh memijaknpetak rumah orang lain. Sebaliknya terus melangkaui petak tersebut. Cara bagi markah Mata dikira mengikut petak. (1 petak mewakili mata). 1. Untuk set pertama, mata akan dikira selepas orang pertama dapat menamatkan 1 pusingan 2. Untuk set kedua dan ketiga, mata akan dikira sebaik sahaja pemain mati. 3. Setiap peserta mempunyai 1 buah yang sama saiz. Namun dibezakan mengikut warna iaitu merah, biru, hijau dan kuning. 4. Setiap set permainan diberikan masa 10 minit untuk setiap pemain. Undi pemain untuk mendapatkan giliran. Set pertama Buah dicampak ke dalam petak pertama oleh pemain pertama. Dengan menggunakan kaki sebelah, pemain tersebut hendaklah melompat terus ke petak 2 dan 3. Lompat ke petak 4 dan 5 dengan kedua belah kaki serentak. Terus ke petak 6 dengan sebelah kaki. Lompat ke petak 7 dan 8 juga dengan kedua belah kaki serentak. Patah balik dengan memusingkan badan ke arah permulaan tadi. Lompat ke petak 6 dengan sebelah kaki dan ke petak 4 dan 5 dengan kedua belah kaki serentak. Teruskan lompatan ke petak 3 dan 2 dengan sebelah kaki. Ambil buah yang berada di petak 1. Terus lompat ke petak 1 dan ke tapak permulaan. Teruskan balingan oleh pemain pertama sehingga mati. Kemudian, pemain kedua dan seterusnya pula bermain. Permainan akan tamat sebaik sahaja orang pertama dapat menghabiskan 1 pusingan. Set kedua Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1 sambil memegang buah.

Kemudian, lambung buah ke belakang tapak tangan dan teruskan lompatan ke petak yang seterusnya sambil buah di belakang tapak tangan. Apabila sudah tiba di petak 1 semula, lambung dan sambut buah dan terus ke tapak permulaan. Teruskan melompat ke petak ke 2 dengan cara yang sama. Jika pemain tidak dapat menyambut buah lambungan, dia dikira mati dan pemain kedua dan seterusnya pula bermain sehingga ke pemain terakhir. Set ketiga Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1 dan meletakkan buah di atas kepala. Kemudian, lompat ke petak yang seterusnya sambil buah dijunjung di atas kepala. Apabila sudah tiba di petak 1 semula, jatuhkan buah dari kepala dan sambut dengan sebelah tapak tangan di bawah aras pinggang. Pemain tidak boleh membongkokkan badan. Teruskan lompatan ke petak ke 2 dengan cara yang sama. Jika pemain tidak dapat menyambut buah, dia dikira mati dan pemain kedua dan seterusnya pula bermain sehingga ke pemain terakhir. Pemain perlu menimbang buah dalam setiap kumpulan sebelum memulakan permainan bagi menentukan giliran pemain. Terdapat 5 peringkat dalam permainan batu seremban. Pemain juga perlu menimbang buah bagi setiap peringkat. Pemain hendaklah menyambut buah sebelum jatuh ke lantai. Semasa bermain pada setiap peringkat, pemain akan dikira, jika : Tangan tersentuh buah seremban. Buah seremban bersentuhan antara satu sama lain. Tidak dapat menyambut buah seremban. Tidak dapat menimbang sebarang buah seremban

4.

Batu seremban

untuk ke peringkat seterusnya. Menentukan Giliran Menimbang buah : Meletakkan kesemua buah di atas tapak tangan. Lambungkan ke udara. Menyambut buah dengan cara mencangkuk. Jumlah buah yang disambut itu sebagai penentu giliran dalam permainan. Cara Bermain : Terdapat 5 peringkat : Buah Satu Buah Dua Buah Tiga Buah Empat BuahLima Buah Satu Taburkan semua buah ke atas lantai. Buah dalam keadaan tidak bersentuhan antara satu sama lain Sebiji buah dijadikan ibu, dan dilambungkan ke udara. Semasa buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu sekali. Apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan sebelah. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan serupa seperti buah satu. Tetapi, buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak. Ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Langkah pertama, mengutip sebiji buah dahulu. Pada lambungan kali kedua pemain dikehendaki mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama

hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Di peringkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan di tamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

5.

