Você está na página 1de 3

Soalan favourite kertas peperiksaan BM sekolah rendah

by Yati Yusof

Exam Oh Exam Anak2 saya (tahun 5 dan tahun 3) baru selesai peperiksaan akhir tahun mereka. Leganya rasa. anak nak periksa memang ibu2 yang selalunya lebih risau dan sibuk. Setelah meneliti soalan peperiksaan Bahasa Malaysia (pemahaman), apa yang saya perasan cikgu2 suka soalan2 yang merujuk kepada perkara2 yang anak2 sekarang terutamanya di bandar dah tak lalui. Ini agaknya soalan2 killer era kini. Sekali baca soalan, pada kita (yang dah tua ni lebih2 lagi yang macam saya asal dari kampung) senang kacang takkan tak tau. Rupa2nya anak saya memang tak tau. Antara contoh soalan: 1. Nenek duduk di serambi sambil _____ lidi. Jawapan: A. memotong B. meraut C. menghiris D. menebang Ulasan ibu: Cemana la nak tau ye, dah atok nenek anak saya di kampung pun tak buat lidi sendiri lagi. Saya di rumah pun jarang guna penyapu lidi. Atok saya dulu selalu la buat. Memang sayalah antara pembantu dia meraut lidi sama2 (teringat aruah Maktok Al Fatihah untuk Hajah Tasah). Betapa zaman sudah berubah Malahan serambi yang digunakan di dalam soalan di atas pun ramai anak2 sekarang tak tau. 2. Soalan penulisan Tahun 3 pulak (Bahagian A): Gambar semasa musim buah. Seorang perempuan sedang memetik buah mangga menggunakan galah, seorang lagi sedang membelah buah durian. Macam frust aje bila anak balik dia cerita dia buat ayat macam ni: Emak menjatuhkan buah mangga menggunakan sebatang kayu. Huhuhu dimanakah silapku? Nak kata speaking London aje kat rumah tak juga. Jatuhkan buah?? Yang sedih tu dia tak tau nama kayu yang digunakan untuk petik buah kita panggil galah dan ianya diperbuat daripada buluh. Nak kata tak ada kampung, ada nak kata tak pernah tengok, pernah agaknya sebelum ni dia tengok dari jauh sahaja. Saya dan suami pun mungkin tak bercerita dengan terperinci mengenai benda2 sekeliling yang ada dikampung. Hmmm suatu yang harus diperbaiki. Balik kampung lepas ni kena bawa anak2 ronda sampai kebun belakang rumah agaknya. Jangan asik biarkan anak2 main sendiri sahaja. Aktiviti harus dipantau dan dirancang. Tahun lepas suami saya membawa anak2 menoreh getah di belakang rumah di kampung. Cara inilah yang patut diteruskan. Agak2nya kalau soalan2 yang serupa diberikan pada pelajar2 di kampung, boleh tak mereka score? Bukan sesuatu yang memalukanlah jika pelajar tingkatan 3 sekarang pun tak tahu mengenai menggiling cili.

Sesiapa yang masih memiliki batu giling di kampung elok lah disimpan baik2 dan tunjukkan kepada anak2.

Lawatan sambil belajar ke kebun getah Atok. Pengajaran / panduan buat kali ini: 1. Anak2 bandar harus didedahkan dengan aktiviti2 kampung. Bila balik kampung main permainan cara kampung. Sorok jauh2 iphone / ipad / game2 masa kini. Cadangan aktiviti:

lawatan ke sawah bendang / kebun. Kayakan nahu mereka dengan nama2 pokok, alatan2 berkebun etc. ajar mereka main permainan tradisional di luar rumah seperti main galah, main guli, main getah zero point dll. ajak mereka tolong orang dewasa buat kerja. Dalam masa yang sama macam2 boleh belajar.

2. Masa cuti sekolah rancang percutian yang ada elemen2 pembelajaran. Contohnya: Kalau ke Trengganu, singgah ke Arfah Batik HQ. Ada demo mencanting batik. Kita belajar sama2 dengan anak. Tengok tempat penyu bertelur (membuatkan saya teringat sebuah dokumentari mengenai tabiat penyu bertelur sewaktu tahun 80an di RTM1. Sarat dengan maklumat dokumentari tu. Sampai hari ini saya tak lupa terbayang2 scene penyu menangis meninggalkan telur2nya yang sudah ditimbus). 3. Seeloknya sebelum pergi ke satu2 tempat, buatlah kaji selidik sedikit mengenai tempat2 tu seperti: makanan popular, sejarah, atau apa2 jua maklumat berkenaan tempat tu dan orang2 yang tinggal di sana. Kemudian boleh lah kita jadi tourist guide kepada anak2 dengan bercerita kepada mereka pula sambil2 makan angin. 4. Galakkan anak2 buat scrap book untuk tempat2 yang mereka kunjungi / perjalanan percutian mereka. Aktiviti ini memang seronok. Suruh mereka kumpul apa jua benda yang didapati / ditemui di tempat lawatan (tiket, brochure, daun, bunga dll) dan tampal di dalam scrap book. Waktu mereka akan terisi lebih2 lagi jika ianya sebuah perjalanan yang jauh tak kira di dalam

atau ke luar negara. Untuk menyediakan buku skrap, ibubapa boleh beli buku ready made yang banyak di jual di kedai / boleh buat sendiri. Cuba cari print out yang sesuai di internet, print dan bukukan. Saya pernah guna printable dari laman web Dora The Explorer masa anak2 saya kecil dahulu. Mereka teruja!

Você também pode gostar