Você está na página 1de 15

AKTIVITI 3 : PERLAKSANAAN PERTANDINGAN SEBENAR ( TIA3 ) Pertandingan Bola Tampar Sk. Nalapak telah diadakan pada 20.3.

2013 bersamaan hari Rabu. Pertandingan ini diadakan selama satu hari sahaja walaupun pada perancangan awalnya akan diadakan selama dua hari. Ini disebabkan oleh kekangan masa dan keawangan yang terhad. Cuaca pada hari pertandingan tersebut baik walaupun panas terik. Sebelum pertandingan dimulakan, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan dipastikan agar pertandingan berjalan dengan lancar. Memastikan gelanggang dan peralatan selamat digunakan Walaupun pemeriksaan telah dilakukan sehari sebelum pertandingan berlangsung, pemeriksaan semula pada pagi sebelum pertandingan bermula bagi memastikan gelanggang berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Pemeriksaan peralatan juga dilakukan semula untuk memastikan peralatan yang akan digunakan adalah mencukupi. Memastikan para petugas, pegawai pengadil dan hakim mencukupi Para petugas juga harus memastikan pegawai. pengadil, dan hakim mencukupi dan sentiasa berada di tempat pertandingan. Borang- borang pemarkahan diedarkan kepada pengadil. Para petugas keselamatan dan kecemasan juga telah diarahkan bersedia sepanjang hari pertandingan untuk hal-hal kecemasan. Memastikan keadaan peserta dalam keadaan baik Para petugas memastikan semua peserta melapor diri kepada pihak urusetia. Pengurus pasukan masing-masing memastikan para peserta berada dalam keadaan yang sihat dan cergas untuk bermain. Selain itu pengurus pasukan juga memastikan peserta telah memakai pakaian yang sesuai seperti yang ditetapkan. Setelah melapor diri para peserta berkumpul untuk mendengar taklimat dan peraturan pertandingan daripada ketua jurulatih.

Tentatif Program Setelah semua aspek berada dalam keadaan baik, maka acara pun dimulakan, berikut adalah tentatif pertandingan yang telah ditetapkan. Masa Perkara

7.00 Pagi

Ketibaan para petugas, peserta dan Ibu Bapa Pendaftaran dan taklimat peserta

7.15 Pagi

7.30 Pagi

Ketibaan Guru besar dan jemputan

8.00 Pagi

Ucapan perasmian oleh Guru Besar

8.30 Pagi 12.30 Tgh/Hari

Pertandingan bermula

Pertandingan berhenti rehat

2.00 Petang

Pertandingan disambung semula

4.30 Petang

Penyampaian sijil dan hadiah pemenang

5.00 Petang

Jamuan ringan

5.30 Petang

Bersurai

Jadual Perlawanan

BIL

PERLAWANAN

PENGADIL En.SaridinMolusin

Kg.Nalapak vs Kg.Kebuh Baru

En.Syafiq Abdullah

En.Hallsen Justin 2 Kg.Luanti Baru vs Desa Tea En.SalmanSalahuddin

Pn.RidiahSailun 3 Kg.Nalapak vs Kg Luanti Baru Pn.AnnongParijo

En.Saridin Molusin 4 Kg.Kebu Baru vs Desa Tea En.Syafiq Abdullah

En.Hallsen Justin 5 Kg.Nalapak vs Desa Tea En.SalmanSalahuddin

Pn.RidiahSailun 6 Kg.Kebuh Baru vs Kg.Luanti Baru Pn.Annong Parijo

Keputusan Pertandingan Nama Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Keputusan Kedudukan

Selepas Pertandingan Tamat Selepas tamat pertandingan, hadiah-hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Guru Besar Sk. Nalapak dan juga JKK Kg. Nalapak. Para peserta berpuas hati dengan keputusan pertandingan. Sebelum bersurai, AJK kebersihan memastikan kawasan pertandingan dibersihkan. Peralatan-peralatan yang digunakan dikembalikan ke tempat yang ditetapkan. Begitu juga dengan peralatan-peralatan yang dipinjam telah dipulangkan semula. Post Mortem Dan Penilaian Post Mortem telah dilakukan sejurus sehari selepas pertandingan. Semua AJK telah dijemput hadir. Antara perkara yang dibincangkan ialah petugas yang lewat datang menyebabkan perlawanan lewat sedikit dari masa yang ditetapkan. Terdapat petugas yang keluar awal dari gelanggang dan tidak menyelesaikan tugasnya sehingga tamat perlawanan. Makan dan minnum terhad sehingga para petugas dan murid membeli sendiri mineral dan makanan masing-masing.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PERTANDINGAN a) Kumpulan peserta yang mengambil bahagian

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

b) Gambar semasa taklimat peserta

c) Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sk. Nalapak

d ) Para petugas dan hakim pertandingan

d ) Gambar semasa perlawanan dijalankan

Você também pode gostar