Você está na página 1de 32

PENGANTAR PENDIDIKAN PN3311D

KONSEP
Konsep pendidkan negara merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan ilmu, kerohanian, jasmani dan kemahiran mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa.

Konsep pendidkan negara merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan ilmu, kerohanian, jasmani dan kemahiran mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK )

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Memperkembangkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ) . Membangunkan sumber manusia untuk kemajuan negara seperti mana yang dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )

Matlamat Pendidikan di Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG )

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Pendidikan amatlah penting bagi mewujudkan modal insan dalam masyarakat kita bagi meningkatkan pembangunan insan dan seterusnya akan dapat menyumbang di dalam pembangunan di negara ini. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam penyediaan sumber manusia untuk pembangunan manusia. Pendidikan penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan berkualiti serta mampu berfikir sexara kreatif dan kritis. Dalam pandangan islam, ilmu merupakan aset utama dalam memperkukuhkan lagi iman seseorang.

WAWASAN 2020
Diperkenalkan bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

Terdapat 9 cabaran Wawasan 2020.


Semua cabaran ini memberi sumbangan dalam

pembangunan negara dari segi modal insan dan


sumber manusia.

Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu. Melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya

Membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi yang matang


Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya Membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh
Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya dan cabaran Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Pembangunan Insan Seimbang

Pembangunan Sumber Manusia

KONSEP
Pembangunan bermaksud proses membangun untuk mencapai sesuatu kemajuan atau perkembangan dan usaha atau kegiatan membangunkan atau memajukan. Manakala insan yang seimbang merujuk kepada Individu yang mempunyai intelek, emosi, rohani, fizikal dan jasmani yang mantap dan dapat menguruskan keperluan diri dan hidupnya dengan sempurna. Secara amnya, pembangunan insan yang seimbang ialah Satu proses membangunkan individu agar dapat menyeimbangkan intelek, emosi, rohani, fizikal dan jasmani ke arah mencapai kecemerlangan yang terbilang.

Pembangunan insan yang seimbang dilihat melalui :


Pencapaian sesorang murid melalui pendidikan yang mencakupi sudut akademik dan bukan akademik. Membantu untuk memenuhi keperluan semasa dan tidak hanya mementingkan keputusan peperiksaan sahaja Pembinaan modal insan harus mempunyai nilai-nilai murni dan budaya yang tinggi. Menekan pembangunan insan seimbang yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual

KEPENTINGAN RANCANGAN PENDIDIKAN YANG BERSEPADU DAN KOMPREHENSIF

Sebagai 1 Kaedah Menyatupadukan Rakyat Memperkukuh Landasan Pembangunan Negara

KEPENTINGAN RANCANGAN PENDIDIKAN


Pembinaan Semula Masyarakat

Melahirkan Modal Insan yang Seimbang dan Berkemahiran

Memelihara Tradisi dan Memperkaya serta Menghalusi Kebudayaan

Menyemai Sikap Positif dan Nilai-Nilai Murni

Peranan guru dalam membina modal insan yang seimbang


Guru memainkan peranan yang penting dengan menyampaikan ilmu, mendidik dan mengasuh anak-anak didik supaya menjadi ceria, cerdas dan sihat. Dalam konteks pendidikan, seseorang guru tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), Rukun Negara, Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasionalnya. Penekanan pada penerapan nilai-nilai murni dan berkemahiran tinggi haruslah menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang

individu yang bergelar guru.

Peranan seorang guru dalam Pembangunan Modal Insan


Memupuk murid mengamalkan dan menghayati nilai murni, budi bahasa dan adab. Latih pelbagai kemahiran hard & soft skills murid

Latih komunikasi dan hormat orang dewasa


Bentuk ketrampilan diri murid secara positif

Peranan seorang guru dalam Pembangunan Modal Insan


Cara berpakaian yang bersih dan kemas Amalan 3K

(kebersihan,keselamatan & kesihatan)


Melatih murid menjadi pemimpin yang mempunyai sifat keberanian untuk berucap depan khalayak ramai.

Cekap belajar, bekerja dan berkomunikasi.

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran.


Berfikir secara kritis dan bertindak rasional. Mengenal dan Menghormati orang lain. Berkebolehan menjadi pemimpin berwibawa.

Konsep Pembangunan Sumber Manusia


Pembangunan sumber manusia ialah satu cara memperkembangkan modal insan dalam sesebuah organisasi. Ianya merupakan kombinasi latihan dan pendidikan dan dalam konteks yang lebih luas, dasar penjagaan kesihatan dan pengajian yang bersesuaian. Pembangunan sumber manusia bukanlah satu objektif yang boleh dinyatakan, malahan satu siri proses berterusan yang tersusun, dengan objektif pembelajaran yang tertentu. (Nadler, 1984)

Pembangunan terhadap sumber manusia memerlukan setiap individu yang terlibat bersikap positif. Antara sikap yang perlu ada ialah :

Meningkatkan ilmu pengetahuan Bekerja secara berpasukan Bersifat fleksibel dan inovatif Berkongsi pengetahuan dan maklumat Asas kepada pembangunan sumber manusia adalah keupayaan secara kolektif, pengalaman, potensi dan komitmen pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan kakitangan untuk menjayakan matlamat organisasi.

