Você está na página 1de 9

REKABENTUK SOAL SELIDIK Rekabentuk soal selidik biasanya akan mempunyai sekurang-kurangnya dua bahagian 1.

Bahagian data demografi (umur, jantina dsb) 2. Bahagian topik yang dikaji.

Rekabentuk soalan yang baik haruslah: mudah difahami, tepat, tidak mengandungi dua soalan yang digabungkan jika boleh, dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat, menerangkan definisi atau takrifan teknikal, contohnya isi rumah, menggunakan masa yang optima untuk menjawabnya,

KATEGORI SOALAN TERBUKA ATAU TERTUTUP Soalan terbuka Merupakan soalan dimana pilihan jawapannya tidak diberikan terlebih dahulu. Biasanya melibatkan soalan berbentuk pendapat. Contohnya: Apakah pendapat anda tentang USM? ..

Soalan tertutup Pilihan jawapannya diberi. Contohnya: Berapakah umur anda? Kurang dari 5 tahun

6 hingga 20 tahun 21 hingga 67 tahun 68 keatas

Soalan tertutup adalah mudah untuk dianalisa menggunakan komputer (SPSS dsb) manakala jawapan soalan terbuka perlu di kategorikan sebelum ianya boleh dianalisa.

MENDEFINASIKAN SOALAN-SOALAN (VARIABLES) Setiap soalan yang ditanya adalah satu petunjuk tentang variasi di dalam populasi yang di kaji. Variable-variable ini boleh dibahagikan kepada tiga skala utama:

Skala nominal Ia merupakan variable yang mana kategorinya tidak mengikut ranking.

Contoh: Jenis variable Warna Negara Jantina Kategori biru, merah, hijau Malaysia, Indonesia, Singapura lelaki, perempuan

Variable yang mempunyai dua kategori (dichotomous) adalah nominal:

Skala ordinal Varaible yang boleh disusun mengikut ranking adalah termasuk dalam kategori ini.

Perbezaan antara kategori tidak boleh diukur secara matematik.

Contoh: Jenis variable Jenis perumahan Kelas pengijazahan Pendapat (opinion) Kategori kos tinggi, kos sederhana, kos rendah kelas pertama, kedua tinggi, kedua rendah, ketiga sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju

Skala interval Varaible yang boleh disusun mengikut ranking dan perbezaan antara setiap kategori tersebut adalah sama dan boleh diukur secara matematik.

Contoh: Jenis variable Pendapatan Umur Markah peperiksaan Kategori 1 ribu, 2 ribu, 3 ribu, dsb 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dsb 36, 44, 57, 69, dsb

PENSAMPELAN Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada: Persampelan berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu: Sampel rawak mudah Sampel sistematik Sampel berstrata Sampel berkelompok

Persampelan tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu: Sampel kuota Sampel bola salji Sampel pertimbangan

Sampel kebarangkalian
Pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling) Ia merupakan teknik pensampelan yang asas. Ia memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan di pilih. Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih berbanding calon lain. Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai pencalonan. Masaalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau tidak lengkap

Contohnya: Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut: 2 3 1 7 6 9 45 32 4 56 22 89

(kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)

Pensampelan sistematik (Systematic sampling)

Sistem ini juga memerlukan berkemungkinan untuk dipilih.

senarai

kesemua

calon

yang

Pemilihan calon adalah dibuat dengan memilih setiap k sampel dari senarai tersebut (dimana k adalah: senarai calon sampel yang diperlukan).

Contoh cara pengiraan: Senarai calon = 100 orang Sampel yang di perlukan = 20 orang, maka, k = 5 Untuk mencari calon pertama, pilih satu nombor secara rawak dari 1 hingga 5. Contohnya, jika nombor 3 dipilih, maka nombor seterusnya adalah 3+5 = 8 (dan nombor seterusnya adalah 8+5, 13 +5, dsb).

