Você está na página 1de 2

Banjir empat negeri makin buruk

10 kampung di Dengkil yang jarang dinaiki air turut terjejas

Kuala Lumpur: Banjir di empat negeri - Selangor, Johor, Perak dan Melaka bertambah buruk semalam, dengan 3,556 mangsa dipindahkan ke 33 pusat pemindahan. Di Selangor, sekurang-kurangnya 10 kampung dan taman perumahan di Dengkil dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini hanya menghadapi banjir kilat, kini terjejas teruk apabila dinaiki air antara satu hingga dua meter. Kawasan berkenaan ialah Kampung Sri Tanjung, Kampung Kelinsing, Kampung Cemperai, Taman Amenis, Taman Emas, Taman Kristal 2, Taman Permata, Taman Baiduri, Taman Sri Tanjung dan Taman Delima. Berada pada paras bahaya Dua kawasan lain yang sering dilanda banjir ialah Kampung Semarang dan Kampung Revolusi Hijau. Sungai Langat malam tadi mencatatkan paras bahaya 9.52 meter di stesen pengukur Kampung Sungai Labu, Salak Tinggi, berbanding tujuh meter normal. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, ketika dihubungi berkata pihaknya menempatkan anggota di kawasan terbabit sebagai langkah berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Katanya, pemantauan turut dilakukan di beberapa lokasi lain sekitarnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sehingga jam 7.30 malam tadi, 1,238 penduduk dipindahkan ke lapan pusat pemindahan di Dengkil dan Sepang berikutan paras air Sungai Langat yang terus meningkat akibat hujan lebat sejak tengah hari kelmarin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Marsum Paing, berkata banjir di daerah itu dijangka bertambah buruk selepas paras air Sungai Langat tidak surut sehingga petang semalam. Tambak tebing sungai Bercakap kepada media selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil, di sini semalam, beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merancang mendalamkan serta menambak tebing Sungai Langat sebagai penyelesaian jangka panjang. Di JOHOR, 2,042 mangsa banjir dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sehingga jam 8 malam tadi

manakala beberapa pusat pemindahan baru sedia untuk dibuka bagi menghadapi keadaan yang dijangka bertambah buruk. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata, kawasan terjejas teruk ialah Batu Pahat dengan 14 pusat pemindahan dibuka sehingga kini termasuk dua di Kluang dan satu di Ledang. Kawasan dinaiki air termasuk Kampung Baru Sri Gading, Kampung Sri Gading dan Kampung Jawa Parit Kuari di Batu Pahat, Kampung Sialang (Ledang), Kampung Sungai Linau dan Kampung Kolam Air (Kluang), katanya. Banjir sedalam satu meter Di PERAK, 258 mangsa banjir daripada 70 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Surau Jalan Wak Siam Selabak dan Dewan Serbaguna Sungai Manik Chikus, Teluk Intan selepas kediaman dinaiki air 0.5 hingga satu meter sejak Sabtu lalu. Laluan utama di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Chepor Dalam yang menghubungkan Taman Bertuah, Desa Seri Chemor dan Batu 6 terputus disebabkan tanah mendap selepas air Sungai Klebang melimpah. Di MELAKA, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, Mejar Jafri Mohamed, berkata 115 mangsa dari 27 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Tehel, Jasin. Katanya, 108 orang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Tehel manakala tiga di Bilik Gerakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Kesang Barat.

keselamatan terkini kawasan runtuh itu," katanya.

Tanah runtuh di Setiawangsa: Banglo milik dua Ahli Parlimen antara yang terjejas
KUALA LUMPUR: Antara pemilik banglo yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, malam tadi membabitkan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. Banglo milik Zulhasnan dan Jamaludin dilaporkan mengalami rekahan tanah, manakala satu lagi banglo terjejas teruk. Mereka adalah sebahagian daripada 88 keluarga yang menghuni banglo mewah, rumah kedai dan rumah teres di Puncak Setiawangsa yang diarah berpindah serta mengosongkan kediaman masingmasing ekoran masih berlaku pergerakan tanah yang aktif selepas kejadian tanah runtuh di kawasan itu malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar, berkata polis telah mengarahkan semua 30 pemilik rumah banglo, 18 pemilik rumah kedai dan 58 pemilik rumah teres dua tingkat berkenaan berpindah ekoran keadaan tidak selamat dan mungkin boleh membahayakan keselamatan mereka. "Semua yang terbabit berada di Jalan Bukit Setiawangsa dan Jalan Puncak Setiawangsa 2 diarah berbuat demikian setelah Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mengesahkan pergerakan tanah masih berlaku di kawasan itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Beliau berkata pihak polis telah berbincang dengan agensi keselamatan lain bagi mewujudkan satu jalan alternatif lain ke Puncak Setiawangsa kerana jalan utama terpaksa ditutup atas faktor keselamatan. Beliau berkata buat masa sekarang hanya 49 penghuni telah berdaftar di bilik gerakan polis sementara yang ditempatkan di kawasan kejadian untuk memaklumkan mengenai pemindahan mereka dari rumah terbabit. "Kita menasihatkan penduduk yang belum berdaftar agar mendaftarkan diri di bilik gerakan kita, agar mudah kita melakukan pemantauan dan kita tunggu kajian Ikram untuk mengetahui tahap

Othman berkata polis telah membuka pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Setiawangsa kepada penghuni yang terbabit. Dalam sidang akhbar yang sama, Jamaludin berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan isterinya, memaklumkan kepadanya bahawa dia telah mendengar bunyi detuman yang kuat setelah sebahagian rumah jirannya telah runtuh. "Isteri saya kata bunyi kuat itu datang dari rumah jiran saya, yang merupakan ahli perniagaan Timur Tengah, yang menyewa di situ sejak beberapa bulan lalu," katanya. Katanya tiada sesiapa yang cedera, cuma separuh bahagian bangunan banglo itu termasuk kolam renang runtuh ke bawah sedalam 50 meter. Jamaludin berkata disebabkan kejadian itu, beliau bersama keluarganya terpaksa berpindah ke sebuah hotel di ibu kota sementara menungggu keadaan pulih. Katanya beliau membeli lot banglo itu pada 1987 dan mendiaminya tiga bulan lalu selepas tamat perkhidmatannya sebagai Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat. xGi0"Saya mewakili penduduk Setiawangsa mengucapkan terima kasih kepada polis, bomba, Rela, JPAM dan Ikram kerana memaklumkan insiden itu dengan cepat kepada penduduk dan mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih dahsyat," katanya. - BERNAMA

Você também pode gostar