P. 1
08(a)+Isi+Pelajaran +Interaksi+1 (1)

08(a)+Isi+Pelajaran +Interaksi+1 (1)

|Views: 4|Likes:
Publicado porHaha Hoho T
fffq
fffq

More info:

Published by: Haha Hoho T on Jul 26, 2013
Direitos Autorais:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/23/2014

pdf

text

original

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 1
1.1

PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

Sipnosis Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem
ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi.

1.3

Definisi dan Pengertian Ekosistem

Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993).

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara

1

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997).

(iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai dengan keadaan ekosistemnya.

(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi

2

1. fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem . nitrogen. pengguna yang pelbagai dan pengurai .4 Fungsi Ekosistem Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-bahan. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Air.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material. perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. . Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. karbon. Semak Kendiri 1 i. Terangkan bagaimanakah ekosistem berfungsi? 3 . Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar. Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? ii. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.

Delmar Publishers. 3. and Forseth. Blackwell 1. I. Science. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Coyne.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web online 4 . http://soils. (2002) Introductory Ecology.S. Chapter 4 The macrofauna. M. earthworms and other creatures. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes.ants.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SENARAI BAHAN RUJUKAN 1. Cotgreave.usda. P. 2. Soil Biology Primer [online].

Komunitikomuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem 2. ekosistem kolam hutan gambut. anda dapat: 1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem 2. 2.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 2 2. 3. ekosistem padi dan . Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar 5 . Setiap ekosistem mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada lokasi yang berbeza. ekosistem hujan tropika. 2. ekosistem seperti ekosistem sawah akuatik. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.1 Ekosistem Akuatik dan agro ekosistem ekosistem ladang kelapa sawit.1 JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM Sinopsis Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada tahap biodiversiti dalam sesuatu ekosistem.3.3 Jenis-Jenis Ekosistem Terdapat pelbagai jenis ekosistem hutan yang utama diantaranya adalah ekosistem hutan paya bakau.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini.

Bahagian cetek (oceanic) ii. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan klorida. Bahagian air dalam (Profundal) iii. Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin. Muara (estuaries) vi. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih utama dunia. Ikan dalam ekosistem marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar .3. Dasar laut (benthic). Masalah alam sekitar yang 6 . Paya Garam (salt marshes) vii. Kawasan antara tidal (tides) tinggi dan rendah (intertidal) v. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian perseribu (ppt) . Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah alga perang.2 Ekosistem Air Masin (Marin) Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Kawasan bakteria sulfur kimosintetik membentuk makanan asas (hydrothermal vents) . Terumbu Karang di Pulau Perhentian Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :- i . cephalopods. dinoflagellates.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2. dan jerung. iv. echinoderms. Terumbu Karang (coral reefs) ix. karang.

Tanah Lembab (Wetlands). Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien penting kepada hidupan lain. 7 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak mampan.009% dari jumlah air dunia.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0. Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang produktif.3. 2. pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai. Ekosistem Air Tawar Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu. 3. pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. 2. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah kehilangan air. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia. empangan.3 Ekosistem Air Tawar Ekosistem ini meliputi 0.- 1. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai. kawasan dimana tanah tepu dengan air Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber makanan kepada ikan anaromous. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia.

3. Terdapat juga ular. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan ini . Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien. penampung banjir. Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi tekanan kepada ekosistem akuatik. iklimnya adalah sangat panas. Sebagai contoh kitar nutrien. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2. 2.1 Ekosistem Kolam Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang asas iaitu pengeluar. Ekosistem Kolam 2. Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. air bersih.2 Fungsi Ekosistem Akuatik Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. serta menerima lebih daripada 250 di Hutan hujan tropika dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 ° C 8 . kumbang air dan kura-kura.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan di kawasan sekitar garisan tanah pamah seperti keseluruhan bumi dan terletak Khatulistiwa.3. oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan . Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada ikan. saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk kehidupan haiwan liar.3.3.3.

adalah kawalan iklim utama di hutan Hutan Hujan Tropika 2.ciri terendam kawasan air iaitu meliputi air. Factor Ini menjadikan kawasan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI sm³ hujan setahun.5 Ekosistem Paya Gambut Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah tumbuhan setebal 20 meter. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama ini sangat sesuai untuk pertumbuhan sepanjang tahun. kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta yang berasid. Dianggarkan terdapat seluas 1. di mana 70% Sarawak.3. kurang daripada 20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah. Ia adalah mati dan lapisan bahan daripada tumbuhekosistem yang unik dengan ciri. Faktor latitud hujan tropika.54 ribu hektar daripadanya terdapat di tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia. Ekosistem Paya Gambut 9 .

