Você está na página 1de 10

Aliran Romantism

Artis: Honore Daumier Tajuk: The Third-Class Carriage Tahun: 1862 Medium:
Cat minyak atas kanvas

Dimensi:
65.4 x 90.2 cm

DIKRIPSI
Digambarkan dalam catan orang penuh sesak dibelakang dalam pengangkutan yang malap. Daripada pakaian, boleh dilihat warna yang digunakan dan gambaran pada muka mereka, mengatakan bahawa mereka adalah rakyat kelas bawahan. Artis menggambarkannya dengan kedut di muka dan pakaian mereka lusuh dan persekitaran pengangkutan yang kotor.

Di bahagian hadapan, ada seorang wanita tua, seorang wanita yang membawa bayi dan kanak kanak. Mereka dianggap sebagai sebuah keluarga yang tiada tempat bergantung (Ketua keluarga) . Oleh itu, mereka perlu mengurus diri mereka sendiri sepanjang perjalanan. Warga tua seperti sedang melayan perasaan. Budak lelaki tidur dan wanita itu pula kelihatan sedang berehat bersama bayinya.

ANALISIS
Warna yang digunakan banyak kepada warna perang. boleh dikatakan perjalanan keretapi kelas ketiga ini adalah pada waktu petang selepas bekerja seharian dan perjalanan sehari suntuk, kelihatan penumpang yang letih.

Selain daripada itu, warna yang paling banyak digunakan adalah hijau, hitam dan coklat. Ia memberikan satu perasaan bahawa pakaian mereka dan keadaan didalam pengangkutan kelas ketiga adalah kotor dan kasar. Mereka mudah dikenali sebagai golongan miskin.

Satu pertiga daripada catan di bahagian atas dibiarkan kosong, memperlihatkan suatu ruang yang agak kosong apabila ianya dilihat daripada ketinggian, tetapi sangat sempit apabila ianya dilihat pada kepanjangan. (Isi keretapi) Tingkap ke arah bahagian atas kiri dari sepertiga catan memberikan satu keseimbangan kepada berat kereta api.

KOMPOSISI KARYA
Latar belakang mengambil ruang yang lebih daripada latar depan dan sangat terperinci. Daripada apa yang dilihat, dari pakaian mereka, dianggap bahawa mereka di latar belakang merupakan kelas yang lebih tinggi. Mereka rancak bercakap kalangan mereka sendiri. Keluarga empat duduk pada arah yang bertentangan, menekankan pengasingan mengiut kelas. Terdapat juga perbandingan dalam pergerakan mereka. (Rancak Vs Keletihan)

Keluarga yang duduk dihadapan mempunyai jarak dengan seluruh penumpang, memberikan mereka satu gambaran yang lebih menonjol.

Kelihatan banyak garisan yang digunakan oleh pelukis. Figura yang dilukis mempunyai garis luar yang tebal. Garis halus boleh dilihat pada kedutan pada muka perempuan tua. Figura dilukis tidak mengikut kadar banding sebenar ( lukisan seperti komik) tetapi masih lagi menggambarkan figura figura manusia yang sebenar.

INTEPRETASI
Lukisan bertajuk The Third Class Carriage pelukis mahu menggambarkan keadaan sebenar untuk golongan miskin dalam pengangkutan keretapi kelas ketiga. Lukisan ini adalah satu gambaran pengelasan sosial pada zaman tersebut, bagaimana cara hidup golongan bawahan yang serba kekurangan. Pelukis ingin menunjukkan rasa simpatinya kepada golongan ini melalui lukisan ini dengan memfokuskan kepada 3 figura manusia dihadapan (wanita tua, wanita dan bayi dan budak lelaki)

PENILAIAN

Você também pode gostar