Você está na página 1de 2

AGENDA IT NEGARA BAGI MASYARAKAT LUAR BANDAR DAN

PEDALAMAN: PERANAN PUSAT PENGAJIAN E-KOMUNITI


TERHADAP PEMBANGUNAN KEMAHIRAN E-LITERASI DALAM
MENGURANGKAN JARINGAN DIGITAL

UKM-SK-05-FRGS0002-2006

Prof Madya Dr. Hazita Azman, Prof. Madya Dr. SIti Hamin Stapa, Dr. Jamilah Mustafa,
Dr. Tengku Nor Rizan Tengku Mohd Maasum, Dr. Zaini Amir, Kalthum Ibrahim, Noraza
Zabidi
Norwati Md. Yusof

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji sejauh mana Pusat E-komuniti atau telecentre yang
ditubuhkan di kawasan luar bandar mempengaruhi tahap kesediaan dan aplikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT) dalam penggunaan dan amalan e-
literasi masyarakat desa terutamanya belia, wanita dan warga tua. Kajian ini
mengenalpasti faktor-faktor penting yang mempunyai kesan signifikan ke atas E-literasi
dan ilmu ICT di kalangan pengguna pusat-pusat berkenaan seperti infrastruktur, capaian
(accessibility), tahap kemahiran ICT, kualiti perkhidmatan, kesediaan dan aplikasi
penggunaan sistem ICT, pembangunan dan pembentangan maklumat serta etika dan
kawalan keselamatan akan dikenalpasti. Data kajian diperolehi dari 239 responden dari 3
lokasi iaitu Sungai Koyan, Sungai lembing dan Sanggang di Pahang dengan
menggunakan soalselidik. Poster penyelidikan ini memaparkan tiga dapatan awal yang
amat penting dan signifikan tentang peranan pusat e-komuniti desa. Pertama, definisi E-
literasi yang merangkumi 10 komponen kritikal kompetensi literasi abad 21. Kedua,
dapatan kajian yang signifikan menunjukkan bahawa Pusat E-komuniti di ketiga tiga
lokasi desa mempengaruhi tahap kesediaan dan aplikasi ICT dari segi penggunaan dan
amalan e-literasi mengikut kategori umur; belia, dewasa dan warga emas ( F[20,454] =
5.29, p< 0.05; Wilks‘ Lambda = 0.658; partial eta squared = 0.18) serta golongan wanita
luar bandar ( F[20,212] = 6.66, p< 0.05; Wilks‘ Lambda = 0.387; partial eta squared =
0.37). Dapatan kajian yang ketiga menunjukkan faktor-faktor penting yang menyumbang
kepada pembangunan, perkembangan dan penggunaan kemahiran e-literasi dalam
kalangan pengguna pusat e-komuniti. Antara faktor yang signifikan ialah kualiti
fasilitator ( F[2,236] = 79.32, p<0.05, partial eta squared = 0.402) dan perkhidmatan
pusat e-komuniti ( F[2,236] = 13.04, p<0.05, partial eta squared = 0.100). Berasaskan
rujukan literatur dan dapatan kajian, penyelidik bertujahan untuk menyarankan satu
kerangka kerja perancangan strategik ICT (ICT strategic framework) yang bakal menjadi
garis panduan usaha merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat desa supaya tidak
terpinggir dalam era ICT abad 21.

Você também pode gostar