Você está na página 1de 4

Menurut tokoh Pettifor 2005, Pendidikan Jasmani adalahs satu proses dalam menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup

aktif dan sihat serta menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang teratur dan berturutan. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dalam secara tidak langsung pengalaman tersebut dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor,

kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif dan dapat mengaplikasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara holistik iaitu pembangunan secara menyeluruh dalam tiga domain utama iaitu afektif, psikomotor dan kognitif. Kini, Pendidikan Jasmani merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domaib. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif. Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Pendidikan Jasmani di sekolah, strategi, kaedah, teknik dan pendekatan adalah penting dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Yerk 1993 berpendapat bahawa pengetahuan dan tahap kefahaman guru amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Strategi dan kaedah haruslah kemas dan kreatif mesti dimiliki oleh guru. Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah serta tenik untuk mencapai objektif jangka panjang. Terdapat beberapa contoh strategi yang perlu diketahui oleh guru pada masa kini dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah strategi belajar cara belajar, kemahiran berfikir, teori kecerdasan pelbagai, teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri, pembelajaran konstektual dan pembelajaran konstruktivisme. Salah satu contoh strategi pengajaran dan pembelajaran matapejalaran Pendidikan Jasmani ialah strategi belajar cara belajar. Strategi ini merupakan proses untuk memperolehi teknik belajar yang betul sama ada bersama guru atau tanpa guru. Rasional pelaksanaan strategi ini adalah disebabkan oleh pengetahuan dan maklumat yang diterima di bilik darjah terhad kerana waktu pembelajaran yang singkat. Selain itu, murid perlu belajar mendapatkan maklumat tambahan di luar waktu persekolahan serta meningkatkan keupayaan unuk belajar. Sehubungan itu

juga, membekalkan murid dengan kemahiran belajar seumur hidup. Demikian itu, strategi ini turut bermanfaat dalam menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, membolehkan murid menggunakan sumber pembelajaran yang ada di sekeliling mereka untuk belajar, membolehkan murid membuat penilaian terhadap apa yang telah dipelajari serta membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam situasi lain. Sebagai contoh penggunaan strategi belajar cara belajar ketika aktiviti kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar. Ketika berada di waktu kelas formal Pendidikan Jasmani, guru mengajar murid teknik-teknik yang betul untuk menguasai kemahiran tersebut. Setelah selesai mengajar kemahiran tersebut guru memberi arahan kepada murid agar murid membuat latihan dan mencari maklumat tambahan untuk memperkemaskan kemahiran. Secara tidak langsung melalui arahan tersebut ia dalam menerapkan keupayaan murid untuk belajar sendiri, menggunakan pelbagai sumber untuk memperkemaskan kemahiran, penilaian terhadap kemahiran sama ada menguasai kemahiran tersebut ataupun belum menguasai dan aplikasi kemahiran tersebut dalam permainan sebenar. Selain daripada strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, kaedah guru dalam melaksanakan strategi tersebut juga perlu diambil kira agar pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih sistematik, teratur dan berkesan. Menurut Edward M. Anthony 1963, kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikenhendaki dalam satu prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Dalam kata yang lain, kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi untuk mencapai perlaksanaan aktivti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Di samping itu, kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Antara jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah kaedah tradisional, kaedah inkuiri penemuan, kaedah kumpulan dan kaedah penyelesaian masalah. Sebagai satu contoh kaedah iaitu kaedah inkuiri penemuan di mana kaedah ini menekankan lima langkah atau prosedur. Langkah yang pertama ialah mengenalpasti masalah dan diikuti dengan langkah merancang masalah, mengumpul maklumat, membuat

tafsiran dan langkah terakhir sekali iaitu membuat kesimpulan. Kaedah ini boleh digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani ketika menghadapi masalah dalam pengajaran berdasarkan pengalaman yang lepas. Oleh itu, guru perlu menggunakan kaedah inkuiri di mana guru perlu mengenalpasti masalah tersebut dan bagaimana masalah itu berlaku? Setelah mengenalpasti masalah, guru perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut agar proses pengajaran lebih berkesan. Langkah ketiga iaitu guru perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk penyelesaian masalah dan di akhir sekali guru perlu membuat tafsiran atau penilaian dan kesimpulan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkara seterusnya yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru Pendidikan Jasmani ialah teknik guru tersebut. Teknik bermaksud kemahiran guru dalam mengelolakan dan melaksanakan pengajaran ketika kelas. Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah, teknik demonstrasi, latih tubi, simulasi, main peranan dan lain-lain lagi. Sebagai satu contoh iaitu teknik demonstrasi yang mana merupakan teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang perlu menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain akan memerhati dan mengenalpasti cara untuk melakukan aktiviti tersebut. Dalam teknik ini, guru mesti mengetahui dengan jelas mengenai demonstrasi yang hendak ditunjukkan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Sebagai satu contoh yang mudah, guru boleh

mendemonstrasikan kemahiran melompat tinggi dengan betul di padang. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga amat penting agar menjamin objektif pembelajaran tercapai. Menurut Edward 1963, pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu matapelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. ia merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, terdapat beberapa pendekatan yang biasa digunakan iaitu pendekatan tradisional, pendekatan humanistik dan pendekatan tingkahlaku dan sistem yang dijalankan di negara kita Malaysia pada masa kini. Pendekatan

humanistik

menekankan

perasaan

seseorang

itu

terhadap

pengalaman

pembelajaran. Maknanya di sini penglibatan murid melalui pembelajaran melalui pengalaman adalah amat ditekankan. Dalam erti kata lain, murid akan melakukan sendiri aktiviti itu dan mempelajari berdasarkan pengalamannya. Guru pula berperanan sebagai fasilitor di mana guru perlu membimbing setiap perlakuan atau pembelajaran murid dalam Pendidikan Jasmani. Kesimpulannya, jelaslah betapa pentingnya kita sebagai seorang guru untuk memahami erti strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani. Apa yang dapat dilihat disini, apabila guru dapat mengait rapatkan kesemua aspek tersebut sudah tentu pengajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih berkesan serta menyeronokkan. Sehubungan itu juga, guru juga perlu terus bersifat progressif dan saintifik dalam meneroka strategi, kaedah, teknik dan pendekatan Pendidikan Jasmani dengan mendalam serta terkini. Guru perlu sedar mengenai hal ini kerana perubahan globalisasi pendidikan akan terus memberi cabaran kepada guru terutama sekali dalam aspek keberkesanan pengajarannya. Perubahan dalam globalisasi pendidikan akan secara tidak langsung memaksa guru untuk mencari atau mereka strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang lebih menjamin keberkesanan. Oleh itu, sifat guru yang progressif dan saintifik juga amat ditekankan dan perlu dipupuk oleh mana-mana guru pada masa kini tidak kira dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani atau matapelajaran yang lain.

Você também pode gostar