Dam Aji

Giliran Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat. Cara bergerak

Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong. Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki. Cara makan Buah biasa Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong, maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah lawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petak kosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawan dikeluarkan dari permainan. Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang

sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi. Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapa buah lawan dalam satu giliran. Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma boleh bergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan. Buah haji Cara makan buah haji sama dengan buah biasa. Bezanya, bauh haji boleh bergerak banyak langkah, dan oleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerak ke belakang. Peraturan makan

Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan phak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan. Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan manamana buah yang dikehendakinya. Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan, pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak buah yang diingininya. Tamat Permainan dam tamat apabila

Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah. Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah. Seorang pemain menyerah kalah. Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat.

KESALAHAN : 1. Mengarah pihak lawan jalan. 2. Dikira tiga kali sentuhan tidak jalan.

3. Berfikir lebih dari sepuluh saat. 4. Dikira tiga kali tir jalan undur sebelum Aji. 5. Tir kembali ke tapak yang sama tiga kali berturut-turut. PENENTUAN KEMENANGAN : 1. Pihak lawan lumpuh langkah iaitu tiada lagi tir di papan. 2. Pihak lawan membuat tiga kali kesalahan, atau dibuang gelanggang. 6. Lompat Getah A) CARA MENENTUKAN GILIRAN 1) Bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som. B) CARA BERMAIN 1) Getah akan dipegang oleh 2 orang wakil penganjur yang mempunyai ketinggian dalam julat 155 cm hingga 157 cm. 2) "Ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak" melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain. 3) Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point". Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati. 4) Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah. 5) Paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah. 6) Paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah. 7) Paras dada. 8) Paras telinga. (orang yang memegang getah perlu berwaspada demi keselamatan mata dan muka andai kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada pegangan).

9) Paras kepala. Dibenarkan untuk menggunakan teknik tepis. 10) Paras sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Dibenarkan untuk menggunakan teknik tepis C) CARA MATI 1) Peserta tidak dapat melompat getah pada manamana paras. KESALAHAN : 6. Tidak mengikut giliran. PENENTUAN KEMENANGAN : 3. Peserta yang dapat melepasi getah pada aras yang paling tinggi di kira pemenang. 4. Walau bagaimanapun, jika terdapat kumpulan yang seri pemenang ditentukan melalui timbangan iaitu peserta yang dapat melompat sebelah kaki peserta sambil membelit getah pada kaki tersebut sebanyak 20 kali.

12.0 Pertandingan

Penyertaan pertandingan Karnival Permainan Tradisional melibatkan Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun. Pertandingan ini menggunakan sistem pertandingan kalah mati bagi setiap permainan. Markah tertinggi yang berjaya dipungut akan dikira sebagai pemenang.

13.0

Penutup

Adalah diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan. Semoga perlaksanaan karnival ini akan terus berjaya melahirkan pelajar yang aktif dan bertanggugjawab serta komited terhadap tugas. Jawatankuasa kerja juga menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Karnival Permainan Tradisional ini. Kami Jawatankuasa kerja amat berharap mendapat sokongan dan bimbingan sewajarnya untuk melahirkan pelajar PISMP selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

Karnival Permainan Tradisional 2012 " Permainan Tradisional Identiti Bangsa"


PERKARA TANDATANGAN / ULASAN

Disediakan oleh:

NOR ZAFIRAH BINTI ABDULLAH


Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2012, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

Disemak oleh : PN. FATIMAH BINTI MUSTAFFA Penyelaras Karnival Permainan Tradisional 2012, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

Disahkan oleh:
CIK KHADIJAH BINTI HJ TOMPANG Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.

Disahkan oleh,
TN. HJ. DR. MIHAT BIN DOLLAH

Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ipg Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Ulasan KUKP/PEK/PA

Diluluskan / tidak diluluskan oleh, PN. HJH. NOOR HAYATEE BT. MD NOOR Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, Melaka.

Você também pode gostar