Você está na página 1de 4

ANALISA MODEL MENGGUNAKAN TEORI SWOT Analisis SWOT digunakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud dengan lebih

teliti dan jelas lalu mencari penyelesaian dan mengenal pasti faktor-faktor strategi yang berkaitan dalam membuat keputusan. Analisis SWOT merupakan kaedah lembut dalam proses membuat keputusan. Tujuan utama analisis SWOT adalah mengenalpasti sifat-sifat seperti Kekuatan (strength), Kelemahan (weakness), Peluang (opportunities), dan Ancaman (threats). Tujuan utama ini bukan sahaja membina analisis SWOT tetapi adalah untuk menterjemahkan keputusan analisis itu kepada langkah-langkah yang khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah firma dengan jayanya. Walaupun analisis SWOT merupakan satu pandangan ringkas terhadap situasi analisis, hal ini adalah berdasarkan 4 asas yang penting iaitu: a) Mengenalpasti trend dalam industri. b) Mengenalpasti pesaing-pesaing industri. c) Menilai firma sendiri. d) Menyelidik pelanggan yang sedia ada dan perspektifnya.

KONSEP ANALISIS SWOT SWOT merupakan singkatan daripada perkataan Strengths (kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunities (peluang), dan Threats (ancaman). Menurut Sihombing (2000), berkata Threats mengandungi unsur yang negatif, sehingga lebih cenderung menggunakan perkataan yang mengandungi unsur positif iaitu tentangan (Challenges). Perubahan ancaman menjadi tentangan kerana jika ancaman dikelola dengan tepat dapat berubah menjadi peluang, sedangkan tentangan biasanya mewujudkan peluang.

HUBUNGKAIT SWOT DAN MODEL BEHAVIORAL SKINNER (1904-1990) 1. Strengths (kekuatan) Maksud kekuatan dalam analisis ini adalah faktor-fakor yang mendukung penyelenggaraan program, serta diakui kewujudannya oleh individu. Skinner berpendapat bahawa tujuan

psikologi adalah meramal dan mengawal tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga pelajar akan lebih rajin. Tindak balas akan berlaku jika rangsangan yang lama digabungkan dengan rangsangan yang baru. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diberi. Pembelajaran menjadi pasif tanpa rangsangan dan pembelajaran tidak berlakusecara konsisten. Penerapan peneguhan positif perlu ditekankan di dalam teori Pelaziman Operan Skinner. Suatu tingkah laku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan menambah peneguhan positif atau ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain. Hal ini akan memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih berusaha semasa di dalam kelas dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti.

2. Weaknesses (kelemahan) Maksud kelemahan dalam analisis ini adalah permasalahan yang timbul dari penyelenggaraan program dan hasilnya. Permasalahan merupakan kelemahan yang dapat berubah menjadi tentangan bagi kelancaran pelaksanaan tugasan atau program. Sebagai contoh kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara automatik dan penentuan peribadi diambil kira. Pelajar harus mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh sesuatu rangsangan tertentu dari luar, contohnya guru atau ibu bapa. Hal ini pada kebiasaannya apabila pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ibu bapa akan memberikan hadiah kepada anak-anak. Ini adalah perkaitan jelas dengan teori yang dikemukakan oleh Skinner apabila seseorang individu melakukan sesuatu demi mendapatkan ganjaran sahaja. Terdapat peneguhan negatif yang boleh menyakiti seseorang individu: Contoh 1 : Cikgu mengejek seorang pelajar di hadapan pelajar lain kerana tidak menjawab soalan. Peneguhan ini tidak akan mengubah sikap pelajar sebaliknya akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa hadapan. Contoh 2 : Murid didenda kerana tidak boleh menguasai kemahiran matematik kemungkinan akan timbul sikap benci terhadap subjek tersebut.

3. Opportunities (peluang) Maksud peluang dari analisis ini adalah hal-hal atau faktor-faktor yang membolehkan kita menemui idea baru melalu percubaan ataupun ujian yang di analisis dan di kenalpasti. Melalui teori behaviorisme Skinner sesuatu yang dilakukan berulang-ulang akan menjadi kelaziman bagi individu. Skinner telah menjalankan kajian terhadap seekor tikus yang diletakkan di dalam sebuah kotak yang direka khas yang di dalamnya diletakkan tuas dan jika disentuh makanan akan dikeluarkan. Seekor tikus lapar diletakkan ke dalamnya dan apabila tikus merayau-rayau ia tertekan tuas dan makanan akan keluar. Perkara ini diulang beberapa kali dan tikus itu sudah dapat mempelajari bahawa apabila lapar ia akan menarik tuas untuk mendapatkan makanan. Maka apabila ada makanan di luar kelak telah menjadi perkara lazim bagi tikus dengan menyentuh tuas, makanan akan diperoleh. Penerapan teori ini adalah suatu proses perubahan yang terjadi kerana adanya syarat-syarat yang menimbulkan reaksi. Hal yang terpenting menurut teori ini adalah adanya latihan dan pengulangan. Sebagai contoh pada hari pertama murid Tabika hendak ke sekolah, kebiasaanya murid tersebut akan menangis namun apabila perkara tersebut telah menjadi rutin murid tersebut tidak lagi menangis malah sangat gembira hendak ke sekolah.

4. Threat (ancaman) Maksud tentangan dalam analisis ini adalah hal-hal yang harus diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan pelaksanaan tugasan dalam usaha mencapai tujuan. Tentangan bukan penghalang, tetapi perangsang untuk mendorong pengurus pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik. Tentangan dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan secara lebih analisis dan mengenal pasti kekurangan dalam pengaplikasian teori ini.

Rujukan
Martin, W.R (1989) Handbook On Marketing Vacational Education Westerville: Ohio State Council on Vacational Education. Johnson, G., Scholes, K.,& Sexty, R.W (1989) Exploring Strategic Management. Scarborough, Ontario: Prentice Hall. Glass, N.M (1991): Pro-active management : How to improve your management performance. East Brunswick, NJ; Nichols Publishing. Gorski, S.E (1991) The SWOT Teams Focusing on minorities. Community, Technical and Junior College Journal. Bartol, K.M. & Martin, D.C (1991), Management New York, McGraw Hill, Inc. Collett, Stacy -- Bussiness Plan Management ,Computerworld,07/19/99, Vol 33 Issue 29, p58,Ip. Siti Maimoon Kamso (1992), Using The TOWS matrix in Strategy formulation, Kertas seminar dibentangkan di Seminar Science Operational Research 27-28 Julai 1992 di UTM. Berita Harian 26 March 1999 Terengganu Dan Pahang akan menjadi Karidor Industri Petrolium Negara Kenyataan bersama Menteri Besar Terengganu dan Pahang. http://www.curs.hku.hk/itpolicy/download.htm http://www.indiadairy.com/ind_swot.html

Você também pode gostar