Kompleksiti dan Kestabilan Biodiversiti berapa sesuatu adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies. atau bilan gan sesuatu jenis komuniti yang terdapat di ekosistem ber gantung kepada banyak variasi genetik ekosistem . Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat daripada atas . katak beracun Sebagai contoh dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam. Kerana kompleksiti ekosistem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil. granuliferus yang leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta berwarna merah di bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau. Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan biojisim total. Satu cara adalah sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu.4.4 Biodiversiti.Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini. lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu. Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran yang berkesan. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. D.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2. Anai-anai penting sebagai pengurai di kawasan ini. biodiversiti sesuatu beberapa Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan untuk mendefinisikan sebagai cara yang berbeza. tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Ada haiwan yang hidup di lantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika di kanopi hutan ini. D. 10 .1 Biodiversiti. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun hidup. 2. Serangga adalah adalah sangat hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Tumbuh-tum buhan di ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Kompleksiti ekosistem .

Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai. Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya Gambut Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat tinggal lebih kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan bagi daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai jadi tumbuhan. 2. harimau. Storm’s bank gen semula Proboscis Monkey. Senaraikan perbezaan dan persamaan dengan Hutan Paya Gambut. Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia diantara ekosistem Hutan Hujan Tropika 11 . Rhinoceros. Aktiviti 1 1.4. gajah asia. Sumatran Stork and Wrinkled Hornbill. Civet Otter.2 Biodiversiti.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2.

balak. habitat untuk perikanan. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan kepada tanah. tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat .mengitar dan menggerakkan nutrient. air. penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah. Banyak aktiviti manusia yang mengganggu .1 PERKHIDMATAN EKOSISTEM Sinopsis Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih. Di antara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan. air dan udara. baja dan bahan buangan haiwan. pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. makanan dan kesihatan kita. mengubah ekosistem setiap hari seperti pengaliran racun perosak.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. 3. dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan). merosakkan. Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. penggunaan per kapita. menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji benih.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 3 3. pencemaran tanah. Unsurunsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsurunsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang. anda dapat: 1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia .memperkenalkan spesies bukan asli.3 Kitaran Biogeokimia Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. 12 . Membincangkan perkhidmatan ekosistem.Ekosistem semula jadi . Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar perkembangan manusia (saiz populasi. 3. 2.

Air boleh bertukar bentuk daripada cecair. Rajah 3. Dengan tadahan yang lain.1 Kajian Kes: Kitaran air Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi. Satu contoh semasa proses pengewapan. pemendakan. di atas dan dibawah permukaan tanah. wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran air ini. pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi. Semasa proses-proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair. Rajah kitaran air menerangkan kesignifikan menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. kawasan tadahan ke kawasan membekalkan tanah dengan air bersih .3. kondensasi. bahagian bumi yang lain. penurasan. Bertentangan dengan proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga kepersekitaran dan dalam memanaskan persekitarannya. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengewapan. Air dan memindahkan garam mineral ke juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi 13 . yang menyebabkan suhu berubah.1 Kitar Air Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. pepejal dan gas. perpindahan air dari satu kitar air menulenkan air. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. pengaliran permukaan.

14 . Nitrate yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik. NH3. 3. dimana setiap nutrien di persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini . Asid nitrik. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen.3.2.1 3. Kedua -dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah. NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. HNO3.3. ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem. Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1 Kitar Nitrogen. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik. Dua nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen. kemudian kepada ion nitral lain (NO3-). mengikatkan nitrogen di udara dan menukarnya kepada ammonia. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba . Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI bumi melalui proses hakisan dan pemendakan.

Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan Proses Haber.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kitar Nitrogen Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk membentuk ammonia. Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai baja. bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen. juga gas rumah hijau yang meyumbang kepada pemanasan sejagat. 15 . Lain-lain hasil dari proses ini ialah nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa . Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan. Untuk melengkapkan kitar nitrogen. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat.

