Você está na página 1de 5

PENTERNAKAN UDANG GALAH

1. Pengenalan
i. ii. iii. Udang Galah. Nama saintifik: Macrobrachium rosenbergii Habitat aslinya di Sungai dan Tasik. Membiak di air yang berkemasinan 6 12ppt. Jantan boleh mencapai saiz sehingga 35sm manakala betina separuh daripada saiz jantan. Laporan Jabatan Perikanan Malaysia 2009 menunjukkan pengeluaran udang galah Malaysia pada tahun 2007 adalah sebanyak 246 metrik tan bernilai RM6.645 juta (borong) dan RM8.026 juta (runcit). Harga Borong mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) f) g) vi. Negeri Sembilan Perak Pahang Kedah Terengganu Selangor Johor 27 / Kg 28 / Kg 34 / Kg 28 / Kg 22 / Kg 21 / Kg 26 / Kg h) i) j) k) l) m) Kelantan Melaka Pulau Pinang Perlis Sarawak Sabah 19 / Kg 30 / Kg 32 / Kg ? ? ?

iv.

v.

Harga Runcit mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) f) g) Negeri Sembilan Perak Pahang Kedah Terengganu Selangor Johor 33 / Kg 34 / Kg 39 / Kg 34 / Kg 29 / Kg 26 / Kg 30 / Kg h) i) j) k) l) m) Kelantan Melaka Pulau Pinang Perlis Sarawak Sabah 26 / Kg 35 / Kg 41 / Kg ? ? ?

Berdasarkan maklumat di atas, para pengusaha ternakan udang galah di Sabah boleh memilih pasaran yang boleh memberikan pulangan terbaik dalam urusniaga.

2.

Kaedah Penternakan
Tiga kaedah penternakan boleh dipertimbangkan:i. Menternak dalam kolam Pelbagai jenis kolam berbentuk empat persegi sama. Empat persegi panjang, bulat dan bentuk tidak menentu. Menternak dalam kandang Menggunakan sejenis jaring plastik yang dikenali sebagai Netlon, tiang tahan reput dan tali PE, pengusaha boleh membuat kandang di kawasan yang sesuai untuk ternakan udang galah. Menternak dalam tangki Kos pembinaan yang lebih mahal.

ii.

iii.

3.

Pemilihan Tapak
i. Tapak tanah harus rata atau landai, kandungan tanah liat yang lebih tinggi untuk menampung air. Kandungan pasir yang tinggi tidak boleh menampung air kecuali dilapisi dengan tanah liat atau kanvas. Sumber air yang banyak, tidak tercemar, dan sentiasa ada sepanjang tahun. Tapak tanah harus dapat dihubungi dengan kenderaan bagi memudahkan mengangkut masuk keprluan projek dan mengangkut keluar hasil. Projek haruslah jauh dari penempatan manusia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

ii. iii. iv.

4.

Rekabentuk
i. Kolam boleh dalam bentuk empat persegi sama, empat persegi panjang, bulat atau iregular. Bagaimanapun dasar kolam harus mencuram ke arah pintu kolam supaya kolam dapat dikeringkan dan penyediaan kolam dapat dilakukan dengan lancar. Keluasan kolam diantara 1,000m (20m x 50m) hingga 2 1,200m (30m x 40m). Saiz kecil ini mudah dikendalikan dengan tenaga kerja yang kecil. Kedalaman kolam lebih kurang 1meter tetapi kedalaman air dalam kolam lebih kurang 80 cm.
2

ii.

5.

Susunatur
Pengusaha harus bijaksana menyusunatur agar: i. ii. iii. Tapak tanah dapat digunakan secara optima. Air dari satu kolam tidak masuk ke kolam yang lain bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Pintu air masuk bertentangan dengan pintu air keluar. Air yang keluar tidak masuk semula ke dalam kolam. Memudahkan kerja-kerja memberi makan ternakan

iv.

6.

Pembinaan
i. ii. iii. Kolam harus dibina sedemikian rupa sehingga kolam dapat dikeringkan setelah semua hasil ternakan dituai. Dengan cara ini kolam mudah disediakan untuk menerima bekalan benih baru. Permatang (bund) kolam mestilah diperbuat daripada tanah liat yang bagi mengelakkan runtuh. Pastikan pembinaan permatang menyebabkan peresapan keluar air. tersebut tidak dimampatkan

7.

Penyediaan Kolam
Penyediaan kolam perlu dilakukan dengan rapi sebelum benih ternakan dilepaskan ke dalam kolam. Langkah-langkah berikut perlulah diberi penekanan. i. ii. iii. iv. v. vi. Bagi kolam baru, basuh tapak kolam dua tiga kali dengan cara mengisi kolam dengan air sehingga penuh, biarkan selama seminggu dan lepaskan keluar. Keringkan dasar kolam di bawah matahari yang terik delama 2 minggu. Taburkan kapur dan biarkan kering selama seminggu lagi. Masukkan air sehingga seperempat kedalaman kolam. Masukkan baja organik. Biarkan sehingga kelihatan air menjadi warn kehijauan. Tambah air sehingga kedalaman kolam. Biarkan selama 5 hari atau sehingga air kelihatan kehijauan. Pada ketika ini, makanan asli udang sudah tersedia dalam kolam.
2

vii. Masukkan benih udang pada kadar 10-15 ekor /m . Ini bermakna, sebuah kolam dengan keluasan 2 2 1,000m -1,200m boleh menampung 15,000 ekor 18,000 ekor atau 60,000 ekor seekar. Penternakan boleh dilakukan 2- 3 kali setahun.

