Você está na página 1de 12

Tajuk

: Amali 1 (Awan)

Tujuan Amali

Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca yang berlaku ketika pemerhatian dijalankan.

Hipotesis

Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran

Kemahiran Proses Sains : 1. Memerhati 2. Mengelas 3. Meramal 4. Membuat inferens 5. Komunikasi 6. Mentafsir data 7. Membuat hipotesis

Alat / Radas

: Kamera Digital, Pen, Kertas

Prosedur Amali

1) Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada manamana sumber bahan bacaan. 2) Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut. 3) Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang sama. 4) Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital. 5) Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak. 6) Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan. 7) Laporan lengkap amali disediakan. 8) Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta sebagai bahan sokongan pemerhatian. 9) Kepentingan dapatan amali dibincangkan.

Keputusan

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap awan selama 2 minggu. Tarikh mula : 28 Mac 2012 Tarikh akhir : 10 April 2012 Lokasi Penanda : Di hadapan Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka. : Tangki air di atas bukit dan jejantas laluan pejalan kaki.

Masa Bil Tarikh & Keadaan Cuaca 1. 28 Mac 2012 10.15 am Awan Sirus. Gambar Jenis Awan

Cuaca

Jamadilawwal cerah. 1433 H (Tidak hujan)

2. 29 Mac 2012 10.25 am Awan Kumulus

Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H redup (tidak hujan)

3. 30 Mac 2012 10.10 am Awan Altostratus

Cuaca &

Jamadilawwal redup 1433 H

mendung (selepas hujan)

4. 31 Mac 2012 11.00 am Awan Nimbostratus

Cuaca

Jamadilawwal mendung 1433 H (Sebelum hujan)

5. 1 April 2012 11.00 am Awan Kumulus

Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H tidak hujan

6. 2 April 2012 10.40 am Awan Altostratus

10

Cuaca

Jamadilawwal mendung 1433 H & selepas hujan

7. 3 April 2012 10.20 am Awan Kumulus

11

Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H tidak hujan

8. 4 April 2012 10.20 am Awan Sirostratus

12

Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H tidak hujan

9. 5 April 2012 10.40 am Awan Nimbostratus

13

Cuaca

Jamadilawwal mendung 1433 H & sebelum hujan

10. 6 April 2012 10.40 am Awan Kumulus

14

Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H tidak hujan

11. 7 April 2012 10.30 am Awan Altostratus

15

Cuaca

Jamadilawwal mendung 1433 H & selepas hujan

12. 8 April 2012 11.00 am Awan Sirostratus 16 Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H tidak hujan

13. 9 April 2012 10.15 am Awan Kumulus

17

Cuaca &

Jamadilawwal cerah 1433 H tidak hujan

14. 10 April 2012 10.30 am Awan Nimbostratus

18

Cuaca

Jamadilawwal mendung 1433 H & sebelum hujan

Perbincangan

Tugasan berkenaan awan dan cuaca memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada kami. Selama ini kami sekadar mengetahui tentang cuaca mendung, cerah dan hujan sahaja. Kini kami mengenali nama-nama awan dan cuaca yang berlaku seiring dengan perubahan bentuk awan itu sendiri. Rupa-rupanya kita boleh mendapat maklumat tentang cuaca melalui pemerhatian terhadap bentuk atau jenis awan. Melalui pemerhatian kami selama dua minggu, iaitu bermula pada 28 Mac 2012 hingga 10 April 2012, saya dapati terdapat 6 jenis awan yang kelihatan sepanjang tempoh pemerhatian itu. Antaranya ialah awan alto stratus, nimbo stratus, sirro

stratus, cumulus dan awan sirus.Berikut ini ialah jadual kekerapan awan dan carta pai , sepanjang tempoh pemerhatian kami itu.

BIL

JENIS AWAN

PERINGKAT AWAN

KEKERAPAN JENIS AWAN SEPANJANG PEMERHATIAN

1. 2. 3.

