Você está na página 1de 2

Peranan ibu bapa dalam transformasi pendidikan KSSR Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah

melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Secara umumnya, kssr tidak lagi menjadikan peperiksaan awam sebagai fokus utama dan kumpulan pertama ini akan dinilai sebanyak 40 peratus secara pentaksiran mulain tahun 1 hingga tahun 6 manakalan 60 peratus lagi secara peperiksaan awam pada tahun enam. Untuk memantapkan transformasi ini, ibu bapa tidak boleh menunding jari semata-mata kepada guru sebaliknya ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik sasiah peribadi anak jika mahu melihat anak mereka mencapai band 6 yang mana murid tersebut hendaklah berakhlak terpuji atau boleh menjadi ketua. Tanpa kerja sama ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya berbudi bahasa agak sukarlah untuk guru-guru mata pelajaran memberikan markah band tertinggi kepada anak mereka. Selain dari itu, ibu bapa juga tidak boleh melepas tangan semata-mata kepada guru untuk menyemai peribadi berakhlak mulia dan tidak menyerang pihak sekolah semata-mata jika mengalami maslah pembelajaran.

Selain dari itu juga, ibu bapa hendaklah memahami peranan guru di sekolah yang mana guru lebih mengetahui potensi anak-anak mereka berbanding ibu bapa dan berharap ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan transformasi pendidikan ini.

Você também pode gostar