Você está na página 1de 8

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT.

( ALAT-ALAT MENJULANG ) Mengangkat dan mengerak beban yang berat dengan cara yang salah atau lalai akan mengakibatkan kemalangan. Oleh itu alat-alat menjulang yang betul hendaklah digunakan untuk mengangkat sesuatu beban yang sesuai diangkat oleh alat menjulang itu. Kertas penerangan ini menerangkan jenis-jenis alat menjulang serta cara menggunakanya dengan selamat. PENERANGAN : Terdapat banyak jenis alat menjulang yang terdapat didalam kerja-kerja mengangkat. Alat-alat itu adalh seperti berikut: 1. RODA DAN TAKAL. (BLOCK AND TACKLE) Terdapat berbagai jenis roda dan takal seperti roda dan takal yang menggunakan tali, wire atau rantai. a. Roda dan Takal Tali Manila. Roda dan takal tali adalah mudah dipasang tetapi hanya digunakan untuk mengangkat beban yang ringan sehingga 5 cwt. b. Roda dan Takal Rantai. Biasanya roda takal rantai diperbuat daripada keluli campuran cadium. Roda takal jenis ini boleh dibawa kemana-mana dan digunakan untuk kerja-kerja berat dari 5 cwt sehingga 1 ton.

c. Roda dan Takal Menggunakan Kuasa Motor


MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

Biasanya roda takal menggunakan tenaga sendiri untuk mengangkat beban tetapi roda takal rantai yang menggunakan Kuasa motor adalah amat mudah dikendali dengan cept dan mampu menanggoang beban yang lebih berat lagi Sebagai langkah keselamatan alat-alat menjulang ini hendaklah diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mempastikan tali dan rantainya dalam keadaan baik dan apabila mengunanya tidak boleh melebihi had Safe Working Load ( SWL ) 7ang dipaparkan kepada setiap alat-alat menjulang rada takal itu. .

2. CARA MEMASANG RODA TAKAL PADA BEAM. Beam tau alang adalah benda yang akan mengampu roda takal yang hendak digunakan. Biasanya beam ini diperbuat daripada keluli berbentuk I beam atau channel. a. Cara memasang. i. Pastikan beam yang hendak digunakan roda dan takalnya dalam keadaan baik dan kuat serta boleh menahan beban yang hendak diangkat. ii. Pilih Sling yang mempunyai Safe working load (SWL) yng boleh menahan beban dan berat roda dan takal itu. iii. Pasangkan Sling pada beam dengan cara seperti dalam rajah berikut , jika beam tadi mempunyai tepi tajam atau bergerigis, letakkan bahan lembut antara Sling dan beam untuk mengelakkan Sling daripada rosak. iv. Kemudian sambungkan cangkuk yang terdapat pada roda dan takal kedalam simpul pada Sling. Pastikan Simpul sling mengampu beban dengan sama rata. Biasanya beam dibuat khas untuk tujuan pengangkutan sahaja. Kadangkala beam terdapat didalam kawasan tempat kerja ataupu diluar seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah. Adakala beam direka khas untuk memboleh pasangan roda bergerak diatasnya. Dengan adanya roda ini roda takal itu dapat digerakkan disepanjang beam tersebut. Biasanya cara ini menggunakan roda takal yang berkuasa motor dipasang keatas beam tersebut. Apabila menggunakan roda takal bermotor, pastikan anda mengetahui cara mengendali arah pada suis kawalanya.

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

Terdpat juga cara lain untuk mengangkat beban tanpa menggunakan beam atau ditempat-tempat tidak terdapat kemudahan beam seperti:

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

a. Derrick . Derrick boleh dibawa dan dipasang dimana sahaja. Ia mengandungi sebatang tiang yang diampu oleh tali yang dipanggil Guy rope. Semasa memasang derrick pastikan tiang derrick dipacak dengan kemas kedalam tanah untuk mendapat ketegohan tiang kayu derrick tadi. Beban diangkat dengan roda takal b. Tripod Shear Leg. Sekurang-kurangnya dua orang diperlukan untuk mengangkat dan memasang tripod shear leg ini. Pastikan tripod shear leg ini boleh mengampu beban yang hendak diangkat dengan melihat SWL kaki tripodnya.

