Você está na página 1de 1

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK KITARAN AIR Nyanyian Kamus Dewan

Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang dilagukan dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk Kitaran Air yang akan dinyanyikan oleh murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat fakta. Masalah Ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta Sains. Justeru, pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu murid mengingat fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran Sains. Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5 dalam menguasai mata pelajaran Sains iaitu dengan mengingat fakta secara mudah, berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Tindakan: Pengkaji telah memilih melodi lagu Tanya Sama Pokok kerana lagu tersebut telah diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya, pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu Kitaran Air

Você também pode gostar