Você está na página 1de 4

AGAMA HINDU

Menurut agama hindu seseorang guru

dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia ini. Dalan hirarki social, guru diberi penghormatan yang amat tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa. Seorang guru agama hindu adalah orang yang paling berilmu sekali. Pakar dari segi kitab- kitab suci dan berupaya menunjukkan jalan yang benar dan betul berdasarkan pengalaman, amalan dan celik akal yang tinggi.

Seorang rol model di mana gaya hidupnya

seharusnya dicontohi. Guru mempunyai tanggungjawab moral dan professional untuk membentuk murid- murid menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab melalui disiplin yang ketat. Apabila guru sudah puas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

Terdapat duan jenis guru:


ACHARYAS UPADHAYAS

Jenis guru pertama dianggap lebih superior

kerana mengajar ilmu membentuk teori dan amalan berbanding dengan jenis guru kedua yang hanya menyampaikan teori sahaja. Acharyas duduk bersama- sama murid- murid di gurukula (rumah khas yang biasanya terletak dalam hutan) dan tidak mengenakan sebarng bayaran untuk perkhidmatan yang diberi.

Você também pode gostar