Cara-cara memasang. a. Gunakan Sling dan roda takal untuk mengangkat. b. Ketiga-tiga tiang (Tripod leg) dipasang sama jarak sama jarak. c. Apabila mengangkat beban hendaklah ditengah-tengah antara kaki tripod leg tadi. d. Jangan berdiri dibawah beban semasa mengangkat beban tadi. e. Semasa memasang tripod shear leg ini pastikan tanah disekeliling berkeadaan agak keras.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGANGKAT DAN MENGAMPU BEBAN.

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

a. Pastikan beban yang hendak diangkat tidak melebihi SWL (Safe working load) alat menjulang. b. Periksa keadaan rantai atau tali roda takal yang digunakan untuk mengangkat beban dalam kedaan baik. c. Beritahu dan araran kepada pekerja sekeliling kawasan mengangkat supaya mereka berjaga-jaga. d. Apabila mengangkat seboleh-bolehnya pastikanbeban tidak tergoyang , tergelincir atau meluncur keluar dari ikatanya. e. Jangan sekali-kali berdiri dibawah beban yang sedang diangkat atau beri amaran kepada sesiapa sahaja yang berada dibawah beban yang sedang diangkat dan juga sepanjang jalan beban yang diangkat hendak melalui. f. Periksa hahulu keadaan lantai dimana beban hendak diletakkan supaya tiada halangan. g. Letakkan pengampu dibawah tempat yang hendak diletakkan beban supaya senang untuk kerja-kerja pengangkutan kemudianya jika beban tadi hendak diangkat pula. h. Letak beban perlahan-lahan keatas pengampu supaya tidak terhentak dan rosak. i. Jangan biarkan beban tergantung begitu sahaja.

4. JACK.

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

Jack digunakan untuk mengangkat dan menurunkan beban sedikit demi sedikit. Apabila beban diangkat menggunakan jack, beban mestilah diampu oleh block atau stand yang sesuai sebelum dibiarkan begitu sahaja. Terdapat berbagai-bagai jenis jack seperti berikut: i. Screw jack. ii. Ratchet jack. iii. Hydraulic jack. iv. Adjustable jack. i. Screw jack. Screw jack menggunakan sistem bebenang untuk mengangkat dan menurunkan beban. Screw jack hanya boleh digunakan untuk beban yang ringan untuk diangkat dan diturunkan perlahan-lahan. ii. Ratchet jack. Ratchet jack pula menggunakn sistem ratchet untuk mengangkat dn menurunkan beban dengan cepat. iv. Adjustable jack. Adjustable jack yang dipasang dengan skru pelaras supaya ia boleh mengangkat beban dalam jangka jarak tinggi yang tertentu. Adjustable jack hendaklah mempunyai penyambung yang agak besar yang boleh mengangkat beban kepada ketinggian yang dikehendaki. Panjang penyambung hendaklah pada tahap minima supaya mendapat kestabilan maxima.

Cara-cara menggunakan jack. a. Tentukan jack yang digunakn mampu menanggung beban yang ditetapkan.

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

b. Tinggi beban hendaklah membolehkan jack masuk kebawahnya ketika hendak diangkat. c. Jack hendaklah diletak supaya apabila diangkat beban dalam keadaan stabil. d. Tempat yang diletak jack hendaklah rata dan keras supaya apabila diangkat jack tadi tidak akan terbenam. e. Periksa samada beban yang hendak diangkat ada tanda arahan bagaimana beban hendak diangkat. f. Pastikan jack dalam keadan baik sebelum digunakan. g. Letakkan jack dibawah beban (biasa pada bahagian 4 atau 6) supaya seimbang apabila beban diangkat. h. Pastikan tiada benda-benda berada dibawah beban semasa/selepas beban diangkat. i. Setelah diangkat pastikan beban tadi stabil, jika tidak stabil, turunkan semula dan laraskan jack supaya beban yang diangkat dalam keadaan stabil.

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

MENGGERAKKAN BEBAN BERAT. ( ALAT-ALAT MENJULANG )

Você também pode gostar