Você está na página 1de 7

1

1.0

PENGENALAN

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan

penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan kata dan peraturan tatabahasa. Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya Pedagogi 2: Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dan di dalam keadaan terkawal. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berpura-pura merujuk kepada peristiwa, permainan berunsur pendidikan, masalah dan situasi dalam konteks yang sebenar. Penggunaan aktiviti bermain sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Melalui aktiviti permainan, murid-murid dapat memperkembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, dan sosial mereka. Permainan menghilangkan kebosanan daripada latihan congak dan pelajaran di bilik darjah kerana ia menimbulkan perasaan gembira dan rekreasi, di samping memperkukuhkan kemahiran-kemahiran yang

dipelajari. Kanak-kanak suka bermain kerana aktiviti ini adalah sejajar dengan naluri semulajadi mereka. 1.1 DEFINISI MAIN

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa membimbangkan hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana inginkan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dianggap mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teorinya menyatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanakkanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Menurut beliau, main merupakan pengalaman Katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh, kankakanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Hal sedemikian

menggambarkan main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Menurut Fred dari aspek psikoanalisis menyatakan bahawa main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan membantu kanak-kanak untuk

berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990). Oleh itu, permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan

kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Permainan juga merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

1.2

KEPENTINGAN BERMAIN

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi sendiri, dan menyeronokkan, ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan dan alatan persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan intelek. Sebenarnya kanak-kanak yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Disebalik kanak-kanak yang bertanding membina kereta menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk menggunakan bongkah warna merah sahaja dianggap sebagai bermain. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Hal sedemikian penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sempurna. 1.2.1 KEPENTINGAN BERMAIN DARI ASPEK FIZIKAL Schmidt dan Wrisberg (2000), menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanakkanak perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak- kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. kategori ini perlu dalam Kedua-dua

memperkembangkan kemahiran kanak-kanak.

Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanakkanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Jika kita melihat pada dunia hari ini, begitu ramai individu yang menjadikan sukan dan permainan sebagai kerjaya hidupnya hasil daripada kepentingan bermain di mana bakat dan potensi dapat diketengahkan untuk berbakti pada sukan Negara mahupun dunia. Contohnya, Datuk Nicol Ann David yang merupakan Ratu Skuasy Dunia telah dicungkil bakat serta potensi beliau hingga mampu muncul yang terbaik dalam sukan skuasy dunia. Dalam isu penglibatan individu dalam senaman dan kegiatan, telah banyak kajian yang dijalankan oleh penyelidik ke atas faktor-faktor yang dipercayai boleh mempengaruhi penglibatan individu dalam senaman dan kegiatan fizikal (Dishman, 1994). Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif

menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.(Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001 : Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 1.2.2 KEPENTINGAN BERMAIN DARI ASPEK SOSIAL Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain,

perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya. Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Contohnya, kanak- kanak akan meluahkan idea untuk mencari kreativiti dan kelainan sewaktu bermain. Hal ini biasanya berlaku apabila kanak-kanak tersebut bermain dalam sesebuah kumpulan yang terdiri dari kalangan rakan sebaya. Mereka akan saling meluahkan pendapat dan idea bagi mencari titik keseronokan ketika bermain. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 1.2.3 KEPENTINGAN BERMAIN DARI ASPEK EMOSI Selain daripada itu, bermain juga penting bagi perkembangan emosi kanakkanak. menurut sumber internet, Emosi dan perasaan seperti gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup tangisan, kehidupan, manusia.

Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).

Berdasarkan sumber di atas adalah dirujuk bahawa, bermain merupakan salah satu cara meluah, mengawal dan melepaskan emosi. Antara permainan yang membawa kepada pengawalan emosi ialah permainan congkak. Hal ini kerana, permainan congkak memerlukan kanakkanak yang bermain supaya bersikap sabar dalam menunggu giliran untuk bermain, bermain secara berdisiplin, bermain dengan jujur, berhemah dan sebagainya. Sebagai contoh ketika bermain, setiap kali bermain sudah pasti mempunyai perasaan tidak puas hati kerana perlu bersaing untuk menjadi yang terbaik, jadi kanak-kanak perlu pandai mengawal emosi mereka supaya mereka tidak tertekan. Di samping itu juga, bermain juga dapat mengasah emosi kanakkanak supaya lahir perasaan toleransi dan empati terhadap orang lain. Lantaran itu juga, bermain merupakan salah satu cara kanak-kanak meluah dan melepaskan emosi dengan ketawa dan bergembira. Emosi yang stabil ini membawa kepada pembentukan personaliti diri yang baik. Apabila emosi kanak-kanak stabil, pemikiran mereka dapat berkembang dengan pesat namun begitu, perkembangan emosi ini harus diperteguh dan dikukuhkan oleh golongan dewasa seperti ibu bapa dan guru. 1.2.4 KEPENTINGAN DARI ASPEK INTELEK Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka, 1998: Lieberman, 1997). Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiram, kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Hefatya,1990); kreativiti dan pemikiran divergent (Dansky,1980; Holmes & Geiger,2002); pengambilan perspektif (Burnes & Brainerd, 1979); memori (Jensen, 1999, 2000; Gardner, 1993). Hal ini jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel, dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Antaranya kanak-kanak dapat mengetahui tahap keupayaan mereka ketika bermain serta kesediaan dan kecerdasan untk belajar

seterusnya mampu untuk mendorong kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif dan logik dalam apa jua situasi selain mampu mempelajari beberapa matlumat tambahan dari sedia ada. Murid-fdcxmurid juga dapat mengembangkan potensi mereka dalam pelajaran di samping dapat

mendedahkan mereka tentang cara menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Terdapat banyak lagi kepentingan contohnya melalui permainan

bahasa, permainan dam, puzzle, nyanyian, main peranan, simulasi dan congkak akan membantu dalam mengembangkan kemahiran matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Manakala aktiviti melukis, mewarna dan membina objek kreatif pula dapat mengembangkan lagi kemahiran reka cipta serta kreativiti. Sebenarnya melalui aktiviti bermain, murid-murid dapat dikembangkan secara menyeluruh. Oleh itu, guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melaui bermainboleh menghasilkan pembelajaran yang optima kepada kanak-kanak.

Você também pode gostar