Você está na página 1de 34

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3(2013) iaitu (Permainan Tradisional). Saya telah menjalankan kerja kursus ini selama 1 bulan dari April 2013 hingga Mei 2013. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, Pn. Norizah yang telah membenarkan saya menjalankan kajian ini sehingga selesai. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sivik saya iaitu Encik Hafiz kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kerja Kursus Sivik ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya Siti Zaharah bt. Latib dan bapa saya Mohamad Noor bin Baharoam yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas 3 Etika yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.

PENGENALAN

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari

ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lainlain.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: Mengenal pasti permainan tradisional di Malaysia Mengetahui asal-usul gasing Mengetahui jenis-jenis gasing Mempelajari bagaimana cara membuat gasing Mengetahui cara-cara bermain gasing

Kaedah kajian

Terdapat pelbagai kaedah kajian yang boleh digunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu , saya telah memilih beberapa kaedah yang sesuai untuk mencari dan menganalisis maklumat , iaitu :

i.

Kaedah rujukan Saya merujuk kepada buku teks dan internet untuk mengkaji serta mencatatkan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan .

ii.

Kaedah perbincangan Saya berbincang dengan guru sajarah dan kawan-kawan baik saya bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai gasing.

iii.

Kaedah Pemerhatian Saya menjalankan beberapa pemerhatian tentang perkembangan permainan gasing di khalayak rakyat Malaysia melalui internet.

ASAL-USUL PERMAINAN GASING

Gasing adalah permainan rakyat Melayu yang memiliki pelbagai asal usul, di antaranya: (1) Diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang memiliki struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Kemudian, struktur buah perepat ini diubah dengan menggunakan kayu yang lunak agar mudah dibentuk. (2) Permainan gasing diinspirasikan dari permainan adu telur yang dimainkan anak-anak dengan cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai. (3) Ada pula yang berpendapat bahawa permainan gasing dinspirasi dari salah satu jenis alat perburuan yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran buruan, kemudian ditarik lagi. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang sebelum mengena sasarannya. Alat ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana sangat tepat mengenai sasaran buruan. Semenjak itu, perburuan selalu dilengkapi dengan alat ini. Rupanya cara seperti ini memberikan inspirasi kepada para pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada saat itu sekadar mengisi waktu lapang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus berkembang, hingga akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan permainan gasing. Dengan demikian, struktur gasing tidak terlepas dari hal di atas, bulat pipih, bulat telur dan mudah diputar di atas lantai yang datar.

NEGERI DAN KAUM YANG TERLIBAT DENGAN PERMAINAN GASING

Gasing terkenal di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Orang dewasa yang memajukan seni permainan gasing ini, bagi kanak-kanak lebih gemar bermain gasing gasing Melayu dan Cina, kerana saiznya yang kecil, ringan dan lebih mudah dimainkan.

CARA-CARA BERMAIN GASING


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tiada bezanya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk system permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing, langkah-langkah bagi setiap pemain untuk bermain ialah:

1) Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang lebih baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain samada dililit pada tangan kanan atau kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut.Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking samada sebelah kanan atau kiri bergantung pada keselesaan pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain
9

seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini digunakan pada mereka yang lebih berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasiing dibuat, tali akan dililit pada tangan atau tapak tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri. 2) Melillit Gasing Terdapat dua cara melilit gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing. 3) Memusing Gasing Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata hendaklah tertumpu kearah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing
10

mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok 45 darjah. 4) Memangkah Gasing Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Terdapat 4 gaya pangkahan yang biasa digunakan dalam apa jua pertandingan gasing seperti pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah terbang. Pangkah totok Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini. Pangkah hentak Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

11

Pangkah layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing. Pangkah tebang Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat. 5) Mengangkat Gasing Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.
12

Gasing Uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah
Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam
13

bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

Gasing Pinang
Gasing pinang biasanya dihasilkan dengan menggunakan buah pinang yang masih muda dan agak lembut. Untuk menghasilkannya, buah pinang muda akan dipilih dan kulit dan sabutnya dikupas untuk mendapatkan biji benihnya. Biji benihnya, atau pulur kemudiannya akan di ambil dan batang kayu bulat atau lidi buluh akan dijadikan paksi dengan dipasah di bahagian tengahnya menembusi biji benih pinang tersebut sebagai paksi serta pemegang gasing itu. Selepas itu, batang kayu bahagian bawah itu akan ditajamkan seperti pensil yang digunakan untuk gasing buku benang. Gasing Pinang ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Gasing Leper Kelantan


Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.
14

Gasing Leper
Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm. Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar.

Gasing Lang Laut


Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

Gasing Kuno
Gasing kuno yang berbentuk sederhana dan berimbang, beratnya 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 8 cm. Gasing jenis ini boleh ditemui di beberapa negeri di Malaysia, seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. Struktur gasing ini merupakan bentuk lama seperti

15

buah perepat yang hanya digunakan untuk permainan pangkah-memangkah dan dibuat daripada kayu merbau, keranji, meranti dan cengal.

Gasing Jantung
Gasing jantung berbentuk seperti jantung dengan berat sekitar 0.25 kg, berdiameter 20 cm dan tinggi 12 cm. Selain Kelantan, gasing ini juga terdapat di daerah Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.

Gasing Berembang
Gasing berembang ialah sejenis bentuk gasing yang asas dan dapat digunakan untuk semua keadaan. Penggunaan gasing ini digunakan secara meluas di Malaysia. Gasing jenis ini merupakan identiti asal bagi gasing Melayu di Malaysia. Gasing ini dinamakan sedemikian kerana dibuat dari buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai. Buah ini berbentuk bulat, agak leper dan licin.