Sirus Altostratus

Tinggi Sederhana TInggi

1 2

Kumulus

(Kumpulan Awan Tegak)

4. 5. 6.

Nimbostratus Sirostratus Altokumulus

Rendah Tinggi Sederhana

3 2 1

Jadual 1 : Jadual Kekerapan Jenis Awan

Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan


Awan Sirus 7% Awan Sirostratus 14% Awan Nimbostratus 22%

Awan Kumulus 36%

Awan Altostratus 22%

Rajah 2 : Carta Pai Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan

Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan carta pai di atas, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis awan Kumulus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak 36% sebanyak 5 kali pemerhatian. Awan Kumulus ini ialah jenis awan yang berada di peringkat tinggi yang sedang dalam peringkat menaik ataupun Awan Tegak. Awan cumulus ini merupakan awan yang berkepul-kepul warna putih kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Awan nimbostratus dan awan altostratus pula dilihat sebagai awan yang berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 22% dengan 3 kali pemerhatian. Awan nimbo stratus ialah awan peringkat sederhana. Awan nimbo stratus berbentuk seperti lapisan-lapisan yang tebal dan gelap. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan lebat. . Awan alto stratus adalah awan berbentuk jalur-jalur berwarna kelabu kebiru-biruan. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan yang meluas dan berterusan.

Awan sirostratus pula mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 14 % daripada jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan pemerhatian sebanyak 2 kali Seterusnya, awan sirostratus adalah awan yang berbentuk nipis dan halus. Bentuknya juga seperti berjalur halus dan berserabut. Awan ini memberi petanda cuaca cerah jika susunannya tidak teratur. Namun, jika sususan awan sirostratus ini tersusun, cuaca menunjukkan kurang baik. Kemudian, awan yang paling sedikit kekerapannya muncul sepanjang tempoh pemerhatian kami ialah awan sirus. Awan sirus hanya mencatat kekerapan sebanyak 7% sahaja sepanjang tempoh pemerhatian dengan pemerhatian sebanyak sekali sahaja dalam tempoh dua minggu. Awan sirus ini merupakan awan pada peringkat tinggi. Berdasarkan hasil pemerhatian kami, kebanyakan awan yang muncul ketika waktu pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah. Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan cumulus iaitu awan yang menunjukkan cuaca cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian kami. Namun, pola kekerapan awan cumulus ini dapat dilihat selang sehari atau dua hari. Di antara hari awan kumulus ini dapat diperhatikan jenis awan seperti awan nimbostratus dan awan altostratus. Jenis awan nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala awan altostratus menunjukkan bahawa hujan telah turun dan cuaca mulai cerah. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Mac-April ini cuaca di negeri Melaka ini mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun, namun kuantiti hujan tidak sebanyak ketika musim hujan pada penghujun tahun. Apabila kami merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji cuaca di Melaka ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa sistem ramalan kaji cuaca di Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya.

Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan

bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar factor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi kemudahan kepada sektor penerbangan, industry cari gali, perkapalan, ketenteraan termasuk marin dan tentera udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku. Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.

Kesimpulan

Hipotesis diterima. Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran. Kesimpulannya, pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan salah satu factor utama yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca.

Cadangan Penambahbaikan

Setelah selesai menjalani amali ini, kami ingin mencadangkan agar dapat menjalankan amali lain yang berkaitan dengan factor yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca. Contohnya, factor kelajuan angin turut termasuk dalam ramalan cuaca. Mungkin kami, guru pelatih boleh didedahkan dengan anemometer yang sememangnya digunakan untuk mengukur kelajuan dan arah angin di atas permukaan bumi. Selain itu, mungkin pembelajaran akan lebih menarik jika guru pelatih dapat mempelajari kaedah manual yang ringkas untuk meramal cuaca selain daripada membuat pemerhatian terhadap awan. Peralatan asas untuk meramal cuaca seperti tolok hujan, perakam sinaran matahari dan tangki sejatan boleh dipelajari untuk mendalami ilmu ramalan kaji cuaca ini.

Você também pode gostar