Você está na página 1de 4

Soalan: Kes pembuangan bayi merupakan gejala yang semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini.

Peningkatan kes pembuangan bayi mencetuskan kebimbangan dalam kalangan anggota masyarakat. Tulis rencana tentang punca dan cara untuk mengatasi masalah ini. Kes Pembuangan Bayi : Punca dan Penyelesaiannya Oleh : Mohamad Ghulan Rasul Bayi digonggong anjing liar begitulah tajuk utama akhbar Berita Harian, 23 Mac 2011 yang lalu. Ternyata dengan membaca tajuk itu sahaja, kita sebagai manusia yang dianugerahkan ( 1 ) tidak akan menunggu walau sedetikpun untuk terus menyelak dan membaca kesinambungan daripada berita yang kadang kala tidak dapat diterima oleh akal sebagai ( 2 ) .Marcapada ini pula, kian hari kita dihidangkan dengan berita berkaitan dengan pelbagai ( 3 ) yang belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Malah berita tentang kes pembuangan bayi pula semakin hari semakin meningkat dan menjadi topik-topik perbincangan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah juga di hotelhotel bertaraf lima bintang. Sejak belakangan ini, hampir setiap hari kita terbaca berita menyayat hati tentang nasib bayi yang diibaratkan seperti sampah dibuang sesuka hati oleh ibu yang melahirkan mereka di merata-rata tempat seperti tong sampah, di perhentian bas, di dalam tandas awam, di dalam semak, di tepi longkang, di dalam sungai dan sebagainya yang ( 4 ). Walaupun tindakan diambil terhadap pesalah, namun gejala pembuangan bayi tetap menular ( 5 ) dalam masyarakat. Kempen yangg dijalankan oleh sebuah akhbar tempatan untuk menyedarkan masyarakat ibarat ( 6 ) sahaja. Tindakan ini juga samalah dengan kata pepatah Melayu seperti ( 7 ). Semakin banyak forum berkaitan dengan kemelut tersebut dilangsungkan, semakin banyak pula kes tersebut terjadi dalam masyarakat. Persoalannya, apakah puncapunca dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini ? ( 8 ) serta lemahnya pegangan agama adalah punca utama berlakunya kes pembuangan bayi. Rata-rata wanita yang membuang bayi adalah terdiri daripada golongan remaja yang terlanjur dengan teman lelaki masing-masing. Golongan yang bakal menerajui negara pada masa depan ini, ternyata masih belum matang sepenuhnya dalam membuat ( 9 ) hidup mereka. Mereka ini baru ( 10 ) serta masih mentah untuk ( 11 ). Kes ini dapat dielakkan jika remaja hari ini kuat pegangan agamanya serta tinggi ilmu agama di dada. Malangnya, remaja hari ini menganggap berpegang kepada ajaran agama sebagai sesuatu yang (12). Dengan ini mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan yang jelas dilarang oleh mana-mana agama yang dianuti. Ada juga segelintir remaja yang jahil sehingga tidak dapat membezakan sesuatu yang ( 13 ). Mereka ( 14 ) . Apa yang lebih mengejutkan, sesetengah daripada golongan remaja ini bangga melakukan hubungan seks dengan pasangan masingmasing kononnya untuk ( 15 ) antara mereka. Golongan terpesong akhlak ini biasanya ( 16 ) mereka itu di kawasan-kawasan rekreasi, di hotel bajet , di rumah sewa dan sebagainya. Oleh itu ibu bapa dan pihak berkuasa perlu memastikan anak-anak ( 17 ) ketika mereka masih di usia muda. Kata orang, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sikap masyarakat yang tidak prihatin juga menyebabkan kes pembuangan bayi ( 18 ). Masing-masing mengambil pendekatan jangan (19) dan mengamalkan prinsip bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sikap ini sudah menjadi (20) yang sememangnya lebih mengejar materialistik daripada terlibat dalam usaha membendung ( 21) ke kepala ini. Masyarakat hari ini tidak suka mengambil tahu hal ehwal orang lain. Mereka lebih ( 22 ) membuat hal sendiri dan tidak mahu terbeban dengan masalah orang lain. Mereka juga tidak berminat untuk menjadi saksi di mahkamah sekiranya mereka yang membuat laporan polis tentang sesuatu ( 23) .Masyarakat hari ini sanggup melihat kelakuan sumbang remaja seperti berduaduaan dan berkucupan di hadapan mata mereka kerana beranggapan bahawa perbuatan itu tiada kaitan dengan diri mereka. Walhal masyarakat hari ini seharusnya bersinergi dengan menegur kesilapan remaja dengan cara hikmah supaya mereka tidak berani ( 24 ) yang akan membawa kepada kes pembuangan bayi. Pengaruh rakan sebaya,yang berperangai buruk juga menyebabkan terjadinya kes pembuangan bayi. Remaja biasanya lebih mudah terikut-ikut rakan yang mengajak ke arah ( 25 ). Mereka terikut-ikut dengan ( 26 ) yang hanya tahu untuk berseronok dan bergembira semata-mata dalam meniti kehidupan. Mereka tidak mengendahkan nasihat ibu bapa yang telah membesarkan mereka sehingga dewasa. Lazimnya mereka tidak memikirkan implikasi yang bakal dihadapi kesan daripada ( 27 ). Yang paling penting bagi mereka ialah kenikmatan hidup walaupun perkara itu hanya bersifat sementara. Jika ada rakan yanag mengajak untuk melakukan seks bebas yang melanggar batas agama dan susila, mereka tanpa rasa bersalah dan tanpa memikirkan baik buruk perbuatan itu hanya menuruti ajakan kawan. Hasil perbuatan terlarang itu, ada remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah tanpa mengetahui bapa kepada anak yang dikandungnya itu. Oleh sebab bimbang dicemuh oleh keluarga dan masyarakat, remaja tersebut tanpa ( 28 ) terhadap janin yang dikandung, sanggup mengambil tindakan menggugurkan kandungan mereka dan membuang janin itu di kawasan pembuangan sampah. Jadi, pemilihan rakan sangat penting terutamanya ketika usia muda agar kehidupan remaja tidak terpesong oleh pengaruh rakan sebaya yang liar dan buruk akhlaknya. Masalah pembuangan bayi akan dapat dibanteras jika remaja diberikan kesedaran kendiri yang ( 29 ). Berlaku atau tidak kes pembuangan bayi bergantung pada diri seseorang. Kesedaran dalam diri remaja sepatutnya ditanam oleh ibu bapa sejak mereka masih kecil. Mereka perlu diberi panduan dan didikan agama sepanjang masa . Hal ini sedemikian kerana remaja biasanya mudah lupa dan mudah terpengaruh oleh ( 30 ). Kem-kem motivasi dan kesedaran agama merupakan antara cara yang ampuh dapat menyedarkan remaja tentang peri pentingnya patuh pada ajaran agama bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan seks bebas yang akhirnya menyebabkan berlakunya pembuangan bayi. Selain ibu bapa, pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil inisiatif bagi membentuk ( 31 ) sejak di bangku sekolah lagi. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah antara punca berleluasa kes pembuangan bayi. Oleh itu, kerajaan sepatutnya ( 32 )undang-undang yang tegas

