Você está na página 1de 7

1.

PENGENALAN

Drama merupakan sebahagian daripada alam kehidupan kanak-kanak yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa drama beerti dunia bagi kanak-kanak adalah kosong. Selain daripada itu, drama juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Kanakkanak yang sentiasa berdrama sama ada sendirian mahu pun ketika bersama rakan sebaya. Mereka sentiasa member respon kepada drama dan akan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila berdrama. Kecenderungan berdrama memperlihatkan kanak-kanak mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya. Dengan penglibatan kanakkanak secara aktif dalam kegiatan berdrama akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan social kanak-kanak itu sendiri. Tugasan ini membincangkan tentang satu cabang seni yang indah dan halus ini iaitu drama. Bab dua tentang definisi dan jenis-jenis drama. Bab tiga membincangkan tentang drama dan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental,emosi dan social, manakala bab empat pula kepentingan drama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bab kelima membincangkan tentang drama dan perpaduan negara seterusnya satu rumusan disertai pada bab terakhir. Satu contoh drama yang melambangkan perpaduan juga disertakan sebagai bukti bahawa drama memainkan peranannya yang besar terhadap perpaduan kaum yang pelbagai di negara yang bertuah ini.

2.0

DRAMA

2.1

Definisi

Perkataan drama berasal daripada perkataan dran (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama juga dapat didefinisikan sebagai karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupan dengan gerak. Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek ) berpendapat bahawa drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Menurut The American Colledge Dictionary dalam kertas kerja seminar Bengkel Penggunaan Bahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM, drama merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari).

Drama

merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan main peranan ialah permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak-kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanakkanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan teknik lakonan dan drama kreatif merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk melatih kanak-kanak memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi); dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak-kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama kreatif merupakan satu proses spontan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, emosi atau cerita dengan menggunakan teknik-teknik drama. Frasa drama kreatif ini memberikan makna yang berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah. Definisi dan panduan melaksanakan drama kreatif bergantung kepada matlamat program dan umur kanak-kanak. Namun, kita akan mendapati bahawa perkataan-perkataan seperti berlakon, imaginasi dan main sering disebut-sebut dalam mentafsirkan makna drama kreatif. Ia juga merupakan medium bagi kanak-kanak untuk meluahkan atau memperlihatkan diri mereka sendiri iaitu melalui pergerakan, bahasa badan, bahasa verbal dan nonverbal. Azman Wan Chik ( 1981) menyatakan bahawa drama kreatif adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid-murid belajar secara bermain. Sesungguhnya belajar sambil bermain adalah satu konsep dalam alam pendidikan yang dapat menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti.

Menurut Omar Mamat (1995) pula, drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan aktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara menyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaran pelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa.

2.2

Jenis-Jenis Drama Terdapat beberapa jenis drama yang sering dipertontonkan kepada masyarakat antaranya ialah ;

a. Drama Tragedi

Cerita drama yang termasuk jenis ini adalah cerita yang berakhir dengan duka lara atau kematian. Contoh film yang termasuk jenis ini di antaranya Romeo dan Juliet atau Ghost. Sementara contoh FTV misteri yang termasuk dalam jenis ini misalnya Makhluk Tengah Malam yang ending-nya bercerita tentang si istri yang melahirkan bayi genderuwo. Cerita ini bukan berakhir dengan kematian, tapi kekecewaan atau kesedihan. Oleh karena itu, cerita Makhluk Tengah Malam dapat digolongkan ke dalam jenis drama tragedi.

b. Drama Komedi

i.

Komedi Situasi

Merupakam cerita lucu yang kelucuannya bukan berasal dari para pemain, melainkan karena situasinya. Contoh drama jenis ini antara lain Sister Act dan Si Kabayan. Sementara contoh sinetron yang termasuk dalam jenis ini antara lain Kawin Gantung, Bajaj Bajuri, dan Kecil-Kecil Jadi Manten.

ii. Komedi Slapsti

Merupakan cerita lucu yang diciptakan dengan adegan menyakiti para pemainnya. Misalnya, saat di kelas terjadi kegaduhan karena sang guru belum datang. Kemudian teman yang culun digoda teman yang lain dengan menulisi pipinya menggunakan spidol. Contoh film komedi slapstic ini di antaranya ialah filem The Mask dan Tarzan.

iii. Komedi Farce

Cerita komedi Farce pula ialah cerita lucu sengaja menciptakan kelucuan kelucuan dengan dialog dan gerak laku lucu. Beberapa tayangan television yang termasuk jenis ini adalah Cerita komedi Senario dan sebagainya.

c. Drama Misteri

i.. Kriminal

Merupakan drama misteri yang sangat terasa unsure suspense dan biasanya menceritakan seputar kasus pembunuhan. Si pelaku biasanya akan menjadi semacam misteri karena penulis skenario memerkuat alibinya. Sering kali dalam cerita jenis ini beberapa tokoh bayangan dimasukkan untuk mengecoh penonton. ii. Mistik

Merupakan kisah misteri yang bercerita tentang hal-hal yang bersifat klenik atau unsur ghaib.

d. Drama Laga/ Action

i. Modern

Cerita drama yang lebih banyak menampilkan adegan perkelahian atau pertempuran, namun dikemas dalam setting yang modern. Contoh drama jenis ini ialah KL Drift, KL Menjerit, Adnan Rempit dan banyak lagi.

ii. Tradisional Cerita drama yang juga menampilkan adegan laga, namun dikemas secara tradisional. Beberapa sinetron yang termasuk jenis ini antara lain Misteri Gunung Merapi, Angling Dharma, Jaka Tingkir, dan Wali Songo. Untuk jenis drama laga ini biasanya skenario tidak banyak memakai dialog

panjang, tidak seperti skenario drama tragedi atau melodrama yang kekuatannya terletak pada dialog. Jenis ini lebih banyak mengandalkan action sebagai daya tarik tontonannya. Penontonnya bisa merasakan semangat ketika menonton film ini. e. Melodrama

Drama jenis ini bersifat sentimental dan melankolis. Ceritanya cenderung terkesan mendayu-dayu dan mendramatis kesedihan. Emosi penonton dipancing untuk merasa hiba. Penulis skenario cerita jenis ini jangan terjebak untuk membuat alur yang lambat. Konflik harus tetap runtun dan padat. Contoh drama adalah seperti filem Ombak Rindu.

Você também pode gostar