Penuhi kehendak semasa

Tujuan pembangunan sumber manusia diperlukan

Khidmat guna tenaga. Pengurusa n ornagisasi RRJP2 dan RRJP3

Pembangunan sumber manusia dibahagikan kepada 2 rangka rancangan, iaitu :

Rangka Rancangan Jangka Panjang 2

Rangka Rancangan Jangka Panjang 3

2 rangka rancangan Pembangunan Sumber Manusia dan tujuannya

RRJP
Mengatasi kadar pengangguran Latih tenaga mahir Kembangkan institusi latihan Sektor swasta sebagai penyediaan pendidikan bagi melibelisasikan pendidikan Kemunculan teknologi baru

RRJP
Cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan Perlu pekerja berpengetahuan dalam ICT Kemahiran berfikir tinggi Berdaya cipta dan bawa inovasi Tingkatkan pelaburan pendidikan

Pupuk KBKK

Libatkan Sektor Swasta dalam pendidikan

Peningkatan Pelaburan Dalam Pendidikan

Menggunakan kemudahan ICT dalam P&P

Kesamaan Peluang Pendidkan

Latih Tenaga Mahir dan berkualiti

Lebih Kepada Latihan Praktikal

Pembelajaran Hands-on

Penggunaan Pendekatan Dual Training

Perancangan strategik yang digunakan dalam pengurusan untuk Pembangunan Sumber Manusia
Antara aspek perancangan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Pengambilan pekerja hendaklah mengikut keperluan semasa


organisasi @ dalam jangka pendek/panjang. Gaji dan kemudahan-kemudahan adalah diurus untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan, mengekalkan atau

meningkatkan motivasi

Kenaikan pangkat bagi mengesan pekerja atau eksekutif yang


sangat sesuai

Latihan pembangunan berasaskan kepada keperluan pekerja dan organisasi. Perhubungan antara majikan dan pekerja untuk menwujudkan suasana harmoni dalam pekerjaan. Saluran komunikasi yang efektif akan dilaksanakan secara menyeluruh. Pengurusan prestasi pekerja dihubungkaitkan dengan produktiviti. Kemudahan dan keistimewaan diberikan.

Institusi Pendidika n

Pendidik

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Pihak yang terlibat dalam peranan pendidikan dalam pembangunan sumber manusia sejajar dengan keperluan dan wawasan negara

Penyampai Ilmu

PERANAN PENDIDIK

Pembentuk Nilai, Sikap dan Sahsiah Modal Insan Pembentuk Masyarakat yang Cemerlang dan Gemilang Memupuk Sikap Integrirti Sebagai Wadah Untuk Menyemai Perpaduan

Mendidik Pelajar Menjadi Hamba yang Taat kepada Tuhan dan Warganegara yang Baik kepada Negara dan Bangsa

PERANAN KPM
Mengadakan Lebih Banyak Pilihan Pendidikan Kepada Ibu Bapa dan Pelajar Meningkatkan Keupayaan dan minat Pelajar untuk Menguasai Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran Membentuk Keterampilan dan Keperibadian Pelajar Memantapkan dan Memperbaharui Sistem Pentaksiran dan Penilaian Pelajar
PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN Memupuk Sikap Integriti dalam Kalangan Modal Insan Melahirkan Pelajar yang Serba Boleh dari Pelbagai Aspek

Menggalakkan Penyelidikan dan Inovasi Melahirkan Pelajar yang Berdaya Saing

PIPP seperti yang diketahui umum terdiri daripada enam teras. Salah satu teras yang terdapat dalam pelan induk ini ialah Teras 5 iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan. Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah memberikan 5 fokus utama.

Fokus 1 : Manambahbaik Sistem Pemilihan Calon Guru Fokus 2 : Memantapkan Latihan Perguruan Fokus 3 : Memantapkan Kerjaya Guru Fokus 4 : Menambahbaik Persekitaran Kerja dan Kebajikan Guru Fokus 5 : Memantapkan Perancangan dan Pengurusan Sumber Manusia

Pendidikan sangat penting dalam membangunkan modal insan yang seimbang dan sumber manusia yang berkualiti, memiliki sahsiah baik, berkemahiran tinggi serta mampun berfikir secara kreatif dan kritis seperti mana yang dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Dengan adanya FPK dan FPG, guru mempunyai objektif sesuatu pendidikan yang dilaksanakan. FPK memainkan peranan penting kepada guru dalam menentukan dasar pendidikan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan. Konklusinya, sebagai seorang pendidik, tanggungjawab yang diamanahkan amat berat. Guru hendaklah memastikan objektif pendidikan dan matlamat FPK dapat dicapai dengan jayanya.

Você também pode gostar