terhadap remaja yang terlibat sebagai ( 33 ) terjadinya kes pembuangan bayi. Sehingga kini, orang yang boleh dikenakan tindakan ialah si pelaku, iaitu remaja perempuan yang terlanjur dengan pasangan masing-masing. Undang-undang yang sedia ada wajar dirombak bagi memastikan pelaku dan orang yang terlibat dalam perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini dapat didakwa dan dikenakan hukuman yang yang tegas. Rombakan undang-undang ini penting bagi memastikan lelaki ( 34 ) yang enggan bertanggungjawab sehingga mendorong pasangan mereka membuang anak dapat dikenakan tindakan yang tegas.Dalam hal ini, kita perlu memastikan agar kedua-dua pesalah ini menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah kejam. Pesalah kes ini wajar didakwa berdasarkan Seksyen 302 Akta Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Hukuman yang berat ini setidak-tidaknya dapat ( 35 ) untuk membuang bayi yang dikandung oleh mereka. Prinsip mencegah lebih baik daripada merawat perlulah diberi keutamaan. Intihanya, peningkatan kes pembuangan bayi semakin ( 36 ). Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjadi beban besar kepada negara dalam jangka masa yang panjang. Tidak mustahil jika pada suatu masa nanti, negara kita akan dipenuhi dengan anak luar nikah atau anak yang ( 37 ). Imej negara sebagai sebuah negara Islam juga akan tercalar sebagai akibat perbuatan tidak bermoral dan bercanggah dengan agama ini. Nasab dan keturunan keluarga di negara kita juga akan menjadi kucar-kacir dek kerana perlakuan zina yang semakin bercambah dalam masyarakat. Semua pihak sewajarnya ( 38 ) bagi membantu pihak bertanggungjawab untuk menangani kemelut sosial ini hingga ke akar umbi sehingga membuahkan hasil yang positif.

Pilihan Jawapan 1.dibekali ilmu agama secukupnya 2.meningkat secara mendadak. 3.menjaga tepi kain orang 4.hanyut dalam dunia yang penuh pancaroba. 5.akal yang waras dan pemikiran yang rasional 6.Dangkal dan cetek ilmu agama 7.insan bergelar manusia. 8.kebejatan sosial 9.melampiaskan nafsu muda 10.trend masyarakat masa kini 11.kebejatan sosial yang kian melonjak 12.senang dan cenderung 13.salah laku remaja. 14.melakukan mukadimah zina 15. keseronokan tanpa berkir panjang. 16.budaya hendonisme 17.membiarkan nafsu meraja dalam hati. 18.memikirkan dosa dan belas kasihan 19.dipimpin oleh ilmu agama dan moral. 20.perkiraan dalam mencaturkan 21.canggung apabila dikirkan dengan akal yang waras. 22.ibarat barah yang tiada penawarnya 23.membuktikan ikatan cinta yang mendalam 24.anasir-anasir yang kurang baik 25.kesedaran kendiri dalam diri remaja 26.merombak dan menguatkuasakan 27.berumur setahun jagung, dan berdarah setampuk pinang 28.masuk telinga kanan, keluar telinga kiri 29.mengawal hawa nafsu yang bergejolak dalam jiwa. 30.kolot dan ketinggalan zaman. 31.seperti hujan jatuh ke pasir 32.haram dengan sesuatu yang halal. 33.wahana untuk mengekang 34.hidung belang 35.menggerunkan remaja yang berhajat 36.meresahkan dan merungsingkan masyarakat. 37.dipungut di tepi jalan. 38.bersinergi dan menghulurkan tangan

Você também pode gostar