Você está na página 1de 4

PERANAN SEBAGAI AGEN MORAL DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL

Agen moral ialah seseorang yang bertanggungjawab dalam menilai perlakuan orang lain dan membuat tindakan sesuai dengan nilai-nilai murni dan moral. Agen Moral juga berperanan memberi pengetahuan kepada orang lain tentang salah-betul sesuatu tindakan. Ibubapa, adik-beradik, guru, rakan sebaya atau masyarakat boleh menjadi agen moral. Antara agen moral yang memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang kian merebak ini ialah ahli keluarga. Sebagai seorang ahli keluarga, kami akan membantu adik beradik yang lebih kecil. Sebagai contoh, sebagai kakak atau abang yang lebih berusia, kami akan menjadi contoh yang baik kepada orang yang lebih muda dan apabila mereka manghadapi sebarang masalah kami akan cuba menyelesaikan masalah mereka dan memimpin mereka ke arah yang betul. Sebagai adik beradik yang lebih muda pula kami akan bertolak ansur dengan mereka yang lebih berusia dan akan mengikut kata mereka. Apabila mereka yang lebih berpengalaman memberi tunjuk ajar dan pendapat, kami akan melayan mereka dengan bersopan santun dan akan mengikut. Sebagai ketua keluarga, iaitu sebagai ibu bapa pula kami akan menjadi modal insan yang baik kepada anak-anak dan akan memberi tunjuk ajar yang bagus untuk mereka mengambilnya sebagai pedoman dalam kehidupan mereka. Pengkaji teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang insan yang baik. Oleh itu, kami sebagai ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan memastikan anak-anak begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka. Kami juga sebagai Ibubapa akan mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalahmasalah dengan anak-anak serta

mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting. Ini akan membantu dalam anak-anak supaya mempunyai keyakinan diri

yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.

Selain itu, rakan sebaya juga boleh menjadi salah satu agen moral yang berpengaruh dalam menangani masalah sosial yang kian menjadi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa samada kesan positif ataupun negatif. Oleh itu, kami sebagai rakan sebaya yang mementingkan perlakuan dan tingkahlaku yang baik akan menjadi contoh yang baik dan juga akan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kelakuan kami. Kami juga akan mengajar rakan-rakian supaya mendedahkan diri lebih dalam kerjakerja yang memanfaatkan seperti belajar, menghadiri waktu kokurikulum, bersenam dan berkebun. Kami berharap dengan kelakuna sebegini, semua orang boleh menenangkan fikiran masing-masing, di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Seterusnya, sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara berterusan. Faktor-faktor persekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan agenda nisbah sains sastera merupakan perubahan pendidikan yang perlu dilaksanakan segera. Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Oleh itu, kami sebagai pihak sekolah akan mendedahkan kepentingan ilmu pendidikan kepada pelajarpelajar dan akan membentuk sahsiah dalam diri pelajar. Kami juga akan mengadakan kempen-kempen dan ceramah-ceramah yang akan menjelaskan kepentingan sahsiah yang baik dalam diri pelajar. Di samping itu, guru juga mempengaruhi dalam menangani masalah sosial marcapada ini. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu

dia juga dilatih untuk menguasai segala kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan segala ilmu kepada seluruh masyarakat khususnya kepada pelajarnya. Oleh itu kami sebagai seorang guru yang berdedikasi dan sebagai pengamal ilmu akan memainkan peranan bagi menyampaikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar. Kami juga akan menjadi modal insan kepada para pelajar dengan menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia dan menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala serta memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Selain itu kami akan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang dapat mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan sempurna. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, kami haruslah menyedari tugas dan amanah yang telah diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.

Selain di atas, Pertubuhan belia mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen perubahan dalam membanteras gejala sosial. Potensi ini akan menjadi kenyataan apabila belia berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit. Sebagai masyarakat, kami akan melibatkan diri dalam pertubuhan belia dan akan menjalankan kempen dikalangan ahli untuk meningkatkan rasa tanggungjawab
terhadap usaha membanteras gejala sosial. Program Belia Prihatin boleh dikembangkan mengambil contoh program Rakan Cops yang dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Sebagai ahli pertubuhan belia, kami juga akan memikirkan aktiviti yang dapat

menarik minat golongan belia ataupun menyesuaikan pendekatan untuk menarik lebih ramai belia menyertai program-program yang dianjurkan.

Secara keseluruhannya, agen moral ialah seseorang yang bertanggungjawab dalam menilai perlakuan orang lain dan membuat tindakan sesuai dengan nilai-nilai murni dan moral. Mereka memainkan peranan penting dalam menangani kemelut sosial yang kian menjadi dalam masyarakat sekarang. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani masalah sosial ini agar gejala sosial di negara kita mencapai tahap sifar gejala. Harapan kita pada masa hadapan nanti,

negara kita akan mempunyai masyarakat yang bersopan santun dan akan disanjung tinggi di mata dunia.

Você também pode gostar