Você está na página 1de 5

Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Lestari 30 Okt- 1 Nov 2011 Hotel Beverly, Kota Kinabalu Dr Shaheda bt Usof Fakulti

Pendidikan dan Pembangunan Manusia UPSI Abstrak Tajuk: Antara Pedagogi dan Andragogi: Satu Perbandingan Pengenalan 1. Konsep Pedagogi Pedagogi berasal daripada perkataan Yunani, pedagogue, yang bermaksud seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan, khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Pedagogi juga merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. (Concise Encylopedia Britanica). Kamus A New English Dictionary menjelaskan pedagogi sebagai ilmu pendidikan atau kaedah mengajar. Rumusannya, pedagogi merupakan salah satu daripada bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik terhadap pelbagai prinsip dan kaedah pengajaran-

pembelajaran yang merangkumi proses pengajaran-pembelajaran optimum dan berkesan. Bidang kajian pedagogi merangkumi segala aspek; pengajaran-pembelajaran di bilik darjah seperti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran-pembelajaran

organisasi sekolah dan pengurusan bilik darjah kurikulum dan sukatan pelajaran pengujian dan penilaian pemulihan dan pengayaan

Dalam Kurikulum Perguruan, pedagogi merupakan satu bidang ilmu pendidikan yang diwajibkan kepada setiap guru-guru pelatih yang mengambil Bidang Pendidikan. Hal ini kerana setiap guru-guru pelatih perlu menguasai semua kemahiran dan teknik berdasarkan teori pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Penguasaan Kemahiran Pedagogi dalam kalangan guru pelatih merupakan syarat mutlak untuk membantu guru menjalankan tugas mereka kelak secara professional. Walaubagaimanapun, penstrukturan semula kursus-kursus pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2008 melaahrikan kursus Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran yang merupaka penyepaduann beberapa kursus yang terasing sebelum ini, iaitu Pedagogi Am, Teknologi Pendidikan, Pengujian Pengukuran dan Penilaian, danKaedah Mengajar. Objektif utama penyepaduan ini adalah supaya semua elemen pendidikanberkaitan antara satu sama lain dapat diajar secara bersepadu, selanjar, dan dalam konteks yang relevan iaitu merujuk terus kepada disiplin ilmu masing-masing. (Noor Shah, 2011). Model-Model Pengajaran Model Ekspositori cth Model Resepsi Ausubel Model Proses Pengajaran- Robert Glaser Model Komunikasi Wilbur Schraman Model Interaksi Sim Model Pemproses Maklumat Gagne, Bruner, Taba

Model Inkuiri John Dewey, Suchman

Pendekatan dan strategi Pengajaran-Pembelajaran Pendekatan dan strategi: Pemusatan guru, murid, bahan Pengajaran-pembelajaran sekolah rendah (KBSR) Pengajaran-pembelajaran sekolah menengah (KBSM) Kesepaduan:penggabungjalinan dan penyerapan Kesinambungan Pendekatan dan Strategi Pengajaran: Induktif Deduktif Elektif Tematik Pembelajaran Masteri Konstruktivisme dll Kaedah dan teknik mengajar Pengajaran Koperatif Pengajaran Kolaboratif Pengajaran Individu Pengajaran Kumpulan

Konsep dan proses Refleksi Perancangan untuk Pengajaran

Rancangan Persediaan mengajar Perancangan Persediaan Perancangan Penyampaian Perancangan Penilaian Perancangan Penyampaian Pengajaran Perancangan Penilaian

ANDRAGOGI Definisi Andragogi Model Andragogi Prinsip Andragogi Pelajar Dewasa Pembelajaran Dewasa Teori Pembelajaran Dewasa Pembelajaran Arahan Kendiri Pembelajaran Secara Berdikari Pemprosesan Maklumat ingatan usia dewasa Pembelajaran Berterusan Sinergogi Pembelajaran dan pembangunan Pembelajaran sepanjang hayat Komuniti

Mentor dan mentoring Pembelajaran bengkel dan seminar Pembelajaran tutorial pembelajaran mesyuarat dan kursus Juurulatih Jurulatih Fasilitator Pembelajaran Jarak Jauh Pembelajaran E-Learning Pembelajaran Di Kampus

BIODATA Nama: Dr Shaheda bt Usof Jawatan: Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia UPSI Pengkhususan: a. Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama b. Master Bahasa dan Kesusasteraan Melayu c. Doktor Falsafah Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantu Komputer

Você também pode gostar