Você está na página 1de 2

2) Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

Pada 21 Januari 2013, saya telah melangkah ke Sekolah Kebangsaan Dato Naning, Melaka. Ini merupakan praktikum ketiga yang telah dijalani. Saya telah menjalani praktikum pada kali ini bersama dengan rakan saya iaitu Nadrah Bt Abd Majid

Hari pertama seperi biasa iaitu sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga sekolah. Pada minggu pertama ini, saya telah diberikan jadual kelas bagi 12 minggu berada di sekolah ini. Pihak sekolah juga telah menetapkan guru yang akan membimbing saya selama berada di sekolah ini. Beliau ialah Puan Norizan Bt Abu Hassan yang akan membimbing saya bagi matapelajaran Sains dan Puan Huda Zayani Bt Adam yang akan membimbing saya bagi subjek Bahasa Inggeris.

Sebelum memulakan pengajaran, guru pembimbing saya telah memberikan penerangan dan maklumat berkenaan kelas yang bakal di ajar. Beliau berbuat demikian untuk memudahkan saya menyesuaikan diri dengan murid yang akan diajar nanti.

Sepanjang berada di sekolah ini, saya menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Selasa. Aktiviti kokurikulum ini bermula pada pukul 3.45 petang sehingga 5.45 petang. Selain kegiatan kokurikulum, aktiviti senam robik juga dijalankan.pada setiap pagi hari Rabu. Terdapat guru yang bertanggunjawab untuk mengendalikan aktiviti ini. Guru-guru lain juga boleh turut serta dengan aktiviti ini. Senam robik ini bermula pada jam 7-o5 pagi.

Di sekolah ini, saya diterima dengan baik oleh guru-guru dan warga sekolah. Saya telah berkenalan dengan staf sekolah dan juga warga sekolah yang lain. Sepanjang berada di sekolah ini, saya juga diberikan tanggungjawab untuk menggantikan guru yang mempunyai urusan lain.

3. Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 3 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Segala kekurangan bagi praktikum fasa 3 boleh saya perbaiki dan lakukan penambahbaikan sebelum bergelar guru nanti.

Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran. Semua telah saya lalui untuk Praktikum 3 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Kami sentiasa bantu membantu terutamanya dalam menjayakan beberapa program sekolah.

Kesimpulannya, Praktikum 3 telah memberi gambaran kepada saya situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru berijazah kelak.

Você também pode gostar