Ini memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora. 16 . Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon.ia menggunakan karbon dioksid daripada udara .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida. kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon.2 Kitar Karbon Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria. haiwan yang memakan tumbuhan. kanji. Bila tumbuhan berfotosintesis . protein dan makanan lain. dan menggunakannya untuk membina molekul gula.3. Karnivora seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati.3.

5 Kitar Fosforus .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3.3.3.6 Kitar Kalium 17 . 3.

http://soils. Chapter 4 The macrofauna. and Forseth. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. P.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web [online] Chapter 2 The food web and soil health 18 .S. earthworms and other creatures.3. 3. M.7 Kitar Sulfur Senarai Rujukan 1. (2002) Introductory Ecology.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. Blackwell Science.ants.usda. Delmar Publishers. Coyne. Soil Biology Primer [online]. I. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. 2. Cotgreave.

tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh. Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon – tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Sebagai contoh. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Walaupun begitu. kemudian gunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Amali 1 Ekosistem Tanah . Pilih dari laman.di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. aman. laman dan lain-lain) dan ciri. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. buang ciri tersebut. 19 . hutan. bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil. haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana. Tugasan: Mengukur Makrofauna Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik.Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan. nutrien dan air. paya. dimeterikan dan dilabelkan dengan nama anda dan lokasi kutipan.ciri dalam jadual di bawah. menyimpan dan memindahkan tenaga . Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Pada setiap lokasi. Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah. Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer). kawasan tumbuhan asli.

Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Ta pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir. Masukkan sampel dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari. Kenalpasti semua organisma dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki – 20 . periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah Daripada beg-beg sampel . liat dll Lokasi 1 Lokasi 2 Jadual 1 Kembali ke makmal. Biarkan selama 2 hari. mengikut prosedur yang sama. kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji. campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. anda akan boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi.

kumpulan B 8 kaki – laba-laba. Kira jumlah individu dalam setiap kumpulan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI cacing. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ Jadual 3 21 . Jika terlalu banyak. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ Jadual 2 Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri. hama dan lain-lain). b. a. dan kenal pasti dalam kumpulan. anggarkan jumlah yang sepatutnya.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. pendahuluan yang menerangkan tentang amali tersebut. nematod dan lain-lain). Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. apa yang mereka lakukan (pemangsa. pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga 22 . individu seliter tanah/litupan bil.perbezaan tersebut? 2. dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat dan betul.fungi. dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. 1. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan. Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi menunjukkan keputusan anda. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan. 3. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi lokasi contoh: bil individu kum. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. labelkan jenis-jenis biota (contohnya. B seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan 15 7 Laporan Anda – Menerangkan peranan biota tanah Laporan anda mestilah mengandungi tajuk.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI berlaku. Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda. 4. 23 . Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ianya sihat. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang berfungsi. jaringan makanan boleh menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna mikrofauna? Apakah fungsi-fungsi utama dua kumpulan tersebut? dan 5. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah? 6. dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Contoh.

Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ 24 . pilih dua lokasi di kawasan institut anda untuk membuat kajian lapangan ekosistem tanah. Dalam kumpulan 4 orang . Lengkapkan jadual-jadual berikut: Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir. 3. liat dll) Lokasi 1 Lokasi 2 Jadual 1 a.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI ILMU PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK )1 Pengumpulan Data Ekosistem Tanah Arahan: 1. 2. Buat pemerhatian terhadap beberapa ciri-ciri yang terdapat di lokasi-lokasi tersebut.

B seliter tanah/litupan bil. dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Jadual 2 b. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ Jadual 3 Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. individu seliter tanah/litupan 15 7 25 . individu seliter tanah/litupan bil. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi lokasi contoh: bil individu kum.

Menilai pelaporan. TAKSIRAN: 3. Soil Microbiology.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web (Jaringan makanan Tanah) Chapter 2 The food web and soil health (Jaringan makanan dan Kesihatan Tanah) 26 .S.gov/sqy/concepts/soil_biology/Create soil food web 2.usda. Ch. http://soils. 1. Coyne M. Soil Biology Primer [online].SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 4. 1999. 4 The macrofauna. RUJUKAN. 3. Bincangkan dan hantarkan laporan kajian kepada pensyarah anda untuk di beri markah.usda. Delmar Publishers. http://soils.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 27 .

You're Reading a Free Preview

Descarregar
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->