8.

Peralatan
i. Alat ukur pH air Jika pH air lebih rendah daripada 6, bemakna air kolam adalah asidik dan perlu diberi kapur. Air yang asidik menyebabkan pertumbuhan udang terganggu. Kulit udang menjadi lembut dan mudah cedera atau diserang penyakit. ii. Alat ukur oksigen terlarut dalam air Jika bacaan oksigen terlarut dalam air lebih rendah daripada 5, alirkan air baru kedalam kolam dengan lebih banyak. Pada bacaan oksigen terlarut kurang daripada 3, udang mula timbul dan akan mati. iii. Alat ukur suhu air Suhu air terlalu sejuk kurang daripada 20 C menyebabkan udang tidak cergas makan dan melebihi o 35 C menyebabkan kematian. Dalam mana-mana keadaan yang mengancam keselesaan hidup udang, masukkan air baru.
o

9.

Mutu Air
i. ii. iii. iv. v. Air tawar atau payau di bawah 5ppt o o Suhu air di antara 25 C hingga 34 C Subur, warna kehijau-hijauan Tidak dicemari dengan bahan kimia atau minyak Bebas dari bakteria, virus dan parasit.

10. Benih
i. Kenali pembekal (boleh menjamin bekalan) ii. Pilih benih yang cergas dan tidak berpenyakit iii. Dapatkan sebutharga dari pembekal. Biasanya harga benih yang berumur seminggu lebih murah daripada dua atau tiga minggu.

11. Makanan
Dua jenis makanan:i. Makanan semula jadi hidupan seni hasil dari penyediaan kolam yang rapi. ii. Makanan tambahan a) Makanan berumus yang diperolehi dari pembekal b) Buatan sendiri campuran pelbagai jenis bijirin seperi dedak padi, kacang dan sebagainya.

12. Musuh Ternakan


i. Pelbagi jenis burung air seperti raja udang, bangau. ii. Binatang air seperti memerang, biawak iii. Ikan pemangsa seperti keli, betuk, tilapia iv. Manusia

13. Penyakit dan Rawatan


i. ii. iii. iv. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria Penyakit yang disebabkan oleh virus Penyakit yang disebabkan oleh parasit Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam Jika berlaku serangan penyakit, sila berhubung dengan pegawai perikanan terdekat.

14. Menuai Hasil


Pelbagai cara menuai, bergantung kepada keperluan i. Jala sesuai untuk kuantiti permintaan sederhana sehingga 500Kg ii. Selambau kuantiti permintaan 1- 2 tan iii. Bubu kuantiti kecil, terpilih dan hidup. iv. Keringkan kolam tuai sekali gus. Kecuali tuaian udang untuk jualan hidup, semua udang sebaik dituai dengan segera hendaklah direndam dalam air berais sebelum dipek atau disimpan dalam tong berais. Tujuan mengekalkan kualiti terbaik udang. Tanpa ais, sebaik saja udang mati, proses pereputan bermula. Proses pereputan o berlaku lebih cepat di bawah suhu yang tinggi. Kadar pereputan dibawah suhu kurang 5 C lebih o rendah. Kualiti udang bertahan lama di bawah suhu 0 C.

15. Pembungkusan
i. ii. Peti plastik berinsulasi - sesuai untuk jualan borong. Bungkusan kecil dengan lebel berat dan harga unuk jualan runcit.

16. Pemasaran
Strategi pemasaran: Kenalpasti pelanggan dan jumlah permintaan. Senarai pelanggan sentiasa kemaskini. Komunikasi yang berterusan menjamin kesetiaan pelanggan. Hasil ternakan boleh dijual terus kepada pengguna atau melalui orang tengah. Bagi memlihara harga yang termampu oleh pengguna, jualan terus kepada pengguna dengan harga yang kompitetif adalah disyorkan. Beberapa pendekatan bagi memasarkan hasil ternakan berikut perlu diberi perhatian teliti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Tamu setiap hari ada tamu terbuka dipelbagi pekan di seluruh Sabah. Pasar ikan di bandar dan pekan. Gerai-gerai tepi jalan. Restoran / Kedai makan Jualan langsung rumah ke rumah Kilang pemprosesan Eksport

17. Penyelenggaraan Kolam


i. ii. iii. iv. v. Tebing kolam harus diperbiki jika terdapat tanda-tanda runtuh. Pintu air keluar harus diperiksa dari segi kebocoran. Lumpur najis ternakan harus dikeluarkan dan dibersihkan. Semak dan rumput di bersihkan. Parit

Você também pode gostar