Gasing Begelen
Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm. Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan
16

menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

Gasing Toyol
Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

Gasing Tanjung
Gasing Tanjung diperbuat daripada kayu keranji, kmepas, cengal dan merbau. Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 40cm dengan ketinggian sekitar 10cm. Gasing Tanjung yang tinggi dan berembang, mempunyai berat 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 10 cm.Gasing ini dimainkan oleh orang-orang dari Muar, Johor sebagai gasing pemangkah. Bahan dasar gasing ini ialah kayu keranji, kempas, cengal dan merbau. Di negeri Selangor, gasing ini dipanggil gasing labu kemak.

17

JENIS-JENIS GASING

Antara jenis-jenis gasing yang terdapat di Malaysia ialah:

Gasing Tanjung Gasing Jantung Gasing Baba Gasing Kuno Gasing Uri Gasing Leper Kelantan Gasing Leper / Gasing Piring Gasing Pacitan Gasing Toyol Gasing Begelen Gasing Lang Laut Gasing Pangkah Gasing Pinang Gasing Kelamar Gasing Telur Gasing Berembang Gasing Buku Benang Gasing Kepala Duri

18

Gasing Jantung

Gasing Piring/Leper

Gasing Kelamar

19

Gasing Telur

Gasing Berkembang

Gasing Melayu

20

Gasing Cina

Gasing Buku Benang

Gasing Tanjung

21

Gasing begelan

Gasing kuno

Gasing lang laut

22

Gasing leper Kelantan

Gasing pinang

23

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN GASING

Berdasarkan Peraturan Permainan Gasing yang dikeluarkan oleh Asean Gasing Asociation (AGA) pada tahun 2003 yang lalu, ada beberapa aspek yang berkaitan dengan aturan permainan gasing ini, di antaranya: a) Jumlah pemain b) Jenis permainan c) Jenis gasing Berdasarkan jumlah, permainan gasing dapat dikelompokkan menjadi tiga: a) Permainan Beregu b) Ganda c) Tunggal.

Permainan beregu terdiri dari 4 orang per regu, 1 orang cadangan, permainan ganda terdiri dari 2 orang per regu, 1 orang cadangan, sementara permainan tunggal dimainkan oleh 1 orang saja. Jenis permainan gasing dapat dibagi menjadi dua, uri dan pangkah. Jenis uri adalah permainan yang berfungsi untuk melihat seberapa lama gasing berputar, sedangkan pangkah adalah permainan yang dilakukan dengan cara memangkah gasing lawan yang sudah diputar. Lamanya permainan beregu dan ganda adalah 20 minit, sementara permainan tunggal 15 minit. Selain itu, berat gasing yang diselarikan untuk dimainkan adalah 6-8 kilogram, ukuran lebar lingkaran 36-46 cm; tinggi 8-12 cm. Gasing yang dibolehkan adalah yang berbentuk jantung, piring, guci atau rembang.

CARA-CARA MEMBUAT GASING


24

Kayu yang paling sesuai ialah dari jenis kayu merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, loran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti kayu pokok manggis, jambu batu, ciku, atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tidak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnish. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

RUMUSAN
25

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan tentang permainan tradisonal ini iaitu gasing, saya telah dapat memupuk perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya merasa bangga kerana negeri saya mempunyai banyak sejarah permainan tradisional. Oleh itu, saya dapat menghargai dan mengamalkan budaya bangsa. Selain itu, saya juga telah dapat memupuk semangat setia kepada negara. Melalui permainan tradisional ini juga, saya berasa amat bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai budaya dan pantang-larang yang diamalkan. Saya juga dapat memupuk semangat kekitaan seperti hormat-menghormati antara satu sama yang lain, bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur sebagainya. Secara tidak langsung, perasaan muhibah dapat disemai kepada semua kaum di Malaysia. Di dalam permainan gasing, kita mesti patuh kepada undang-undang dan peraturan permainan. Kita juga perlu adil dan bertimbang rasa di dalam segala aspek. Justeru, secara tidak langsung kita dapat memupuk disiplin di dalam diri kita. Akhir sekali, kita juga haruslah berusaha dan produktif. Untuk memahirkan diri bermain gasing, kita mestilah mempelajari dan berlatih untuk bermain gasing. Ini kerana kemahiran untuk memainkannya tidak akan datang sendiri jika kita tidak berusaha.

26

27

28

29

30

31

32

33

Rujukan

Internet : -http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/04/sejarah-dan-asal-usul-gasing-permainan.html -http://zamhi34.blogspot.com/2007_03_01_archive.html -http://www.scribd.com/doc/3102006/permainan-tradisional-gasing -http://www.google.com.my/imghp?hl=en&tab=wi


- http://www.dota-utilities.com/2013/06/DotA-6.78b-Map-Download-Changelogs.html -http://www.games-utilities.com/dota-v6-78b-w3x-file-download/ - http://bb2008nadira.blogspot.com/2008/07/asal-usul-dan-sejarah-gasing-3.html

Buku : -Masariah binti Mispari (et-al) , 2007 . Sejarah Tingkatan Tiga . Kuala Lumpur : Dewan Budaya dan pustaka . - Kamus Pelajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang sumber : -Amirul Nur Iman bin Amirul Mukminin , 32 tahun , 56 , TP20, Taman Tun Perak , 48000 Rawang - Akmal Akil bin Ikhwan , 33 tahun , 56 , TP20 , Taman Tun Perak , 48000 Rawang

34

Você também pode gostar