Masaalah teknik ini akan timbul apabila: tiada senarai calon yang lengkap, terdapat trend pada senarai yang boleh menyebabkan bias,

Pensampelan berstrata (Stratified Samping) Teknik ini membahagikan sampel mengikut kumpulan terlebih dahulu sebelum pemilihan sampel dibuat. Kaedah ini digunakan bagi memastikan sampel yang dipilih diwakili secukupnya oleh sesebuah golongan spesifik atau golongan minoriti yang dikehendaki.

Contoh 1,

Pecahan kaum bagi 10,000 penduduk adalah 80% melayu, 18% cina dan 2% india. Pemilihan 100 sampel menggunakan kaedah rawak mudah mungkin tidak akan mendapat calon yang mewakili kaum india.

Penyelesainnya: Pecahkan senarai penduduk mengikut kaum dan pilih 100 calon berdasarkan pecahan tersebut. Pilih 80 orang melayu dari 8,000 penduduk, Pilih 18 orang cina dari 1800 penduduk, Pilih 2 orang india dari 200 penduduk. Contoh 2 Sebuah penyelidik ingin mengkaji pendapat pengguna tentang aspek perancangan keselamatan. Objektif utama adalah untuk mengkaji perbezaan antara jantina. Dengan itu, kajian boleh dijalankan dengan mengambil pendapat 2 kumpulan pengguna iaitu lelaki dan perempuan.

Pensampelan berkelompok (cluster sampling) Kaedah ini hampir serupa dengan Pensampelan berstrata. Ia dapat menjimatkan wang dan masa bagi kawasan kajian yang kedudukan geografinya jauh antara satu sama lain SYARAT PERSAMPELAN BERKELOMPOK: Tiada perbezaan antara kumpulan-kumpulan tersebut Contohnya:

Mengambil 3 blok perumahan daripada 12 blok yang mana populasi penduduknya sama. Mengambil sampel 2 ibu negeri dari 13 negeri.

Sampel tak berkebarangkalian

Sampel kuota Jumlah yang dikehendaki ditentukan terlebih dahulu Pemilihan sampel bergantung kepada kehendak penyelidik tanpa mempertimbangkan ahli sampel

Contohnya: Kajian mengambil 50 lelaki dan 50 perempuan untuk menguji syampoo keluaran baru.

Sampel Bola Salji Sampel ini bermula daripada rakan sekumpulan orang. Rakan berkenaan akan mendapat rakan mereka yang lain. Contohnya: Penyelidik ingin mengetahui perasaan mereka yang suka menunggang motor Harley Davidson.

Sampel pertimbangan Penyelidik memilih unit sampel dengan sifat tertentu Cara ini murah dan unit sampel mudah diperolehi kerana sampel hanya meliputi mereka yang mahir dalam satu topil tertentu.

PENENTUAN SAIZ SAMPEL

Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang mewakili penduduk berkenaan. Semakin besar saiz sampel semakin tepat data yang diperolehi dengan syarat tiada bias didalam pemilihan sampel. Saiz sampel yang besar pula memerlukan kos yang tinggi.

Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil kira: Kos Masa Tenaga kerja Kemudahan Ketepatan yang dikehendaki atau objektif penyelidikan

MENJALANKAN SOAL SELIDIK Sebelum sesebuah kajian soal selidik dijalankan, adalah amat penting untuk membuat survey rintis / pilot test.

Survey rintis merupakan satu survey kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan dan mengatasi masaalah perancangan soal selidik.

Fungsi pilot test: Menguji kelengkapan rangka sampel. Memastikan semua soalan dapat difahami dengan tepat dan tiada kekeliruaan. Memastikan susunan layout soal selidik yang baik.

Menguji kod-kod jawapan yang di berikan, iaitu lengkap dan saling ekslusif. Memastikan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab borang soal selidik adalah seperti yang dijangkakan. Mengangarkan kos yang terlibat.

3. MENGANALISA DATA Data yang dikumpul (raw data) boleh dianalisa secara: Manual (jika ianya tidak begitu kompleks) Menggunakan program-program khusus seperti SpSS, SAS dsb.

http://www.hbp.usm.my/aldrin/Studio%20and%20Lecture/RPK233/RPK233.htm

Você também pode gostar